Assalamualaikum & Hye
Memandangkan perut ni tersangatlah lapar.
Nak masak lelebih pun tak boleh jugak.
Nak goreng ikan macam
tak lalu je.
Ikan goreng sama sayur tumis nanti petang la
buat untuk makan bersama suami tercinta.
Tengok nasi masih ada sikit lagi.
So buat nasi goreng saje la.
Hehehe..
Cukup la tu kan buat makan sorang diri.
Nak resepi? Ala kacang goreng je. Kejap je siap. Hehehe..
Nasi Goreng Kampung Simple
Bahan-bahan
1. Nasi (untuk 3 orang makan)
2. Ikan bilis segenggam (1/3 daripada nasi)
3. Sayur sawi (2 pokok)
4. Cukup rasa / garam
5. Perencah Nasi Goreng Kampung (tak kisah daripada brand apa)
6. Sesudu besar planta
Cara-cara
1. Basuh & rendam ikan bilis lebih kurang 5-10 minit & toskan. (kemudian goreng hingga agak garing)
2. Basuh & potong sayur sawi - jangan terlalu kecik, jangan terlalu besar.
3. Panaskan kuali. Masukkan sesudu besar planta.
4. Masukkan nasi secukupnya gaulkan.
5. Masukkan perencah nasi goreng kampung. Gaulkan hingga sebati.
6. Lepas nasi & perencah sebati boleh masukkan sayur sawi. Gaulkan hingga sayur sawi layu.
- jangan terlalu layu(hilang khasiat)
7. Boleh rasa nasi dah cukup rasa @ tidak. Kalau belum, boleh masukkan serbuk cukup rasa secukup rasa lah.
(^_^) ataupun garam secukup rasa.
8. Last sekali masukkan ikan bilis yang telah siap digoreng tadi.
9. SIAP untuk dihidang lalu dimakan bersama!
SIMPLE tak nasi goreng kampung Hana ni? Hehehe..Kalau nak ekspress cenggini le. SELAMAT MENCUBA!
nasi goreng kampung! waah. one of my favret ;)
ReplyDeletebut kekadang bole jadi sangat masin ~ ^..^
pandai2 le ltk perencah dgn cukup rasa or garam :)
Deletenasik grg kpg...tambah belacan mmg sedap...
ReplyDeleteitu sudah pasti yumida.cuma now i couldn't eat certain food.kene pantang.huhu..
DeleteMmg express guna perencah je kan. Hehe.. Telur x beh mkn lagi ye?
ReplyDeletea'aah..zaman moden.klu nak cepat cenggitu le.kalau nak lagi sedap siap2 la semua bahan semulajadi.hehehe..my mum pesan kene pantang 60 hari mcm org bersalin jugak katanya. huhu
Delete