Some picture related to thrombophlebitis..
ads by nuffnang
Note for Visitor.
❤Menu Pilihan Anda❤
Sunday, January 19, 2014
Thrombophlebitis
Some picture related to thrombophlebitis..
Friday, May 31, 2013
After A Few Visit..I Knew Why..
Thursday, April 18, 2013
Air Panas! Air Panas!
Semalam kan day off. Jadi macam-macam la plab dalam otak ni.
Nak ke sana nak ke sini.
Bangun dengan ceria hendaknya bagi memulakan hari yang indah. Huhu...
Ni hari baru Mak Jemah nak cerita...
Mak Jemah memang suka basikan cerita baru nak dikeluarkan. Huhu...
*mak jemah la pulak dah...
Masa tengah nak bancuh milo untuk suami tercinta...
Entah macam mana air panas yang berada dalam mug tu...
Tertumpah ke arah Hana...
Waaa... Menjerit jugak..
Tapi tak kuat.. Hehehe... Dok kata "panas!" "panas!" tu je..
Otak hantar signal ke tangan bertindak untuk tanggal seluar yang kena air panas tu.
Then alirkan air paip kat tempat yang kena tu.
Tapi terlebih cerdik pulak. Lepas tu pergi letak ais tempat melecur.
5 ke 10 minit kemudian.. Mula naik macam nak menggelembong...
Like a blister..
Mujurlah Mr. Hubby ada. Dia ajak ke klinik.
Terus siap-siap dia bawa ke HATTM.
Lepas bagitau apa sakitnya, dia suruh isi borang sikit.
Then terus dibawa ke bilik rawatan. Student dengan medical student kot...
Tolong sapukan SSD cream. Lega rasa.
Lepas sapu cream barulah diambil vital sign Hana.
Then M.A tu prescribe ubat and bagi MC.
Tapi MC tu bos saya nak terima ke? Entahlah...
Moral of the story.. Fokus bila buat sesuatu, ya.
Next entri Hana akan cuba bagi tips hadapi kelecuran macam air panas.
Hehehe... Insya Allaah...
Friday, April 5, 2013
Kerana ICT..
Assalamualaikum & Hye
Petang tadi menonton Al-Kuliyyah di TV3. Tajuk menarik perhatian Hana. Tentang ICT dan kehidupan kita. Memang tak dinafikan ICT mampu membuatkan hidup kita lebih mudah. Nak cari apa-apa, search saja.
Nak masak, search saja resepi apa kita nak. Nak menjahit, cari saja tutorialnya melalui blog, youtube dan lain-lain lagi. Nak baca Al-Quran... download saja aplikasinya. Bagi yang ada smartphone tu... Pasti hampir keseluruhannya mesti ada kemudahan untuk access internet kan?
Walaupun banyak kebaikkan ICT ni.. Tapi masih tetap ada keburukannya. Keburukan yang datang itu adalah dari pengguna itu sendiri. Baik dan buruk ICT ni terpulang kepada si pengguna.
Kerana ICT yang jauh jadi dekat. Kerana ICT juga, yang dekat jadi jauh.
Kepada yang suka download macam-macam dalam smartphone mesti ada jugak download aplikasi macam Al-Quran dan hadis.. Jangan risau jika anda mahu masuk ke tandas membawa smartphone anda. Selagi mana aplikasi Al-Quran itu tidak dibuka semasa bawa masuk ke tandas ia tidak menjadi msalah. Contohnya kita tengah buka aplikasi tu.. Baca ayat Quran. Tiba-tiba rasa nak buang air. Tutup aplikasi tu then masuklah ke tandas. Takkan smartphone mahal nak tinggal di luar. Nanti kecurian la kan. Hehehe..
Bagi yang nak dengar/menonton Al-Kuliyyah siri petang tadi, boleh tonton di tonton. Heeheee...
Manfaatkan kemudahan ICT kini dengan sebaiknya. Jangan salah gunakan ye...
Tuesday, November 27, 2012
Poligami?
Para isteri kena faham kadangkala bas yg lambat sampai dan jalanraya sentiasa traffic jem. Begitu juga, suami memerlukan cuti rehat, kalau di tempat kerja ada cuti rehat, rumahtangga pun kena juga ada cuti rehat. Dan kalau isteri merasakan tak cukup duit pergi cari kerja le, cari duit sendiri. Bila suami tidak poligami pandai plak isteri tua tu nak berkerja tapi bila suami berpoligami terus isteri tua berhenti kerja, klu gitu sapa nak tanggung makan minum nie, mana aci macam tu kan? "
BOLEH KE SUAMI CAKAP MACAM TU?
DIA INGAT INI MAIN MASAK-MASAK KE?
-Lebai Kampung
Monday, November 19, 2012
Suami Sebagai Ketua Keluarga
Assalamualaikum & Hye
Minggu lepas ada menonton ulangan semanis kurma.. Dengan tajuk " tiada cinta tiada nafkah "...
Apa yang buat Hana tertarik dengan topik yang dibincangkan ustaz & ustazah ni... Tanggungjawab suami terhadap isteri & anak-anak.. Tapi topiknya more tu suami isteri.
Okey jom kita tengok apa yang penting dalam diskusi mereka... Allaah SWT telah perintahkan kepada lelaki yang bergelar suami WAJIB memberi nafkah yang cukup kepada si isteri mengikut kemampuan suami. Nafkah seperti yang dimaksudkan adalah makan minum, pakaian & tempat tinggal. Berdosa kalau suami itu mengabaikan tanggungjawab tersebut.
Walaupun si isteri seorang yang berkerjaya & punya wang untuk menyara diri sendiri, tapi suami masih wajib menanggung & memberi nafkah zahir (selain batin) kepada si isteri. Jangan menambah hutang yang tidak-tidak sehingga si isteri terbiar & terbeban sama.
Jadi para suami janganlah kamu meremehkan hal-hal yang penting seperti ini.
Tuesday, October 30, 2012
Keselesaan...Hargai Kehidupan..
Assalamualaikum & Hye
Selesakah anda dengan kehidupan anda kini? Adakah anda masih mencari sesuatu yang lebih selesa daripada apa yang anda miliki hari ni?
Okey, ini bukanlah iklan peluang perniagaan atau peluang merubah kehidupan kepada keadaan yang lebih selesa. Apa yang Hana nak cakap ni tentang kehidupan masa kini. Kepada mereka yang mengintai peluang perniagaan untuk merubah kehidupan kepada keadaan yang lebih selesa tu... Silakanlah... Pastikan anda pilih jalan yang betul.
Keselesaan yang Hana maksudkan adalah kesihatan tubuh bdan kita. Bila mana tubuh badan kita sedang sihat itulah keselesaan yang terbaik dalam kehidupan kita. Percayalah! Ia satu nikmat & rahmat yang tidak terhingga dalam kehidupan kita. Bila tubuh alami kesakitan, rasanya sangat perit. Saat itu barulah kita akan rasa tubuh yang sihat itu sangatlah berharga. Kepada anda yang masih sihat tubuh badan tu jagalah kesihatan dengan sebaiknya. Once your body had pain... segala keselesaan & kekayaan yang ada dah tak berguna lagi.
Tak guna ada duit berjuta kalau badan sakit. Nikmat kesihatan yang Allaah S.W.T berikan kepada semua hambaNYA adalah nikmat yang tidak ternilai harganya. Tidak akan ada nilai gantinya. Bila badan dah sakit-sakit macam ni barulah Hana sedar betapa kita wajib mensyukuri setiap nikmat yang DIA berikan. Nikmat pemberian Allaah S.W.T itu terlalu luas. Tidak terhad kepada harta benda & wang ringgit semata-mata. Selama ni Hana selalu berfikir....'Andainya aku punya banyak wang..'
Tapi hari ni Hana selalu memohon agar dikurniakan nikmat kesihatan tubuh badan akal dan rohani. Tiada yang lebih penting melainkan nikmat kesihatan.
Peliharalah kesihatan anda sebaiknya.. Hana dah merancang, lepas ni bila kesihatan dah kembali stabil, Hana akan cuba amalkan gaya hidup sihat. Tak mahu malas-malas lagi. Bila ada masa, nak bersenam keluarkan peluh. Tak semestinya kena berlari @ ber'jogging' di tanam... Berjalan kaki sampai keluar peluh pun kira senam jugakkan? Apa pun diharapkan anda di luar sana hargailah kesihatan anda sebelum anda jatuh sakit....macam saya...Huhuhu...Bersyukurlah dengan setiap nikmatNYA...
Renung-renungkan...Selamat Beramal!
Wednesday, September 12, 2012
Vertigo? Apakah?
Assalamualaikum & Hye
Lately Hana asyik rasa goyang/pusing. Mostly terasa diri Hana macam pusing, kadang rasa environment around me yang berpusing. Malas nak jumpa doc. sebab takut kena admit ward. MC inpatient dah tak ada ni rasanya. Habis masa buat D+C hari tu.
Aduhai... Kalau tidak boleh admit ward buat investigation kan.. Tapi... Daripada apa yang Hana baca & apa yang Hana tahu... Mungkin ini adalah simptom VERTIGO.... Hurmmm....
Macam mana ni... Aduh... Pening pala chek..
Errr....
Ally + Farah = Oh Sweet!
Assalamualaikum & Hye
Semalam tengok dalam FB saja.
Hari ni ternamapak dalam Mingguan Wanita lah pulak.
Jelous i tengok u tau tak...
Ohsem!
Sweet hunny bunny!
Uhuhu.... Mahu begitu juga...
Yang ada FB mungkin dah like fanpage Ally Iskandar...
Sangat sweet tengok pict. yang Ally upload kan.
Terasa nak juga begitu...
Tapi sape nak tolong shoot kan...
Nampak sangat bahagia kan? Tapi dalam Mingguan Wanita,
Ally ada katakan... Dia selalu pesan kepada Farah supaya sentiasa bersederhana.
Sebelum mulakan photoshoot untuk Mingguan Wanita,
Ally tetapkan semua yang berkaitan dengan isterinya termasuk
pakaian, solekan dan seumpamanya supaya dapat kekalkan imej muslimah si isteri.
Sebab dia bukan saja suami, malah imam, pelindung, penyelamat, dialah kekasih.
Oh sweetnya....!
Sesiapa yang akan berkahwin dengan lelaki/wanita pilihan keluarga, ambillah tips daripada Ally & Farah ni. Tak siapa yang berkahwin mahukan perkahwinan terhenti di tengah jalan. Pastinya kita mahu hanya maut yang memisahkan & bukan kerana penceraian. Kan?
Saturday, September 8, 2012
Jangan Biarkan, Jangan Lupakan, Tapi Selesaikan
Zaman sekarang ramai antara kita yang telah berumah tangga ni, lebih suka berdiam diri malah yang lebih buruk lagi, mencari teman baru apabila ada masalah dengan pasangan mereka...No, no, no..... It's not the best way okey... Buat macam tu memang langsung tak akan membantu.
Sepatutnya kalau kita ada masalah dengan pasangan, bawalah berbincang. Jangan biarkan masalah berlarutan. Lagi satu janganlah pendamkan masalah tu sampai diri sendiri merana menderita. Rumah tangga mestilah dijaga sebaiknya. Kehidupan berumah tangga bukan macam couple-couple. Tak suka boleh minta diputuskan hubungan. Perkahwinan bukan perkara main-main macam main pondok-pondok.
Perkahwinan bukankah satu perkongsian? Kalau tidak, tak adalah ayat begini... "penyatuan dua hati..." . Jadi susah senang dikongsi bersama. Tapi jangan pula sampai menyeksa pasangan anda. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Lambat atau cepat saja. Allaah S.W.T sentiasa mendengar. Mohonlah kepadaNYA agar ditunjukkan jalan. DIA pasti sentiasa bersama kita.
Mencari teman baru hanya akan menambahkan masalah kerana syaitan laknatullah sentiasa mencari jalan & berusaha, membisikkan ke dalam hati manusia agar rumah tangga yang sedang dilanda masalah itu hancur & berakhir dengan penceraian. Jangan berputus asa mencari jalan penyelesaian. Minta pendapat daripada yang pakar @ mereka yang lebih berpengalaman. Pasti ada jalan penyelesainnya...
Ingat ye, jangan cari teman baru... Fahamkan maksud Hana..? (^_^)
Sunday, August 26, 2012
Ibu Kandung, Ibu Angkat, Ibu Tiri, Ibu Saudara.......IBU!
Assalamualaikum & Hye
Nak tanya la... Ada sesiapa yang tahu tak pasal hukum kita derhaka kepada ibu tiri, ibu angkat, ibu susuan, ibu saudara? Persoaannya, apa hukumnya bila kita tak dengar cakap mereka? Samakah hukum berdosanya kita bila kita derhaka kepada ibu kandung?
Bukan apa... Untuk tidak membuatkan orang lain berdosa kepada kita & kita jugak tak berdosa kepada orang lain... Hana rasa kita patut tahu hukum macam ni... Tak semestinya kita kena hormat kepada ibu kandung saja kan? Sama jugak macam kita hormat ibu mertua walaupun dia bukan ibu kandung kita... Selagi orang tu bergelar ibu, jaga kita sejak kecil (tak kisahlah ibu angkat, ibu tiri, ibu saudara dll), kita kena hormat & tak boleh derhaka kepada beliau kan?
Semoga kita sentiasa mendengar, menghormati & menyayangi mereka sehingga ke hujung nyawa. Semoga Allaah S.W.T memelihara, menyayangi & melindungi mereka selamanya.
Psssttt....Sesapa yang ada jawapan mengenai persoalan penting di atas... Tolong bagi feedback yea... TQ..
Thursday, August 16, 2012
Terasa Sungguh Rugi!
tuan blog butterfly beads tu ada buat kelas jahitan manik tau..
Teringin betul Hana nak pergi belajar..
Teruja tengok pict. kat blog beliau.
Semua sangat cantik!!!
Beringat Sebelum Kena. AMARAN Keras Kepada Yang Bertudung Tapi Pakaian Ketat!
Lagi satu...Rata-rata kita kalau bertudung mesti nak singkatkan bahagian depan,
bahagian belakang dilabuhkan.
Tu pun cara dah salah.
Perhatikanlah gambar-gambar dalam
blog tu. Tudung/selendang bahagian depan mesti singkat, belakang labuh kemain.
Hana bukan nak kata Hana baik.
Hana pun dok takut jugak ni.
Silap-silap pict. Hana pun ada sekali.
Sebab tu Hana nak kita semua berubah...
Jangan lagi pakai pakaian yang tak menepati syariat Islam.
Seriuosly Hana sangat takut!
Berhati-hatilah kalau nak buat @ pakai apa-apa...
Mereka yang tak bertanggungjawab boleh ambil gambar kita & buat macam-macam.
Tuesday, August 14, 2012
Kenapa Orang Lain Boleh, Tapi Kita Tak Boleh?
Lately kita dapat tengok ramai individu biasa yang menjadi luar biasa. Beralih dari kehidupan yang biasa-biasa kepada kehidupan yang lebih dari biasa serta mengecapi impian yang telah lama dihajatkan.
Hurmm....Apa benda pulak yang si Hana ni merepek ni...
Apa yang Hana cakap ni pasal segelintir daripada kita yang kini dah berjaya mencapai impian mereka. Mampu hidup mewah & memiliki apa yang diinginkan. Seriously Hana jugak cemburu bila dengar & lihat kejayaan orang lain. Mereka mampu miliki apa yang diidamkan selama ni.
Okey, tahukah anda kenapa orang lain boleh kecapi impian mereka dan berjaya dalam kehidupan sedangkan kita tak boleh?
Sebenarnya untuk mencapai sesuatu kejayaan bukanlah semudah ABC... Mereka yang berjaya hari ini adalah kerana mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh, berusaha dengan tekun tanpa rasa jemu & tidak mudah mengalah serta tidak mudah berputus asa.Sekali gagal tidak bermakna kita akan gagal selamanya. Bila gagal, kita kena cari & kaji di mana & apa kesilapan kita yang menyebabkan kita gagal.
Bila dah jumpa di mana & apa kesilapan kita, kita kena bangun semula & usaha lagi. Kita yang belum berjaya ni disebabkan kita main-main dan tak berusaha dengan tekun. Kita buat sesuatu perkara tu sekadar ala kadar. Hana bukan saja cakap berkenaan perniagaan tapi keseluruhan termasuk berkenaan pelajaran & lain-lain.
Kita selalu cemburu lihat & dengar tentang kejayaan orang lain. Tapi kita tak pernah mahu cuba & usaha seperti mana mereka lakukan. Kalau nak berjaya macam orang lain, kita pun kenalah usaha macam mereka berusaha.
So moral of the value, jangan kita ingat mereka berjaya dengan mudah tanpa berusaha. Mereka juga pernah gagal berkali-kali. Jangan lupa pula untuk memohon kepada Allaah S.W.T agar permudahkan urusan kita. Usaha, Doa & Tawakal. Jom kita berusaha dengan tekun agar dapat mencapai kejayaan seperti mana mereka yang berjaya hari ni. Berani mencuba okey!
Allaah S.W.T tidak akan mengecewakan hambaNya yang tekun berusaha, berdoa & bertawakal kepadaNya.
Thursday, July 5, 2012
Jatuh Hukum, Periksa Betul-Betul.
Kalau korang seorang wanita dan rumah korang dicereboh, lalu muncul seorang lelaki mahu merogol korang, apa korang akan buat? Adakah korang akan mempertahankan diri atau membiarkan saja si-lelaki jahanam itu meratah diri korang sesuka hatinya? Kebanyakan wanita pasti akan melawan, biarpun nyawa menjadi taruhan tapi menyerah mahkota kesucian mereka tidak sekali!!
Dan di Ipoh semalam kes seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol berkenaan. Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh semalam telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.
Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.
Mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah. Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam rumahnya.
Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut.
Hakim kata Kalaichelvi telah melakukan "pembunuhan kejam", tapi pada pandangan korang perbuatan merogol orang itu tak kejamkah? Jika korang menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh Kalaichelvi?
Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua tahun. Perogol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk merogol mereka pula. Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas merogolnya, perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti!!
Jika JR adalah wanita itu, JR juga akan bertindak sepertinya. JR lebih rela mempertaruhkan nyawa dari menggadai maruah!! JR sekali-sekali tak akan meminta belas kasihan perogol itu sambil berkata, "Kalau kau nak rogol akupun rogollah, aku tak kisah!!"
Friday, June 22, 2012
D-R-C-A-B-D (New CPR Guidelines)
Wednesday, June 13, 2012
Hadirnya Mereka
Monday, May 28, 2012
Info VCO & Collagen
Saturday, April 28, 2012
BERSIH 3.0?
Wednesday, April 25, 2012
Geng Pecah Kereta
Datang seorang staff bagitau kami ada cermin kereta kena pecah. Lokasi wisma sejarah. Motif ambil beg yang dia nampak. Mungkin dia ingat beg laptop @ beg yang ada barang berharga.
Moral of the story... Jangan letak beg atas seat kereta anda ya. Walaupun beg itu hanya ada sehelai baju.........dalam. Kita tau la ada apa dalam beg tu. Dia tak tahu. Dia ingat ada la duit ke barang kemas ke laptop ke apa-apa yang berharga la.
Pesanan Penaja--->>>Berhati-hati walau di mana anda berada.