ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

Menu Apa Pula Malam Ni?

Assalamualaikum & Hye

Hurmm... Masa on the way balik kerja tadi otak dah memikir nak masak apa pulak malam ni. Semalam buat tom yam. Dua kali buat tom yam... Semalam barulah terasa macam makan tom yam. Hehehe... Biasalah.. Saya budak baru belajar.

*psst... Nama je menu malam.. Tapi di makan pukul 6pm.. ngeee.... (^_^)

Hari ni rasa nak masak kambing black pepper saja kot. Pastu sayur pulak kacang panjang goreng. Cukuplah untuk dua orang kan...
Hurmm... Tak ada idea nak masak menu lain. Selalu tengok kat internet kalau nak cari resepi baru.
Hana susah sikit nak try menu lain. Kena tengok dulu menu apa nak masak.
Kena beli barang betul-betul kalau nak masak menu baru.

Dah sah pemalas nak pergi pasar cari barang. Bukan apa, disebabkan susah nak parking itu yang malas nak pergi pasar. Kalau nak pergi sangat Hana ajak time Mr. Hubby ada.
Sebab boleh pergi naik motor saja.

Resepi Tom Yam Sedap

Bahan
- 1/2 ekor ayam
- 2 batang serai
- 1 biji tomato
- 2 ulas bawang putih
- 1/4 bawang besar
- 3 sudu pes tom yam
- 2-3 cawan air putih @ ikut kesesuaian untu kuah tom yam
- 1/2 biji limau nipis
- 1 inci halia
- 1/4 potong bunga kubis
- 3 sudu minyak masak
- 2 helai daun limau
- 5 batang Cili padi @ ikut citarasa anda
- garam secukup rasa
-2 sudu susu pekat

Cara-cara
1. Ayam dipotong kecil-kecil, basuh dan toskan. Perah limau nipis dalam mangkuk.

2. Masukkan minyak, tumis bawang putih dengan api kecil.

3. Lepas naik bau, masukkan ayam yang dah dipotong tadi. Kacau hingga isi ayam sedikit masak.

4. Jangan biar terlalu lama. Cukup 1-2 minit. Kemudiaan masukkan dua cawan air putih. Biarkan mendidih.

5. Masukkan serai, daun limau, cili padi (yang dah ditumbuk sedikit), pes tom yam dan susu. Kacau sebati. Biarkan mendidih.

6. Masukkan bunga kubis, tomato dan bawang besar yang dipotong. Juga air perahan limau nipis.

7. Selepas naik bau, masukkan garam secukup rasa. (Hana guna Cukup Rasa je). Kalau rasa nak lebih pedas tambahlah cili padi ikut citarasa sendiri.

8. Biar mendidih seketika (2-3 minit). Siap untuk dihidang.

*resepi ni Hana belajar dari en. Suami. Hehehe...

Monday, January 21, 2013

Butter Prawn

Assalamualaikum & Hye

Setelah sekian lama tak masak butter prawn ni.. Semalam beli udang, tadi buat terus la. First time rasa butter prawn ni masa majlis jamuan makan di ward. Kakak senior tu bawak. Resepi sebenar google je. Tak tanya dia pun. Hehehe.. Ni Hana modify sikit. (^_^)

Jom tengok apa yang kita perlu & cara masak..(^_^)

Butter Prawn

Bahan (2 orang makan) -12 ekor udang (dibuang kulit & kepalanya)
-3 batang cili padi dipotong nipis-nipis (tambah kalau suka pedas)
-2 batang kacang panjang (potong kecil-kecil)
-1 biji telur
-2 hingga 4 sudu besar cheese (hana guna parmesan cheese)
-1/4 mentega/planta (hana guna salted  butter)
-Minyak masak
-Garam & kunyit

Cara Penyediaan
1. Goreng udang (yang telah dilumur garam & kunyit) hingga kekuningan/separuh masak. Siap, angkat & ketepikan.
2. Panaskan mentega/planta. Setelah cair, masukkan kacang panjang. Goreng hingga agak separuh masak.
3. Pecahkan telur dalam kuali (yang ada kacang panjang tadi) & kacau hingga telur hancur.
4. Masukkan udang & cili padi tadi dalam kuali yang sama. Taburkan cheese. Gaul sebati.
5. Masukkan garam & perasa secukup rasa...
6. Bila rasa dah okey, tutup api. Siap untuk dihidang.
Yummy.... (^_^)

Sumber asal



Friday, December 21, 2012

Lunch!

Assalamualaikum & Hye
Disebabkan lewat masak... Lewatlah makan pun. Jom kita...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...