ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!
Showing posts with label Journey. Show all posts
Showing posts with label Journey. Show all posts

Monday, September 15, 2014

Terkilan Terguris

Assalamualaikum & Hye

Lately ramai yang menghina, mengutuk, mengeji & seumpamanya terhadap nurse.

Nak diluahkan tak tahu kepada siapa. Tak siapa sudi mendengar. Hanya kutukan & hinaan yang diterima.

Encik-encik, tuan-tuan, puan-puan, cik-cik..

Kalau rasa tak puas hati, buat laporan terus kepada pihak atasan. Tak perlu snap pict. then upload di FB. Buat dapat dosa saja encik, tuan, puan, cik.

Bukan encik, tuan, puan, cik saja dapat dosa, malah turut heret kawan-kawan & sesiapa yang like & komen sekali untuk dapat 'habuan' dosa tu.

Fikirlah gunakan akal yang waras. Bukan ikutkan hati yang amarah.

Kami pun boleh buat lagi teruk dari yang encik, tuan, puan, cik tak jangka kalau kami ikutkan hati yang amarah apabila berdepan dengan pesakit ATAU ahli keluarga yang banyak kerenah, mengada-ngada & sebagainya.

Kami pun nak senangkan kerja kami, nak encik, tuan, puan, cik cepat sihat & boleh jalani kehidupan dengan lebih baik. Kami boleh buat macam-macam.

Tapi kami pakai akal yang waras untuk fikir baik buruk tindakan kami kalau kami buat sesuatu yang bukan-bukan kepada pesakit ATAU ahli keluarganya.

Adakah anda akan membantu nurse cuci & tukar lampin apabila ibu/ayah anda buang air kecil/besar dalam lampin?

Sungguh hati ni terkilan sangat. 

Nurse tak boleh nak duduk ke? Nak kena berdiri saja dari masuk syif hingga habis syif? Nak kena berdiri tepi patient saja dari masuk syif sampai habis syif? 

Tahukah anda, nurse ni pun banyak dapat penyakit sakit tulang belakang, sakit bahu, sakit kaki, sakit macam-macam lagi. Semuanya disebabkan oleh pekerjaan yang mereka lakukan.

Tolonglah...

Jangan ingat nurse tak ada life. 

Life nurse hanya dengan pesakit 24 jam? Begitukah pandangan encik, tuan, puan, cik?

Nurse kerja malam. Tertidur di kaunter. Tahukah siang harinya nurse menguruskan rumah tangga? Hanya dapat lelapkan mata dua, tiga jam. Sedangkan malamnya kena berjaga selama 10 jam! Dapat bayangkan tak?

Yang mana orang lain sedang enak tidur dibuai mimpi indah, berselimutkan comforter tebal, beralaskan tilam yang empuk. Sedangkan nurse????

Lagi satu, nampak hanya seorang yang tertidur di kaunter. Sedangkan yang 2 orang lagi ni beliak biji mata terima pesakit tengah pagi buta pukul 2, 3 ,4 pagi! Pun nak pertikaikan nurse tak buat kerja? Makan gaji buta? Mengank***g saja? 

Saya tak tahulah bagaimana cara anda berfikir? Please use your human sense. Bagaimana kehidupan anda, begitulah juga nurse.

Tak tahulah nak cakap macam mana lagi. Panjang kalau nak bebel dalam ni. 

Kalau kami boleh ada sifat empathy-memahami keadaan pesakit & ahli keluarga... Kenapa tidak kalian juga ada sifat empathy-memahami keadaan nurse.

Kita sama-sama manusia. Manusia ni tiada yang sempurna. Anda tak sempurna, kami juga tak sempurna.

Tapi kami cuba sehabis baik menjalankan tanggungjawab agar pesakit & ahli keluarga mendapat yang terbaik.

Saya mohon kepada kalian, 

Banyakkan bersabar dalam menghadapi sakit yang menimpa. Jangan terus mencari silap orang lain. Cuba bagi kerjasama. Fahamilah kami juga.

Ada apa-apa yang tidak puas hati, buat laporan kepada pihak yang sepatutnya Tak perlu snap pict and upload di FB/socia media.



Cukuplah sekadar yang begini. Hurmm..


Wednesday, July 2, 2014

Rezeki Berbuka Puasa

Assalamualaikum & Hye

Ini cerita semalam.

Semalam masing-masing tak bawak bekal makanan. Jual-jualan pun tak sempat nak pergi jenguk.

Nasib baik salah seorang daripada kami dah masak siap-siap di rumah sebelum datang kerja.

Cuma petangnya suami dia datang bawak makanan yang dia masakkan tu. Jadi dia sudi kongsikan dengan kami.

Alhamdulillah. Dapatlah kami merasa makan nasi semasa berbuka puasa. Sedap pulak tu. Syukurlah..

Patient lain ada juga berikan air kotak, kuih muih sikit. Terima kasih banyak la..

Semoga yang sudi bagi kami sikit makanan diberikan kesihatan yang baik supaya mereka dapat jalani ibadah puasa sehingga akhir ramadhan & ibadah lain kepada Ilahi bulan seterusnya. Ameen..

*eh, kalau nak dapatkan premium beautiful secara ansuran, just text me..

Berpuasa dengan Premium Beautiful ni dapat elakkan gastrik & pedih ulu hati tau.  Untuk kesegaran sepanjang hari, bersahurlah dengan mineral coffee.


Posted via Blogaway

Monday, June 30, 2014

Kisah Nurse, Relative Patient & Akok

Assalamualaikum & Hye

Ini kisah hari kedua Ramadhan.

Tadi selepas berbuka, ada seorang relative pesakit hulurkan kuih.

Katanya...

"Ambiklah dik, buat makan sahur nanti.."

Ada lagi ayat sambungan. Mengikut fahaman Hana, kuih tu untuk orang makan sahur nanti.

Haa.. Cuba dia cakap macam ni..

"Dik, ambik makan ramai-ramai ye.."

Atau macam ni..

"Dik, amik la makan ye.."

Kalau patient/relative diorang cakap ambik la makan, makan la ek.. Memang kami bedal je. Memang faham la untuk makan beramai-ramai.

Entah la. Kalau kawan-kawan dengar sendiri ayat yang dilontarkan oleh individu tersebut mungkin ada yang faham macam Hana faham. Mungkin ada yang faham membawa maksud memang disuruh makan beramai-ramai.

Tak apa lah. Moral of the story, bila nak dampaikan sesuatu mesej tu cakap dengan jelas. Supaya penerima faham maksud yang ingin disampaikan.

Dan kalau si penerima rasa confuse dengan apa yang cuba disampaikan oleh si pemesan, minta penjelasan. Jangan buat faham sendiri.

Tidaklah nanti salah komunikasi. Si A cakap bermaksudkan yang lain. Si B pulak faham maksud lain.

The end....

Selamat malam semua.. Jangan lupa bangun sahur tau..


Posted via Blogaway
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...