Assalamuaalaikum & Hye
Bukan nak cerita ke apa ni..Sekadar nak bagi nasihat saja. Bila nak buat sesuatu tu, fikirlah masak-masak. Fikir habis-habis. Bila nak buat jahat, fikirlah Allaah S.W.T sentiasa nampak apa yang kita buat. Orang tak tahu tapi DIA tahu. Jangan ikut hawa nafsu. Hawa nafsu tu didorong dek syaitan laknatullah. Dia dah berjanji dengan Allaah S.W.T untuk menghasut manusia ke arah kejahatan.
Bila nak buat apa-apa, fikirlah baik buruknya perbuatan kita. Jangan sampai akhirnya menjerut leher kita sendiri. Bila dah terbuat salah jugak tu...Maka segeralah bertaubat. Allaah S.W.T tu Maha Pengampun. Jangan persoalkan adakah Allaah S.W.T akan terima taubat kita @ tidak. Selagi kita mahu bertaubat...DIA akan menerima. Asalkan kita bersungguh-sungguh nak bertaubat & tak ulangi kesilapan kita.
Kalau silap tu mengaku sajalah. Jangan pulak kata orang lain fitnahkan kita. Padahal memang betul apa yang mereka katakan & bukan fitnah semata-mata. Jangan nak tegakkan benang yang sedia basah. Kalau nak tegakkan jugak, cari benang kering. Baru senang nak ditegakkan,. Kalau dah basah tu, tak adanya dia nak tegak. So tak payah nak tuduh orang pulak fitnahkan kau. Jangan sampai perbuatan kau tu gali kubur sendiri. Ye lah kalau dah terjerut leher sendiri kan...
Gambar hiasan semata-mata
0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)