Lepas dengar apa yang doktor bagitau..Tersirap juga darah darah ke muka. Terasa panas wajah ni. Ku tahan agar mutiara jernih tu tak mengalir. Aku mesti kuat. Aku cuba mengawal perasaan lepas dengar berita daripada doktor.
Aku dapatkan nasihat apa yang perlu dilakukan seterusnya. Selepas selesai, doktor bagi MC 2 hari. Kalau nak tunggu, tunggu 2,3 hari lagi keluarlah tu. Tapi masih wajib buat D&C. Doktor nak admitkan ke ward tadi untuk D&C. Tapi aku tolak kerana memikirkan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk buat D&C di situ.
Aku redha Ya Allaah andai itu yang terbaik buat ku. Pasti kandungan ini bukan yang terbaik buat aku dan keluarga. Pasti ada hikmahnya. Tipulah andainya aku kata tidak sedih. Lepas keluar dari bilik doktor terus bertakung air mata & aku segera berjalan laju-laju ke toilet.
Akhirnya air mata yang ku tahan-tahan dari tadi mengalir laju di pipi. Aku tak mampu menahannya lagi. Aku mohon kekuatan daripadaNya. Aku mohon agar ditabahkan hati menempuhi dugaanNya ini.
Kita merancang DIA yang menentukan. Kandungan ini gagal. Akhirnya aku alami penyakit yang aku aku selalu jaga pesakit gyne. Sekarang aku faham macam mana perasaan mereka yang alami perkara yang sama macam aku sekarang.
Terima kasihlah kepada kalian yang mendoakan yang terbaik buat Hana.
Published with Blogger-droid v2.0.4
sabarlah hana..
ReplyDeleteAllah tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya