Assalamualaikum & Hye
Semalam terima jemputan daripada blogger ini
untuk sertai segmen anjuran beliau sendiri.
Tajuknya adalah seperti di atas...
Nak join? Klik saja banner.
Ini cerita Hana.
Kami kenal tak lama. Family suruh pihak lelaki terus merisik
terus kalau dah serious.
Then selepas dua bulan selepas dirisik, bertunanglah pulak.
Dalam tempoh bertunang, penentuan tarikh pernikahan asyik berubah-ubah.
Masa majlis pertunangan, rancang nak
langsungkan pernikahan dalam masa 1 tahun kemudian.
Kemudian dua tiga minggu kemudian pulak
berubah lagi tempohnya... bulan jun 2012..
Then bla...bla...bla...Berubah lagi..
Mac 2012 pulak.
Tak lama lepas tu tukar lagi.......disember 2011.
Kemudian muktamadnya keputusan adalah disember 2011.
Akhirnya disatukan pada 17 Disember 2011.
(^_^)
Saat sah menjadi miliknya....Hati terasa sebak sangat lepas sah diijabkabulkan.
Tak tahu kenapa tetiba datang perasaan tu.
Memang menitis air mata ni.
May be terkenangkan emak & abah.
Masa tu Hana bukan lagi tanggungjawab emak & abah terutamanya.
Mungkin tak keterlaluan untuk dikatakan
bukan milik emak & abah sepenuhnya lagi seperti dulu.
Syurga seorang isteri kan di bawah tapak kaki suaminya.
Tak tahu kenapa tetiba datang perasaan tu.
Memang menitis air mata ni.
May be terkenangkan emak & abah.
Masa tu Hana bukan lagi tanggungjawab emak & abah terutamanya.
Mungkin tak keterlaluan untuk dikatakan
bukan milik emak & abah sepenuhnya lagi seperti dulu.
Syurga seorang isteri kan di bawah tapak kaki suaminya.








