ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, September 1, 2015

Belajar Sesuatu


Assalamualaikum & Hi



Amboi lama tak update ye.. Malam ni dapat idea nak update blog.

Malam ni tergerak hati nak cerita kisah kehidupan. Not mine, just share from others. Hidup kita tak selalu indah. Ada masa di atas, happy penuh warna warni bak pelangi. Ada masa pula di bawah, kecewa, sedih penuh duka lara onak & duri.

Kita sangka hidup kita yang paling teruk. Kesal dengan apa yang kita hadapi & berlaku sekarang. Sedangkan pernah tak kita renung kembali... Muhasabah diri. Ada insan lain yang hidupnya lebih payah, lebih sukar daripada kita. 

Pernah tak kita syukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepada kita? 



Sebenarnya apa yang DIA berikan kepada kita adalah apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita nak. May be apa yang kita nak tu tak sesuai untuk kita. Sebab tu DIA tak bagi apa yang  kita nak.

Sesungguhnya DIA lah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Sebab tu ada ketikanya hajat kita tak dimakbulkan.. 
Cubalah belajar mensyukuri apa yang kita ada, apa yang diberikan, apa yang telah ditentukan olehNya. 




Renung semula...

Lihat pada keperitan, penderitaan, kepayahan hidup orang lain sebelum kita katakan hidup ini tidak adil. ALLAH itu tak adil... Never said that okey. You will never know what had Allah plan for you, for us. Setiap yang berlaku ni mesti ada hikmahnya.

Sesungguhnya Hana syukur dikelilingi oleh insan-insan yang baik, family yang amat sayangkan Hana. Kawan-kawan yang baik. Alhamdulillah sangat bersyukur. Walaupun belum 'sempurna' menjadi seorang wanita, punya zuriat sendiri... Tak apa... Allaah SWT punya perancangan sendiri yang lebih baik. Ada hikmahnya.

For all friends outside there, if ada masalah carilah kawan-kawan yang boleh membantu mendengar & meredakan masalah. Bukan yang semakin memburukkan keadaan.

Jadi ibu bapa bukan mudah. Jika benar anak kita yang salah, akuinya. Jika kita sendiri yang bersalah, akuinya. Jangan pula menidakkan kesilapan sendiri. Ibu bapa jangan mudah menyebelahi anak sendiri. Selidiklah benar @ tidak dia bersalah @ dipihak yang benar.


Saling memaafi antara kita. Bermaafan bukan sekadar di hari raya sahaja. Setiap masa mesti saling memaafi. 

Yang lepas biarlah lepas. Yang akan datang peliharalah sebaiknya. Jangan cepat melatah. Perbaiki kesilapan masing-masing.  Kita bukan maksum yang tak ada silap walau sebesar zarah.  
Bila terasa diselubung rasa marah, segeralah berwuduk, solat sunat. Mohonlah agar diredakan rasa marah, ditunjukkan jalan agar dapat diselesaikan setiap permasalahan, yang mana rumit dipermudahkan.

Bagi suami isteri, jaga bahasa. Terutamanya suami. Janganlah mudah mengeluarkan kata-kata yang boleh merumitkan hubungan rumah tangga kalian. Jika terasa lidah ringan nak memaki hamun @ melafazkan yang tidak sepatutnya tanpa niat, baiklah kamu diam & keluar dari rumah. Bila terasa sudah reda, pulanglah. 

Jika isteri cuba timbulkan provokasi, tak perlu layan walau hati sakit. Isteri, jangan terlalu mendesak. Kemudian cubalah beralah. Selesaikan sebaiknya setiap masalah. Masing-masing ada kesilapan. Jadi carilah penyelesaian sebaiknya.

Kawan-kawan, jika bergaduh dengan kawan anda, jangan mudah memaki hamun. Cuba bercakap baik sekurang-kurangnya 3x. Carilah tempat yang susuai & tidak menjatuhkan air muka si yang ditegur. Sama-sama jaga air muka kawan-kawan ya. Kita tak sempurna, tapi cubalah sedaya upaya sempurnakan setiap perkara yang dipertanggungjawabkan.  

Sekian celoteh saya malam ni. Sebagai mengambil iktibar daripada kisah kehidupan insan di sekeliling & berkongsi agar kita semua jadi lebih baik satu sama lain. Menghargai setiap insan di sekeliling kita.



Posted via Blogaway

Thursday, April 18, 2013

Air Panas! Air Panas!

Assalamualaikum & Hye

Semalam kan day off. Jadi macam-macam la plab dalam otak ni.
Nak ke sana nak ke sini.
Bangun dengan ceria hendaknya bagi memulakan hari yang indah. Huhu...
Ni hari baru Mak Jemah nak cerita...
Mak Jemah memang suka basikan cerita baru nak dikeluarkan. Huhu...
*mak jemah la pulak dah...

Masa tengah nak bancuh milo untuk suami tercinta...
Entah macam mana air panas yang berada dalam mug tu...
Tertumpah ke arah Hana...
Waaa... Menjerit jugak..
Tapi tak kuat.. Hehehe... Dok kata "panas!" "panas!" tu je..
Otak hantar signal ke tangan bertindak untuk tanggal seluar yang kena air panas tu.
Then alirkan air paip kat tempat yang kena tu.
Tapi terlebih cerdik pulak. Lepas tu pergi letak ais tempat melecur.
5 ke 10 minit kemudian.. Mula naik macam nak menggelembong...
Like a blister..

Mujurlah Mr. Hubby ada. Dia ajak ke klinik.
Terus siap-siap dia bawa ke HATTM.
Lepas bagitau apa sakitnya, dia suruh isi borang sikit.
Then terus dibawa ke bilik rawatan. Student dengan medical student kot...
Tolong sapukan SSD cream. Lega rasa.

Lepas sapu cream barulah diambil vital sign Hana.
Then M.A tu prescribe ubat and bagi MC.
Tapi MC tu bos saya nak terima ke? Entahlah...

Moral of the story.. Fokus bila buat sesuatu, ya.
Next entri Hana akan cuba bagi tips hadapi kelecuran macam air panas.
Hehehe... Insya Allaah...

Friday, April 5, 2013

Kerana ICT..

Assalamualaikum & Hye

Petang tadi menonton Al-Kuliyyah di TV3. Tajuk menarik perhatian Hana. Tentang ICT dan kehidupan kita. Memang tak dinafikan ICT mampu membuatkan hidup kita lebih mudah. Nak cari apa-apa, search saja.

Nak masak, search saja resepi apa kita nak. Nak menjahit, cari saja tutorialnya melalui blog, youtube dan lain-lain lagi. Nak baca Al-Quran... download saja aplikasinya. Bagi yang ada smartphone tu... Pasti hampir keseluruhannya mesti ada kemudahan untuk access internet kan?

Walaupun banyak kebaikkan ICT ni.. Tapi masih tetap ada keburukannya. Keburukan yang datang itu adalah dari pengguna itu sendiri. Baik dan buruk ICT ni terpulang kepada si pengguna. 

Kerana ICT yang jauh jadi dekat. Kerana ICT juga, yang dekat jadi jauh.

Kepada yang suka download macam-macam dalam smartphone mesti ada jugak download aplikasi macam Al-Quran dan hadis.. Jangan risau jika anda mahu masuk ke tandas membawa smartphone anda. Selagi mana aplikasi Al-Quran itu tidak dibuka semasa bawa masuk ke tandas ia tidak menjadi msalah. Contohnya kita tengah buka aplikasi tu.. Baca ayat Quran.  Tiba-tiba rasa nak buang air. Tutup aplikasi tu then masuklah ke tandas. Takkan smartphone mahal nak tinggal di luar. Nanti kecurian la kan. Hehehe..

Bagi yang nak dengar/menonton Al-Kuliyyah siri petang tadi, boleh tonton di tonton.  Heeheee...

Manfaatkan kemudahan ICT kini dengan sebaiknya.  Jangan salah gunakan ye...

Tuesday, November 27, 2012

Poligami?

Assalamualaikum & Hye

Haa...Di petang yang damai ni...
Agak-agak redup ni...
Bukanlah Hana bertujuan nak jadikan ia 'panas' dengan tajuk
yang bakal kita perkatakan ni..

Okey...Petang ni kita nak bincang sikit pasal
poligami...
Actually bukanlah bincang dengan erti kata
sebenar-benarnya...
Cuma nak cakap sikit-sikit saja okey..
Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut boleh saja 
google tajuk 'poligami' ni...

Don't get wrong...
Bukan my husband yang nak berpoligami...
Cuma tadi 'jelajah' di FB terjumpa page ni...
Dia cakap pasal poligami...
Ini adalah petikannya status page tersebut...

Para isteri tidak patut membebankan suami yg berpoligami dgn berbagai masalah yg remah temeh sehingga boleh menyebabkan suami mengalami stress dan kemuraman jiwa.

Para isteri kena faham kadangkala bas yg lambat sampai dan jalanraya sentiasa traffic jem. Begitu juga, suami memerlukan cuti rehat, kalau di tempat kerja ada cuti rehat, rumahtangga pun kena juga ada cuti rehat. Dan kalau isteri merasakan tak cukup duit pergi cari kerja le, cari duit sendiri. Bila suami tidak poligami pandai plak isteri tua tu nak berkerja tapi bila suami berpoligami terus isteri tua berhenti kerja, klu gitu sapa nak tanggung makan minum nie, mana aci macam tu kan? "

BOLEH KE SUAMI CAKAP MACAM TU? 
DIA INGAT INI MAIN MASAK-MASAK KE? 
-Lebai Kampung


Kalau nak baca komen-komen berkenaan status ni...
Klik saja pada link yang Hana bagi tu..

Hana sangat tidak menyokong kenyataan seperti yang disebutkan.
Suami tak patut cakap macam tu..
Terutama part ni, 
'Dan kalau isteri merasakan tak cukup duit pergi cari kerja le, cari duit sendiri. 
Bila suami tidak poligami pandai plak isteri tua tu nak berkerja 
tapi bila suami berpoligami terus isteri tua berhenti kerja, 
klu gitu sapa nak tanggung makan minum nie, mana aci macam tu kan?'
Nak tanya sikit,
Tanggung makan minum keluarga tanggungjawab siapa?

Okey, apa yang Hana katakan ni adalah
pendapat peribadi Hana okey..

Pada pendapat Hana lah kan...
Si suami kalau nak berpoligami, sila pastikan isteri pertama anda
(isteri yang sedia ada ni...)
Cukup makan pakai & semua kebajikannya terjaga...
Katakanlah si isteri yang sekarang ni memang seorang
wanita yang berkerjaya...
Ada duit sendiri & mampu jika nak sara diri dia sendiri
@ anak-anak...
Kalau si suami tak bagi duit pun si isteri mampu
sara dirinya..

Janganlah sesekali seorang suami berfikiran macam tu...
Tanggungjawab suami yang wajib dia laksanakan adalah menyara
keluarga..
Memastikan keluarga terjaga kebajikannya.
Itu perintah Allaah SWT walaupun diketahui si isteri berkemampuan.

So anda fikirkanlah....
Kalau yang satu pun kebajikannya tidak terjaga...
Macam mana nak tambah dua,tiga & empat?
Tak baik aniaya isteri..

Suami boleh beristeri lebih dari satu dengan syarat
mampu menjaga kebajikan isteri yang 
sedia ada...
&
Kalau nak berkahwin lebih dari satu tu...
Tengoklah kepada tuntutan lain
& bukan kerana nafsu...
Kononnya nak mengelakkan maksiat bagai...
Nak elak maksiat itu bukan alasan yang kukuh...

Bagi Hana lah kan...
Kalau ditakdirkan si isteri tidak dapat memberikan zuriat 
kepada si suami, barulah si isteri kena pertimbangkan
untuk benarkan si suami bernikah lagi.
Itu pun.......
Setelah berusaha dengan pelbagai cara...
Moden, tradisional...
Kalau belum diusahakan kaedah perubatan, hanya berusaha
seperti biasa kemudian menunggu....
Itu tidak patut...
Ataupun doktor mengesahkan si isteri memang tidak dapat hamil.

Apa pun kembali kepada topik utama...
Suami tolong fikirkan semasak-masaknya sebelum 
buat keputusan @ suarakan keinginan anda
untuk bernikah lagi...
Fikirkan...Mampukah anda? Terjagakah kebajikan isteri anda
yang sedia ada...?
Tolong jangan deritakan isteri anda...



Note : kalau ada sebarang pendapat/komen, sila kemukan dengan bahasa yang sopan. terima kasih.


Tuesday, October 30, 2012

Keselesaan...Hargai Kehidupan..

Assalamualaikum & Hye

Selesakah anda dengan kehidupan anda kini? Adakah anda masih mencari sesuatu yang lebih selesa daripada apa yang anda miliki hari ni?

Okey, ini bukanlah iklan peluang perniagaan atau peluang merubah kehidupan kepada keadaan yang lebih selesa. Apa yang Hana nak cakap ni tentang kehidupan masa kini. Kepada mereka yang mengintai peluang perniagaan untuk merubah kehidupan kepada keadaan yang lebih selesa tu... Silakanlah... Pastikan anda pilih jalan yang betul.

Keselesaan yang Hana maksudkan adalah kesihatan tubuh bdan kita. Bila mana tubuh badan kita sedang sihat itulah keselesaan yang terbaik dalam kehidupan kita. Percayalah! Ia satu nikmat & rahmat yang tidak terhingga dalam kehidupan kita. Bila tubuh alami kesakitan, rasanya sangat perit. Saat itu barulah kita akan rasa tubuh yang sihat itu sangatlah berharga. Kepada anda yang masih sihat tubuh badan tu jagalah kesihatan dengan sebaiknya. Once your body had pain... segala keselesaan & kekayaan yang ada dah tak berguna lagi.

Tak guna ada duit berjuta kalau badan sakit. Nikmat kesihatan yang Allaah S.W.T berikan kepada semua hambaNYA adalah nikmat yang tidak ternilai harganya. Tidak akan ada nilai gantinya. Bila badan dah sakit-sakit macam ni barulah Hana sedar betapa kita wajib mensyukuri setiap nikmat yang DIA berikan. Nikmat pemberian Allaah S.W.T itu terlalu luas. Tidak terhad kepada harta benda & wang ringgit semata-mata. Selama ni Hana selalu berfikir....'Andainya aku punya banyak wang..'
Tapi hari ni Hana selalu memohon agar dikurniakan nikmat kesihatan tubuh badan akal dan rohani. Tiada yang lebih penting melainkan nikmat kesihatan.

Peliharalah kesihatan anda sebaiknya.. Hana dah merancang, lepas ni bila kesihatan dah kembali stabil, Hana akan cuba amalkan gaya hidup sihat. Tak mahu malas-malas lagi. Bila ada masa, nak bersenam keluarkan peluh. Tak semestinya kena berlari @ ber'jogging' di tanam... Berjalan kaki sampai keluar peluh pun kira senam jugakkan? Apa pun diharapkan anda di luar sana hargailah kesihatan anda sebelum anda jatuh sakit....macam saya...Huhuhu...Bersyukurlah dengan setiap nikmatNYA...

Renung-renungkan...Selamat Beramal!
      

Wednesday, September 12, 2012

Ally + Farah = Oh Sweet!

Assalamualaikum & Hye

Semalam tengok dalam FB saja.
Hari ni ternamapak dalam Mingguan Wanita lah pulak.
Jelous i tengok u tau tak...
Ohsem!
Sweet hunny bunny!
Uhuhu.... Mahu begitu juga...

Yang ada FB mungkin dah like fanpage Ally Iskandar...
Sangat sweet tengok pict. yang Ally upload kan.
Terasa nak juga begitu...
Tapi sape nak tolong shoot kan...

Nampak sangat bahagia kan? Tapi dalam Mingguan Wanita,
Ally ada katakan... Dia selalu pesan kepada Farah supaya sentiasa bersederhana.
Sebelum mulakan photoshoot untuk Mingguan Wanita,
Ally tetapkan semua yang berkaitan dengan isterinya termasuk
pakaian, solekan dan seumpamanya supaya dapat kekalkan imej muslimah si isteri.
Sebab dia bukan saja suami, malah imam, pelindung, penyelamat, dialah kekasih.

Oh sweetnya....!

Sesiapa yang akan berkahwin dengan lelaki/wanita pilihan keluarga, ambillah tips daripada Ally & Farah ni. Tak siapa yang berkahwin mahukan perkahwinan terhenti di tengah jalan. Pastinya kita mahu hanya maut yang memisahkan & bukan kerana penceraian. Kan?


Friday, June 22, 2012

D-R-C-A-B-D (New CPR Guidelines)

Assalamualaikum & Hye

Hari ni Hana dengan sorang lagi co-worker kat ward kena
attend CPR Course.
Internal BLS anjuran unit latihan di hospital tempat Hana keja la jugak.

Mujur jugak CPD point Hana belum cukup. 
Kalau tak, Hana masih ketinggalan zaman lagi la.
Orang lain dah sampai, Hana dok terhegeh-hegeh lagi tak sampai.
Rupanya dah tukar dah....
Huhuhu...

Kalau dulu start dengan DRABCD...
Sekarang tak lagi dah..
Sekarang ni dah DRCABD pulak.
Haaa....Tu dia...Mesti ada yang ternganga-nganga ni...
Kikikiki....

Jom review sikit pasal CPR Guidline lama dengan yang baru punya.

Old CPR Guidelines (DRABCD)
1. Danger - Remove victim from danger. Make sure safe for the rescuer too.
2. Respond - Tap the victim shoulder for respond. Shout 'sir, are okey?'. No respond, call for help
3. Airway - Head tilt chin lift
4. Breathing - Look Listen & Feel
5. Compression - 30 : 2 (30 compression, 2 blow). Repeat till complete five cycle. Had pulse no breathing, give 1 breath every 5 second. 
6. Defibrillation - AED defib / defibrillator

New CPR Guidelines (DRCABD)
1. Danger - Remove victim from danger, make sure safe for rescuer too.
2. Respond - Tap the victim shoulder. Shout 'sir, are okey?'. 
Scan for breathing, check carotid pulse. No respond, no breathing, no pulse. Call for help.
3. Compression - Start chest compression (30 : 2). Repeat till complete 5 cycle. Had pulse no breathing, give 1 breath every 5 second.
4. Airway - head tilt chin lift. 
5. Breathing - Scan for breathing. check pulse.
6. Defibrillation - AED defib. / defibrillator.

* steps for Adult CPR.

Nampak tak bezanya di mana?
Nasib lah attend CPR Course hari ni.
Kalau tak, dok DRABCD lagi la..
Orang dah DRCABD...

Kalau orang bukan dalam medical filed boleh buat.
Bukan nurse / doctor / or person in medical field je yang kena buat.
Orang biasa yang keja bank ke keja pejabat pos
or apa saja lah yang bukan seperti nurse @ doctor pun kena tahu ni.

Klik link.
 [LINK]
 [LINK]
 [LINK]
 [LINK]
 [LINK]
 [LINK]




Wednesday, June 13, 2012

Hadirnya Mereka

Assalamualaikum & Hye

Hari ni entah kenapa tetiba terasa lagi...Ala-ala nak sawan jugak...Tapi belum sawan la...Cuma macam aura-aura gitu. Apa? Hana ada penyakit sawan kah? Hahaha...Tidak penyakit sawan tarik tu..Kikiki...

Hati ni tetiba terasa pilu pulak. Entah kenapa terfikir pulak dalam otak ni pasal baby atau anak-anak. 

Hana pernah la dengar kata-kata ni, 

'Perkahwinan memang banyak kesusahan. Tapi hidup bersendirian tanpa pasangan bukanlah jalan yang terbaik.'

Ya, Memang ada benarnya. Kehidupan berumah tangga ni memang banyak kesukaran & dugaannya. Tapi jika kena cara mengatasinya, ia bukanlah satu masalah yang sangat berat & rasa terbeban. Sebaliknya kalau kita hidup bersendirian tanpa pasangan, pasti akan terasa kekurangan dalam kehidupan kita. Memang kita ramai kawan, ada ahli keluarga yang menyayangi kita. Tapi masih tidak sama seperti hidup bersama pasangan suami/isteri. Kahwinlah baru anda tahu apa yang lain, apa yang bezanya.

Yang kedua pulak....

' Hidup berdua bersama pasangan memang seronok. Namun kehadiran anak-anak akan menjadikan kehidupan pasangan lebih bahagia walaupun banyak kesukaran yang dihadapi. ' 

Hurmm...Memang best dapat hidup berdua bersama dengan orang yang mencintai kita. (^_^)
Tapi....Kehadiran bayi/anak-anak akan menjadikan kehidupan kita & pasangan kita lebih bermakna & lebih bahagia even kita terpaksa hadapi pelbagai kesukaran. Contohnya, bila baru dapat baby...Terpaksa bangun tengah malam untuk susukan anak, tukar lampin anak & terutamanya bila anak demam/sakit. Namun semua kesukaran itu akan menjadikan kita lebih matang & sabar bila diduga. 

Bagi mereka yang dah bergelar ibu/bapa pasti dah merasai pelbagai kesusahan untuk menangani anak-anak. Hana ni....Ermmm...Entahlah...Ingatkan hari tu lekat kan...Heeee...Rupanya belum. Tunggu kali ni pulak. Tak sabarnya rasa... (*_*)
~ceh!macam dah ade isi je kan.padahal belum lagi.

Apa-apa pun, kepada anda yang budiman...Doakanlah yang terbaik untuk Hana & keluarga ye? tQ ye.
google

Friday, April 20, 2012

Formula Pengiraan IV Drip

Assalamualaikum & Hye

Semalat Bersemangat pagi ni sampai tersalah taip..
Hehehe..
Sorry yea...Selamat pagi yang indah semua kawan-kawan ku..
Hari ni Hana sangat bersemangat untuk 
memberikan / menunjukkan kepada mereka yang 
dok search formula pengiraan iv drip dalam blog kesayangan Hana ni.

Okey tanpa melengahkan masa..
Jom kita tengok..

Ini untuk mendapatkan drop / min


Ini untuk mendapatkan ml / hour


Untuk mengira pukul berapa drip akan dimulakan & pukul berapa drip habis


untuk mengira berapa ml kah yang telah masuk ke dalam tubuh pesakit
& berapa ml kah lagi yang perlu C/F untuk syift seterusnya.

Kalau tak faham boleh ajukan pertanyaan dengan meninggalkan 
komen dalam ruangan komen entri ini.
Boleh jugak tinggalkan emel awak & bagitahu bahagian mana 
yang awak tak faham then Hana akan follow up melalui emel.

Semoga sedikit informasi ni dapat bantu awak yang mencarinya.

Thursday, April 19, 2012

Formula Pengiraan Ubat (Adult)

Assalamualaikum & Hye


Disebabkan sering kali Hana tengok ramai jugak yang search tentang formula pengiraan ubat dalam blog ni... So dengan senang hati Hana nak tunjukkan la formula yang dicari-cari.


Harap-harap awak yang cari tu faham la yea apa yang Hana cuba sampaikan ni. Cuba la kaji pict. yang Hana sediakan tu. Kalau tak faham boleh ajukan pertanyaan pada komen yea.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 18, 2012

Cara Tutup Hidung Lebih Berkesan!

Assalamualaikum & Hye

Huhuhu...Hari ni second last punye botol pati ikan haruan...
Mr. Hubby hari-hari bila kerja
mesti akan check kotak pati ikan haruan tu. 
Berkurang ke tak berganjak ke apa.



Mesti akan disoal siasat makan ke tidak.
Huhuhu..




Sayang minum la abang..
Demi kasih ku kepada mu..Tak sedap pun ku telan jugak.





Sebelum ni tahan napas bila nak minum. Tapi akan terasa bau yang kurang enak tu ke hidung. Then akan terbelahak. Tu kalau makan dulu baru nak minum tu..Jawabnya keluar balik la apa yang dimakan sebelumnya tu.
So i prefer to drink it before eat anything else.

Bila perut kosong nak terbelahak muntah pun..Yang akan keluar cuma angin. So tak ada la perit kan. Yang diminum pun tak akan terkeluar balik. Dan..Yang pastinya WAJIB lah minum air kosong sebanyak-banyaknya.
Hana satu mug air kosong dah cukup. Ngeee~~~~

So esok the last one. Huhuhu...Merdeka la lusa. Err...Tapi..Tak tau lah kalau Mr. Hubby akan pi beli tambah pulak. Huhuhu..


Tuesday, April 17, 2012

Doa Murah Rezeki

Assalamualaikum & Hye

Malam yang masih muda ni...Hana nak kongsikan
doa untuk memohon dimurahkan rezeki
oleh Yang Esa.

-Doa Mohon Murah Rezeki-

Ya Allah,
Apabila rezekiku ada di langit maka turunkanlah,
Apabila di dalam bumi maka keluarkanlah,
Apabila di laut maka naikkanlah,
Apabila jauh maka dekatkanlah,
Sekiranya dekat maka permudahkanlah,
Dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah
Dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya,
Juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut
Dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka,
Dengan rezeki yang halal dan baik,
Serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu,
Dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma,
Dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu
Ameen Ya Rabbal 'Alamin.


Monday, April 16, 2012

Tak Semestinya Kita Dapat Apa Yang Kita Nak..Kan?

Assalamualaikum & Hye

Bila duduk termenung sorang-sorang tadi, teringat pulak kisah-kisah silam. Kebanyakkan kejadian dalam kehidupan Hana ni mostly bukan apa yang Hana rancangkan, inginkan. Tapi semuanya berlaku dengan kuasa Allaah S.W.T.

Bila difikir-fikir semula.. Tak semua apa yang kita nak kita akan dapat. Dan ada sebab kenapa Allaah S.W.T tak berikan semua yang kita inginkan. Allaah S.W.T tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA. Kita selalu merungut bila Allaah S.W.T berikan apa yang kita tak nak, tak suka.

Kita tak bersyukur pun dengan apa yang DIA berikan kepada kita. Malah kita lebih banyak merungut & mempersoalkannya. Sedangkan apa yang kita tak suka tu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita.

Jadi sentiasalah bersyukur dengan semua nikmat & pemberian Allaah S.W.T. Kalau rasa tak kuat, berdoalah mohon agar DIA berikan kekuatan, ketabahan, kesabaran & semangat untuk menghadapi dugaan daripadaNYA.

Renungkan & Selamat Beramal!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Rahsia Rumah Tangga Bahagia

Assalamualaikum & Hye

Hari ni nak cerita pasal RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA. 
Mesti orang nak tahu kan apa rahsia untuk kekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga kan?
Okey, hari ni Hana akan kongsikan sedikit ilmu untuk kita amalkan dalam kehidupan & mendapat berkat daripadaNya.

Tips Kekal Bahagia :-

1. Bagitahu
Isteri nak keluar rumah bagitahu suami. Memang mengikut ajaran Islam isteri mesti bagitahu suami bila nak keluar rumah. Tujuannya supaya suami tahu di mana nak cari isteri jika ada sebarang masalah. Suami jugak perlu maklumkan kepada isteri ke mana nak tuju. Supaya isteri tak tercari-cari ke mana suaminya pergi. tak salah pun jika suami maklumkan kepada isteri jika nak keluar rumah. Jangan ego, rasa awak suami, so tak perlu mintak izin isteri & buat apa nak maklumkan kepada isteri ke mana nak pergi..

2. Komunikasi
Jaga tutur kata masing-masing. Isteri semestinyalah kena jaga tutur kata. Tak boleh hina suami, tak boleh tinggi suami kepada suami, hormati suami. Walaupun isteri bekerja pangkat lebih besar daripada suami @ gaji lebih banyak daripada suami. Tak boleh lawan suami. Di rumah kamu adalah isteri. Isteri kena patuh kepada suami selagi si suami tak suruh buat sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Suami pun sama. Jagalah tutur kata, jangan tengking isteri. Isteri pun ada perasaan untuk dimanja, disayangi, dipuji, dibelai. Bukan dikasari. Yang lebih penting untuk dikatakan di sini tentang komunikasi ialah bila ada sebarang masalah @ salah faham..Bawa berbincang. Jangan pendam. Memendam perasaan boleh membawa kepada keruntuhan institusi keluarga. Bahaya tu. Isteri tak puas bagitahu suami. Suami pun sama. Tapi mesti ada caranya. Jangan terus hamburkan begitu saja. Aturkan ayat yang sesuai. Tengok situasi yang sesuai.

3. Ruang
Cari ruang untuk bergurau senda, bercuti bersama, memasak bersama, makan bersama, solat berjemaah bersama, mengadu masalah. Walaupun sibuk dengan kehidupan harian & kerja, kena juga cari masa & ruang yang sesuai untuk berbincang.

4. Berdoa
Berdoa bersama-sama. Jom kita amalkan doa kasih sayang & kebahagiaan rumah tangga. Doa daripada dua surah...
i- Surah Al-Furqan ayat 74 
ii- Surah Al-Anbia' ayat 87

Info Tambahan :-

Nusyuz sebenarnya tidak hanya kepada isteri. Suami jugak tidak ketinggalan boleh digelar nusyuz.

1. Isteri nusyuz - menderhaka kepada suami (tinggi suara, melawan, mengungkit dll)
2. Suami nusyuz - tidak menjalankan t/jawab sebagai suami dengan baik (tak sediakan nafkah- lebih kepada zahir,)


Sangatlah mudah bukan? Mohon doa daripada Yang Esa. Semoga Dia makbulkan doa kita. Kita usahakan yang terbaik agar dapat mengecapi kebahagiaan rumah tangga dunia & akhirat. Semuanya datang daripada Yang Esa. Kita merancang, DIA yang menentukan. 

* Selamat Beramal! (*-*)

Note : Untuk tips lebih baik, tonton SEMANIS KURMA episod 15. Ada tips-tips yang Hana nyatakan di atas atau dapatkan nasihat daripada mereka yang lebih professional.

Thursday, April 12, 2012

Part Time Job!

Assalamualaikum & Hye

Bila cakap pasal part time job ni sangatlah berguna...Apa yang berguna sangat tu ye? Maksud Hana kepentingan kerja part time ni la..Contohnya adik-adik yang baru habis SPM..Boleh cuba cari kerja di kedai runcit,
kedai borong, pasar raya sebagai jurujual, juruwang, dan apa-apa jenis kerja la..

Disamping dapat duit poket sendiri...Korang pun dapat merasa betapa penat lelah susah payah mak ayah korang nak rezeki untuk korang sekolah..Baru rasa susah ke senang..

Lagi satu kepentingan kerja part time ni...Bila korang habis study diploma ke degree ke apa ke kan...Bila nak cari kerja majikan akan tengok pengalaman kerja kita..Tak semua majikan pilih pekerja yang ada experience 
dalam bidang pekerjaan yang dipohon. Kadang-kadang majikan nak pekerja yang biasa buat kerja..Yang pernah bekerja. Senang diorang nak aturkan..Tak la dorang susah nak ajar bagi pekerja dia biasa melayan pelanggan yang datang ke kedai..

Pokok pangkalnya buatlah kerja part time bila ada masa or sementara belum dapat kerja yang tetap. Masa Hana nak mintak kerja dulu punyalah susah. Sebabnya tak ada langsung pengalaman bekerja. Masa tu barulah menyesal sebab dulu masa habis SPM, mak suruh kerja kilang Hana berlagak tak nak kerja. Pastu baru tahu langit tinggi ke rendah.

So moral of the story, kalau belum dapat kerja tetap..Buatlah kerja part time dulu.. (:

Wednesday, February 22, 2012

What Is Hyperemesis Gravidarum?

Assalamualaikum & Hye...

Tengah dok tengok-tengok kat nuffnang tadi..
Tengok ada yang search pasal 
hyperem ni...
So Hana nak cerita la serba sedikit pasal penyakit ni yea..

Hypremesis Gravidarum adalah masalah loya & muntah yang teruk berlaku kepada ibu yang sedang hamil antara 5 hingga 12 minggu..Mungkin berpunca daripada peningkatan level HCG (hormon chorionic ganotropin)...HCG ini meningkat disebabkan kehamilan yang berlaku kepada seseorang wanita yang hamil sesama usia kandungan 5-12 minggu. Bagaimana anda makan banyak sekali pun ia akan tetap dimuntahkan kembali.

Jadi bagaimana nak atasi masalah ni?
Tak kan tak boleh makan langsung?

Okey, Apa yang doktor perbidanan anda nasihatkan 
kepada anda semasa temujanji?
Ada tak dia bagi nasihat tentang pemakanan anda?

Sini Hana bagi sedikit tips bagaimana
nak mengatasi masalah 
Hypremesis Gravidarum ni...

Tips Mengatasi Hypremesis Gravidarum

A) Apa yang perlu dielakkan :-

1. Elakkan makanan yang boleh menggalakkan loya & muntah terutama jenis berminyak. 
    Kalau boleh tak perlulah memasak. 
   *suami harap faham keadaan isteri ketika ini.

2. Elakkan makan banyak dalam satu masa.

3. Jangan minum susu. Tak kira apa jenis susu pun & jangan minum minuman nourishes seperti milo dan 
    seumpamanya.

4. Jangan gosok gigi waktu pagi / selepas makan terutamanya.

5. Elakkan apa-apa bahan yang boleh menggalakkan anda rasa loya & muntah. Contoh pewangi, sabun, dll.

B) Apa yang perlu dilakukan :-

1. Makanan makanan yang tidak berminyak. 

2. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi lebih kerap. Contohnya, makan biskut.

3. Makan lebih buah-buahan.

4. Minum jus buah-buahan dan air suam.

5. Berkumur dahulu selepas bangun pagi. 

Rasanya cukup la kot yang ni...
Hehehe...
Nak tau lebih lanjut boleh tanya doktor anda.

But..
Diharapkan sedikit info / tips ini dapat bantu anda 
yang sedang mengalami masalah 
Hyprem ni..


NOTE : Pasni Hana buat pasal Placenta Previa pulak yea...

Wednesday, February 1, 2012

TIPS : Stress? Tiada Teman Untuk Luahkan Perasaan?

Assalamualaikum & Hye


Pernah tak korang rasa stress? Then tak tahu nak buat macam mana untuk lepaskan perasaan korang. Lain orang lain caranya kan? Sebab masing-masing ada cara mereka tersendiri untuk lepaskan perasaan.


Ada beberapa tips untuk Hana share dengan readers..


1. Solat (bagi orang islam)

- berwuduklah dan lakukan solat sunat agar reda kemarahan @ kesedihan yang sedang memuncak tu. selepas bersolat, luahkan lah perasaan anda kepada Allaah S.W.T...Kerana Dia Maha Mendengar. Mohon supaya diredakan kemarahan @ kesedihan yang sedang dialami. Jangan lupa beristighfar banyak-banyak.


2. Menangislah jika anda dalam kesedihan. Jangan ditahan air mata itu. Biarlah ia mengalir. Akan berkurang kesedihan itu. *tapi jangan sampai jadi macam kasim selamat sudah lah*

Tekup muka dengan bantal and jerit sekuat hati. *hehehe...*


3. Luahkan perasaan anda melalui penulisan..Salah satu contoh, melalui blog..BUT if that matter were too secret..Luahkan saja di atas kertas. Atau pun dalam buku..Macam diari dulu-dulu tu. Tulislah apa saja yang anda ingin luahkan. Nak maki hamun pun boleh. Even buku / kertas tu tak dapat bagi respon terhadap apa yang kita katakan / luahkan..Sekurang-kurangnye beban marah / sedih tadi akan rasa kurang. * Hana suka sangat luahkan perasaan dalam buku *


4. Kalau ada kawan untuk dengar luahan perasaan kita, luahkan saja kepada dia. Tapi kalau hal yang secret jangan la sembarangan orang ko luahkan perasaan. Pilih la orang yang boleh dipercayai. Nanti satu dunia tahu, sendiri yang malu..


5. Jangan baling-baling barang kalau marah / sedih. Nanti anda jugak yang kene kemas balik semua yang sepah-sepah tadi. *hehehehe*


6. Jangan pandu kereta / motosikal dan lain-lain semasa marah. Kerana akan menyebabkan kemalangan dan kemalangan maut lagi ngeri. Ingatlah Allaah S.W.T ...Istighfar.

*huhuhu*


7. Kalau suka shopping, pergi aje 'menyopping'.. Kalau dapat duduk tepi tasik, tepi pantai, tepi air terjun...Duduk je..Nikmati keindahan alam ciptaanNya. *sambil nangis pun boleh... :D *


8. Main game racing..Game tembak-tembak..Lepas kan geram anda dalam game tu.huhuhu :D


9. Jenis suka makan time marah? Makan je apa nak makan. tapi jangan melampau sangat. :)


10. Jangan tumbuk dinding pulak. Nanti sendiri yang lagi sakit. Tapi jangan pulak pegi lempang orang / belasah orang. Belasah anak patung tak pe. Tak pun belu satu guni yang macam orang boxing / tomoi dok tumbuk tu..Belasahlah yang tu sampai pecah pun tak pe.. :)


Okey..Sekian tips daripada Hana.. :D


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, January 23, 2012

Holiday in KL & Putrajaya + Semudah ABC

Assalamualaikum & Hye...

Seronok spending some time with my belurve family..
20-22 Januari yang baru berlalu ni..
My family from Kedah came to my house at Desa Wangsa Keramat ni...
Saje datang bercuti...
Hana pulak baru habis keje malam 20hb tu...
So dapat la sleep day dengan day off..
Then Hana ada claim cuti untuk PH 25/12..
So dapat cuti..

*huh!tajuknye kemain!*
*padahal memang dok KL pun..*

Seronok dapat pegi jejalan sesama..
Dah lama sangat Hana tak jalan-jalan bercuti 
dengan family...

Here some pictures of us..
* hasil setelah edit *




































































Huh!
Penat jugak nak buat benda simple camni..
Belum lagi suruh buat yang complicated..
Cut sana paste sini segala bagai tu..

Happy dapat edit all these pictures..
Ada banyak lagi yang Hana edit..
Tapi cukup la setakat yang ini yea..Melampau pulak nak tayang 
semua kan..

Komen yang membina serta tunjuk ajar daripada yang 
professional photographer amat dialu-alukan..
Tak pro tapi nak bagi pendapat pun 
boleh juge..
Huhuhu..

Semua ni edit guna picnik jer..

Thursday, September 22, 2011

Cara Pendidikan Yang Disarankan Saidina Ali ra

Assalamualaikum & Hye...

Dah lama kan Hanna tak post entri pasal tips,info & usrah ni...
Kebetulan semalam terbaca satu tips ni..
So hari ni Hanna nak share lah...
Kalau ada yang dah tu, kita boleh share dengan yang
tak tahu lagi, kan?

Bayi sehingga berumur enam tahun ;
harus diberi kasih sayang tanpa syarat.

Anak berumur 7 tahun hingga 12 tahun ;
- dididik dengan menasihati mereka, caranya menghukum &
memukul supaya mereka dapat membezakan antara
perkara yang baik dengan yang buruk.
- justeru Nabi Muhammad s.a.w pernah menyebut didalam hadis,
" Pukullah mereka apabila mereka tidak mahu 
mengerjakan solat ketika berumur 10 tahun."

Mereka yang berumur di antara 13 tahun hingga 24 tahun 
(banyak pendapat mengenai had umur remaja, 
yang mengatakan 21 tahun) ;
Ibubapa berkawan dengan mereka, menanyakan masalah mereka,
berkongsi kegembiraan serta kesedihan mereka 
&
Menjadikan mereka selesa bila berada bersama ibu bapa.

Apabila anak berumur 25 tahun ke atas ;
Bebas & lepaskan mereka.
Biarkan mereka membuat pilihan untuk kehidupan mereka.
Jika dididik dengan baik, mereka akan membuat pilihan
tepat & bersesuaian dengan ajaran agama. 

Sumber : Google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...