Assalamualaikum & Hye
Hari ni terasa lemah gemalai badan lembik lembut lutut ni kenapa la pulak..Yang dua hari lepas segar bugar je. Dah la hari ni last cuti ni..Adohai..Masalah negara mental betol la. Nak bangun terasa malas + sakit kepala. Nak buat kerja lain apatah lagi. Rumah ni baru je dikemas kini semalam dengan bantuan rombongan Cik Pah. Hari ni dah semak balik. Apa hal ni? Tak ada pun buat sepah yang melampau.
Yang menjadi sampah sarapnya cuma habuk & debu..& beberapa helai rambut..[Err..hehehe...]. Ishh...Rambut sapa la tu kan...[rambut sendiri tak nak mengaku ye?]. Kenapa rumah cepat kotor ni..Rumah dah la atas sekali..Tingkap pun tak de la buka 24hours. Malah tak pernah buka pun..Cuma sliding door je yang buka. Tu pun sama. Jarang-jarang sekali. Adoi....Pening kepala chek.
Okey kembali kepada topik perbincangan kita hari ni...Kenapa Hana rasa lemah sangat hari ni yea? dakah disebabkan hormon-hormon yang tidak menentu ketika hamil? Atau kerana benar cuti yang diberi terlalu lama? Bila terbiasa buat kerja setiap hari, bila di suruh rehat tanpa buat kerja seperti selalu, makan badan pun jadi lemah lembik seperti sekarang? Ermmm...May be jugak kan..Macam orang selalu cakap la..Badan dah biasa aktif, bila disuruh rehat tanpa aktiviti, jadi lemah la dia. Macam atlit sukan kan? Bila mereka berhenti bersukan badan pun naik mendadak..Huhuhu..
Okeylah..Apa-apa pun diharapkan janin dalam kandungan Hana ni selalu sihat & membesar dengan baik & sempurna seperti pembesaran janin normal yang lain. Ameen Ya Rabbal 'Alamin..
0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)