ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Thursday, June 19, 2014

Kegemaran Baru

Assalamualaikum & Hye

Since makan pekasam che pah, sampai hari ni terkenang-kenang.. Sejak hari tu asyik goreng bawang dengan cili padi. Macam goreng tabur atas ikan pekasam tu.. Fuhh.. Sedapp...!!!

Hari tu balik Kedah naik flight. Jadi tak dapatlah borong pekasam che pah. Kalau balik dengan kereta, dah borong dah tu.

Tujuan beliau jual pekasam tu, adalah untuk bantu anak-anak yatim yang memerlukan. Semoga niat murni beliau sentiasa mendapat keberkatan Allaah SWT..

Buat masa ini beliau baru saja menutup tempahan pekasam. Bila settle 1st round ni, beliau akan buka semula untuk tempahan. Nak borong la nanti walau macam mana pun. Hehee..

Membeli sambil beramal kata orang..

Ni saja lah menjadi santapan buat masa ini..


Posted via Blogaway

Wednesday, April 24, 2013

Menu Apa Pula Malam Ni?

Assalamualaikum & Hye

Hurmm... Masa on the way balik kerja tadi otak dah memikir nak masak apa pulak malam ni. Semalam buat tom yam. Dua kali buat tom yam... Semalam barulah terasa macam makan tom yam. Hehehe... Biasalah.. Saya budak baru belajar.

*psst... Nama je menu malam.. Tapi di makan pukul 6pm.. ngeee.... (^_^)

Hari ni rasa nak masak kambing black pepper saja kot. Pastu sayur pulak kacang panjang goreng. Cukuplah untuk dua orang kan...
Hurmm... Tak ada idea nak masak menu lain. Selalu tengok kat internet kalau nak cari resepi baru.
Hana susah sikit nak try menu lain. Kena tengok dulu menu apa nak masak.
Kena beli barang betul-betul kalau nak masak menu baru.

Dah sah pemalas nak pergi pasar cari barang. Bukan apa, disebabkan susah nak parking itu yang malas nak pergi pasar. Kalau nak pergi sangat Hana ajak time Mr. Hubby ada.
Sebab boleh pergi naik motor saja.

Resepi Tom Yam Sedap

Bahan
- 1/2 ekor ayam
- 2 batang serai
- 1 biji tomato
- 2 ulas bawang putih
- 1/4 bawang besar
- 3 sudu pes tom yam
- 2-3 cawan air putih @ ikut kesesuaian untu kuah tom yam
- 1/2 biji limau nipis
- 1 inci halia
- 1/4 potong bunga kubis
- 3 sudu minyak masak
- 2 helai daun limau
- 5 batang Cili padi @ ikut citarasa anda
- garam secukup rasa
-2 sudu susu pekat

Cara-cara
1. Ayam dipotong kecil-kecil, basuh dan toskan. Perah limau nipis dalam mangkuk.

2. Masukkan minyak, tumis bawang putih dengan api kecil.

3. Lepas naik bau, masukkan ayam yang dah dipotong tadi. Kacau hingga isi ayam sedikit masak.

4. Jangan biar terlalu lama. Cukup 1-2 minit. Kemudiaan masukkan dua cawan air putih. Biarkan mendidih.

5. Masukkan serai, daun limau, cili padi (yang dah ditumbuk sedikit), pes tom yam dan susu. Kacau sebati. Biarkan mendidih.

6. Masukkan bunga kubis, tomato dan bawang besar yang dipotong. Juga air perahan limau nipis.

7. Selepas naik bau, masukkan garam secukup rasa. (Hana guna Cukup Rasa je). Kalau rasa nak lebih pedas tambahlah cili padi ikut citarasa sendiri.

8. Biar mendidih seketika (2-3 minit). Siap untuk dihidang.

*resepi ni Hana belajar dari en. Suami. Hehehe...

Monday, January 21, 2013

Butter Prawn

Assalamualaikum & Hye

Setelah sekian lama tak masak butter prawn ni.. Semalam beli udang, tadi buat terus la. First time rasa butter prawn ni masa majlis jamuan makan di ward. Kakak senior tu bawak. Resepi sebenar google je. Tak tanya dia pun. Hehehe.. Ni Hana modify sikit. (^_^)

Jom tengok apa yang kita perlu & cara masak..(^_^)

Butter Prawn

Bahan (2 orang makan) -12 ekor udang (dibuang kulit & kepalanya)
-3 batang cili padi dipotong nipis-nipis (tambah kalau suka pedas)
-2 batang kacang panjang (potong kecil-kecil)
-1 biji telur
-2 hingga 4 sudu besar cheese (hana guna parmesan cheese)
-1/4 mentega/planta (hana guna salted  butter)
-Minyak masak
-Garam & kunyit

Cara Penyediaan
1. Goreng udang (yang telah dilumur garam & kunyit) hingga kekuningan/separuh masak. Siap, angkat & ketepikan.
2. Panaskan mentega/planta. Setelah cair, masukkan kacang panjang. Goreng hingga agak separuh masak.
3. Pecahkan telur dalam kuali (yang ada kacang panjang tadi) & kacau hingga telur hancur.
4. Masukkan udang & cili padi tadi dalam kuali yang sama. Taburkan cheese. Gaul sebati.
5. Masukkan garam & perasa secukup rasa...
6. Bila rasa dah okey, tutup api. Siap untuk dihidang.
Yummy.... (^_^)

Sumber asal



Tuesday, January 15, 2013

Ayam Masak Halia

Assalamualaikum & Hye

Jom masak... Masak untuk dinner. Hehe.. Awalnye kau masak untuk dinner.. Jom tengok apa resepi kita petang ni..

Ayam Masak Halia

Bahan
-isi ayam (dipotong kecil-kecil.bergantung kepada berapa orang makan)
-halia (4 inci-dipotong memanjang)
-sos tiram (3 sudu)
-bawang merah (3 ulas-ditumbuk)
-cili api dipotong memanjang (3 batang-nak pedas boleh tambah lagi)
- secawan air
-gula
-garam

Cara Masak
1. Goreng isi ayam sehingga masak (jangan garing-tidak perlu kunyit & garam). Kemudian asingkan.
2. Tumis bawang merah yang telah ditumbuk sehingga kelihatan keperangan.
3. Masukkan halia, tumis bersama bawang sehingga naik bau.
4. Lepas tu masukkan 3 sudu sos tiram & cili api. Masukkan secawan air. (kalau nak kuah lebih,boleh tambah air)
5. Masukkan gula & garam secukup rasa.
6. Masukkan ayam yang telah digoreng. Biarkan menggelak 5-10 minit.
7. Siap untuk dihidang.

Friday, December 21, 2012

Lunch!

Assalamualaikum & Hye
Disebabkan lewat masak... Lewatlah makan pun. Jom kita...

Monday, September 3, 2012

Edo Ichi Sushi

Assalamualaikum & Hye

Cuti raya yang lalu....*eceh...padahal dah lepas raya seminggu baru nak dapat cuti...huhu
Macam biasalah kalau balik kampung tu kan...
Kena balik dua-dua kampung baru la adil.. Mula-mula ja kata
nak Kedah saja..Tapi lastly kena jugak balik Kelantan..

So balik cuti baru ni...Balik Kelantan dulu la baru balik Kedah pulak.
Balik Kedah pulak nak ada sapa ja dah...
Mak Abah Adik bongsu...
Maksu Paksu Sepupu bongsu....
Diorang sajalah. Lagi 3 orang (adik + 2 sepupu) dah balik ke kolej masing-masing..
Tapi diorang tak risau dah...
First day aidilfitri dah duit raya daripada Hana....Huhuhu...

Masa orang lain pergi kerja kami pergilah jalan-jalan makan-makan...
Okey malas nak cerita panjang lebar...
Jom layan pictures ni...

on our way...


dengki la tu orang tak amik gamba dia..


hehehe...


baju semat....


dua beranak


malu konon.....


1st time try makan kat situ..
Mulanya rasa sangsi jugak kan...
Baca semua surat kebenaran, sijil halal....
Barulah masuk...

sibuk nak memilih jugak dia pun....


menu-menu....





entah apa gaya mulutnya tu...


tak sempat sengih....











menu pilihan....


1st time jugak belajaq makan gunachopstick...huhuhu...


Boleh tahan la makanannya....


Friday, August 17, 2012

Popeyes Luoisiana Kitchen

Assalamualaikum & Hye

Malam ni pergi lagi Wangsa Walk Mall tu. Ada hal sikit. Lepas tu pujuk la Mr. Hubby makan kat Popeyes tu. Sedap jugak. Mahal sikit la. Tapi tak.la.mahal sangat. Huhuhu.... Menu pilihan macam biasa la... Shrimp... Harga RM 14.00+ macam tu la. Ayam goreng pun boleh tahan jugak. Rasa lagi sedap daripada KFC kot. Harga pun lagi lebih la daripada KFC. Tapi kalau anda peminat tegar ayam KFC @ MCD, try lah rasa ayam goreng popeyes ni.

Dalam set yang kami pilih ni ada berapa ekor shrimp entah (lupa & tak kira pun), mash potato (sedap sangat), 1 bun biskut. Sedap la. Kalau boleh nak makan setiap minggu. Hehehe...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 2, 2012

Kenyang Sungguh!

Assalamualaikum & Hye

Hari ni makan dengan kenyang sekenyang-kenyangnya...
Maklumlah...
Pagi sebelum start keja, makan karipap dengan cucur jawa.
Pastu dah tak makan pape..

Makan sampai tak hengat!

Pukul 2.30 makan lauk pauk yang dah disediakan
untuk majlis bacaan yaasin & tahlil
di ward tu.
Lepas habis pass over report,
Terus terkam makan nasi dua pinggan.
Lepas nasi, makan pulak 
segala dessert...
Dengan triffles nya, puding nya...
Macam-macam...

Sampai perut yang lapar jadi terlebih kenyang pulak.
Nak duduk tak sedap,
Berdiri, jalan-jalan kejap...
Duduk balik. Sambung makan sebab tak tahan tengok 
yang lain makan.

Akibatnya kesan kekenyangan tu masih terasa sampai 
sekarang ni tau.
Tunggu nak keluarkan sisa yang tak berkaitan je.
Esok pulak dah plan nak pergi jogging awal pagi.

Esok night syift,
Orang pergi kerja, Hana pulak pergi jogging.
Okay la tu.
Dah lama benar tak jogging...
Kalau takut ter'pregnant'...Boleh just jalan-jalan...
Jalan kaki pusing tasik...
Okey la tu dapat jugak keluar peluh.

Semoga saya kuat & gagah perkasa untuk pergi 
jogging esok hari.

Thursday, June 28, 2012

Apa Menu Hari Ni?

Assalamualaikum & Hye

Hari ni dah tak tahu nak masak apa...
Bahan mentah yang ada : ayam dgn ikan jenahak
Semalam dah buat ikan jenahak 3 rasa.
Ayam dah buat masak sambal letak madu...
huhuhu...

Hari ni entah tak tahu nak masak apa...
Ada sapa-sapa boleh bagi idea 
apa menu lain yang best untuk dibuat hari ni...

Sunday, April 22, 2012

Battleship Memang Tak Menghampakan!

Assalamualaikum & Hye

Hari ni rasa best sangat sebab luangkan hujung minggu dengan suami tercinta..Errr..Bunyinya macam tak pernah berhujung minggu bersama suami tercinta je sebelum ni kan..Hari best sebab Mr. Hubby yang ajak keluar bercinta. Teheheheee...
Selalunya Hana yang kena ajak dia keluar baru la kami keluar.

Heheehe...

Dalam pukul 3 petang tadi Mr. Hubby tetiba ajak keluar..Dia ajak ke Wangsa Walk Mall. Hana ingat dia buat lawak. Hana tak kisah sangat pun sebenarnya. So Hana pun bersiap-siap la. Maklum la orang perempuan ni bersiapnya lama. Sejam dua jam tak siap-siap lagi.

Dah siap-siap kami pun bergerak la..Masa nak keluar Mr. Hubby tanya nak ke mana. Hana ikut jer. Maklumlah gaji pun belum lagi. Nak ajak ke sana ke mari pun tak best la kan..So Hana cakap, 'ikut abang lah,'

Mr. Hubby pun hala destinasi kami ke Wangsa Walk Mall. Yang jadi masalah bila ke Wangsa Walk Mall ni adalah parking..Kadang-kadang susah jugak la nak dapatkan parking. Memang ramai yang datang ke WWM ni.
Banyak kali jugak kami pusing-pusing baru la dapat parking.

Mula-mula Mr. Hubby round-round kot kedai game. Pastu tak jumpa kot apa yang dia cari, terus la ke TGV cinema. Tengok movie apa yang best untuk di tengok. Hana dok teringin nak tengok Battleship tu. Katanya deme seronok giler.. Hurmm...Maka tiada keputusan yang dibuat. Kami makan dulu la. Makan dekat Restoran Ayam Penyet. Sedap ayam dengan sambalnya walaupun sambal pedas AMAT!

dari kiri ayam penyet, sup ekor lembu, ikan keli (tak tahu apa nama)

Sambil makan frozen yougurt ini jugak!
Sedap!!!
Yang ni tak ada la dekat dalam restoran tu.
Kedai yougurt ni ada depan restoran tu.

Then pergi la solat asar then ke TGV la untuk tengok wayang.
He choose to watch this....
Yey!!!
Happy rasanya bila Mr. Hubby nak tengok.

Kesimpulan daripada cerita ni memang best la.
Sungguh tak menghampakan..
Walaupun cerita perang tapi sangat mengujakan!

Citer ni macam citer The Darkest Hour.
Sebab apa Hana cakap sama?
Sebab dia punya salah satu attacker daripada alien tu jenis bulat-bulat..
hehehe...
Macam ni lebih kurang la siap ada ekor lagi..

Harap-harap tak ada la alien yang datang attack bumi ku tercinta ni. Kalau ada kiamat saja la maknanya tu kan..Tapi apa pun yang berlaku atas muka bumi Allaah ni disebabkan tangan manusia sendiri.

(^_^)

Opppsss...Cerita belum habis la. Masa nak balik...Masa menuju ke kereta...Tercari-cari la kat belah mana kami parked kereta tadi...Ni la masalah kami bila parked kereta di WWM. Parked belah kiri cari belah kanan. Memang tak jumpa la kan..Hahaha..Teruk sungguh laki bini ni. Okey, ni baru cerita TAMAT.. (:




Wednesday, April 18, 2012

Menu Tengah Hari

Assalamualaikum & Hye

Memandangkan perut ni tersangatlah lapar. 
Nak masak lelebih pun tak boleh jugak.
Nak goreng ikan macam 
tak lalu je.
Ikan goreng sama sayur tumis nanti petang la 
buat untuk makan bersama suami tercinta.

Tengok nasi masih ada sikit lagi.
So buat nasi goreng saje la.
Hehehe..
Cukup la tu kan buat makan sorang diri.


Nak resepi? Ala kacang goreng je. Kejap je siap. Hehehe..

Nasi Goreng Kampung Simple

Bahan-bahan
1. Nasi (untuk 3 orang makan)
2. Ikan bilis segenggam (1/3 daripada nasi)
3. Sayur sawi (2 pokok)
4. Cukup rasa / garam
5. Perencah Nasi Goreng Kampung (tak kisah daripada brand apa)
6. Sesudu besar planta

Cara-cara
1. Basuh & rendam ikan bilis lebih kurang 5-10 minit & toskan. (kemudian goreng hingga agak garing)
2. Basuh & potong sayur sawi - jangan terlalu kecik, jangan terlalu besar.
3. Panaskan kuali. Masukkan sesudu besar planta.
4. Masukkan nasi secukupnya gaulkan.
5. Masukkan perencah nasi goreng kampung. Gaulkan hingga sebati.
6. Lepas nasi & perencah sebati boleh masukkan sayur sawi. Gaulkan hingga sayur sawi layu.
- jangan terlalu layu(hilang khasiat)
7. Boleh rasa nasi dah cukup rasa @ tidak. Kalau belum, boleh masukkan serbuk cukup rasa secukup rasa lah.
(^_^) ataupun garam secukup rasa.
8. Last sekali masukkan ikan bilis yang telah siap digoreng tadi.
9. SIAP untuk dihidang lalu dimakan bersama!

SIMPLE tak nasi goreng kampung Hana ni? Hehehe..Kalau nak ekspress cenggini le. SELAMAT MENCUBA!

Sunday, August 21, 2011

Puasa Ke Tak Puasa??

Assalamualaikum & Hye...

Tadi kan Hanna ada citer pasal pegi shopping 
untuk raya...
Penatnye rasa macam nak teguk air masa tu jugak..
Nak-nak lagi kalau dapat air sejuk...
Fuhh...Mamang terangkat la kan..
Dengan cuaca panas...Letih lagi...Dapat air sejuk tu sodap 
jugak...Huhuhu...

Nak cerita ni...Mesti orang tertanya-tanya...
Puasa ke tak puasa diorang ni...

Kalau Hanna pun Hanna pelik 
Tertanya-tanya...

Lepas siap shopping, nak balik la..
Naik LRT kat Stesen Bandaraya tu...
Sebelum naik escalator tu,
ada restoren SUBWAY..
Tetiba Hubby tarik Hanna pegi masuk resoren u..
Eh...Biar betul mamat ni...

Ingatkan dia ajak berbuka dah sebab penat berjalan...
Dah lepas beli tu...
Naik LRT balik ke tempat paking kete..
Nak parking dekat-dekat dengan tempat shopping tu..
Memang tak boleh berharap la...
Almost full lah...

Dah masuk kete, Hanna tunggu kot-kot 
Hubby nak cakap pape...
Sampai rumah pun tak de cakap pape...
Huhuhu...
Ingatkan nak berbuka dah tadi...
Nasib baik ler idak...

Rupanya Hubby beli untuk makan lepas berbuka...
Tapi yang syoknye...
Dengan muka selamba masuk SUBWAY tu beli roti...
Orang kedai tu mesti tertanya-tanya...
Dorang berdua ni puasa ke idak...
Tak pun dorang kata camni,
"tak malu betul dorang ni..tak puasa tunjuk kat orang"

Entahlah kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...