ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!
Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Kerana ICT..

Assalamualaikum & Hye

Petang tadi menonton Al-Kuliyyah di TV3. Tajuk menarik perhatian Hana. Tentang ICT dan kehidupan kita. Memang tak dinafikan ICT mampu membuatkan hidup kita lebih mudah. Nak cari apa-apa, search saja.

Nak masak, search saja resepi apa kita nak. Nak menjahit, cari saja tutorialnya melalui blog, youtube dan lain-lain lagi. Nak baca Al-Quran... download saja aplikasinya. Bagi yang ada smartphone tu... Pasti hampir keseluruhannya mesti ada kemudahan untuk access internet kan?

Walaupun banyak kebaikkan ICT ni.. Tapi masih tetap ada keburukannya. Keburukan yang datang itu adalah dari pengguna itu sendiri. Baik dan buruk ICT ni terpulang kepada si pengguna. 

Kerana ICT yang jauh jadi dekat. Kerana ICT juga, yang dekat jadi jauh.

Kepada yang suka download macam-macam dalam smartphone mesti ada jugak download aplikasi macam Al-Quran dan hadis.. Jangan risau jika anda mahu masuk ke tandas membawa smartphone anda. Selagi mana aplikasi Al-Quran itu tidak dibuka semasa bawa masuk ke tandas ia tidak menjadi msalah. Contohnya kita tengah buka aplikasi tu.. Baca ayat Quran.  Tiba-tiba rasa nak buang air. Tutup aplikasi tu then masuklah ke tandas. Takkan smartphone mahal nak tinggal di luar. Nanti kecurian la kan. Hehehe..

Bagi yang nak dengar/menonton Al-Kuliyyah siri petang tadi, boleh tonton di tonton.  Heeheee...

Manfaatkan kemudahan ICT kini dengan sebaiknya.  Jangan salah gunakan ye...

Friday, March 8, 2013

Dari Hati Kecilku

Assalamualaikum & Hye

Entah kenapa Hana rasa macam baru tersedar dari lamunan / mimpi yang panjang. Semuanya bermula bila mendengar dan melihat berita di tv tentang kematian dua orang anggota polis kita di Lahad Datu. Bila melihat isteri arwah dan anak-anaknya... Hana macam baru teringat tentang diri Hana.

Rupanya aku ni isteri seorang tentera. Jadi aku mesti sentiasa bersedia. Bukanlah bersedia untuk pergi berperang. Tapi kena sentiasa bersedia hadapi sebarang kemungkinan. Kehilangan ahli keluarga / suami tercinta secara tiba-tiba. Secara mengejut. Woooo.... Hana memang tak dapat nak fikir apa-apa. Kalau mereka pergi kerana alami sakit/penyakit, tak apa lagi sebab kita nampak dia depan mata menanggung sakit (bagi yang memang tahu ada penyakit la).

My collegue bagitahu husband dia (polis) kena pergi Lahad Datu... Dah rasa lain macam. Terfikir macam mana perasaan my friend ni. Tu baru nak pergi. Belum pergi lagi. If Hana ditempat dia pun.. Hana tak boleh nak fikir. Memang hati tak nak bagi pergi. Tapi itu dah tugas dia. Kita dah pilih untuk hidup bersama dia.. Bermakna kita terima dan faham tugas dia. Kalau kita tak nak begitu, jangan pilih untuk hidup bersama dia.

This is what i felt deep in my heart. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Semoga mereka sentiasa berada di bawah perlindunganNya. Mari sama-sama doakan keselamatan dan keamanan negara kita yang tercinta ni. Berhentilah bertikam lidah dan saling menuduh antara satu sama lain. Yang berbuat jahat tu lambat laun tumpas juga. Bak peribahasa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Tolong pentingkan keselamatan negara.

Kepada yang suka membodohkan orang lain / pasukan keselamatan negara atau membingaikan mereka... Tolong berhenti. Jika anda seorang yang amat bijak dan berani... Sila berada dalam pasukan keselamatan sebagai frontline. Baru tahu langit atau rendah.

Saturday, March 2, 2013

Sebak + Sedih + Pilu

Assalamualaikum & Hye

Tadi bila tengok ahli keluarga arwah Ins. Zulkifli... Tetiba hati rasa sangat sebak.. Rasa macam nak menitis air mata. Rasa macam mereka ahli keluarga sendiri. Perasaan macam mana mereka yang kehilangan ahli keluarga..

Tak tergambar jika Hana ditempat balu arwah.. Tak mampu nak berfikir jauh sebab terlampau sedih. Memikirkan diri yang kehilangan suami, anak-anak sedia ada dan yang bakal lahir. Subhanallah. Sebak.

Hana doakan semoga balu arwah tabah, redha dan sabar menghadapi ujian ini. Semoga semua urusannya sentiasa dipermudahkan Allaah SWT.

Terfikir sejenak...

Jangan Biar!

Assalamualaikum & Hye

Semakin banyak yang Hana baca tentang Kejadian di Lahad Datu... Semakin naik seram rasanya. Semakin tak selamat rasa. Terkenang dan takut suasana aman damai ni hilang ditelan pergolakan dan perang. Teringat suasana pergolakan dan peperangan macam negara lain yang dilanda perang.

Tak mahu! Tak mahu! Tak mahu!
Sayang sayangkan keamanan yang sedang dikecapi kini. Ini salah satu nikmat yang diberi olehNya kepada kita. Jangan sia-siakan apa yang kita ada. Jangan terus biarkan kekejaman yang mereka lakukan kepada kita.

Sekali dibiarkan... Pasti mereka akan buat lagi dan lagi dan lagi..... Sampai kita tewas. Jangan! Malaysia hanya 1. Tak ada dua atau tiga. Tolong jangan biarkan! Semoga pejuang-pejuang negara kita berjaya mempertahankan negara yang tercinta ni.

Wanita yang bergelar isteri kepada pasukan keselamatan negara.... Anda harus sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Bila saja sah bergelar isteri kepada insan itu.... Maka bersedialah. Apatah lagi jika si dia jauh dari pandangan mata. Jarak memisahkan. Lalu pohonlah kepadaNYa agar si dia selalu dibawah perlindunganNya. Kita hanya mampu bergantung harap kepadaNya.

Semoga negara kita Malaysia ni terus aman dan makmur.

Friday, March 1, 2013

Berita Buruk

Assalamualaikum & Hye

Sejak dua malam lepas lagi dah terima berita buruk. Tapi... Berita itu tak penting untuk pengetahuan readers. Berita buruk yang lebih penting sekarang ni berkaitan dengan dua pegawai polis kita yang terkorban di Lahad Datu...

Memang sedih rasanya... Baru masuk bulan baru... Kita dah terima berita macam ni. Kita doakan agar mereka ditempatkan bersana orang yang beriman. Mereka syahid memperjuangkan keamanan negara. Allahuakhbar!

Saat melihat gambar Allahyarham Tuan Zulkifli tu bersama keluarganya... Terdetik dalam hati.. Kesian anak dan isterinya. Kehilangan sekelip mata. Terkenang En. Suami... Dia juga seorang yang turut menjaga keamanan negara. Makanya Hana harus bersedia setiap masa. Kalau boleh tak mahu lagi buat sesuatu yang mengundang dosa suami isteri... Takut hilang tiba-tiba tak sempat mintak ampun mintak maaf.

Sejak tahun lepas En. Suami dok cakap yang dia cadang nak pergi Lubnan... Masa tu dah terasa lain macam. Kalau boleh tak nak bagi pergi! Tapi kalau demi kerjayanya... Terpaksa ku relakan... Semoga Allaah melindungi suamiku..

Mari kita sama-sama doakan demi keamanan & keselamatan negara kita. Dan juga doakan keselamatan pejuang-pejuang negara kita di sana..

Thursday, August 16, 2012

Beringat Sebelum Kena. AMARAN Keras Kepada Yang Bertudung Tapi Pakaian Ketat!

Assalamualaikum & Hye

Sedang Hana 'melilau' dalam laman sesawang ni.....
Terbaca satu tajuk & beserta gambar yang menarik perhatian....
Apa lagi?
Jari jemari pun terus klik pada link yang diberi....

Bila baca artikel tu...
Pergh!!!!
Terus rasa nak pakai tudung labuh beserta jubah besar.
Ini bukan lawak @ memainkan hukum agama.
Tapi terus tersedar dari dalam hati nurani
sanubari ku ini....
Lepas ni tak nak dah pakai baju ketat.
*memandangkan baju di rumah semua dah kecik. ceit! padahal kau yang gemok*
Nak beli baju besar-besar @ longgar saja lepas ni.

Dalam kita sibuk bergaya sebenarnya ada
yang ambil kesempatan.
Ada yang berpendapat si penulis blog mahu tegur 
mereka-mereka yang bertudung tapi berpakaian yang tidak kena
dengan syariat Islam.
Tapi ayat-ayatnya tu tak sesuai lah untuk digunakan.
Tu Hana rasa lah. Orang lain yang membaca tu tak tahulah anda rasa sesuai @ tidak.

Kalau pun kita nak berfesyen, pilihlah fesyen yang sesuai dan mengikut syariat Islam.
Bukan main bantai saja apa yang kita suka.
Kalau yang kita suka tu ikut tuntutan Islam, tak ada masalah pun.
Kita dok seronok kemain bergambar sana sini atas bawah kiri kanan...
Dalam kita dok seronok bergambar & bangga dengan fesyen kita tu, 
ada orang lain dok tumpang seronok sekali snap gambar kita.
Pastu upload kat blog kutuk-kutuk kita..
Nak ke macam tu? Di papar dengan jelas pulak tu. 
Tak ada dah nak blur kan muka ke apa..

Sumpah lepas ni tak nak pakai baju ketat dah.
Biarlah labuh besar...Asalkan tak menjadi bahan kutukan orang dan 
paling penting tak dilaknat Allaah S.W.T.
Eeeiii...Seram rasanya bila baca artikel tu dan jugak entri di blog tu.
Kepada anda yang rasa dirinya seorang yang berjantina perempuan
atau wanita yang bertudung......
Ini AMARAN keras-sekeras-kerasnya untuk anda!
Bertudung & berpakaianlah dengan sempurna supaya tak jadi bahan perhatian 
individu seperti itu.

Lagi satu...Rata-rata kita kalau bertudung mesti nak singkatkan bahagian depan,
bahagian belakang dilabuhkan.
Tu pun cara dah salah.
Perhatikanlah gambar-gambar dalam
blog tu. Tudung/selendang bahagian depan mesti singkat, belakang labuh kemain.

Hana bukan nak kata Hana baik.
Hana pun dok takut jugak ni.
Silap-silap pict. Hana pun ada sekali.
Sebab tu Hana nak kita semua berubah...
Jangan lagi pakai pakaian yang tak menepati syariat Islam.

Seriuosly Hana sangat takut!
Berhati-hatilah kalau nak buat @ pakai apa-apa...

Pesanan Penaja : Berubahlah sekarang sebelum gambar anda juga turut terpapar!


Sumber artikel : my news hub
Blog asal : awek tudung candid

Nota Kaki : 
Dan sekarang Hana juga faham kenapa kita dilarang sama sekali 
letak gambar di laman sosial. 
Mereka yang tak bertanggungjawab boleh ambil gambar kita & buat macam-macam.
Sorry kepada tuan punya gambar...

Friday, July 13, 2012

KL SOGO for S-Membership Card

Assalamualaikum & Hye

Tu dia...Dengar kata orang yang duduk di Seremban pun nak 
turun KL SOGO nieh?
2 Days for membership card.
Hanya yang ada card SOGO je boleh masuk.
Kalau tak ada card,
Kena apply masa tu jugak untuk masuk.

Makanya akan beratur panjang lebar lah barisan 
untuk dapatkan card tu.
Yang dah expired pulak kena renew baru boleh masuk.
Mesti ramai giler kentang punyalah...
Katanya depa SALE hingga 80% u.......
Tak tahulah macam mana sesaknya dalam SOGO tu nanti kan..

Hana pun nak pergi jugak.
Semalam pergi buat SOGO card tu.
Entah jembalang apa lah yang merasuk Hana petang semalam
jugak pergi buat card.
Padahal duit tak ada pun.
Duit pun dah tinggal berapa je...Ada hati lagi tu nak pi 
ber'shopping'....
Tu namanya tak sedar diri...Hehehe....

Ermmm...Okeylah sebenarnya nak pergi menyibuk je...
Pergi beramai-ramai dengan rakan sekerja.
Huhuhu...
Biarlah mereka yang ber'shopping'....

Cuma nak tengok seluar jeans atau kasut hitam untuk 
pakai pergi kerja.
Kalau murah-murah boleh la ambil satu.


Thursday, May 10, 2012

Obama Sokong Perkahwinan Sejenis?

Assalamualaikum & Hye

Nampaknya kita memang semakin hampir kepada HARI KIAMAT. Dah bertambah lagi seorang yang manusia yang menyokong isu perkahwinan sejenis. Bagus sangat la tu.....Boleh la pi geng denga si Ambiga tu. Macam tak percaya si Obama tu sokong perkahwinan sejenis. Sebelum ni bantah. Ni sokong pulak. Pelik sungguh manusia zaman akhir zaman ni..

Anak kurang ajar dengan mak bapak, mak bapak pulak tak ada hati perut.....Adoi...Macam-macam hal la sekarang ni...

Nak tanya korang lah kan....Apa benefit kahwin sama jenis? Tak paham la.. Kenapa susah sangat nak ikut perintah Allaah S.W.T yang mudah tu? Kahwin sajalah dengan perempuan. Boleh jugak buat anak...Ada la jugak fungsi sperma & ovum yang Allaah S.W.T ciptakan untuk setiap lelaki & wanita tu. Kahwin sama jenis.....Ovum nak tojoh kot mananya, mana ada kepala..Nak dapat genetik macam mana...Sperma sama sperma...Nak lepaskan DNA yang ada dalam kepala macam mana..Dok begomoi sampai mati pun tak boleh masuk..Dah kepala sama kepala...

Tu semua syaitan laknat punya kerja.....Dia yang menyongsangkan nafsu manusia. Tetiba pulak lelaki hanya bernafsu kat kaum sejenis & begitu jugak perempuan. Nabi pun tak mengaku umat. Sudah Allaah S.W.T ciptakan wanita dan lelaki itu berpasangan.....Bukannya berpasangan dengan kaum sejenis. Tak ada pekdahnya pun dok suka kat kaum sejenis...Dapat penyakit ada la...Yang lelaki boleh dapat hemorroid...Yang perempuan...Tak tau lah nak dapat apa..

Banyak keburukan daripada kebaikan.. Sebab tu Allaah S.W.T larang kita buat macam tu. DIA dah plan baik punya untuk kehidupan kita sejak kita dalam perut ibu lagi. So tak payahlah bersusah payah nak lawan takdirNYA. 

Berbalik kepada isu Obama tadi..Terdengar kat berita la.. Tetiba pulak sokong....Seronok la geng-geng bangang tu....Kat MALAYSIA pun dok fight untuk kebenaran seks bebas bagai...Termasuklah isu kahwin sejenis ni..Adoi..Kenapa la kita jadi macam tu....Tak terfikir ke apa keburukan kalau seks bebas di amalkan...?
Habis la pakat-pakat dapat HIV AIDS tu. Semua penyakit-penyakit sebaran seks la.. STD (sexual transmitted disease). Orang ISLAM pulak ada sekatan-sekatan dalan pergaulannya. Sebab ada banyak kebaikkan kenapa ISLAM melarang kita amalkan seks bebas atau kahwin sejenis.

Semoga Allaah S.W.T berikan hidayah kepada mereka semua yang jauh tersesat tu.




ingat lagi tak?



Tuesday, May 8, 2012

Untunglah Depa

Assalamualaikum & Hye

Jeles betul dengar PM bagi durian runtuh kat mereka tu.
Kita ni dengar & tengok saja aje lah..
Tak dapat pun..
Lagipun bukan dari kalangan golongan yang diberikan
durian runtuh tu..
huhuhu..

Seronok la orang felda dapat durian runtuh daripada
FELDA.
Satu family dapat RM 15,000..
Perghhh!
Kayo den kayo!!
Eh..tetiba pulak kan..Tak berkaitan langsung..

Bersyukurlah dengan rezeki Allaah S.W.T...
Hurmm...
Jangan nak merungut itu ini lagi ya..
Lepas ni nampaknya bertukar kereta pulak la diorang..
Rumah jadi banglo ar kan?

Sekarang pun rumah dah cantik macam banglo..
Lepas ni lagilah bertambah banglo lah nampaknya kan?
-jeles sebenarnyer-

Tak pe lah rezeki diorang kan..
Rezeki kita lepas-lepas ni lah pulak.. Adanya..Ta ke mana pun...

DURIAN RUNTUH FELDA

Kikiki...Durian runtuh....



Thursday, May 3, 2012

Menyampah!

Assalamualaikum & Hye

Nak termuntah tau tak?
Situ cakap gini sini cakap gitu...Errggghhh...Menyampah giler!
Isu itu isu ini...Tak tau la apa nak jadi dengan depa ni.
Itulah manusia kalau dah tak ada kerja sangat kalau tak tamak haloba.
Semua nak kaut kat dia.
Pastu pakat gunakan orang lain untuk capai
matlamat diri sendiri.

Meluat sangat dengan politik kita sekerang ni.
Ada saja serba tak kena.
Dia sajalah yang betul yang tak pernah buat silap.
Orang lain semuanya salah tak betul langsung.
Hang tuduh aku aku tuduh hang.
Macam-macam lah depa ni. Tu yang menyampah giler!

Tak boleh nak bekerja bersama meningkatkan keamanan 
dan kemajuan negara demi kepentingan bersama untuk penghuninya.
Asyik nak berebut saja.
Kalau nak tolong menolong tu tak boleh ye?
Tolong menolong tu jadi satu kesalahan besar ye?
Bekerjasama tu dosa besar ye?

Hais! Sungguh tak faham dengan politik negara kita ni.
Semuanya serba tak kena.

Tapi yang penting sekarang kena tanamkan dalam
diri kita masing-masing...
Buat kerja ikhlas, amanah & bertanggungjawab.
Ingat! Allaah S.W.T sentiasa nampak tau apa yang dibuat 
oleh setiap hambaNYA.
Tak seorang pun terlepas daripada pandanganNYA.

Setiap perbuatan kita dicatit.
So tak payah nak cari salah silap orang.
Cari silap diri sendiri & betulkannya sebelum tuding jari 
kat orang lain.

1 Jari kita tuding kepada orang lain, 4 jari lagi menghala kepada kita.

Fikir-fikirlah yea!

Saturday, April 28, 2012

Tak Habis-Habis!

Assalamualaikum & Hye

Selisih dengan polis lagi. Naik kereta jumpa polis.. Jumpa polis naik kereta... Err.. Entah apa-apa saja la Hana ni. Nampak trak polis bawak abang-abang dengan kakak polis. Baru balik daripada mengawal BERSIH yang serba ganas la tu. Muka pun nampak keletihan semuanya walaupun dalam samar kegelapan.

Kesian ye. Apa la nak jadi. Orang melayu islam nak hancurkan bangsanya sendiri. Bukannya nak tolong perbetulkan bangsanya supaya lebih maju dan dihormati oleh bangsa lain. Tapi lebih suka nak hancurkan bangsa sendiri.

Hai.. Entahlah. Nak tunggu Malaysia hancur baru nak sedar ke? Tak kan kot!

India, Cina, Siam tak pe la ada negara diorang. Melayu? Ada ke negara lain yang kita boleh lari balik ke negara asal? Tak ada kan?

Fikirlah!

Published with Blogger-droid v2.0.4

BERSIH 3.0?

Assalamualaikum & Hye

Sekali lagi ingin ditegaskan disini. Tidak perlu saling menyalahkan
antara satu sama lain.
Mata mata besar di luar sana sedang jadi pemerthati saja
sekarang ni.
Tunggu masa nak masuk line ja.

Bila mereka masuk line habis lah kita rakyat Malaysia.
Jadi macam Palestin la kita.
Tak sayang ke tanah air kita Malaysia ni?
Nak ke jadi macam negara Palestin tu?
Nak?

Hana tak kata Hana sokong mana-mana pihak.
Tapi...
Kita kena bersatu dengan cara yang betul untuk orang lain
melihat & mendengar kita.
Bila kita bersatu & tak ada perpecahan dalam masyarakat
barulah orang luar tak boleh masuk line.

Yang A terus terusan salahkan Pihak B.
Yang pihak B kalau salah tu terima la kritikan & betulkan salah
silap tu.
Tak kan tak boleh terima kalau ada salah & silap.
Cari di mana silapnya & jugak baikinya. Bukan terus angkuh & rasa diri tu selalu betul.

Tak ada manusia yang tak buat silap okey!
Semua orang buat silap.
Bila nak rebut takhta & harta, 
Kita lupa agama. Islam tak suka kita berpecah-pecah macam ni.
Yang dok pi sertai bersih tu pun bukan bersih sangat.
Kes hari tu Hana tengok bercampur laki perempuan.
Bersih ke tu?

Entahlah. Yang pasti sila lah sedar dua-dua pihak.
Kelakuan anda sedang diperhatikan!

(^_^)
yang kita boleh join! 

Friday, January 13, 2012

Google+ !!!

Assalamualaikum & Hye...

Sihat ke awak semua kat sana tu?
Hari ni Hana nak share sikit la pasal Google+ ni...

Tadi saje sign in Hana punye blogshop..
Pastu tengok masih ada masa yang 
bersisa ni sebelum kena bersiap gi keje...
Hana pun gerodek la Hana punye gmail,
Pastu segalanya yang bermula daripada gmail tu la..

Tengok pulak kat situ..

Klik pulak yang ni..

Then Klik lagi yang Profile tu..
Jumpa pulak yang ini..
(klik untuk tumbesaran)

Then start kat situ la Hana explore lain-lain part..
Nampak macam best kan..
Cer awak semua pulak try..
Hehehe...

Eh! Entah-entah awak semua dah lama tau..
Cuma Hana yang tak tahu kot..
Kalau semua dah tahu,
Nampak gayanya Hana la yang ketinggalan..
Hehehe...

Apa yang Hana nak kata kan kat sini..
Google+ ni macam FB je..
Ni yang best ni...

Esok nak explore lagi...
tatatititutu....





Sunday, September 4, 2011

Al-Fatihah Buat Allahyarham Noramfaizul

Assalamualaikum & Hye...

Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul...
Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allaah S.W.T...

Semoga ahli keluarga Allahyarham tabah 
bagi menghadapi dugaan ini..
Sudah tertulis ajalnya di sana..Jauh dari kaum keluarga..
Namun jasa-jasanya pasti akan tetap dikenang
selamanya...
Menyertai misi kemanusiaan tu memang sesuatu yang 
amat mulia...
Walaupun kepergian Allahyarham ke Somalia tu 
sebagai ahli media...
Sumbangan beliau pastinya menyalurkan sumber-sumber 
media berkaitan keadaan di sana & apa 
yang telah kumpulan sukarelawan kita lakukan di sana...

Ingatlah semua..
Ajal kita tak kira di mana...
Sentiasalah mengingati kematian...

_______________________________________

Kalau di tempat isteri Allahyarham,
Hanna pun tak mampu & tak kuat nak hadapi
kematian suami tercinta...
Tak terfikir dek fikiran ni situasi camtu..
Pastinya sukar yang teramat bila harus berdepan
dengan situasi begitu...

Apatah lagi sebulan tidak bertemu..
Pulangnya hanya sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa...
Ya Allaah...Tak tahu macam nak cakap
lah kalau Hanna yang berada di
tempat isteri Allahyarham..

Semoga segala urusan pengebumian Allahyarham 
dipermudahkanNya...
Semoga roh beliau ditempatkan bersama 
orang-orang yang beriman...

Semoga segala urusan kehidupan isteri & anak-anak beliau
dipermudahkanNya...   

Ameen...Ya Rabbal 'Alamin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...