ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Motivasi Pagi

Assalamualaikum & Hye

Selamat pagi all saysngness!!!
Hati rasa tenang sangat bila berada di kampung. Dapat hirup udara pagi yang segar daripada pokok-pokok menghijau. Tak macam selalu.. Pagi-pagi dah hirup asap kenderaan, lemas rasa asyik tengok 'hutan batu'...

Pagi ni rasa tenang sangat. Hati tak gusar sangat. Walau ada persoalan yang masih belum terungkai. Tak apa.. Sabarlah dulu. Pasti ada jawapannya tu. Tunggu untuk beberapa hari saja lagi.

Pagi ni rasa lebih bersemangat. Rasa bersyukur sebab masih diberikan nikmat bernafas di atas muka bumi Allaah SWT ni. Sekarang Hana rasa syukur sangat dikurniakan kehidupan macam ni. Sederhana.. Tapi rasa sempurna. Namun... Akan berusaha lebih lagi untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna.

Hana hargai sangat apa yang ada sekarang. Family yang ambil berat, family mertua yang sangat baik. Kawan-kawan yang sudi membantu bila diperlukan.. Dikelilingi orang-orang yang ada sekarang memang rasa bersyukurlah.

Walaupun dulu Hana selalu persoalkan kenapa macam tu kenapa macam ni (even hati tetap berusaha menyangkal persoalan-persoalan macam tu). Sekarang Hana rasa kebahagiaan tu. Benarlah kata pepatah.. Pahit akan manis juga akhirnya.

Allaah SWT dah aturkan yang terbaik untuk kita. Ujian & dugaan tu adalah sebahagian daripada kehidupan. DIA nak tengok sejauh mana kesungguhan kita, kesabaran kita, iman kita terhadapNYA.

Perancangan Allaah SWT dah cukup cantik, cukup hebat. Percayalah dengan setiap ketentuan Ilahi..

Nota Kaki : semoga kita jadi hamba yang tahu bersyukur & menghargai..

Tuesday, April 12, 2011

Jangan Terlalu Manjakan Anak!

Assalamualaikum & Hye...

Sure ramai ibu bapa yang tahu pasal ni.
Yes, kita tak boleh terlalu 
manjakan anak-anak terutamanya 
anak tunggal!

Parents yang ada anak tunggal ni selalu manjakan anak.
Anak nak apa semua kasi.
Sampai kadang-kadang anak buat salah pun you
cakap tak pe.

Walau apa alasan sekali pun kanak-kanak ini 
tak boleh terlalu dimanjakan.
Sebab bila dewasa dia akan naik kepala.
Jadi semakin melampau!

Kalau you marah anak you sebab dia main barang yang tak boleh di main,
Contohnya barang masakan you ke,
Kain baju ke @ apa-apa barang yang dirasakan bukan
barang mainan lah....
Dia pun menangis @ merajuk...
Just biarkan dia nangis / merajuk.
Jangan terus pujuk.
Nanti dia akan tanamkan dalam fikiran dia...
" Bila aku menangis / merajuk, mama abah akan pujuk aku.So tak kisah la 
kalau aku buat salah apa pun,kalau mama abah marah pun diorang akan 
pujuk balik,"

So dia akan ulang kesalahan dia / terus buat apa yang dia rasa dia 
suka even benda tu salah / tak betul.
Dia tahu kalau dia kena marah pun dia akan dipujuk semula.
Dia tak akan belajar daripada kesilapan dia.

Bukan bermakna kita tak perlu hiraukan dia.
Dalam situasi macam ni,
Kita kena pandai berpsikologi dengan anak.
Kalau tidak,
Dia yang akan psiko. kan kita.

Bila kita marah, kita biarkan seketika kalau dia nak nangis / merajuk.
Bukan terus pujuk bila dia mula nangis / merajuk.
Kalau anak-anak dah besar dalam lingkungan usia  6 tahun ke atas,
Kita boleh terangkan dengan baik kepada dia,
Kenapa kita marah dia,
Kenapa dia tak boleh buat macam tu,
Apa patut dia buat bila dia dah terbuat apa-apa kesalahan.

Kita pun boleh mintak maaf kepada anak,
&
Akui kesalahan kita jika kita bersalah.
Bukan menandakan kita tunduk 
kepada anak.
Tapi sebagai contoh kepada anak,
Biar dia faham kenapa perlu mengaku salah 
&
Minta maaf & tak ulangi perkara tu...

Kalau pun anak itu masih kecil & tidak memahami 
apa yang kita cuba sampaikan...
Kita masih boleh katakan kepada anak kita,
Kenapa tak boleh buat macam tu.

Contohnya,

Anak ini nakal & selalu pukul / tendang sesiapa saja.
Kita kena marah dia.
Masa ni lah kita nak ajar dia..
Didik dia...Bentuk dia.....
Kita katakan saja...
" tak baik buat macam tu sayang, dosa tau.Tuhan marah,"
Kita kena awasi & kawal kenakalan dia.

Kenakalan yang melampau ni dikategorikan melampau,
Bila mana anak-anak yang berusia 6tahun ke atas bermain
 sampai merosakkan harta benda,
Memukul / bergaduh dengan kawan semasa mereka bermain..

Jadi, tolong awasi anak-anak anda.
Jangan terlal memanjakan dia
hingga tidak mampu mengawal sikap / tingkah lakunya.
Nanti parents tu sendiri yang susah.

Monday, April 11, 2011

Boroi Lepas Kawen?Apa punca?

Assalamualaikum & Hye...

Haa.....Mesti semua nak tahu kan?
Atau may be ada yang dah tahu sebab @ puncanya...

Kepada u'ouls yang belum tau 
&
Masih tertanya-tanya tu..
Jom kita tengok jawapan kepada persoalan anda tu,
Di sini...



Scroll ke bawah oke...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Puncanya ialah banyak makan...
Tapi kurang bersenam...
Maklumlah nak luangkan lebih masa dengan pasangan kan?
Mana nak ada masa gi exercise dah...

Ala sebenarnya boleh je luang masa dengan wife,
Sekalian ajak wife teman you exercise.
Tak pun ajak wife tu sekali exercise..
Tak payah nak bagi alasan nak luangkan masa dengan pasangan pulak.

Hurmm...Kalau dah datang penyakit malas tu,
Tak boleh nak kata apa la...
Banyak je la alasan yang diberikan..

Bila dah makan banyak,
Exercise pulak kurang,
Memang la berat badan tu bertambah kan?

Boleh jugak dikatakan lelaki yang alami
boroi / pertambahan berat badan lepas kawen ni bahagia..
Bahagia la sebab ada orang baru dalam hidup mereka.
Then asyik nak luangkan masa dengan pasangan
kat rumah je.
Exercise dah jadi malas, tak nak buat dah.

Tak boleh la macam tu kan....
Dah kawen ke belum kawen ke,
Body kena la jaga..
I mean penampilan diri tu...
Bukan apa,
Kadang-kadang masalah macam ni lah menyebabakan
pasangan kadang-kadang bosan
&
Mula nak cari yang lain.

Sama la dengan orang perempuan pun.
Tubuh badan kita kena jaga.
Ada suami yang kena la jaga rumah tangga.
Kalau pasangan yang jenis tak berapa kisah tak pe lagi.
Kena yang amik berat pasal ni,
Kita pun kena la cari penyelesaian kepada masalah ni.
Jangan dibiarkan macam tu je.
Nanti sape jugak yang susah?
Diri sendiri jugak yang susah kan?
Pastu jangan nak salahkan orang lain pulak.

Keharmonian rumah tangga perlulah dijaga
oleh suami & isteri tu sendiri.
Tak kan lah pulak makcik jiran sebelah nak tolong jaga
rumah tangga kita kan?

So sila amik berat masalah yang anda hadapi & cari jalan
penyelesaian yang sesuai.

Referrence : Mingguan Wanita 8-14 April 2011 / 4-10 Jamadilawal
bahagian Klinik Lelaki m/s 106

Friday, April 8, 2011

Ingat Tempat Buat Eksperimen Ke?

Assalamualaikum & Hye...

Apa khabar awak-awak semua? Hope sihat la kan...Kalau rasa tak sihat gi amik ubat cepat-cepat...Jangan abaikan kesihatan oke..

Sebenarnya Hanna ada teringat pasal satu artikel berkaitan perkahwinan. Kalau tak salah Hanna dalam majalah Mingguan Wanita..Orang yang bertanggungjawab tentang artikel namanya Puan Suzana Ghazali.

Boleh Klik SINI untuk ke blog beliau...

Oke la secara ringkasnya di sini...Bila bercakap tentang perkahwinan, kita mesti fikirkan banyak perkara kan? Ada orang kawen dengan pilihan hati, ada orang kawen sebab pilihan keluarga. Haa...Jangan tak tahu, masih ada orang yang kawen kerana pilihan keluarga. May be dia tak ada calon, so keluarga tolong carikan..Macam tu la kot kan.

Oke, Back to our story...

Bila nak kawen kita kena ikhlas terima pasangan seadanya dia. Baik buruk semua kena terima..Yang baik kita terus amalkan lah..Yang buruk tu kita cuba betolkan sikit-sikit...Nak ubah terus mendadak mana nak boleh kan?

Jangan la pulak awak cakap, tak pe lah kawen la dulu, nanti kalau rasa tak sesuai berpisahlah...Tak boleh macam tu... Penceraian tu adalah sesuatu yang sangat-sangat perlu dielakkan...Tu la maksudnya jangan anggap perkahwinan sebagai makmal ujikaji...Macam kita buat eksperimen biologi / kimia / fizik masa sekolah dulu la kan...Kalau buat macam ni kesannya macam mana? Kalau buat macam tu kesannya macam mana pulak? Lebih kurang macam tu la kan...

Tapi perkahwinan ni bukan macam tu...Sapa yang nak bila kawen tak lama kemudian jadi janda / duda? Ada sesapa yang nak? Semua orang tak nak kan? Yang lelaki tak pe senang je...Tak kisah pun duda ke teruna ke....

Hurmm....Sebab tu lah kita digalakkan bertunang...Bertunang tu kan proses mengenali diri pasangan...Kalau rasa tak serasi, masa bertunang ni boleh lagi kalau nak putuskan...Tak perlu naik turun mahkamah...Sebab tu jugak bila bertunang, kita tak digalakkan untuk menyebarkan berita pertunangan kita.

So kalau tak jadi, tak la malu kan? Tak ada sesapa yang tau melainkan keluarga terdekat je.
*kalau invite keluarga terdekat la*

Perkahwinan pulak mesti dihebahkan, supaya tak timbul fitnah & tohmah orang kan?

Masa dalam tempoh pertunangan tu jugak lah, kita nak kenali keluarga pasangan..Kita kan bukan nak kawen dengan pasangan kita saja. Kita berkahwin dengan seluruh ahli keluarganya. Bukan la bermakna kita kawen sekali dengan semua...Mean kita dah masuk dalam kelompok keluarga dia..Masa tu la kalau kita rasa serasi / tak serasi, nak teruskan atau putuskan..Atau cuba hingga dapat keserasian...

Bila dah kawen tak boleh dah nak cuba-cuba perkara-perkara tak sepatutnya..Bila kawen, kita dah ada tanggungjawab terhadap orang baru. So kita jalankan tanggungjawab kita dengan sebaik-baiknya..Jangan nak cuba-cuba pulak, kot la kata dalam hati ke kat member ke," tak pe aku try la kawen dulu, "

Setiap individu yang berkahwin mesti mengharapkan keluarga yang bahagia kan? Tak ada sorang pun yang kawen harapkan hidupnya derita...So kita kenalah fikirkan apa yang dirasakan terbaik buat keluarga yang kita bina tu...

*gambar hiasan*

Monday, April 4, 2011

Awak...Jangan Pendam Tau...

Assalamualaikum & Hye...

Bila ada masalah, 
Apa yang u'ouls akan buat?

Cari orang buat luahan perasaan?
Jerit kuat-kuat kat atas bukit aman?
Pekup muka dengan bantal 
&
Jerit sekuat hati?
Makan banyak-banyak?
Pasang hajat untuk bunuh diri?
Dok sorang-sorang & menangis?
Atau macam mana?

Hurmmm...Hanna rasa setiap orang tu ada cara dia yang tersendiri....
Rasanya lebih baik luahkan apa yang you rasa...
Jangan biar pendam dalam hati...
Cara nak luahkan tu tak kisah macam mana pun...
Asalkan you rasa lega & tak rasa tertekan..

Kalau you nak jumpa kaunselor pun boleh...
Kalau you nak jumpa pakar pskiatrik pun boleh....
You....
Kalau you jumpa pakar psikiatrik...
Dats doesn't mean yang you gila..
Orang selalu kaitan dengan gila bila jumpa pakar psikiatrik...
Hurmm....Jangan la kolot sangat oke...
Itu perkara biasa daripada you pendam sesorang....
Lagi rasa stress...
Bila kita luahkan, kita akan rasa lebih tenang...
Lepas tu kita boleh la 
cari jalan penyelesaian kalau kita ada masalah tu...

So jangan pendam oke...
Kalau tak puas hati kat sesape,
Cakap straight jer..Tapi kena dengan caranya lah oke...
Tak boleh pulak nak terjah-terjah tak
tentu pasal....

Oke lah...Tu jer nasihat Hanna yea...


Monday, February 7, 2011

Bahagiakah Apabila Sering Mengalah...???

Assalamualaikum & Hye..

Kali ni Hanna nak cerita tentang MENGALAH...

U'ouls rasa bahagia ke bila u'ouls 
asyik kena mengalah dengan orang lain?
Actually...Mengalah itu sesuatu yang bagus..
Tapi mestilah bertempat..

Contohnya...
Bila gaduh dengan adik beradik tentang 
hal remeh-temeh..
Tak payah la nak gaduh-gaduh hanya 
kerana perkara yang boleh diselesaikan dengan baik..

Tapi ada juga masanya kita tak boleh 
cepat mengalah...
Contohnya...Bila kita buat sesuatu projek...
Orang lain buat sekali saja dah berjaya..
Kita pulak terpaksa buat berkali-kali..

Jangan mengalah...Cuba & cuba lagi...
Mana tahu kita akan berjaya bila buat berulang kali..
And...Kita akan ingat setiap kesilapan 
yang kita lakukan dalam projek yang lepas-lepas...
So..Kita tak akan ulangi kesilapan tu lagi..
Kan..Kan..Kan..???

Okey...Back to the real topic.. :D
Beralah tu tak bermakna seseorang tu 
pengecut @ gagal...
Kadang kala lebih baik beralah daripada terus 
melawan & akhirnya tak ada 
sesiapa pun yang menang...

Bercakap tentang mengalah dengan orang sekeliling...
Contoh kalau bergaduh dengan boyfren or gurlfren..
Sampai seminggu tak nak bertegur sapa..
Tak salah kalau salah seorang tu mengalah..
Rendahkan ego tu, hubungi pasangan..
Mohon maaf andai kesilapan dari pihak anda..
Jangan pulak yang dipujuk tu amik kesempatan..
Dan janganlah kita terlalu ego..
Takut nanti menyesal kemudian hari..
Mengalah tak semestinya kalah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...