ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!
Showing posts with label Job Vacancy. Show all posts
Showing posts with label Job Vacancy. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

One Fine Day....

Assalamualaikum & Hye

Teringin sangat. Tapi sekarang masih baru lagi menceburi kerjaya ni.
Jadi kena kutip pengalaman di sini dulu. 
Syarat minimanya sekurang-kurangnya 2 1/2 - 3 tahun
clinical/hospital base experience..
So Hana just kena kerja di sini dulu hingga ke tahun yang 2 1/2 atau tahun ke 3..
Barulah boleh mendaftar dan memenuhi salah satu
syarat kelayakannya.
Sambil tu diharapkan dapatlah memujuk si dia 
agar mengizinkan Hana mengejar cita-cita Hana yang terpupuk sejak
mula berkecimpung dengan kerjaya ni.

Impian ku... [Aku Mahu Terbang]
Tak apa.. I boleh sabar lagi.
Disamping memohon agar dilembutkan hatinya...


Tadi dikejutkan dengan berita yang dibaca di laman maya ni...
KKM akan buka pengambilan jururawat mulai Jun ini.
Permohonan hingga 30 April 2013.
Sangat-sangat berharap agar kali ni berjaya dalam urusan tersebut..

Yang berkenaan yang nak buat permohonan ----> SINI 
Info berita lihat SINI.

Sunday, March 31, 2013

What's Next?

Assalamualaikum & Hye


Hurmm... Pagi tadi bila pi kerja... Ada sorang member cakap...
Dia kena berkorban demi masa depan yang 
lebih baik.

Dia ajak Hana jugak. Apa lagi... Hati ni terus berkobaq-kobaq kau...
Haa...La timah oi... Sapa tak mau hidup senang..
Tapi tu la. Kena la berkorban, kuat fizikal dan mental....
Memang ni dok rasa tak sabaq tau nak ikut dia.
Kalaulah belum nikah... Rasanya pi tak balik kot...Hahaha...
Tapi mesti nak balik jugak kan sebab masih ada family.

Macam adik kepada Paksu Hana,
Duduk di U.S memula... Habis study, terus kerja kat sana.
Pastu hijrah pulak ke E.U.A...
Haaa...Kau...Gaji dia RM30K......Perghhh!

Haa...Mesti hangpa dah dapat tangkap kan...
Apa la si Hana ni dok cakap..
Kepada yang dapat tangkap dah tu...Ok lah kan...
Kalau yang belum...
Sila lah agak lagi...Hehehehe....

Macam yang Hana cakap dalam entri ni -----> SINI
Hurmm... Hana pun dah start buat perancangan. Semoga mendapat keizinan dan diredhai...
Sangat inginkan lakukannya...
Juga demi kehidupan yang lebih baik....
Hangpa tolong doa untuk chek na... Terima kasih!


Friday, November 9, 2012

Berdebar-debar Jantungku...

Assalamualaikum & Hye


Hari ni hari terakhir untuk buat persediaan dari segi mental & fizikal.
Pergh!!
Berdebar sangat-sangat ni...
Bak lirik lagu ni...
*berdebar-debar jantungku...bila mendengarkan namamu..
Err...betul ke macam tu liriknya..Ah...Pedulikan...Hehehe..

Sungguh tak keruan ni. 
Asyik terfikirkan interview esok (10/11/12)..
Cantik pulak tarikhnya..Semoga resultnya nanti secantik tarikhnya lah jugak.
Tak tahu dah nak study apa..
Tahu panggilan pun last minute..
Haru biru jugak lah.

Hari ni kerja petang.
Hati tak keruan. Dah la jadi TL pulak tu petang ni.
Pesakit pulak ramai..
Oh Ya Allaah...Permudahkanlah segala urusanku di hari yang penuh barakah ni..
Semoga dapat bekerja dengan baik hari ni.
Semoga tidak tertinggal apa-apa..

Err...Interview one by one ke atau beramai-ramai yea? 
Ni pun satu masalah jugak. Kalau beramai-ramai..
Takut paling tinggi. Score 10. Huhu...


Hurmm...Mak, Abah, Nenek dengan adik Hana yang bongsu tu ada di rumah.
Excited betul mak dengan abah dengan interview ni. Maklumlah dah lama menanti..
Akhirnya berjaya jadi calon temuduga..
Semoga berjaya jugaklah jadi calon yang berjaya dalam temuduga tu...Ameen...

Kawan-kawan yang disayangi...
Doakan kejayaan untuk Hana yea...
Terima Kasih (^_^)...

Interview oh Interview...





Wednesday, November 7, 2012

Alhamdulillah..Syukur. Tapi Berdebar..

Assalamualaikum & Hye

Waaa....Terkejut sangat bila mak call bagitau memang surat
panggilan temuduga.

Begini ceritanya...
Semalam mak tanya ada tak Hana beli apa-apa barang 
hantar ke alamat rumah di kampung.
Sebabnya ada posmen hantar kertas kuning yang pos laju punya tu..
Kan kalau tak ada orang sign ambil barang kita,
Kita kena pergi ambil barang tu di pejabat pos..
So di rumah mak memang tak ada orang.
Mak Abah kerja.

Seingat Hana tak ada pulak Hana beli barang hantar ke
alamat rumah di kampung.
Tertanya-tanya la jugak surat apa yang sampai nak kena
pos laju..
Mesti surat penting..
So hari ni tanya mak balik sama ada dah pergi ambil ke belum.
Mak cakap nak suruh abah ambilkan.
Mak pun risau takut-takut surat panggilan temuduga..
Waaahhhh....Sekali betol la...

Sekarang tengah berdebar...
Takut sebab dah lama tak bertemuduga katakan...
Datang lah darah gemuruh Hana ni.
Sekarang tengah baca ni....


Semoga ilmu-ilmu yang terkandung di dalamnya
dapat Hana gunakan & bantu Hana hadapi temuduga yang
bakal berlangsung 10hb ni...

Kepada anda yang membaca entri ni,
Mohon doakan Hana berjaya hadapi sesi temuduga ni dengan jayanya...
& menjadi calon yang berjaya dalam temuduga tu...


Wednesday, November 23, 2011

Mintak Tolong...

Assalamualaikum & Hye...

Hurmmm...Terasa agak pelik sekarang ni...
Sejak dua,tiga hari ni rasa macam pelik sikit...
Bukanlah kenapa pun...
Cuma kepelikan berkaitan dengan kekawan yang 
dok mintak tolong submit resume dorang 
dekat HR Pusrawi..

Kenapa dorang tak pos sendiri jer yea?
Bukan bermakna Hanna tak nak tolong kawan atau lupa kawan..
Tapi agak pelik lah...
tu saje...

Hanna segan la sikit bila nak kena submit resume dorang..
Sebab Hanna sendiri pun belum sah jawatan..
Masih dalam kontrak...
Kalau dah sah jawatan memang dengan senang hati 
je nak tolong kawan-kawan...
Hanna sendiri punmasih terkontang kanting melalui alam 
pekerjaan ni...

Tapi tak ape lah kalau setakat nak tolong submit kan...
Kalau ada rezeki dorang,
Ada lah..Kalau tak ada apa Hanna boleh buat kan...
Nak recommend kawan-kawan pun...
Diri sendiri pun belum dapat tunjukkan ke'excellent'nan diri...
Camne nak recommend kan produk kolej kat dorang..
Hanna kena la tunjukkan kemampuan diri yang 
excellent baru dorang tak ragu-ragu nak amik 
produk KPTM...huhuhu...
Dah melalut ke laut pulak dah...

Okey...Tu je Hanna nak cakap...

Saturday, May 7, 2011

Home Healthcare Service

Assalamualaikum & Hye...

Wahh..Tak sangka yea sekarang dah banyak healthcare service
yang boleh dilakukan di rumah sendiri..
Takperlu lagi bersusah payah untuk ulang alik ke hospital...

Home Healthcare Service ni adalah
perkhidmatan perawatan dii rumah......
Lihat saja pada namanya pun kita sudah boleh agak...
That's mean,
Individu terlibat tak perlu ulang alik ke hospital seperti dulu
melainkan kes-kes tertentu yang
memerlukan dorang ke hospital / seperti yang doctor arahkan..

Camni la kiranya...
Staff nurse / staff untuk rehabilitation ni akan datang
kat rumah u yang deliver the care u need tu..
Kalau macam patient yang ada wound sama ada diabetic / motor vehicle accident 
punya wound tu..
Staff nurse akan datang kat rumah dia & cucikan wound tu 
seperti mana keadaan yang berlaku
bila dia ke hospital dulu la..

Setakat ni Hanna jumpa dua tempat yang buat 
Home Healthcare Service ni..
.
.
.
.
.
.

Ni sedikit penerangan tentang company tersebut..

What is Home Healthcare?
Home healthcare allows for continued medical treatment in a comfortable, familiar environment in your home.  It keeps families together while helping them adjust to a new lifestyle and maintains a sense of dignity for the patient. Our home care representatives are dedicated to meeting your health care needs.
AppleRed Healthcare Services Sdn Bhd (AHSSB) provides a wide spectrum of services that are provided by a variety of health care professionals in your home. Our home health staff provides and coordinates the care and/or therapy your doctor orders. In support of your doctor’s orders, our staff develops a written plan for your care which includes the services you will receive to improve and maintain your physical, mental, and social well being. You have a right to participate in planning your care and treatment. We hope you will ask for AppleRed Healthcare Services.
Visit our services page for a list of what we offer.
-yang ada page kat Facebook..Boleh baca update terkini tentang company dorang / berita-berita berkaitan..

Nak tau lebih lanjut boleh lawat website tu..

&

Ni lagi satu company yang provide service macam ni..


Ni sedikit penerangan tentang company tersebut...

CARING FOR YOU IN THE COMFORT OF YOUR HOME
Love On Wheels Healthcare Services Sdn. Bhd. is a fully integrated mobile healthcare service provider, with its Head Office and Customer Service hub in Kelana Jaya, Selangor, managed by a team of dedicated, skilled and professionally qualified staff who are certified to practice. The team with their specialised domain knowledge from various professional backgrounds is commited to listen, understand and serve patients' needs.
Love On Wheels is poised to be a leader in the mobile healthcare space, bridging the gap, in the provision of continuous accessible healthcare services. Apart from being focused on 'Best Recovery' for our patients in the comfort of their homes, we are also passionate about educating one and all towards achieving awareness and taking responsibility for one's own health, gearing towards 'Best Health Status'.
We complement the existing healthcare providers, be it institutions, public or private or general practitioners, in providing the avenue for continuity of the patient's healing process (in wound management, rehabilitation or special needs)post-hospitalisation.
Our service helps to minimize disruption to the patient's care, reduce the burden on family members and alleviate anxiety of both patient and family.
Love On Wheels is an organisation that is driven by its vision and mission dedicated to meeting and exceeding clients' expectations.


Hurmm...
So u yang rasa perlukan perkhidmatan dorang boleh visit website ni
@
Contact dorang untuk maklumat lanjut okey..

Ada yang berminat untuk jadi staff kat situ pun boleh jugak..
gi kat website dua-dua tu cari sampai jumpa perkataan "Career" okey...
Selamat Berjaya...
Good Luck...

Friday, May 6, 2011

Ntah Apa-apa Ja!

Assalamualaikum & Hye...

Uwaaaa........Genyeh-genyeh mata sikit....
Hihihi....
Ngantuk lagi rasa ni...

Oke la memandangkan mood sudah agak kembali normal..
Tak berapa nak stress macam pada 04 mei tu..
Hanna nak kongsi la jugak
pengalaman interview Hanna pada hari tersebut even
dah jadi interview yang hancurrrrr!!!

Tension gak la...!!!

Tu yang buat Hanna sedih lagi sampai hari ni..
Semua bermula dengan kelalaian Hanna
sendiri....
Kalau hari-hari Hanna tak tinggal buku pasti sangat boleh jawab
semuanya dengan penuh kepastian.

Tapi yea lah, dah habis study ni jangan haraplah
nak belek buku...
Masa study pun malas nak belek buku..
Apatah lagi bila dah habis study..

Kisah bermula.....

Pemanggil : Hello Assalamualaikum..

Hanna : Ya Waalaikumussalam..

Pemanggil : Siti Suhana Bt. Md Radzi?

Hanna : Ya saya..

Pemanggil : Saya Puan ****** dari Hospital Pusrawi..Boleh datang untuk interview esok?

Hanna : Err...Esok?Pukul berapa tu?

Pemanggil : Pukul 8 pagi...Di kedah ke sekarang?

Hanna : Err..tak.Saya di kelantan sekarang.

Pemanggil : Keje ke di sana?

Hanna : A'ah. Boleh saya confirmkan balik lepas ni?

Pemanggil : Ok tak pe, take note dulu. Interview pukul 8 kat tingkat 9. Bawak sekeping gambar pasport & original certificate. nak confirmkan bila tu?

Hanna : Sebelum 4pm boleh?

Pemanggil : Boleh..Ok assalamualaikum..

Hanna : Terima kasih..Waalaikumussalam..

Apa??? Interview esok???
Gila ka apa?
Dia ingat aku ni dok area Kolumpo Selangoq kot?
Sesuka nak suruh pi esok macam dengan
tempat tu dekat 2,3 KM dari rumah!

Nak marah lah jugak..
Mana tak nya..Hanna kat Kelantan..
Dapat call hari ni nak kena gi interview kat Kolumpo 
esok harinya..
Ish...Geram-geram...Dah la mostly my notes sume ada kat Kedah..
Mujur bawak jugak buku notes kecik medical-surgical tu..
Adoi...

Hanna pun call mak & bapak sedara tanya camne ni,
Nak gi ke tidak kan..
So dorang nasihatkan gi aje...
Hanna pun text kat Mr. Hubby bagitau pasal ni..
Then agak on 12 noon kot 
Mr. Hubby text suruh kemaskan barang yang
nak bawak ke sana la..

Hanna pun kemas la apa yang patut..
Masa tu pun dah gelabah kerengga dah....
Takutkan hari esok nak interview tu...Alahai...
Hati pun tak tenteram dah..
Makan pun tak lalu..

Agak petang la jugak baru Hanna makan..
Mr. Hubby balik amik Hanna
Bertolak dalam pukul 6pm ++

Hajatnya Mr. Hubby nak dok kat Hotel Putra KL sebelah
bangunan Pusrawi tu..
Dah penuh pulak dah..Masa on the way tadi Mr. Hubby 
gi cancelkan bilik hotel yang dia booking tadi..
Tu yang Hotel Vistana tu...
Makanya kena pi tengok kat Grand Season la..
Nasib baik lah ada..

Pukul 6 pagi Hanna bangun tido..
Ingatkan sempat nak belek buku kejap..
Siap-siap dah pukul 7.15 pagi dah..
Terus gi Pusrawi tak sempat breakfast laa..
Lagi pun tak lalu nak makan bila dah stress memikir apa nak di tanya 
kejap lagi tu..

Pukul 8 pagi start jawab soklan ujian bertulis..
Jenuh betol otak ni dok memikir
jawapan..
Soklan memang senang macam kacang..
Senang sangat-sangat...
Malangnya Hanna tak dapat jugak jawab dengan tepat..

Ubat DDA pun boleh tak ingat..
Bukan banyak pun..
Nak kira drip pun tak dapat jawapan..
Pasal insulin pun tak dapat jawab..Adoi...Teruk..Teruk...
Dah tu pasal ECG graph...
Hurmm...Jawab macam hampeh...

Bila turn interview dgn matron & sister pulak...
Mula-mula tangan menggigil...
Pastu lama-lama bila makin rasa buntu tak dapat jawab 
soklan dorang...
Dengan suara suara sekali menggigil...
Adoi...Teruk...Teruk...

Last part...
When they knew that i'm married..
Dorang tanya boleh ke nak dok jauh-jauh ni..
Sorang kat Kelantan sorang kat KL..
Jawapan:
Kena la berkorban...Bla bla bla bla...
Dorang paling beratkan pasal orang dah kawen ni tentang
pregnant...Dorang tak nak amik kalau tengah pregnant.
Adoi....Macam-macam dugaan...

Ermmm...Dah la tu...Malas nak cakap panjang-panjang dah..
Mesti u'ouls pun dah boring...
Lagi boring bila langsung tak da gambar untuk di paparkan..
Maaf yea...

Hurmm...
Kalau ada rezeki ada la...
Kalau tak da apa boleh buat......

Wednesday, May 4, 2011

HanCusSsSs!!!!

Assalamualaikum & Hye...

Uwaaaaa...Nak nangis...
Teruk betul hari ni...
Betul hancurrrrr!!!!!!!!!!!!!

Kenapa Hanna tak dapat kekalkan high confident level????????
Kenapa?????

Dah la jawab ujian bertulis pun entah apa-apa ja...
Memang betul-betul bantai ja jawapan..
Berapa kerat ja yang pasti dpt jawab yakin betul...
Yang lain memang hancur lebur...

Ubat-ubat DDA pun tak boleh nak ingat...
Memang teruk la...

Sedih sangat...

Yang paling geram...
Bukan setakat tangan yang menggil....
Dengan suara-suara sekali menggigil..........
Subhanallah...
Teruk sangat rasa...Entah kena reject pe....

(-_-)

Tuesday, May 3, 2011

I Really Hope...

Assalamualaikum & Hye...

Semakin berdebar rasanya..
Belum bertolak lagi dah makin terasa debaran dalam hati..
Kalau esok depan penemuduga tu..
Tah camne keadaannya..

Hanna harap Allah akan berikan keyakinan pada tingkat
tertinggi..
Supaya Hanna dapat hadapi temuduga tu dengan
tenang & lebih yakin..

I really hope that i will get the job..
Ya Allah semoga Engkau permudahkan segala urusanku
esok...

Selamatkan juga perjalanan kami ke
 sana petang ini..

Ya Allah, 
Semoga di situlah rezeki ku yang telah 
Engkau tetapkan..

Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Friday, April 15, 2011

Jemputan Temuduga!

Assalamualaikum & Hye...

Dapat jemputan interview lah!

Malangnya jawatan yang dibuka untuk interview tu....

Langsung tak berkaitan dengan bidang yang Hanna study dulu...

Langsung tak tahu pape pasal scope tugas jawatan tu..

Kan bagus kalau tawaran interview tu untuk bidang tugas yang Hanna ambik...

Hurmmmm....

Nasib belum menyebelahi....

Belum rezeki agaknya...

Sabar saja lah Hanna..Ada lah nanti tu.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...