ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!
Showing posts with label Masak Memasak. Show all posts
Showing posts with label Masak Memasak. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

Apa Menu Hari Ni?

Assalamualaikum & Hye

Hari ni dah tak tahu nak masak apa...
Bahan mentah yang ada : ayam dgn ikan jenahak
Semalam dah buat ikan jenahak 3 rasa.
Ayam dah buat masak sambal letak madu...
huhuhu...

Hari ni entah tak tahu nak masak apa...
Ada sapa-sapa boleh bagi idea 
apa menu lain yang best untuk dibuat hari ni...

Wednesday, April 18, 2012

Menu Tengah Hari

Assalamualaikum & Hye

Memandangkan perut ni tersangatlah lapar. 
Nak masak lelebih pun tak boleh jugak.
Nak goreng ikan macam 
tak lalu je.
Ikan goreng sama sayur tumis nanti petang la 
buat untuk makan bersama suami tercinta.

Tengok nasi masih ada sikit lagi.
So buat nasi goreng saje la.
Hehehe..
Cukup la tu kan buat makan sorang diri.


Nak resepi? Ala kacang goreng je. Kejap je siap. Hehehe..

Nasi Goreng Kampung Simple

Bahan-bahan
1. Nasi (untuk 3 orang makan)
2. Ikan bilis segenggam (1/3 daripada nasi)
3. Sayur sawi (2 pokok)
4. Cukup rasa / garam
5. Perencah Nasi Goreng Kampung (tak kisah daripada brand apa)
6. Sesudu besar planta

Cara-cara
1. Basuh & rendam ikan bilis lebih kurang 5-10 minit & toskan. (kemudian goreng hingga agak garing)
2. Basuh & potong sayur sawi - jangan terlalu kecik, jangan terlalu besar.
3. Panaskan kuali. Masukkan sesudu besar planta.
4. Masukkan nasi secukupnya gaulkan.
5. Masukkan perencah nasi goreng kampung. Gaulkan hingga sebati.
6. Lepas nasi & perencah sebati boleh masukkan sayur sawi. Gaulkan hingga sayur sawi layu.
- jangan terlalu layu(hilang khasiat)
7. Boleh rasa nasi dah cukup rasa @ tidak. Kalau belum, boleh masukkan serbuk cukup rasa secukup rasa lah.
(^_^) ataupun garam secukup rasa.
8. Last sekali masukkan ikan bilis yang telah siap digoreng tadi.
9. SIAP untuk dihidang lalu dimakan bersama!

SIMPLE tak nasi goreng kampung Hana ni? Hehehe..Kalau nak ekspress cenggini le. SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, February 15, 2012

Nak Masak Apa Ni?

Assalamualaikum & Hye

Kebuntuan!

Tak ada idea nak masak apa petang ni. Yang ada sekarang cuma daging ayam dan daging kambing. Semalam tanya Mr. Hubby nak buat masak lemak ayam nak ke..Tapi digelengnya kepala and disertai jawapan " tak nak."

Hana tanya kenapa tak nak. Katanya tak sedap. Tak ingat nak tanya Hana yang masak tak sedap or dia memang tak suka makan masak lemak..Huhu..

Nak intai resepi chef-chef blogger..Err..betul ke ayat ni? Huhu..Tibai je la.. :D

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 5, 2011

Tak Suka Batang!

Assalamualaikum & Hye..

U'ouls suka batang?
Hanna tak suka la..Bukan best pun..
Hurmm..Batang ada khasiat jugak tak?
Huhuhu...

Bila makan kat kedai dorang suka sangat letak batang 
banyak-banyak...
Hanna cuma suka satu batang je...

Nak tau tak batang apa???

Batang sayur kangkung!
I like sangat-sangat..
Kalau batang sayur lain memang tak suka la..

Yang Mr. Hubby pulak...
Jangankan batang sayur...Daun sayur pun dia tak suka..
Melainkan masak sayur kailan ikan masin..
Tu memang favourite lah..

Sebelum kawen Hanna tak pandai pun nak masak
Kailan ikan masin..
Huhuhu...
Tapi sekarang dah pandai la jugak even tak berapa
menjadi macam tukang masak kat kedai 
masakkan..

Huhuhu... 

Monday, March 7, 2011

Macaroni Goreng

Assalamualaikum & Hye...

Sebenarnyer baru teringat nak citer
Maen masak-masak 2 hari lepas...
Hehehe...

Tak der la..
Actually Hanna ada try buat 
Macaroni...
Dah lama sangat teringin nak buat.
Ni barulah berkesempatan nak buat.

Ni kiranya versi Hanna la..
Dulu ada mintak resepi dengan member Hanna.
So ingat sikit-sikit la.

Macaroni Goreng

Bahan:

250 gram macaroni
1 Liter air
Minyak masak
Garam 
200 gram daging cincang
3 Biji telur

Cara Memasak:

1. Rebus macaroni dengan 1 liter air selama 10-11minit. Masukkan 1 sudu besar minyak masak semasa merebus macaroni.(tujuan: macaroni tidak melekat selepas ditoskan).Masukkan garam secukup rasa.
2. Selepas merebus macaroni,angkat & toskan.
3. Goreng telur & pecah-pecahkan / hancurkan.
4. Panaskan minyak masak. Gorengkan daging cincang sehingga  bertukar warna.
5. Setelah siap menggoreng daging cincang, gaulkan telur yang telah digoreng bersama daging cincang yang telah siap dimasak & jugak macaroni.
6. Macaroni siap untuk dihidang & dinyumnyum... ^_^

lebih kurang camni lah yg Hanna buat.
ni pict. pinjam dengan google.
Hanna lupe nak captured yang Hanna buat tu.

Thursday, January 6, 2011

Jom Cuba

Ermm...Dah lama tak memasak. Dah kekok rasa bila nak memasak & tak tahu dah nak masak apa. Rasa nak masak gulai something lah weekend ni. Gulai ikan ke, ayam ke, sotong ke.. Ermm...Lagi nak masak apa yea? Husband suka makan ketam dgn kambing, nasib baik MAK pernah ajar macam mana nak siangkan ketam..uhuhu..Baru ni buat sup ketam sajalah,itu yang terlintas difikiran.

Nak kena beli buku masakan ni. Belajar masak yang special sikit. Bagi suami suka makan masakan kita saja. Biar ada bonding antara suami isteri..hehehe..Ada banyak buku masakan yang dijual di pasaran, tinggal pergi cari saja. Rasa nak cari buku-buku ni:-
 


Oh,banyak lagi ni kalau nak cari. So kena cari yang mana sempat sajalah dulu. Cuba yang mana patut saja dulu, then nanti upgrade kan lagi...hehehe...Buku-buku di bawah keluaran Buku Prima..Nanti kita cari yea. Dah jumpa kita try lah. Kalau menjadi try yang lain pulak.Kalau tak jadi, kita try lagi.. :)

Jom Cuba Pakat Try.......  :D

Thursday, November 4, 2010

Puding Karamel

Weehuuu......Bestnye...
Hari ni aku wat puding karamel
menjadi la kekawan....

Best oooo.....
Akhirnya menjadi jugak...

Ni cara yang Hanna buat..
Ada jugak Hanna rujuk kat website..
Klik sini kalau nak tengok lagi..

Bahan Karamel
-1/2 cawan air
-1/2 cawan gula

Bahan Puding
-2 sudu teh esen vanilla
-5 biji telur
-1/2 tin susu cair
-1 sudu teh pewarna kuning telur

Cara membuat Karamel
1. Masukkan 1/2 cawan gula ke dalam bekas bekas loyang & cairkan di atas api yang sederhana.
2. Masukkan 1/2 cawan air setelah semua gula tadi cair & kacau hingga sebati.
3. Sejukkan karamel pada suhu bilik kemudian disejukkan dalam peti sejuk.

Cara membuat Puding 
1. Gunakan 5 biji telur.
2. Masukkan 1/2 tin susu cair ke dalam adunan telur.
3. Kacau hingga sebati. Jangan sampai berbuih sebab nanti puding tak smooth.
4. Setelah adunan sebati, masukkan adunan ke dalam bekas loyang yang ada karamel tadi.
5. Kukus puding selama 1/2 jam @ 45 minit.
6. Selepas puding masak, letakkan pinggan besar di atas bekas loyang. Terlangkupkan bekas loyang tu
    dengan cepat supaya karamel tak tumpah.
7. Puding karamel siap untuk dihidangkan.

Sedapnyer...nyumm3.... (^_^) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...