ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

Wahai Lelaki ❤ Dengarlah Wanita

~* WAHAI LELAKI.. *~

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :
•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah
•.♥• Nasihatilah dia
•.♥• Perbetulkan kesilapannya
•.♥• Jagalah dia dgn baik
•.♥• Kasihanilah dia
•.♥• Lindungilah dia
•.♥• Berilah kasih syg padanya
•.♥• Hargailah dia
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
•.♥• Bersabar dengannya
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya
•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya

✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..Ameen.


Monday, April 11, 2011

Aku Bersyukur...

Assalamualaikum & Hye....

Malam ni Hanna nak kongsikan puisi ni dengan 
readers semua...

Ya Allah,
Aku panjatkan kesyukuran kepada Mu Yang Maha Esa,
Atas segala kurniaan Mu kepada diri ku...

Terima kasih Ya Allah atas nikmat Mu yang tidak terhingga,
Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku
peluang bagi merasai nikmat Mu...
Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku nikmat Mu itu.

Kau berikan aku peluang untuk menggandakan pahala ku,
Kau berikan aku peluang bagi menghapus 
dosa-dosa silam ku,
Kau berikan aku peluang untuk terus merasai nikmat yang
telah Engkau kurniakan kepada diri ku...
Kau berikan aku peluang untuk berbakti kepadanya...

Ya Allah,
Demi nikmat yang tidak terhingga itu,
Kau bantulah aku untuk melaksanakan amanah yang Kau berikan itu.
Semoga aku mampu menjalankan tanggungjawab & amanah
itu dengan bantuanMu, Ya Allah...


Sunday, April 10, 2011

Mood : Sedih, Sebak, Sayu, Duka

Assalamualaikum & Hye...

Entah kenapa mood Hanna sekarang semakin down!

(google)

Makin terasa kesedihannya,
Makin terasa kesayuannya,
Makin terasa sebak di dada,
Makin menjadi-jadi kedukaan di hati...

Oh Tuhan,
Tenangkanlah hati & perasaan ku ini.
Janganlah Kau biarkan hati ni terus digoda syaitan durjana.
Janganlah Kau biarkan hati ni terus di lalaikan syaitan laknat.

Lindungilah hati ni dari sebarang kejahatan..
Berikan diri ni sedikit ketenangan jiwa..
Biar hilang gelojak di jiwa...
Biar hilang resah gelisah di hati nurani ku ini...

Kurniakanlah kepada hambaMu ini ketenangan...

Monday, February 7, 2011

Puisi Luka

Oh dunia...
Mengapa begitu kejam terhadap aku,
Apakah aku terlalu mudah untuk dilukai?
Apakah aku insan malang yang terpilih?
Mengapa aku?

Tiap hari hati ku hiba,
Hanya air mata menghiasi pipi,
Hanya air mata jadi peneman setia,
Ke mana harus ku tuju..

Ya Allah...
Aku hambaMu yang hina,
Aku hambaMu yang lemah..
Tak mampu ku harungi dugaanMu bersendirian,
Siapa yang sudi bersama ku..
Aku tak kuat mengharungi semua ini..


Siapa yang sudi meminjamkan bahunya untuk ku,
Siapa yang sudi meminjamkan telinganya untuk ku..

Tiap hari ku ditemani duka,
Tiap hari ku menatap hiba,
Terkadang tak sanggup lagi rasanya
untuk ku harungi semuanya..

Tiap hari hidup diselubung duka,
Aku tak mengerti,
Mengapa harus hidup ku penuh kedukaan?

Adakah bahagia menanti di penghujung duka itu?

Moga dugaan ini memberi aku kekuatan,
Moga dugaan ini memberi aku ketabahan,
Moga dugaan ini mengajar aku erti kesabaran,
Moga dugaan ini lebih 'mendewasakan' ku,
demi mengharungi cabaran hari-hari seterusnya..


Hanya kepada Ilahi aku bermohon,
Agar selalu kuat menghadapi onak & duri,
Aku mohon agar diberi ketabahan hati
buat menghadapi setiap yang menghalangi laluan ku..

Ya Allah...
Ku mohon Kau lindungilah hati ini
dari bisikan-bisikan syaitan..

Amin...


(err...ada bunyi macam puisi tak?huhu...baru nak belajar berpuisi...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...