ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Thursday, August 16, 2012

Beringat Sebelum Kena. AMARAN Keras Kepada Yang Bertudung Tapi Pakaian Ketat!

Assalamualaikum & Hye

Sedang Hana 'melilau' dalam laman sesawang ni.....
Terbaca satu tajuk & beserta gambar yang menarik perhatian....
Apa lagi?
Jari jemari pun terus klik pada link yang diberi....

Bila baca artikel tu...
Pergh!!!!
Terus rasa nak pakai tudung labuh beserta jubah besar.
Ini bukan lawak @ memainkan hukum agama.
Tapi terus tersedar dari dalam hati nurani
sanubari ku ini....
Lepas ni tak nak dah pakai baju ketat.
*memandangkan baju di rumah semua dah kecik. ceit! padahal kau yang gemok*
Nak beli baju besar-besar @ longgar saja lepas ni.

Dalam kita sibuk bergaya sebenarnya ada
yang ambil kesempatan.
Ada yang berpendapat si penulis blog mahu tegur 
mereka-mereka yang bertudung tapi berpakaian yang tidak kena
dengan syariat Islam.
Tapi ayat-ayatnya tu tak sesuai lah untuk digunakan.
Tu Hana rasa lah. Orang lain yang membaca tu tak tahulah anda rasa sesuai @ tidak.

Kalau pun kita nak berfesyen, pilihlah fesyen yang sesuai dan mengikut syariat Islam.
Bukan main bantai saja apa yang kita suka.
Kalau yang kita suka tu ikut tuntutan Islam, tak ada masalah pun.
Kita dok seronok kemain bergambar sana sini atas bawah kiri kanan...
Dalam kita dok seronok bergambar & bangga dengan fesyen kita tu, 
ada orang lain dok tumpang seronok sekali snap gambar kita.
Pastu upload kat blog kutuk-kutuk kita..
Nak ke macam tu? Di papar dengan jelas pulak tu. 
Tak ada dah nak blur kan muka ke apa..

Sumpah lepas ni tak nak pakai baju ketat dah.
Biarlah labuh besar...Asalkan tak menjadi bahan kutukan orang dan 
paling penting tak dilaknat Allaah S.W.T.
Eeeiii...Seram rasanya bila baca artikel tu dan jugak entri di blog tu.
Kepada anda yang rasa dirinya seorang yang berjantina perempuan
atau wanita yang bertudung......
Ini AMARAN keras-sekeras-kerasnya untuk anda!
Bertudung & berpakaianlah dengan sempurna supaya tak jadi bahan perhatian 
individu seperti itu.

Lagi satu...Rata-rata kita kalau bertudung mesti nak singkatkan bahagian depan,
bahagian belakang dilabuhkan.
Tu pun cara dah salah.
Perhatikanlah gambar-gambar dalam
blog tu. Tudung/selendang bahagian depan mesti singkat, belakang labuh kemain.

Hana bukan nak kata Hana baik.
Hana pun dok takut jugak ni.
Silap-silap pict. Hana pun ada sekali.
Sebab tu Hana nak kita semua berubah...
Jangan lagi pakai pakaian yang tak menepati syariat Islam.

Seriuosly Hana sangat takut!
Berhati-hatilah kalau nak buat @ pakai apa-apa...

Pesanan Penaja : Berubahlah sekarang sebelum gambar anda juga turut terpapar!


Sumber artikel : my news hub
Blog asal : awek tudung candid

Nota Kaki : 
Dan sekarang Hana juga faham kenapa kita dilarang sama sekali 
letak gambar di laman sosial. 
Mereka yang tak bertanggungjawab boleh ambil gambar kita & buat macam-macam.
Sorry kepada tuan punya gambar...

0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:

Post a Comment

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...