Assalamualaikum & Hye
Semakin banyak yang Hana baca tentang Kejadian di Lahad Datu... Semakin naik seram rasanya. Semakin tak selamat rasa. Terkenang dan takut suasana aman damai ni hilang ditelan pergolakan dan perang. Teringat suasana pergolakan dan peperangan macam negara lain yang dilanda perang.
Tak mahu! Tak mahu! Tak mahu!
Sayang sayangkan keamanan yang sedang dikecapi kini. Ini salah satu nikmat yang diberi olehNya kepada kita. Jangan sia-siakan apa yang kita ada. Jangan terus biarkan kekejaman yang mereka lakukan kepada kita.
Sekali dibiarkan... Pasti mereka akan buat lagi dan lagi dan lagi..... Sampai kita tewas. Jangan! Malaysia hanya 1. Tak ada dua atau tiga. Tolong jangan biarkan! Semoga pejuang-pejuang negara kita berjaya mempertahankan negara yang tercinta ni.
Wanita yang bergelar isteri kepada pasukan keselamatan negara.... Anda harus sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Bila saja sah bergelar isteri kepada insan itu.... Maka bersedialah. Apatah lagi jika si dia jauh dari pandangan mata. Jarak memisahkan. Lalu pohonlah kepadaNYa agar si dia selalu dibawah perlindunganNya. Kita hanya mampu bergantung harap kepadaNya.
Semoga negara kita Malaysia ni terus aman dan makmur.
0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)