Assalamualaikum & Hye
Entah kenapa Hana rasa macam baru tersedar dari lamunan / mimpi yang panjang. Semuanya bermula bila mendengar dan melihat berita di tv tentang kematian dua orang anggota polis kita di Lahad Datu. Bila melihat isteri arwah dan anak-anaknya... Hana macam baru teringat tentang diri Hana.
Rupanya aku ni isteri seorang tentera. Jadi aku mesti sentiasa bersedia. Bukanlah bersedia untuk pergi berperang. Tapi kena sentiasa bersedia hadapi sebarang kemungkinan. Kehilangan ahli keluarga / suami tercinta secara tiba-tiba. Secara mengejut. Woooo.... Hana memang tak dapat nak fikir apa-apa. Kalau mereka pergi kerana alami sakit/penyakit, tak apa lagi sebab kita nampak dia depan mata menanggung sakit (bagi yang memang tahu ada penyakit la).
My collegue bagitahu husband dia (polis) kena pergi Lahad Datu... Dah rasa lain macam. Terfikir macam mana perasaan my friend ni. Tu baru nak pergi. Belum pergi lagi. If Hana ditempat dia pun.. Hana tak boleh nak fikir. Memang hati tak nak bagi pergi. Tapi itu dah tugas dia. Kita dah pilih untuk hidup bersama dia.. Bermakna kita terima dan faham tugas dia. Kalau kita tak nak begitu, jangan pilih untuk hidup bersama dia.
This is what i felt deep in my heart. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Semoga mereka sentiasa berada di bawah perlindunganNya. Mari sama-sama doakan keselamatan dan keamanan negara kita yang tercinta ni. Berhentilah bertikam lidah dan saling menuduh antara satu sama lain. Yang berbuat jahat tu lambat laun tumpas juga. Bak peribahasa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Tolong pentingkan keselamatan negara.
Kepada yang suka membodohkan orang lain / pasukan keselamatan negara atau membingaikan mereka... Tolong berhenti. Jika anda seorang yang amat bijak dan berani... Sila berada dalam pasukan keselamatan sebagai frontline. Baru tahu langit atau rendah.
0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)