Assalamualaikum & Hye
Selesakah anda dengan kehidupan anda kini? Adakah anda masih mencari sesuatu yang lebih selesa daripada apa yang anda miliki hari ni?
Okey, ini bukanlah iklan peluang perniagaan atau peluang merubah kehidupan kepada keadaan yang lebih selesa. Apa yang Hana nak cakap ni tentang kehidupan masa kini. Kepada mereka yang mengintai peluang perniagaan untuk merubah kehidupan kepada keadaan yang lebih selesa tu... Silakanlah... Pastikan anda pilih jalan yang betul.
Keselesaan yang Hana maksudkan adalah kesihatan tubuh bdan kita. Bila mana tubuh badan kita sedang sihat itulah keselesaan yang terbaik dalam kehidupan kita. Percayalah! Ia satu nikmat & rahmat yang tidak terhingga dalam kehidupan kita. Bila tubuh alami kesakitan, rasanya sangat perit. Saat itu barulah kita akan rasa tubuh yang sihat itu sangatlah berharga. Kepada anda yang masih sihat tubuh badan tu jagalah kesihatan dengan sebaiknya. Once your body had pain... segala keselesaan & kekayaan yang ada dah tak berguna lagi.
Tak guna ada duit berjuta kalau badan sakit. Nikmat kesihatan yang Allaah S.W.T berikan kepada semua hambaNYA adalah nikmat yang tidak ternilai harganya. Tidak akan ada nilai gantinya. Bila badan dah sakit-sakit macam ni barulah Hana sedar betapa kita wajib mensyukuri setiap nikmat yang DIA berikan. Nikmat pemberian Allaah S.W.T itu terlalu luas. Tidak terhad kepada harta benda & wang ringgit semata-mata. Selama ni Hana selalu berfikir....'Andainya aku punya banyak wang..'
Tapi hari ni Hana selalu memohon agar dikurniakan nikmat kesihatan tubuh badan akal dan rohani. Tiada yang lebih penting melainkan nikmat kesihatan.
Peliharalah kesihatan anda sebaiknya.. Hana dah merancang, lepas ni bila kesihatan dah kembali stabil, Hana akan cuba amalkan gaya hidup sihat. Tak mahu malas-malas lagi. Bila ada masa, nak bersenam keluarkan peluh. Tak semestinya kena berlari @ ber'jogging' di tanam... Berjalan kaki sampai keluar peluh pun kira senam jugakkan? Apa pun diharapkan anda di luar sana hargailah kesihatan anda sebelum anda jatuh sakit....macam saya...Huhuhu...Bersyukurlah dengan setiap nikmatNYA...
Renung-renungkan...Selamat Beramal!
0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)