Lately kita dapat tengok ramai individu biasa yang menjadi luar biasa. Beralih dari kehidupan yang biasa-biasa kepada kehidupan yang lebih dari biasa serta mengecapi impian yang telah lama dihajatkan.
Hurmm....Apa benda pulak yang si Hana ni merepek ni...
Apa yang Hana cakap ni pasal segelintir daripada kita yang kini dah berjaya mencapai impian mereka. Mampu hidup mewah & memiliki apa yang diinginkan. Seriously Hana jugak cemburu bila dengar & lihat kejayaan orang lain. Mereka mampu miliki apa yang diidamkan selama ni.
Okey, tahukah anda kenapa orang lain boleh kecapi impian mereka dan berjaya dalam kehidupan sedangkan kita tak boleh?
Sebenarnya untuk mencapai sesuatu kejayaan bukanlah semudah ABC... Mereka yang berjaya hari ini adalah kerana mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh, berusaha dengan tekun tanpa rasa jemu & tidak mudah mengalah serta tidak mudah berputus asa.Sekali gagal tidak bermakna kita akan gagal selamanya. Bila gagal, kita kena cari & kaji di mana & apa kesilapan kita yang menyebabkan kita gagal.
Bila dah jumpa di mana & apa kesilapan kita, kita kena bangun semula & usaha lagi. Kita yang belum berjaya ni disebabkan kita main-main dan tak berusaha dengan tekun. Kita buat sesuatu perkara tu sekadar ala kadar. Hana bukan saja cakap berkenaan perniagaan tapi keseluruhan termasuk berkenaan pelajaran & lain-lain.
Kita selalu cemburu lihat & dengar tentang kejayaan orang lain. Tapi kita tak pernah mahu cuba & usaha seperti mana mereka lakukan. Kalau nak berjaya macam orang lain, kita pun kenalah usaha macam mereka berusaha.
So moral of the value, jangan kita ingat mereka berjaya dengan mudah tanpa berusaha. Mereka juga pernah gagal berkali-kali. Jangan lupa pula untuk memohon kepada Allaah S.W.T agar permudahkan urusan kita. Usaha, Doa & Tawakal. Jom kita berusaha dengan tekun agar dapat mencapai kejayaan seperti mana mereka yang berjaya hari ni. Berani mencuba okey!
Allaah S.W.T tidak akan mengecewakan hambaNya yang tekun berusaha, berdoa & bertawakal kepadaNya.
Published with Blogger-droid v2.0.6
0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)