Assalamualaikum & Hye
Hari ni hari kedua terakhir berada di kampung suami selepas dua hari berada di kampung sendiri. Tak tahu nak describe macam mana perasaan hati ni. Boleh dikatakan macam-macam rasa ada. Ada rasa sedih, happy dan lain-lain...
Hajat hati mintak cuti balik kampung untuk happy dengan family sebab raya pertama tak dapat bersama family. Tapi takdir menentukan... Dalam gembira ada sedih. Pak Teh Hana ditimpa penyakit yang berat. Sedih & pilu bila terkenangkan dia & keluarganya. Pasti sukar untuk mereka sekeluarga terima kenyataan tersebut. Tapi apakan daya, sudah takdir Ilahi.
Walaupun kami balik ni untuk berjumpa ahli keluarga, tapi tak dapat pun berjumpa dengan semua. Ya lah sekolah pun belum cuti lagi. Ada sepupu sepapat yang belum bercuti. Tahun depan harapnya dapatlah beraya dengan semua ahli keluarga...Next year turn Hana dapat cuti...
Doakanlah supaya DIA meringankan beban penyakit yang ditanggung oleh Pak Teh Hana....
0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)