ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Friday, April 6, 2012

Bila Difikirkan Ada Baiknya

Assalamualaikum & Hye


Semalaman memikirkan apa yang telah terjadi ni..Memang Missed Abortion yang Hana alami ni ada kebaikannya yang Allaah bagi kepada Hana. Syukur kepadaNya sebab Hana tidak terus leka dengan kesedihan atas apa yang terjadi.


Kalau kandungan ni menjadi, baby akan lahir bulan 11. Dalam masa yang sama bulan 11 tu Hana kena bayar insurans kereta. Tau saja la kan bukan sikit duit nak guna. Tu jangka panjang..Yang jangka pendek ni Hana dapat bekerja dengan aktif semula. Tak ada nak lembik-lembik lagi. Hana boleh buat locum banyak bila perlu staff. Then Hana tak teragak-agak untuk mintak kerja di mana-mana yang buka jawatan kosong.


Lagipun Hana dah banyak kali MC. Dah la belum confirm jawatan lagi. Hana bukan tak suka dengan kehamilan tu. Jauh lagi rasa terganggu. Tapi bila difikirkan kebaikan mengapa Allaah tak jadikan janin tu hidup hingga ke waktu kelahirannya, itulah yang Hana nampak. Disebalik sebab yang lain mungkin dia bukan janin yang sihat, tak kuat dan mungkin jugak tak sempurna di mana-mana.


Dan...Mungkin jugak masa Allaah nak bagi roh kepada dia bila ditanya kesanggupannya menjalankan tanggungjawab sebagai muslim, dia tak sanggup. Sebab tu Allaah pun tak bagi dia jadi seperti yang lain.


Wallahua'lam...Hanya Allaah S.W.T yang tahu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 5, 2012

Aku Redha!

Assalamualaikum & Hye

Lepas dengar apa yang doktor bagitau..Tersirap juga darah darah ke muka. Terasa panas wajah ni. Ku tahan agar mutiara jernih tu tak mengalir. Aku mesti kuat. Aku cuba mengawal perasaan lepas dengar berita daripada doktor.

Aku dapatkan nasihat apa yang perlu dilakukan seterusnya. Selepas selesai, doktor bagi MC 2 hari. Kalau nak tunggu, tunggu 2,3 hari lagi keluarlah tu. Tapi masih wajib buat D&C. Doktor nak admitkan ke ward tadi untuk D&C. Tapi aku tolak kerana memikirkan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk buat D&C di situ.

Aku redha Ya Allaah andai itu yang terbaik buat ku. Pasti kandungan ini bukan yang terbaik buat aku dan keluarga. Pasti ada hikmahnya. Tipulah andainya aku kata tidak sedih. Lepas keluar dari bilik doktor terus bertakung air mata & aku segera berjalan laju-laju ke toilet.

Akhirnya air mata yang ku tahan-tahan dari tadi mengalir laju di pipi. Aku tak mampu menahannya lagi. Aku mohon kekuatan daripadaNya. Aku mohon agar ditabahkan hati menempuhi dugaanNya ini.

Kita merancang DIA yang menentukan. Kandungan ini gagal. Akhirnya aku alami penyakit yang aku aku selalu jaga pesakit gyne. Sekarang aku faham macam mana perasaan mereka yang alami perkara yang sama macam aku sekarang.

Terima kasihlah kepada kalian yang mendoakan yang terbaik buat Hana.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 3, 2012

Semua Orang Buat Silap

Assalamualaikum & Hye


Ye aku buat silap!

Semua orang pun buat silap. Kau pun pernah buat silap. Tau nak angin kan bila banyak benda tak complete. Semua orang akan rasa macam tu. Macam tu la orang lain rasa bila kau tulis tak betul hingga timbul salah faham. Lebih kurang je salah yang dibuat. Tak semua orang buat kerja se'perfect'nya. Mesti ada salah silapnya. Bezanya kecil atau besar.


Aku mengaku aku masih kurang. Aku akan improvekan lagi apa yang tak betul kepada yang betul. Aku akan usahakan dan tunjukkan aku boleh kerja dengan betul. Aku dah tak nak cari salah orang lagi. Aku cuma akan cari salah sendiri dan baikinya supaya lebih baik.


-muhasabah diri-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Macam Kena Cucuk Jarum Saiz 19G!

Assalamualaikum & Hye


Menjerit tatkala kaki comel [perasan sungguh] Hana ni tercucuk lidi tadi. Perit tak terkata. First time Mr. Hubby berlari ke dapur melihat apa yang terjadi kat Hana. Hehehe..*eh suka pulak dia...


Saat kaki tercucuk lidi tu dalam kepala otak cuma terbayangkan di kawasan yang tercucuk tu ada sebilah jarum yang sedang melekat cantik. Bila pandang ke kaki comel [perasan lagi] ni, rupanya sebilah lidi tengah melekat di kaki. Konon macam ngeri nak cabut keluar lidi tu..*walhal tak ada la dalam mana pun tercucuk menda alah tu..*


Bila keluarkan lidi tu terus mata pandang carpet..Belek belek tengok carpet tu bukanlah diperbuat daripada lidi ke apa..Pelik la jugak. Dengan terjengkot-jengkot Hana berjalan ke ruang tamu. Sakit lain macam la. Tak tau nak describe macam mana.


Walaupun bekas yang tinggal kecil je..Tapi sakitnya terasa bisa sampai sekarang.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 1, 2012

Dah Macam Lembik Pulak..Kenapa Pulak Dah?

Assalamualaikum & Hye

Hari ni terasa lemah gemalai badan lembik lembut  lutut ni kenapa la pulak..Yang dua hari lepas segar bugar je. Dah la hari ni last cuti ni..Adohai..Masalah negara mental betol la. Nak bangun terasa malas + sakit kepala. Nak buat kerja lain apatah lagi. Rumah ni baru je dikemas kini semalam dengan bantuan rombongan Cik Pah. Hari ni dah semak balik. Apa hal ni? Tak ada pun buat sepah yang melampau.

Yang menjadi sampah sarapnya cuma habuk & debu..& beberapa helai rambut..[Err..hehehe...]. Ishh...Rambut sapa la tu kan...[rambut sendiri tak nak mengaku ye?]. Kenapa rumah cepat kotor ni..Rumah dah la atas sekali..Tingkap pun tak de la buka 24hours. Malah tak pernah buka pun..Cuma sliding door je yang buka. Tu pun sama. Jarang-jarang sekali. Adoi....Pening kepala chek.

Okey kembali kepada topik perbincangan kita hari ni...Kenapa Hana rasa lemah sangat hari ni yea? dakah disebabkan hormon-hormon yang tidak menentu ketika hamil? Atau kerana benar cuti yang diberi terlalu lama? Bila terbiasa buat kerja setiap hari, bila di suruh rehat tanpa buat kerja seperti selalu, makan badan pun jadi lemah lembik seperti sekarang? Ermmm...May be jugak kan..Macam orang selalu cakap la..Badan dah biasa aktif, bila disuruh rehat tanpa aktiviti, jadi lemah la dia. Macam atlit sukan kan? Bila mereka berhenti bersukan badan pun naik mendadak..Huhuhu..

Okeylah..Apa-apa pun diharapkan janin dalam kandungan Hana ni selalu sihat & membesar dengan baik & sempurna seperti pembesaran janin normal yang lain. Ameen Ya Rabbal 'Alamin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...