ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Wednesday, April 24, 2013

Menu Apa Pula Malam Ni?

Assalamualaikum & Hye

Hurmm... Masa on the way balik kerja tadi otak dah memikir nak masak apa pulak malam ni. Semalam buat tom yam. Dua kali buat tom yam... Semalam barulah terasa macam makan tom yam. Hehehe... Biasalah.. Saya budak baru belajar.

*psst... Nama je menu malam.. Tapi di makan pukul 6pm.. ngeee.... (^_^)

Hari ni rasa nak masak kambing black pepper saja kot. Pastu sayur pulak kacang panjang goreng. Cukuplah untuk dua orang kan...
Hurmm... Tak ada idea nak masak menu lain. Selalu tengok kat internet kalau nak cari resepi baru.
Hana susah sikit nak try menu lain. Kena tengok dulu menu apa nak masak.
Kena beli barang betul-betul kalau nak masak menu baru.

Dah sah pemalas nak pergi pasar cari barang. Bukan apa, disebabkan susah nak parking itu yang malas nak pergi pasar. Kalau nak pergi sangat Hana ajak time Mr. Hubby ada.
Sebab boleh pergi naik motor saja.

Resepi Tom Yam Sedap

Bahan
- 1/2 ekor ayam
- 2 batang serai
- 1 biji tomato
- 2 ulas bawang putih
- 1/4 bawang besar
- 3 sudu pes tom yam
- 2-3 cawan air putih @ ikut kesesuaian untu kuah tom yam
- 1/2 biji limau nipis
- 1 inci halia
- 1/4 potong bunga kubis
- 3 sudu minyak masak
- 2 helai daun limau
- 5 batang Cili padi @ ikut citarasa anda
- garam secukup rasa
-2 sudu susu pekat

Cara-cara
1. Ayam dipotong kecil-kecil, basuh dan toskan. Perah limau nipis dalam mangkuk.

2. Masukkan minyak, tumis bawang putih dengan api kecil.

3. Lepas naik bau, masukkan ayam yang dah dipotong tadi. Kacau hingga isi ayam sedikit masak.

4. Jangan biar terlalu lama. Cukup 1-2 minit. Kemudiaan masukkan dua cawan air putih. Biarkan mendidih.

5. Masukkan serai, daun limau, cili padi (yang dah ditumbuk sedikit), pes tom yam dan susu. Kacau sebati. Biarkan mendidih.

6. Masukkan bunga kubis, tomato dan bawang besar yang dipotong. Juga air perahan limau nipis.

7. Selepas naik bau, masukkan garam secukup rasa. (Hana guna Cukup Rasa je). Kalau rasa nak lebih pedas tambahlah cili padi ikut citarasa sendiri.

8. Biar mendidih seketika (2-3 minit). Siap untuk dihidang.

*resepi ni Hana belajar dari en. Suami. Hehehe...

0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:

Post a Comment

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...