Semakin menghampiri tarikh keramat itu... *sesuai dengan nama tempat tinggal kg. Dato Keramat...
»» statement yang tiada kaitan. Sila lempang si penulis laju-laju... Huhu...
Okey serious... Semakin dekat dengan tarikh keramat tu... Yang mana menukar status Hana serta kegembiraan dan keterujaan itu diragut pergi... Semakin hati ni terasa pedihnya, sayunya, pilunya... Seolah-olah macam baru semalam berlaku. Ya... Tika mendapat tahu ada insan lain yang hidup dalam rahim ni, betapa teruja dan gembira rasanya. Rasa nak menjerit dan beritahu satu dunia.
Tapi.... Semua itu hanya sementara. Tak dapat bertahan lama. Allah mengambil kembali apa yang DIA berikan kepada Hana. Peristiwa yang sentiasa segar diingatan. Dan insan yang paling banyak memberi kata semangat... Tentulah emak Hana. Dia lah yang memberi kata-kata perangsang supaya Hana terus kuat demi menghadapi dugaan ni. Hampir tiap ketika dia menghantar sms kata-kata penguat semangat yang hampir luntur.
Sampai hari ni pun... Emak selalu hantar sms cerita itu dan ini tentang kawan-kawannya yang pernah alami pengalaman macam Hana. Sungguh jasanya tidak terbalaskan.
Terima Kasih Mak! I lurve U so Much!
Kau lah ratu hati ku selamanya.
Rindu detik indah itu.
Dalam kenangan...
0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)