ads by nuffnang
Note for Visitor.
❤Menu Pilihan Anda❤
Tuesday, April 30, 2013
Mak Tiri Gatal???
Monday, April 29, 2013
Bagai Ditusuk Belati Tajam
Assalamualaikum & Hye
Sejak dua tiga hari ni... Dihujani dengan soalan-soalan yang agak sentisitif. *terlihat disitu yang empunya diri perasan macam dirinya artis yang dihujani kontroversi. ---» sila lempang.segera. (:
Dalam dua hari lepas jumpa kawan lama. Dulu dia kerja satu tempat dengan Hana jugak. Tapi dia dah berhijrah ke gov. ... Soalan yang kalau boleh tak nak dengar orang tanya. It could make me sad. (@_@)...
Hari ni 2 orang wife to my hubby's friends... Tanya soalan yang sama... Diorang pulak dah nak tambah lagi... Me? Nothing. Hurmm... Rasa nak menangis bila ada orang tanya soalan macam tu. Bukan tak suka sebab apa... Tapi soalan macam tu membuat imanku goyah... Pastinya mula menyoal dan mempersoalkan sesuatu yang bukan kuasa ku.
Soalan tu jugak buat Hana rasa sebak. Sebak rasa nak menangis biar pun hati ni cuba menyedapkan hati sendiri. Siapa yang tak nak kan... Semua orang yang macam Hana pasti menginginkannya. Ia satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya yang mengalaminya saja yang tahu.
Tak boleh nak salahkan sesiapa atau apa-apa. Hanya DIA yang tahu setiap satunya di atas muka bumi ni.
Ya Allaah,
Berikan ku kekuatan demi menempuhi setiap yang ada di depan ku.
Ameen..
Wednesday, April 24, 2013
Entri Bengang Di Pagi Hari
Assalamualaikum & Hye
Pagi-pagi buta dah menyakitkan hati. Ada saja berita dan cerita yang tak sedap. Meluat betol. Susah sangat ke nak tengok kebaikkan orang daripada hanya pandang keburukkan?
Kata orang tak bekerjasama. Korang pun sama ja lah. Tak mahu langsung bekerjasama. Nak berkira je yang tau. Pastu aniaya orang. Yang tu korang no. 1 la kan... Tak payah diajar tak payah ditunjuk. Mendajalkan orang je kerjanya. Tak paham aku dibuatnya.
Orang tolong jaga pun dah besar rahmat. Haish! Bengang betol ni!
Bagi susu dibalas tuba.
Bagai melepas anjing tersepit.
Tu la peribahasa paling sesuai.
Kita jangan nak pandang buruk je dekat orang. Kita berada bawah 1 bumbung. Jadi semestinya kena kerjasama. Tak boleh la nak bebankan orang lain ja. Lagi satu jangan asyik nak tuduh orang saja.
Menyampah!
Menu Apa Pula Malam Ni?
Hurmm... Masa on the way balik kerja tadi otak dah memikir nak masak apa pulak malam ni. Semalam buat tom yam. Dua kali buat tom yam... Semalam barulah terasa macam makan tom yam. Hehehe... Biasalah.. Saya budak baru belajar.
*psst... Nama je menu malam.. Tapi di makan pukul 6pm.. ngeee.... (^_^)
Hari ni rasa nak masak kambing black pepper saja kot. Pastu sayur pulak kacang panjang goreng. Cukuplah untuk dua orang kan...
Hurmm... Tak ada idea nak masak menu lain. Selalu tengok kat internet kalau nak cari resepi baru.
Hana susah sikit nak try menu lain. Kena tengok dulu menu apa nak masak.
Kena beli barang betul-betul kalau nak masak menu baru.
Dah sah pemalas nak pergi pasar cari barang. Bukan apa, disebabkan susah nak parking itu yang malas nak pergi pasar. Kalau nak pergi sangat Hana ajak time Mr. Hubby ada.
Sebab boleh pergi naik motor saja.
Resepi Tom Yam Sedap
Bahan
- 1/2 ekor ayam
- 2 batang serai
- 1 biji tomato
- 2 ulas bawang putih
- 1/4 bawang besar
- 3 sudu pes tom yam
- 2-3 cawan air putih @ ikut kesesuaian untu kuah tom yam
- 1/2 biji limau nipis
- 1 inci halia
- 1/4 potong bunga kubis
- 3 sudu minyak masak
- 2 helai daun limau
- 5 batang Cili padi @ ikut citarasa anda
- garam secukup rasa
-2 sudu susu pekat
Cara-cara
1. Ayam dipotong kecil-kecil, basuh dan toskan. Perah limau nipis dalam mangkuk.
2. Masukkan minyak, tumis bawang putih dengan api kecil.
3. Lepas naik bau, masukkan ayam yang dah dipotong tadi. Kacau hingga isi ayam sedikit masak.
4. Jangan biar terlalu lama. Cukup 1-2 minit. Kemudiaan masukkan dua cawan air putih. Biarkan mendidih.
5. Masukkan serai, daun limau, cili padi (yang dah ditumbuk sedikit), pes tom yam dan susu. Kacau sebati. Biarkan mendidih.
6. Masukkan bunga kubis, tomato dan bawang besar yang dipotong. Juga air perahan limau nipis.
7. Selepas naik bau, masukkan garam secukup rasa. (Hana guna Cukup Rasa je). Kalau rasa nak lebih pedas tambahlah cili padi ikut citarasa sendiri.
8. Biar mendidih seketika (2-3 minit). Siap untuk dihidang.
*resepi ni Hana belajar dari en. Suami. Hehehe...
Thursday, April 18, 2013
Air Panas! Air Panas!
Semalam kan day off. Jadi macam-macam la plab dalam otak ni.
Nak ke sana nak ke sini.
Bangun dengan ceria hendaknya bagi memulakan hari yang indah. Huhu...
Ni hari baru Mak Jemah nak cerita...
Mak Jemah memang suka basikan cerita baru nak dikeluarkan. Huhu...
*mak jemah la pulak dah...
Masa tengah nak bancuh milo untuk suami tercinta...
Entah macam mana air panas yang berada dalam mug tu...
Tertumpah ke arah Hana...
Waaa... Menjerit jugak..
Tapi tak kuat.. Hehehe... Dok kata "panas!" "panas!" tu je..
Otak hantar signal ke tangan bertindak untuk tanggal seluar yang kena air panas tu.
Then alirkan air paip kat tempat yang kena tu.
Tapi terlebih cerdik pulak. Lepas tu pergi letak ais tempat melecur.
5 ke 10 minit kemudian.. Mula naik macam nak menggelembong...
Like a blister..
Mujurlah Mr. Hubby ada. Dia ajak ke klinik.
Terus siap-siap dia bawa ke HATTM.
Lepas bagitau apa sakitnya, dia suruh isi borang sikit.
Then terus dibawa ke bilik rawatan. Student dengan medical student kot...
Tolong sapukan SSD cream. Lega rasa.
Lepas sapu cream barulah diambil vital sign Hana.
Then M.A tu prescribe ubat and bagi MC.
Tapi MC tu bos saya nak terima ke? Entahlah...
Moral of the story.. Fokus bila buat sesuatu, ya.
Next entri Hana akan cuba bagi tips hadapi kelecuran macam air panas.
Hehehe... Insya Allaah...
Wednesday, April 10, 2013
Wordless Wednesday #6
Petang yang aman tiba-tiba dikejutkan dengan cuaca yang buruk...
Guruh berdentam dentum, kilat sambung menyambung...
Tuesday, April 9, 2013
Birthday Gift
Indahnya...
Assalamualaikum & Hye
Ya Allaah,
Sungguh indah mimpi tu. Lebih indah andainya ia jadi realiti. Rasa macam tak nak bangun dari tidur. Tapi ia lenyap jua bila terjaga dari lena. Sungguh rasanya ingin terus berada di dalam mimpi itu.
Ya Allaah,
Andainya mimpi itu daripadaMu... Jadikanlah ia sebagai realiti. Sungguh aku amat ingin ia jadi realiti. Saat yang cukup indah. Keindahan yang tak terlafazkan dengan kata-kata.
To all my readers... Please prays the best for me... For it to become real. Thank Q very much!
Monday, April 8, 2013
Ibu... Engkau Ratu Hati Selamanya..
Semakin menghampiri tarikh keramat itu... *sesuai dengan nama tempat tinggal kg. Dato Keramat...
»» statement yang tiada kaitan. Sila lempang si penulis laju-laju... Huhu...
Okey serious... Semakin dekat dengan tarikh keramat tu... Yang mana menukar status Hana serta kegembiraan dan keterujaan itu diragut pergi... Semakin hati ni terasa pedihnya, sayunya, pilunya... Seolah-olah macam baru semalam berlaku. Ya... Tika mendapat tahu ada insan lain yang hidup dalam rahim ni, betapa teruja dan gembira rasanya. Rasa nak menjerit dan beritahu satu dunia.
Tapi.... Semua itu hanya sementara. Tak dapat bertahan lama. Allah mengambil kembali apa yang DIA berikan kepada Hana. Peristiwa yang sentiasa segar diingatan. Dan insan yang paling banyak memberi kata semangat... Tentulah emak Hana. Dia lah yang memberi kata-kata perangsang supaya Hana terus kuat demi menghadapi dugaan ni. Hampir tiap ketika dia menghantar sms kata-kata penguat semangat yang hampir luntur.
Sampai hari ni pun... Emak selalu hantar sms cerita itu dan ini tentang kawan-kawannya yang pernah alami pengalaman macam Hana. Sungguh jasanya tidak terbalaskan.
Terima Kasih Mak! I lurve U so Much!
Kau lah ratu hati ku selamanya.
Rindu detik indah itu.
Dalam kenangan...
Sunday, April 7, 2013
Plan For Plan B
Assalamualaikum & Hye
Since pihak gov. dah keluarkan iklan hari tu.. Hana dah ada plan baru. Hehehe... Iye iye je macam confirm dapat kan? Tak apa at least kita ada perancangan masa depan. Betul tak? Comey kan Kak Ton... *err... Tetiba pulak... Hehe.. Semalam Kak Timah. Hari ni Kak Ton pulak....
Kalau kerja dengan gov. kalau nak cuti tanpa gaji boleh kan? Hana ada pernah baca one of the blogger ni (tak ingat berapa lama ambil cuti tanpa gaji) ambil unpaid leave ikut suami pergi oversea. Bestnya... Tapi Hana pulak kalau dapat kerja dengan gov., nak ambil unpaid leave untuk terbang ke timur tengah.. Ngeee... (: .... *ni pun macam penuh confident je nak dapat kan? Tak apa.. Pencetus semangat.
So bila balik still ada kerja kan. Tak susah dah nak kena cari kerja. Bestnye lah kalau impian tercapai..
Kepada readers yang singgah sini and baca entri ni... Hana harap doa kalian. Hana harap if dipanggil untuk interview... Pastu mestilah berharap jugak semoga urusan berjaya. Huhuu...
Doakan untuk Hana ye. Thank Q bery muchh!
#orakserabutparkingcardhilang
Friday, April 5, 2013
Kerana ICT..
Assalamualaikum & Hye
Petang tadi menonton Al-Kuliyyah di TV3. Tajuk menarik perhatian Hana. Tentang ICT dan kehidupan kita. Memang tak dinafikan ICT mampu membuatkan hidup kita lebih mudah. Nak cari apa-apa, search saja.
Nak masak, search saja resepi apa kita nak. Nak menjahit, cari saja tutorialnya melalui blog, youtube dan lain-lain lagi. Nak baca Al-Quran... download saja aplikasinya. Bagi yang ada smartphone tu... Pasti hampir keseluruhannya mesti ada kemudahan untuk access internet kan?
Walaupun banyak kebaikkan ICT ni.. Tapi masih tetap ada keburukannya. Keburukan yang datang itu adalah dari pengguna itu sendiri. Baik dan buruk ICT ni terpulang kepada si pengguna.
Kerana ICT yang jauh jadi dekat. Kerana ICT juga, yang dekat jadi jauh.
Kepada yang suka download macam-macam dalam smartphone mesti ada jugak download aplikasi macam Al-Quran dan hadis.. Jangan risau jika anda mahu masuk ke tandas membawa smartphone anda. Selagi mana aplikasi Al-Quran itu tidak dibuka semasa bawa masuk ke tandas ia tidak menjadi msalah. Contohnya kita tengah buka aplikasi tu.. Baca ayat Quran. Tiba-tiba rasa nak buang air. Tutup aplikasi tu then masuklah ke tandas. Takkan smartphone mahal nak tinggal di luar. Nanti kecurian la kan. Hehehe..
Bagi yang nak dengar/menonton Al-Kuliyyah siri petang tadi, boleh tonton di tonton. Heeheee...
Manfaatkan kemudahan ICT kini dengan sebaiknya. Jangan salah gunakan ye...
Target Achived!
Assalamualaikum & Hye
Kak Timah ni memang suka simpan cerita sampai dah basi baru nak diceritakan. Hahahaha... Sabar sajalah ye. Hehehe... Kak Timah la pulak ye. Jangan klik ' X ' untuk close window anda. Ini memang belog buruk ssmr89.blogspot.com ye.
Disebabkan bulan februari yang lalu dah bekerja kuat dan dengan paksa rela. Dapatlah Hana capai impian nak memiliki ini. Dan ditambah lagi dengan rebate rm200 melalui PKB (pakej komunikasi belia) tu dapatlah memiliki ini.
Next target S-Galaxy Note10.1 la pulak. Hehehe... Harap-harap hujung tahun ni dapatlah.
Ada lagi target yang lebih besar. Aku mahu terbang.. Semoga diizinkan.
Alhamdulillah... Syukur..