ads by nuffnang
Note for Visitor.
❤Menu Pilihan Anda❤
Sunday, March 31, 2013
What's Next?
Monday, March 25, 2013
Berat Hati...
Hurmm... Tarikh yang tepat belum ada.
Tapi perancangannya sudah ada.
Berat rasa hati nak merelakannya.
Tapi apakan daya.
Hana kena belajar hidup sendiri lepas ni.
Untuk jangka masa yang panjang.
Entahlah. Rasa macam sangat sukar.
Tapi... Terpaksa juga.
Mohon doa kalian agar Hana mampu teruskan kehidupan dengan baik.
Semoga apa jua yang hadir kemudiannya adalah demi kebaikan kami semua.
Sunday, March 24, 2013
Traffic Slow!
Assalamualaikum & Hye
Entah kenapa la cenggini pulak jadinya.
Lambatlah nak sampai kalau macam ni. Hana tak apa. Esok cuti lagi. En. Suami la esok dah kerja. Sampai lewat kan penat.
Apa sebenarnya traffic slow macam ni ye...
Saturday, March 23, 2013
Wedding!
Apa? My Wedding Ceremony? No no no... Not mine..
Hehehe...
Masa ku dah berlalu.
Hari ni attend wedding kawan dekat kaki gunung jerai.
Kali kedua attend wedding kawan-kawan.
Harap-harap lepas ni dapat attend lagi wedding kekawan lain pulak.
Jangan komen lebih-lebih pasal i k...
Kalau nampak macam semakin bam ke senyap-senyap sudah tau.
Hehehe...
Yang pakai baju pink-pink tu wedding kawan Hana tahun lepas.
Yang ramai-ramai tu kekawan masa kat hostel KJ dulu. Enam tahun dah tak ketemu.
Yang baju kurung pelangi-pelangi tu yang hari ni la.
Friday, March 22, 2013
Belajar Menghargai
Assalamualaikum & Hye
20/03/2013
Ya..
Hari ni memang rasa tahap kesabaran ini sangat teruji. Mendengar setiap cerita daripada teman-teman tentang individu-individu yang mulutnya sungguh.... Ah tak sanggup aku keluarkan kata-kata nista itu.
Apakah apa yang kami lakukan selama ni tidak langsung dihargai dan dipandang sepi? Ataupun... Langsung tidak dipandang walau sebelah mata pun? Bukanlah mengungkit.. Tapi kami juga punya perasaan. Kami cuba beri dan buat yang terbaik. Tapi kenapa masih mahu memfitnah dan reka cerita yang tidak betul? Setiap tindakan dan kata-kata kami cuba diputarbelitkan. Kenapa???
Sememangnya hari ini tindakan mereka benar-benar menguji tahap kesabaran kami. Dan baru hari ni aku sedar. Pekerjaan ini bukan semudah yang disangka. Kesabaran memang amat penting. Sentiasa kena bermanis muka walaupun diherdik dan dihina. Walau dalam hati membara hanya Allaah yang tahu.
Jika anda @ saudara mara anda sedang dirawat dihospital... Tolonglah beri sedikit penghargaan atau setidak-tidaknya berilah kerjasama untuk mereka yang menjaga anda @ saudara mara anda tu. Mereka memang sedang cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik. Adakalanya mereka sanggup berlapar atau bekerja kuat hingga mereka sendiri jatuh sakit demi memastikan anda mendapat yang terbaik.. Mereka sakit... Tapi masih menjaga anda yang sedang sakit. Sedangkan mereka sendiri tidak terubatkan.
Sekian..
Thursday, March 14, 2013
Bery Bery Tired!
Assalamualaikum & Hye
Work for more than 7 days. Off just for 1 day. Body become weak now. Leave my meal. Not take it on time. Started to experienced of chest tightness now.
Wednesday, March 13, 2013
Hanya PadaMu Kami Memohon..
Assalamualaikum & Hye
------------------------------
Ya Allaah,
Permudahkanlah semua pekerjaanku..
Lancarkan segala urusanku...
Urusan kehidupanku..
Urusan pekerjaanku..
Bantulah kami untuk rasa ikhlas dan jujur serta amanah dalam menjalankan tanggungjawab kami.
Ringankanlah kesakitan yang sedang mereka tanggung.
Hadirkanlah rasa sabar yang tinggi dalam diri kami untuk melayan kerenah pesakit kami.
Hadirkanlah rasa sabar juga dalam diri pesakit-pesakit kami.
Berikanlah kesembuhan kepada pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di tempat kami.
Ya Allaah,
Mudah-mudahan kami menjadi pekerja yang baik.
Semoga semua pesakit kami menjadi hambaMu yang penuh dengan rasa sabar.
Friday, March 8, 2013
Beginilah...
Tengah dok relax..
Masak untuk suami tercinta...
Tiba-tiba handphone berbunyi.
Eh... Siapa la pulak call ni.
Sekali tengok sister kat ward...
Alamak... Nape pulak ni..
Rupanya kena panggil pergi kerja sebab tak cukup staff.
Ada yang jatuh sakit lagi.
Oh malasnya....
Mulanya ia suruh datang kerja petang ni jugak.
Tapi Hana tak nak la sebab baju uniform pun tak iron lagi.
Tengah memasak pulak tu. Nak berkejar gi kerja pulak.
oh tidak. Tak mau la.
Then dia cakap kalau macam tu kerja malam la.
So i choose to locum night.
Walaupun hati sangat berat.
Tapi terpaksa juga lakukan.
Tetiba rasa macam tentera / polis pulak.
Kena standby ja..
Bila-bila masa ja bos boleh panggil pergi kerja.
Oh nasib... Wahai majikan...
Lihatlah kami ini bekerja siang dan malam hingga jatuh sakit.
Tolonglah prihatin kepada kami.
Buatlah sesuatu.
Nilai wang yang diperoleh tidak setimpal dengan kesihatan kami yang tidak ternilai harganya.
Badan kami hanya satu.
Mood : Malas
Kehidupan Yang Mematangkan...
Ada suatu malam tu sebelum melelapkan mata... Hana bertanya kepada Mr. Hubby...
"Abang, dah berapa lama kita kawin?"
Lalu ditunjukkan jarinya... Angka 2.
Hurmm....Diam tak diam sebenarnya dah dua tahun kami bernikah.
Derita dan pedih yang ditanggung diawalnya kian hilang.
Perit yang dirasai kian diganti dengan kebahagiaan.
Semua derita, perit, jerih itu dilalui dengan semua perasaan.
Semakin lama semakin mematangkan diri Hana.
Berkahwin diusia 20 tahun ketika itu hanya memikirkan keseronokan..
Membayangkan keseronokan dan kegembiraan seperti mana yang pasangan lain.
Tapi bila dilanda masalah itu dan ini...
Perasaan mula goyah.
Fikiran bercelaru tidak menentu.
Berfikir yang bukan-bukan.
Tapi lama kelamaan hati dan perasaan mula dapat menerima apa jua kepahitan yang datang.
Hana rasa diri semakin matang.
Mula belajar bersabar, tidak mudah memberontak bila tidak dapat apa yang dimahukan.
Mula redha menerima kehendak takdir.
Mula buang apa yang menyebabkan idea buruk yang datang.
Semoga kami dapat menikmati kebahagiaan berumah tangga seperti mana pasangan lain.
Semoga kami lebih matang memikirkan masa depan keluarga.
Semoga kami dapat menjadi yang terbaik.
Dari Hati Kecilku
Assalamualaikum & Hye
Entah kenapa Hana rasa macam baru tersedar dari lamunan / mimpi yang panjang. Semuanya bermula bila mendengar dan melihat berita di tv tentang kematian dua orang anggota polis kita di Lahad Datu. Bila melihat isteri arwah dan anak-anaknya... Hana macam baru teringat tentang diri Hana.
Rupanya aku ni isteri seorang tentera. Jadi aku mesti sentiasa bersedia. Bukanlah bersedia untuk pergi berperang. Tapi kena sentiasa bersedia hadapi sebarang kemungkinan. Kehilangan ahli keluarga / suami tercinta secara tiba-tiba. Secara mengejut. Woooo.... Hana memang tak dapat nak fikir apa-apa. Kalau mereka pergi kerana alami sakit/penyakit, tak apa lagi sebab kita nampak dia depan mata menanggung sakit (bagi yang memang tahu ada penyakit la).
My collegue bagitahu husband dia (polis) kena pergi Lahad Datu... Dah rasa lain macam. Terfikir macam mana perasaan my friend ni. Tu baru nak pergi. Belum pergi lagi. If Hana ditempat dia pun.. Hana tak boleh nak fikir. Memang hati tak nak bagi pergi. Tapi itu dah tugas dia. Kita dah pilih untuk hidup bersama dia.. Bermakna kita terima dan faham tugas dia. Kalau kita tak nak begitu, jangan pilih untuk hidup bersama dia.
This is what i felt deep in my heart. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Semoga mereka sentiasa berada di bawah perlindunganNya. Mari sama-sama doakan keselamatan dan keamanan negara kita yang tercinta ni. Berhentilah bertikam lidah dan saling menuduh antara satu sama lain. Yang berbuat jahat tu lambat laun tumpas juga. Bak peribahasa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Tolong pentingkan keselamatan negara.
Kepada yang suka membodohkan orang lain / pasukan keselamatan negara atau membingaikan mereka... Tolong berhenti. Jika anda seorang yang amat bijak dan berani... Sila berada dalam pasukan keselamatan sebagai frontline. Baru tahu langit atau rendah.
Saturday, March 2, 2013
Sebak + Sedih + Pilu
Assalamualaikum & Hye
Tadi bila tengok ahli keluarga arwah Ins. Zulkifli... Tetiba hati rasa sangat sebak.. Rasa macam nak menitis air mata. Rasa macam mereka ahli keluarga sendiri. Perasaan macam mana mereka yang kehilangan ahli keluarga..
Tak tergambar jika Hana ditempat balu arwah.. Tak mampu nak berfikir jauh sebab terlampau sedih. Memikirkan diri yang kehilangan suami, anak-anak sedia ada dan yang bakal lahir. Subhanallah. Sebak.
Hana doakan semoga balu arwah tabah, redha dan sabar menghadapi ujian ini. Semoga semua urusannya sentiasa dipermudahkan Allaah SWT.
Terfikir sejenak...
Jangan Biar!
Assalamualaikum & Hye
Semakin banyak yang Hana baca tentang Kejadian di Lahad Datu... Semakin naik seram rasanya. Semakin tak selamat rasa. Terkenang dan takut suasana aman damai ni hilang ditelan pergolakan dan perang. Teringat suasana pergolakan dan peperangan macam negara lain yang dilanda perang.
Tak mahu! Tak mahu! Tak mahu!
Sayang sayangkan keamanan yang sedang dikecapi kini. Ini salah satu nikmat yang diberi olehNya kepada kita. Jangan sia-siakan apa yang kita ada. Jangan terus biarkan kekejaman yang mereka lakukan kepada kita.
Sekali dibiarkan... Pasti mereka akan buat lagi dan lagi dan lagi..... Sampai kita tewas. Jangan! Malaysia hanya 1. Tak ada dua atau tiga. Tolong jangan biarkan! Semoga pejuang-pejuang negara kita berjaya mempertahankan negara yang tercinta ni.
Wanita yang bergelar isteri kepada pasukan keselamatan negara.... Anda harus sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Bila saja sah bergelar isteri kepada insan itu.... Maka bersedialah. Apatah lagi jika si dia jauh dari pandangan mata. Jarak memisahkan. Lalu pohonlah kepadaNYa agar si dia selalu dibawah perlindunganNya. Kita hanya mampu bergantung harap kepadaNya.
Semoga negara kita Malaysia ni terus aman dan makmur.
Friday, March 1, 2013
Berita Buruk
Assalamualaikum & Hye
Sejak dua malam lepas lagi dah terima berita buruk. Tapi... Berita itu tak penting untuk pengetahuan readers. Berita buruk yang lebih penting sekarang ni berkaitan dengan dua pegawai polis kita yang terkorban di Lahad Datu...
Memang sedih rasanya... Baru masuk bulan baru... Kita dah terima berita macam ni. Kita doakan agar mereka ditempatkan bersana orang yang beriman. Mereka syahid memperjuangkan keamanan negara. Allahuakhbar!
Saat melihat gambar Allahyarham Tuan Zulkifli tu bersama keluarganya... Terdetik dalam hati.. Kesian anak dan isterinya. Kehilangan sekelip mata. Terkenang En. Suami... Dia juga seorang yang turut menjaga keamanan negara. Makanya Hana harus bersedia setiap masa. Kalau boleh tak mahu lagi buat sesuatu yang mengundang dosa suami isteri... Takut hilang tiba-tiba tak sempat mintak ampun mintak maaf.
Sejak tahun lepas En. Suami dok cakap yang dia cadang nak pergi Lubnan... Masa tu dah terasa lain macam. Kalau boleh tak nak bagi pergi! Tapi kalau demi kerjayanya... Terpaksa ku relakan... Semoga Allaah melindungi suamiku..
Mari kita sama-sama doakan demi keamanan & keselamatan negara kita. Dan juga doakan keselamatan pejuang-pejuang negara kita di sana..