Assalamualaikum & Hye
Sambungan daripada entri sebelumnya.
Dalam pukul 4 pm kot Hana dipindahkan ke katil 4 bedded yang ada pesakit. Lega sikit rasanya. Tak adalah takut.
Rasa penat sangat. Mengantuk jangan cakap la. Lepas azan asar tu nak solat la. Bila nak angkat takbir... Rasa sakit sangat tempat dicucuk branula tu. Sabar sajalah. Buat setakat mampu sajalah... Boleh kan..
Pesakit sebelah Hana ni memang dengar tu macam perfectionist la... Sorry kakak bukan nak busy body, tapi dah kakak cakap kuat, saya dengar. Maaf ye.
Cara dia bercakap dengan anak-anak, suami & orang yang tolong jaga anak-anak dia tu memang boleh agak la yang dia ni jenis nak sempurna semuanya walaupun dia tak dapat uruskan keluarga sebab masuk ward. Tapi yang Hana respect tu, dia wajibkan anak-anak dia solat berjemaah dengan suaminya, tanya detail anaknya dah berapa hari datang bulan,bila boleh solat. Walaupun mungkin anak-anak dia akan rasa sedikit rimas dengan sikap mami diorang, tapi itu adalah satu sikap yang sangat patut dipuji. Lain-lain yang Hana terdengar anak perempuan dia yang boleh diharap dengarnya... Kena pastikan keadaan rumah bersih, selamat & bersih (kunci pintu & tingkap, off aircond, sidai tuala adik-adik dengan kemas).
Fuhh... Boleh agak kakak ni agak cerewet. Tapi cerewet dia tu rasanya bertempat bagi Hana. Disiplin anak-anak perlu dididik dari kecil bila tiba masanya (kena pada usia mereka). Kalau dia call anak-anak dia & orang yang tolong jaga anak-anak dia tu... Mesti ada saja yang ditanya pasal keadaan rumah & suruh buat itu & ini.
Satu yang tak best bila dok 4 bedded kena kongsi toilet. Kongsi tu tak apa. Cuma yang tak best, bila time kritikal Hana nak guna toilet tu ada la sorang opag ni pun nak guna jugak. Bila Hana masuk toilet, dok kejap dia dah sampai depan pintu toilet. Tak khusuk pulak rasanya orang dok tunggu kita keluar toilet. Huhu... Dengan orang lain tak ada berebut. Dengan dia ja. Bukanlah berebut macam mana.. Cuma macam tu lah.. Hana masuk je dia pun sampai depan toilet. Hewhewhew...
Pagi tadi Hana dah pindah ke single room. Okeylah, tak ada lah nak busy body dengar kakak tu memastikan anak-anak dia & rumahnya tu perfect... Tak ada dah nak berebut toilet dengan opah tu. Lagipun mintak single room ni sebab mr.hubby kata dia nak balik hari ni. Kalau dok 4 bedded tak boleh menunggu. Kesian pulak dia balik pun hujung minggu je. Nak tidur dirumah sorang-sorang tak sedap pulak rasanya.. Kesian.. Huhu..
0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)