Assalamualaikum & Hye...
Hurmm...Ni nak cite sikit pasal bebudak sekolah zaman dulu
dengan bebudak sekolah zaman sekarang..
Terlampau banyak perbezaannya...
Bagai langit dengan bumi...
Setuju tak dengan pendapat Hanna?
Kalau setuju ankat kuku...
Eh...Hehehe...
Memang la betul zaman dulu tak berapa moden macam
zaman sekarang ni...
Dulu-dulu pegi sekolah bawak seringgit je..
Cukup la buat beli air secawan, kuey tiaw goreng sepinggan...
Boleh lagi beli kopok gegula kekacang...
Zaman la ni mana nak cukup dah seringgit tu..
Hurmm...
Yang tu tak kisah la sangat...
Yang dikisahkan sekarang ni......
Cabaran besar untuk guru-guru ni mengajar students zaman sekarang...
Yang mana ada tu degilnya Ya Allah...
Sabar je lah kan...
Siap boleh gelak-gelak bila cikgu marah kat diorang.
Tak takut langsung.
Kalau kita dulu bukan main nak menangis rasa
bila kena marah dengan cikgu.
Kecik kepala-kepala rasanya bila cikgu marah..
Bebudak sekolah sekarang tak da nya nak rasa macam tu..
Lagi besar kepala ada lah...
Bukan semuanya macam tu....
Yang baik tu oke la kan...
Yang degil malas tak nak dengar cakap ni
yang teruk cikgu nak handle..
Camne agaknya kekawan Hanna yang bakal-bakal guru tu...
Besar cabaran diorang tu..
Bukan je ajar abc 123 alif ba ta...
Tapi jugak nak didik diorang supaya jadi manusia berguna..
Memang la ibu bapa pun bertanggungjawab..
Tapi tu pun salah satu tanggungjawab cikgu jugak...
Hurmmm...
Bebudak sekolah zaman sekarang bila kena marah,
kena rotan, mesti nak balas dendam kat cikgu
yang rotan & marah dia tu..
Kononnya dah memalukan dia...
Padahal dia yang merosakkan diri dia,
Buat kesalahan-kesalahan yang tak sepatutnya tu,
Dia tak sedar pulak...
*pepatah kata "kuman seberang laut nampak,
gajah depan mata tak nampak*
Mula lah nak calarkan kete cikgu, nak pancitkan tayar kete cikgu...
Nak tuang air dalam tangki minyak motor cikgu...
Macam-macam lagi yang kekadang tu kita tak sangka langsung.
Ada yang lagi teruk boleh tahan cikgu tengah jalan,
Pukul cikgu pulak sampai separuh nyawa..
MasyaAllah....
Teruk...Teruk...Teruk...
salam kenal...mujur la kayrul tak jadi cikgu...kalau tak confirm selalu kena buli ngan anak murid...hahahhaha
ReplyDeleteshah-kayrul
ReplyDelete-lebih2 lagi kalau macam hana ni...confirm teruk kene buli dgn student..huhu
kesabaran sgt penting kalau nk jd guru zaman skg nie...
ReplyDeletecontoh macam deqda & kawan2 seangkatannya.. :)
ReplyDelete