ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Friday, April 8, 2011

Ingat Tempat Buat Eksperimen Ke?

Assalamualaikum & Hye...

Apa khabar awak-awak semua? Hope sihat la kan...Kalau rasa tak sihat gi amik ubat cepat-cepat...Jangan abaikan kesihatan oke..

Sebenarnya Hanna ada teringat pasal satu artikel berkaitan perkahwinan. Kalau tak salah Hanna dalam majalah Mingguan Wanita..Orang yang bertanggungjawab tentang artikel namanya Puan Suzana Ghazali.

Boleh Klik SINI untuk ke blog beliau...

Oke la secara ringkasnya di sini...Bila bercakap tentang perkahwinan, kita mesti fikirkan banyak perkara kan? Ada orang kawen dengan pilihan hati, ada orang kawen sebab pilihan keluarga. Haa...Jangan tak tahu, masih ada orang yang kawen kerana pilihan keluarga. May be dia tak ada calon, so keluarga tolong carikan..Macam tu la kot kan.

Oke, Back to our story...

Bila nak kawen kita kena ikhlas terima pasangan seadanya dia. Baik buruk semua kena terima..Yang baik kita terus amalkan lah..Yang buruk tu kita cuba betolkan sikit-sikit...Nak ubah terus mendadak mana nak boleh kan?

Jangan la pulak awak cakap, tak pe lah kawen la dulu, nanti kalau rasa tak sesuai berpisahlah...Tak boleh macam tu... Penceraian tu adalah sesuatu yang sangat-sangat perlu dielakkan...Tu la maksudnya jangan anggap perkahwinan sebagai makmal ujikaji...Macam kita buat eksperimen biologi / kimia / fizik masa sekolah dulu la kan...Kalau buat macam ni kesannya macam mana? Kalau buat macam tu kesannya macam mana pulak? Lebih kurang macam tu la kan...

Tapi perkahwinan ni bukan macam tu...Sapa yang nak bila kawen tak lama kemudian jadi janda / duda? Ada sesapa yang nak? Semua orang tak nak kan? Yang lelaki tak pe senang je...Tak kisah pun duda ke teruna ke....

Hurmm....Sebab tu lah kita digalakkan bertunang...Bertunang tu kan proses mengenali diri pasangan...Kalau rasa tak serasi, masa bertunang ni boleh lagi kalau nak putuskan...Tak perlu naik turun mahkamah...Sebab tu jugak bila bertunang, kita tak digalakkan untuk menyebarkan berita pertunangan kita.

So kalau tak jadi, tak la malu kan? Tak ada sesapa yang tau melainkan keluarga terdekat je.
*kalau invite keluarga terdekat la*

Perkahwinan pulak mesti dihebahkan, supaya tak timbul fitnah & tohmah orang kan?

Masa dalam tempoh pertunangan tu jugak lah, kita nak kenali keluarga pasangan..Kita kan bukan nak kawen dengan pasangan kita saja. Kita berkahwin dengan seluruh ahli keluarganya. Bukan la bermakna kita kawen sekali dengan semua...Mean kita dah masuk dalam kelompok keluarga dia..Masa tu la kalau kita rasa serasi / tak serasi, nak teruskan atau putuskan..Atau cuba hingga dapat keserasian...

Bila dah kawen tak boleh dah nak cuba-cuba perkara-perkara tak sepatutnya..Bila kawen, kita dah ada tanggungjawab terhadap orang baru. So kita jalankan tanggungjawab kita dengan sebaik-baiknya..Jangan nak cuba-cuba pulak, kot la kata dalam hati ke kat member ke," tak pe aku try la kawen dulu, "

Setiap individu yang berkahwin mesti mengharapkan keluarga yang bahagia kan? Tak ada sorang pun yang kawen harapkan hidupnya derita...So kita kenalah fikirkan apa yang dirasakan terbaik buat keluarga yang kita bina tu...

*gambar hiasan*

2 comments:

  1. pentng gak erk bertunang ni..bru jek pk xmo bertunng nk kwen trus tkut2 xjdi,hukhuk2..

    ReplyDelete
  2. senydream
    -dalam islam pun dianjurkan proses pertunangan tu.. :)
    -semuanya terpulang kpd individu tu la..kalau dirasakan dia & pasangan tak perlu bertunang,sebab dah lama sangat berkawan nak kawen terus boleh je,asalkan kita yakin dengan diri kita & pasangan kita untuk sama-sama melangkah ke alam rmhh tangga tu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...