ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Wednesday, May 30, 2012

Peserta Bertuah Birthday Giveaway

Assalamualaikum & Hye

Hari ni dengan menggunakan khidmat RANDOM.ORG, Hana dah buat pemilihan peserta yang bertuah menerima produk-produk CATALYST.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua peserta yang sudi join
GA yang Hana anjurkan.

Jom tengok siapa yang bertuah!

VCO Softgel + Collagen
VCO Softgel + Collagen
VCO Softgel + Collagen
VCO Softgel


TAHNIAH!

Dengan itu, Hana mohon kerjasama peserta bertuah terus saja
sms kan details anda semua
kepada Hana...
SMS kan NAMA / ALAMAT / E-MEL ---> 013-979-3421
As Soon As Possible ya...
Nak E-MEL kan? Send me Name / Address / Contact No.
hanaradzi89@gmail.com

Kalau boleh before 1 JUN 2012. Harap dapat bagi kerjasama... TQ.

Keputusan Muktamad. Sebarang surat menyurat tidak dilayan. Hehehe...

Tuesday, May 29, 2012

Birthday Giveaway By Hana Radzi

Assalamualaikum & Hye

- BERAKHIR 29/05/2012 12:00 AM -


Ini adalah ENTRI MELEKAT. Scroll ke bawah untuk entry terbaru.

Ahaaaa...Seperti yang dijanjikan! 

Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim...Hana dengan ini mengumumkan. Birthday Giveaway By Hana Radzi dimulakan sekarang! Sekarang tau! Bukan esok bukan lusa bukan tulat bukan bulan depan! TAPI sekarang!  Deal tak ni? Kalau tak deal macam mana Hana nak buat GA ni...Huhuhu...Deal ek? 

Jom kita tengok lah apa syarat-syarat untuk sertai GA ni.

Syarat Penyertaan


1. Buat entri bertajuk "Birthday Giveaway By Hana Radzi", copy banner di atas & letak dalam entri.
2. Follow blog ini (.::Ceriteraku::.) -untuk mengetahui perkembangan GA-
3. Follow blogshop ST Online Shop -WAJIB- 
4. LIKE page ST Online Shop (nyatakan ID FB pada entry comment form) -WAJIB- 
5. LIKE page MtlurveHanna Dot Blogspot (sertakan ID FB juga pada entry comment form) -WAJIB-
6. GA berlangsung bermula 01/05/2012 pukul 12:00 AM hingga 31/5/2012 12:00 AM.
7. Blogger yang tinggal di Malaysia. 
Senang tak? Hurmm..Senang saja kan? Tak payah nak susah-susah berfikir pun. Peserta bertuah seramai EMPAT orang sahaja akan dipilih berdasarkan RANDOM.ORG.

Nak cerita pasal HADIAH pulak ni :-

3 Peserta Bertuah akan mendapat 1 set VCO + Catalyst Collagen setiap seorang.
1. VCO Softgel + Catalyst Collagen (bernilai RM100+) Perempuan SAHAJA
2. VCO Softgel + Catalyst Collagen (bernilai RM100+) Perempuan SAHAJA
3. VCO Softgel + Catalyst Collagen (bernilai RM100+) Perempuan SAHAJA
DAN 
Seorang lagi peserta akan mendapat 1 VCO Softgel (bernilai RM40+)- Lelaki / Perempuan

- peserta bertuah kena send nama & alamat ke contact no. Hana lepas diumumkan nanti. tujuan untuk tidak melengahkan peghantaran hadiah.

P/S : ID FB hanya perlu disertakan sekali sahaja.


Senarai nama peserta

Thank Q to this girl for her entry...Info VCO

Monday, May 28, 2012

Pengumuman Penting Untuk Peserta Birthday GA Hana Radzi!

Assalamualaikum & Hye

Ini adalah berkaitan dengan tarikh tutup BIRTHDAY GIVEAWAY by Hana Radzi.

Hana memohon maaf kerana terpaksa awalkan 
tarikh tutup GA. 

Tarikh tutup terbaru adalah pada 29/05/2012.

Sebabnya day off Hana jatuh pada 31/05/2012. So hari tersebut boleh
la Hana proceed untuk pos kan hadiah korang kan?
Hana nak tutup GA ni  pada 29/05/2012 . Iaitu esok hari. Then dapatlah buat pemilihan & jugak 
dapatkan details peserta yang bertuah.

Sesiapa yang berminat untuk join my GA, cepat-cepat join!

Tarikh tutup TERBARU : 
29/05/2012 @ 12:00 AM

Sekian, harap maklum.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Info VCO & Collagen

Assalamualaikum & Hye

Info VCO Softgel & Collagen

1. vco catalyst boleh dimakan bagi ibu mengandung. Digalakkan makan memandangkan kandungan vco catalyst adalah terdiri daripada bahan semulajadi iaitu virgin coconut oil dan bagus bagi ibu mengandung especially memberi tenaga sepanjang hari.

2. vco boleh dimakan bagi ibu menyusu? Ianya amat bagus dan bertindak sebagai milk booster dimana pertambahan susu badan akan berlaku. ia jugak bagus memandangkan kandungan asid lauric dalam vco adalah sama khasiat dgn susu ibu.

3. vco boleh dimakan bagi mereka yang sedang berpantang selepas bersalin
Ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan selepas bersalin dan memberi tenaga kepada si ibu.

4. vco boleh dimakan bagi mereka yang menjalani pembedahan. Ia tiada kesan sampingan.

5. vco sesuai untuk mereka yang mengalami masalah resdung dan juga jerawat. Ia amat sesuai bagi mereka yang mempunyai alahan,alergic dan juga resdung.vco merupakan anti fungus dan ia akan membantu menyembuhkan masalah jerawat,resdung dan alergic dari dalam.Segala toxin dalam badan akan di keluarkan melalui sistem perkumuhan,dan juga pesakit akan mendapati jerawat mulai keluar dan akan kering dalam masa beberapa minggu,ianya dipanggil “healing crisis” dan pesakit perlu bersabar sehingga segala toxin yang tidak diperlukan dalam badan dikeluarkan.Pesakit dinasihatkan supaya mengambil air masak dalam kuantiti yang banyak bg mempercepatkan proses pembuangan toxin.

6. adakah collagen dan vco catalyst boleh di ambil ketika period. Boleh di ambil dan tiada side effect.

7. vco boleh di ambil bersama supplement produk lain. Tiada masalah. Ini kerana vco merupakan supplement kesihatan yang diperbuat daripada 100% minyak kelapa dara asli dan anda dinasihatkan supaya meminum air suam/kosong secukupnya bg mempercepatkan proses penyerapan minyak.

Nota Kaki : info akan di update dari semasa ke semasa

VCO Softgel & Collagen

Assalamualaikum & Hye

Memandangkan due date Birthday GA by Hana Radzi
akan tamat dalam beberapa hari lagi....
Let me update sikitlah pasal VCO softgel & Collagen.
Supaya peserta yang bertuah 
menerima hadiah menarik tersebut boleh mengamalkan 
pengambilan VCO softgel & collagen ni secara konsisten la kan.

So...Tak adalah yang merungut kalau rasa tertipu ke apa ke kan...

COLLAGEN

KELEBIHAN dan KESAN Pengambilan Catalyst Collagen?


·                     Mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan
·                     Memastikan keanjalan dan kesegaran kulit
·                     Mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit
·                     Mengatasi masalah kulit kusam,berminyak, kering dan berkedut
·                     Membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap&mudah patah
·                     Menyubur dan menyihatkan rambut agar kelihatan hebat dan berkilau
·                     Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ke tahap maksima
·                     Menghilangkan parut-parut lama dan kesan jerawat
·                     Mengurangkan selulit dan memastikan kulit sentiasa cantik
·                     Minda lebih cergas dan pergerakan tubuh menjadi lebih lancar
·                     Badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga

Cara Penggunaan:


1.            Koyak plastik collagen,  
2.            LETAK KAT LIDAH & HISAP 
3.            Lepas tu baru lah minum air suam,air kosong or lagi bagus JUS buah!  

VCO (VIRGIN COCONUT OIL) SOFTGEL

Antara khasiat-khasiat Minyak Kelapa Dara adalah:


1.            Menyokong fungsi sistem imunisasi dan fungsi metabolik yang sihat
2.            Mengurangkan berat badan
3.            Menyediakan satu sumber tenaga yang segera
4.            Mengandungi kalori yang sedikit berbanding lain-lain lemak dan Nutrien penting untuk kesihatan yang baik
5.            Memudahkan penghadaman dan penyerapan zat makanan (Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil)
6.            Membantu untuk mengawal kencing manis, Osteoporosis dan penuaan pramatang dan pengerutan kulit
7.            Melembutkan dan melicinkan kulit, mengatasi kulit berminyak,  sangat bagus untuk masalah jerawat & jeragat serta parut2 lama juga mencegah jangkitan bakteria, virus dan kulat (termasuk yis)
8.            Mengurangkan risiko kanser, aterosklerosis dan tanda-tanda penyakit yang lain
9.            Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
10.          Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri

Cara Penggunaan:


1.            Makan


·            2 kali (2 biji kapsul setiap hari) boleh dimakan sebelum/selepas makan. Seeloknya diambil bersama air suam/ air kosong.
·                     Juga boleh diambil 2 biji kapsul sekaligus. Seeloknya diambil bersama air suam/ air kosong.

2.            Sapu dimuka
Caranya : 

·                     Lubangkan sedikit softgel dengan menggunakan jarum, kemudian sapu di keseluruhan muka sebelum tido.
·                     sapu ditempat yang terdapat jerawat untuk mempercepatkan pengecutan jerawat yang baru tumbuh.



VCO - Sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Daripada bayi hingga dewasa.

Collagen - Sesuai untuk wanita berusia 20-an KE ATAS. So, kalau yang BELOW 20-an ni kurang sesuai lah sebab yang berusia BELOW 20-an ni masih dalam proses tumbesaran, proses normal. Kalau yang 20-an ke atas ni biasalah, kolagen dalam badan semakin susut bila usia meningkat.

Peqak Jakun!

Assalamualaikum & Hye


Malas la nak cerita panjang... Bila si jakun ni naik aircraft... Huhu... Bak kata orang Kedah... Peqak Jakun! maksudnya orang yang baru buat sesuatu yang baru so dia jadi sangat eksited la...


Hehe... Dulu first time naik umo 8tahun. Naik dengan nenek. Ni kali kedua naik umo 23thn. Huhu... Layan aje la picca tu... Ngeee~~~~ (^_^)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Macam-Macam Cerita

Assalamualaikum & Hye

Macam-macam nak cerita ni...Tapi tunggu la Hana sihat dulu.
Sekarang tengah demam...Dua hari dah dok demam..
Nak edit picture pun malas & tak larat.

Nanti bila everything dah okey, 
Hana akan story-mory okey.

Sunday, May 20, 2012

Bengang!

Assalamualaikum & Hye


Bengang betol la! Orang dah la tengah ada masalah, boleh pulak main-main kan kita. Geram sungguh!


Tadi sms member. Nak tanya dia la pasal tiket flight dengan payment untuk air asia. Dah dia pernah naik kan. Kita ni tak pernah. Dia suruh call no. dia yang lain. Hana pun call la kan.


Dah dia jawab.... Tapi macam nak cakap tak cakap la pulak. End call. Dalam hati dok ingatkan dia dok pegang anak kot. Jap lagi nak call balik la. Lepas tu sampai sms dari no. Hana call tadi. Ayat macam gelak 'hahaha' pastu dia kata dia lam alif hamzah dekat dah dengan ain.


Bengang tak kalau kena kat batang idung korang???? Kita ni dok susah hati nak balik kampung tengok Abah sakit, nak tanya pasal tiket flight. Dia boleh lawak bangang pulak! Mau tak bengang hamba Allaah ni....


Kesudahannya, tak tau la tu kawan Hana, suami dia atau orang lain. Lantak lah. Malas nak tanya dia lagi. Tanya orang lain pun boleh ah!


So now Hana nak tanya sapa-sapa yang pernah naik air asia, harga yang di totalkan tu kira yang tu je kita kena bayar or ada caj tambahan yang lain? Tq!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, May 19, 2012

Doakan Abah Selamat!

Assalamualaikum & Hye


Hati sungguh sedih & sebak ni. Tengah hari tadi mak call bagitau Abah kena tahan di hospital, suspek apendik. Terus rasa nak balik Kedah.


Tadi adik bagitau yang specialist nak tebuk sikit saja. Tak tahulah macam mana ni. Takutnya. Nak cakap dengan Abah pun dah terasa sebak.


Abah dah ditolak ke OT. Semoga Abah selamat menjalani pembedahan. Ya Allaah, lancarkanlah pembedahan yang bakal.dilalui Abah. Ameen...


Kami sayang Abah!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bila Nak Merasa Lagi...

Assalamualaikum & Hye


Hurm... Bila tengok orang lain mengandung...Rasa teringin sangat... Tapi nak buat macam mana... Belum rezeki. Takut jugak kalau tak dapat mengandung lagi.


Sayu hati bila tengok pregnant mum. Sabar sajalah dulu. Start bulan 8 ni cuba lagi. Semoga kali tu Allaah S.W.T akan bagi rezeki.


mood : pujuk hati sendiri.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 18, 2012

Semoga Dipermudahkan Pekerjaan Kami!

Assalamualaikum & Hye


Petang ni kerja dua orang staff nurse dua orang A/N. Hurmm.. Malam ni nak berdikir bagai... Yang nak berdikir ni pulak keje petang. Huhuhu... Pesakit pulak ramai. Waaa.... Takut tak sempat nak berdikir semua tu.


Harap-harap malam ni dapat buat step dengan betul. Dah la tepuk pun bersepah lagi. Macam mana la ni.


Jom keja! Jom dikir!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 17, 2012

Nak Menangis Tengok Orang Nak Bersalin

Assalamualaikum & Hye

Pagi tadi masa tengah buat round nak ambik vital sign,
Tiba-tiba datang my team leader cakap,

'Su, boleh tak pergi Ar-Rahmah kejap, sister suruh pergi,'
' Pergi Ar-Rahmah, kenapa?'
'Entahlah, sister suruh. Pergi je lah kejap,'

Bergegas Hana ke wad yang disebutkan. Rupanya staff diorang tengah busy & perlukan bantuan seorang lagi staff. Hana dah la tak tau nak buat apa kat wad bersalin tu. Tanya la yang ada di luar tu, apa nak buat ni... Dia cakap pergi tolong bilik 3. Masuk bilik 3. Kakak tu cakap, sini tak ada apa. Pergi bilik sebelah ni.

Pergi pulak bilik 4 bersebelahan bilik 3. Masuk, masuk tengok ada ibu tengah meneran nak bersalin. Doctor pun ada. Tengah tunggu baby keluar. Macam tak percaya doktor sebut nama i....Biasanya doktor-doktor ni susah nak ingat nama nurse dia. Doktor panggil, 'su, tolong ambik tu dekat atas meja tu,' Hana pun tanya sorang staff yang yang ada situ nak ambik apa, kat mana.

Lepas tu doktor & dua orang staff lagi bantu & bagi semangat  kat pesakit yang nak bersalin tu. Tetiba rasa sebak & macam nak menangis tengok orang nak bersalin. Terkenang mak yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan Hana dulu. Betapa seksanya ibu nak lahirkan kita ke dunia yang penuh cabaran ni. Kita pulak sesenang saja derhaka kat ibu ye? Memang patut syurga si anak di bawah tapak kaki ibunya. Jadi...Kita kenalah hormati & kenang jasa ibu kita. Jasa & pengorbanan mereka sangatlah besar & tak terbalas okey.

Hargai mereka selagi mereka masih bernyawa. Jangan pulak menyesal bila mereka dan tak ada. 

video

SEGMEN - Imbau Kenangan Saat Sah Jadi Miliknya

Assalamualaikum & Hye

Semalam terima jemputan daripada blogger ini
untuk sertai segmen anjuran beliau sendiri.

Tajuknya adalah seperti di atas...


Nak join? Klik saja banner.

Ini cerita Hana.

Kami kenal tak lama. Family suruh pihak lelaki terus merisik
terus kalau dah serious.
Then selepas dua bulan selepas dirisik, bertunanglah pulak.
Dalam tempoh bertunang, penentuan tarikh pernikahan asyik berubah-ubah.
Masa majlis pertunangan, rancang nak 
langsungkan pernikahan dalam masa 1 tahun kemudian.
Kemudian dua tiga minggu kemudian pulak 
berubah lagi tempohnya... bulan jun 2012..
Then bla...bla...bla...Berubah lagi..
Mac 2012 pulak.
Tak lama lepas tu tukar lagi.......disember 2011.

Kemudian muktamadnya keputusan adalah disember 2011.

Akhirnya disatukan pada 17 Disember 2011.

(^_^)


Saat sah menjadi miliknya....Hati terasa sebak sangat lepas sah diijabkabulkan.
Tak tahu kenapa tetiba datang perasaan tu.
Memang menitis air mata ni.
May be terkenangkan emak & abah.
Masa tu Hana bukan lagi tanggungjawab emak & abah terutamanya.
Mungkin tak keterlaluan untuk dikatakan
bukan milik emak & abah sepenuhnya lagi seperti dulu.

Syurga seorang isteri kan di bawah tapak kaki suaminya.


Wednesday, May 16, 2012

Hati Berbunga!

Assalamualaikum & Hye


Semalam masa tengah iron uniform, tetiba Mr. Hubby bersuara...


"abang ada cadangan bernas nasional ni."

"cadangan apa?"

"apa kata kita gi bercuti di indonesia...nak?"

"ermmm...kata tak boleh pi obersi?"

"boleh, tapi kena mintak kelulusan la."

"okey jugak..ermm...kalau pi ostolia nak?"

"ostolia mahal."


Wah....Hati dah berbunga riang dah ni. Rasa macam tak sabar je nak pergi melancong. Niat hati nak cadangkan untuk pergi honeymoon ksli kedua kat Pulau Pangkor. Tapi belum terlafaz... Hehehe.. Kena start kumpil duit dah ni... Weee..... Sukanya dalam hati...


Kalau kat indonesia, kat mana yang best untuk bercuti? Bagi pendapat sikit... Sesapa pernah gi melancong sana,share la.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 15, 2012

Kisah Pregnant 2 Weeks

Assalamualaikum & Hye

Haaaah! Banyak komen yang diterima oleh mereka selepas dia meng'announce' kan yang dia sudah hamil 2 minggu. Ada komen positif, ada komen negatif. Apa pun pepandailah diorang berhadapan dengan permasalahan ni ye... Kalau yang negatif tu... Sabar sajalah kalau dah tak betol kan...

Okey, back to our topic.

Sampai ke sekarang ni Hana tak habis-habis dok fikir macam mana boleh detect pregnant 2 weeks. Memang tak puas hati lah selagi Hana tak tahu LMP dia. Nak aje tanya dia, 'bila LMP awak yea?'. Tapi nak buat macam mana kan. Tak kan dapat tertanya & terjawab la. Hurmmmm....

Kalau she said lewat datang bulan 2 minggu...That mean due period dia sepatutnya dalam minggu lepas la lebih kurang if regular every month. So bila tengok tarikh nikah, may be tarikh tu memang kena time subur dia...May be that day adalah hari ke-14 after menstrual dia. So memang timing baaaaiiiiikkkk punyalah. May be LMP dia around 14/4/2012 la. So that day dia nikah memang ovulation time...Tu yang kena tangkap muat tu.. So now pregnancy dia about 3-4 weeks la....May be yang dimaksudkan 2 weeks oleh doctor tu tempoh conception dia...Kalau tempoh conception memang betol la kot.

Hurmmm...So here i would like to apologize la sebab salah tafsir....Hehehe...So jom lah kita think positive okey. Apa pun cerita disebaliknya....Kita doakan yang baik-baik sajalah. (^_^)

Maafkanlah kami-kami semua kerana sudah salah faham & salah mentafsir.

Tak Tahan Dah!

Assalamualaikum & Hye


Ya Allaah...

Tak tahan dah ni... Kepala pun dah pening. Mula sakit dah ni. Cepat la habis syift. Nak balik ni. Tak mampu dah ni.


Mata ni dah tak larat dah nak celik ni....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kahwin Belum Sebulan Pregnant 2 Weeks?

Assalamualaikum & Hye


Tertanya-tanya la.... Belum sebulan kot kahwin... Pregnant dua minggu? Setahu Hana, sepanjang Hana belajar, tak pernah lagi cikgu di kolej bagi ilmu bila usia kandungan dua minggu, kita dah boleh detect kita pregnant.


Selalunya bila usia kandungan dah empat minggu barulah kita dapat tahu kita pregnant. Itu paling awal. Macam sangat tak logik la bila dia cakap dia pregnant dua minggu. Setelah di diskusi bersama senior-senior di ward, diorang pun setuju dengan Hana.


Kalau ikutkan kitaran haid yang normal seorang wanita adalah 28 hari. So... Memang sekurang-kurangnya sebulan lepas haid baru kita dapat tahu kita pregnant. Then bila kita tahu kita pregnant tu paling awal sebulan tu, that's mean pregnancy kita dah about 4 weeks la.


Hurmm... Entahlah. Wallahua'lam... Hanya Allaah S.W.T, dia dan suami yang tahu apa kisahnya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 14, 2012

BAKAT TUDM

Assalamualaikum & Hye

Hurmm...Sejak dah bekerja ni...Sekali pun tak pernah hadir aktiviti BAKAT.
Pastu tak kenal la teman-teman seangkatan
dalam BAKAT di PUKL ni.
Tak kenal la sape pengerusi ke pengetua ke apa ke...
Jangan kan ketua....anak-anak buah ketua...ahli kumpulan pun
Hana tak kenal sape...

Mana nak kenalnya...Sekali pun tak pernah pergi aktiviti BAKAT.
Bila pergi dinner bersama mereka semua...
Memang tak kenal la. Nak tegur panggil apa pun tak tahu lah.
Dah la susah nak jumpa kan...
Tempat tinggal pulak jauh-jauh...Tak duduk satu tempat...
Memang tak kenal la.

Entahlah...Susah jugak nak bermasyarakat dengan isteri kawan-kawan
& bos-bos Mr. Hubby..
Kalau kenal pun sorang tu aje. Tu pun tak berapa rapat.
Hana pun jadi malas la nak pergi rumah 
kawan-kawan Mr. Hubby bila diorang buat makan-makan
ke apa ke...
Ye lah...Kita nak berborak pun tak tahu nak borak
topik apa. Lagi tak best bila kita cuba nak berborak, tapi tak dilayan....
Wuuwuwuwu........
Sedih ooo....

Tak apa lah. Nanti kalau ada aktiviti lagi....
Hana cuba join.

Sunday, May 13, 2012

Nasib Badan

Assalamualaikum & Hye

Peristiwa berlaku beberapa jam yang lalu....Lebih dan kurang jam 1400 H..Huhuhu...

Dah la dok ralit tengok MELODI....Terlambat bersiap nak pergi kerja. 

Dok terdetik dalam hati, 'mesti pukul 1.30 pm baru dapat gerak ni...'
Sekali betol la....Alkisahnya.....................

Lepas salam dengan Mr. Hubby, bergegas turun ke tempat letak kereta. Tengok ke arah kereta, teduh. Nasib baik letak kereta situ tak la kena panas. Terus jalan menuju ke tempat parking la. Sampai je dekat kereta nak buka pintu kereta......Betapa terkejutnya Hana bila tengok kereta Hana. 

' Eh, ni kereta aku ke? Tak guna betul la. Menyesal giler parking sini. Ni semua nak melambatkan aku ke tempat kerja la ni. Alamak! Macam mana ni...Lambatnya nak cuci balik ni. Hodoh giler kot kereta aku ni. Adoi.....Kalau tengok awal tadi boleh gi cuci dulu. Macam nak suruh Mr. Hubby hantarkan jer ni...Ah, tak payahlah. Tunggu dia tukar baju semua...Lagi lambat la....'

Hati dah dok maki hamun bagai dah. Sabarkan aje lah. Cuci sikit-sikit, terus gerak gi tempat kerjalah. Dah sampai Jalan Semarak, sesak pulak dah....Mujurlah Jalan Tun Razak ke Bulatan Pahang tak berapa sesak. Huhuhu...

Alkisahnya...Kereta kene berak dek burung lah. Lepas ni tak nak parking situ dah. Sebelum ni ada jugak parking bawah pokok. Tapi tak ada kena taik burung pun. Malang tak berbau....Huhuhu...


Nurul Wahab Pilih Lelaki Perancis

Assalamualaikum & Hye

Wah...Nurul Wahab pilih lelaki perancis sebagai teman hidup...Dia cakap kenapa dia pilih lelaki tu...Sebab lelaki itu ada ciri-ciri yang dicarinya. Katanya lagi, kalau pun sudah Allaah S.W.T takdirkan dia berkahwin dengan lelaki Malaysia yang bukan Melayu pun...Kalau lelaki tu ada ciri-ciri yang dia cari, dia tetap akan pilih lelaki tu. Katanya sudah Allaah S.W.T takdirkan begitu, dia terima saja..Lebih kurang macam tu lah bunyinya.


Apa pun & siapa pun yang dipilih...Semoga berkekalan la sampai bila-bila kan.. Jangan pulak kahwin sekejap, dua tiga bulan cerai. Tak nak lah macam tu kalau boleh kan? 

Bari-baru ni jugak Awal Ashaari dengan Scha Alyahya dah kahwin. Dengan majlis yang gilang gemilang..Semoga berkekalan sampai bila-bila ya... Jangan majlis gah kemain last-last tak sempat berapa bulan, cerai berai pulak. Tak nak ya macam tu.. Jaga rumah tangga sebaik mungkin. Jangan cepat melatah tau!


Okeylah tu saja nak cerita. Hehehe...Pokok pangkalnya...Nak cakap yang ramai artis kita kahwin lelaki omputeh...Huhuhu...Tak apa lah kalau dah jodoh kan....Jagalah rumah tangga baik-baik.


Saturday, May 12, 2012

Mengapa Masih Di Sini? Pergilah...

Assalamualaikum & Hye


How to forget the past..?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 10, 2012

Obama Sokong Perkahwinan Sejenis?

Assalamualaikum & Hye

Nampaknya kita memang semakin hampir kepada HARI KIAMAT. Dah bertambah lagi seorang yang manusia yang menyokong isu perkahwinan sejenis. Bagus sangat la tu.....Boleh la pi geng denga si Ambiga tu. Macam tak percaya si Obama tu sokong perkahwinan sejenis. Sebelum ni bantah. Ni sokong pulak. Pelik sungguh manusia zaman akhir zaman ni..

Anak kurang ajar dengan mak bapak, mak bapak pulak tak ada hati perut.....Adoi...Macam-macam hal la sekarang ni...

Nak tanya korang lah kan....Apa benefit kahwin sama jenis? Tak paham la.. Kenapa susah sangat nak ikut perintah Allaah S.W.T yang mudah tu? Kahwin sajalah dengan perempuan. Boleh jugak buat anak...Ada la jugak fungsi sperma & ovum yang Allaah S.W.T ciptakan untuk setiap lelaki & wanita tu. Kahwin sama jenis.....Ovum nak tojoh kot mananya, mana ada kepala..Nak dapat genetik macam mana...Sperma sama sperma...Nak lepaskan DNA yang ada dalam kepala macam mana..Dok begomoi sampai mati pun tak boleh masuk..Dah kepala sama kepala...

Tu semua syaitan laknat punya kerja.....Dia yang menyongsangkan nafsu manusia. Tetiba pulak lelaki hanya bernafsu kat kaum sejenis & begitu jugak perempuan. Nabi pun tak mengaku umat. Sudah Allaah S.W.T ciptakan wanita dan lelaki itu berpasangan.....Bukannya berpasangan dengan kaum sejenis. Tak ada pekdahnya pun dok suka kat kaum sejenis...Dapat penyakit ada la...Yang lelaki boleh dapat hemorroid...Yang perempuan...Tak tau lah nak dapat apa..

Banyak keburukan daripada kebaikan.. Sebab tu Allaah S.W.T larang kita buat macam tu. DIA dah plan baik punya untuk kehidupan kita sejak kita dalam perut ibu lagi. So tak payahlah bersusah payah nak lawan takdirNYA. 

Berbalik kepada isu Obama tadi..Terdengar kat berita la.. Tetiba pulak sokong....Seronok la geng-geng bangang tu....Kat MALAYSIA pun dok fight untuk kebenaran seks bebas bagai...Termasuklah isu kahwin sejenis ni..Adoi..Kenapa la kita jadi macam tu....Tak terfikir ke apa keburukan kalau seks bebas di amalkan...?
Habis la pakat-pakat dapat HIV AIDS tu. Semua penyakit-penyakit sebaran seks la.. STD (sexual transmitted disease). Orang ISLAM pulak ada sekatan-sekatan dalan pergaulannya. Sebab ada banyak kebaikkan kenapa ISLAM melarang kita amalkan seks bebas atau kahwin sejenis.

Semoga Allaah S.W.T berikan hidayah kepada mereka semua yang jauh tersesat tu.




ingat lagi tak?



Wednesday, May 9, 2012

Miss U!!!

Assalamualaikum & Hye





Sangat RINDU kan mereka!


Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum & Hye

Comey tak?


Nota Kaki : Menginginkan bayi comel seperti bayi ini. Tahun depan lah kalau nak dapat pun..Huhuhu...

" Tak Sempat Nak Kenalkan Dengan Anak Kita "

Assalamualaikum & Hye

Lepas masuk bilik pesakit untuk buat ECG. Sambil letak-letak elektrod kat dada patient, sambil berborak-borak dengan pesakit & isterinya. Tanya orang mana, belajar mana, dah berapa lama kerja. bla...bla...bla...pot pet pot pet...terkeluar la ayat..

 " em..tak sempat ye nak kenalkan dengan anak kita. kalau tidak boleh la jadikan menantu kita "

A eh..Pakcik ni..Pandai bergurau ye..Hehehe..Tu la pakcik lambat sangat kenal dengan saya.. Terlepas dah la si cantik manis ni....<----- sila muntah

It's okey lah pakcik..Tak dapat jadi menantu, jadi nurse yang jaga pakcik sepanjang warded pun tak apa lah. Asalkan pakcik kembali sihat seperti sedia kala & balik duduk rumah. Jangan banyak songeh dah la pakcik yea. Senang kami menjaga...

Tuesday, May 8, 2012

Beginilah Nasib Ku

Assalamualaikum & Hye

Hari ni jadi sibuk & agak stress setelah sekian lama relaks-relaks... Bukan pasal apa sangat.. Salah satu sebabnya ada satu patient ni punya relative beria-ia nak discharge hari ni jugak. Padahal baru je masuk petang semalam. Kalau dah dua tiga hari masuk ward okeylah jugak kalau mintak discharge. Mulanya okey la kalau patient nak discharge jugak kira AOR discharge. 

Tapi yang menjadi masalahnya, pilihan bilik dia melebihi kelayakan. It's okey lagi sebab dia boleh bayar lebihan bilik tu. Tapi yang menjadi masalah bila kena bayar sebelum balik, cakap nak tolak gaji. Tak ada cash sekarang. Adoi... Bala...Bala...Dah la orang billing tu punya sombong....Sampai tak boleh nak telefon tanya banyak kali sikit. Nak marah jer tahu. Geram betul. Dia tak mengadap patient tak apa lah. Ni....Muka ni yang mengadap patient. Nak menjawab macam-macam..

Admission pun bertalu-talu....Memang kelam kabut la jugak. Nasib baik staff nurse 3 orang. Dapat jugak dibantu-bantu. Ada student nurse pun tak dapat membantu sangat sebab baru 1st, 2nd, 3rd sem. kot. Entahlah. Tak banyak dapat bantu nurse. Satu lagi kes katanya doktor nak buat marsupialisation at 2000 H. Tapi last-last doktor tak buat keputusan nak buat bila. Patient pulak still NBM. Dia yang nak buat operation kat patient, dia pulak yang tanya kita pukul berapa nak buat. Adeh! Mana lah saya tau doktor. Saya tak kerja kat OT nak tolong suggest pun.

Apa-apa sajalah... begitulah hidup ini selalu ada saja yang tidak kena. JAdi kenalah sentiasa bersabar. Nak nak lagi kerja nurse macam saya ni. 

macam ni lah lebih kurang...


Kejap buat report, kejap lari pergi hantar ubat kat farmasi, kejap lagi lari-lari pergi kat patient. Hohoho...

Untunglah Depa

Assalamualaikum & Hye

Jeles betul dengar PM bagi durian runtuh kat mereka tu.
Kita ni dengar & tengok saja aje lah..
Tak dapat pun..
Lagipun bukan dari kalangan golongan yang diberikan
durian runtuh tu..
huhuhu..

Seronok la orang felda dapat durian runtuh daripada
FELDA.
Satu family dapat RM 15,000..
Perghhh!
Kayo den kayo!!
Eh..tetiba pulak kan..Tak berkaitan langsung..

Bersyukurlah dengan rezeki Allaah S.W.T...
Hurmm...
Jangan nak merungut itu ini lagi ya..
Lepas ni nampaknya bertukar kereta pulak la diorang..
Rumah jadi banglo ar kan?

Sekarang pun rumah dah cantik macam banglo..
Lepas ni lagilah bertambah banglo lah nampaknya kan?
-jeles sebenarnyer-

Tak pe lah rezeki diorang kan..
Rezeki kita lepas-lepas ni lah pulak.. Adanya..Ta ke mana pun...

DURIAN RUNTUH FELDA

Kikiki...Durian runtuh....



Sunday, May 6, 2012

Jangan Terburu-Buru

Assalamualaikum & Hye


Today is my first menstrual after D&C. Lepas 3 kali menstrual barulah boleh berusaha untuk dapat zuriat lagi. Lepas ni kalau Allaah S.W.T izinkan janin itu hidup sihat dalam rahim Hana dilahirkan, Hana kena sabar. Tak boleh terburu-buru nak fikir itu ini. Tak boleh dah nak rancang nak beli itu ini selagi janin tak disahkan sihat. Lepas ni kena tunggu sampai tiga bulan ke 5 bulan ke.. Hurmmm...


Semoga Hana sentiasa kuat untuk tempuhi setiap dugaan yang datang.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 4, 2012

Teknik Menabung. Cara Anda Bagaimana?

Assalamualaikum & Hye

Meronda-ronda di pasar tani pasar malam alam maya ziarah jumaat di belog kawan-kawan blogger. Tertarik pulak dengan tajuk entri beliau "TEKNIK SAYA MENABUNG". Maklum sajalah... Hana ni bab menabung ni dok cari jugak cara sesuai. Salah satu sebab ni lah nak beli gadjet baru..Kikiki <----Gila gadjet punya olang...

Sebelum ni ingat nak menyimpan bulanan. Pastu dok berkira-kira jugak la ni. Tak tahu nak start bila. Tadi terbaca la teknik blogger tu menabung. Sekarang Hana dah berkobar-kobar nak cuba. Hehehe..

Apa tekniknya?
contoh brochure 
GOOGLE (klik pict. untuk tumbesaran)

Beliau menabung melalui Sijil Simpanan Premium (SSP BSN). Selain menabung, beliau juga berpeluang memenangi cabutan bertuah. Nak tau caranya dan info berkaitan, silalah klik SINI. Confirm anda jugak tertarik. Hehehe. Now Hana nak nak dapatkan lebih banyak info tentang SSP BSN ni. Lepas tu nak cuba jugak la. Kalau ada rezeki, dapat cabutan bertuah. Kalau tak ada rezeki, boleh tetap menyimpan..Kan?

Sekarang Hana menabung juga. Tapi kena kumpul syiling la. Hana jenis suka kumpul syiling sampai cukup RM1 barulah Hana masukkan dalam tabung. So bila nak keluarkan nati kira tak adalah urang atau lebih. Semua ada cukup partner..Kikiki.. sekarang tengah nak penuhkan. Tapi tak tahu lah tu bila akan penuh. Harap-harap cepat penuh boleh Hana guna untuk beli SSP BSN juga selain agihkan & simpan dalam ASB @ lain-lain akaun yang memerlukan <---- kalau banyak la.. Ngeee~~~ (^_^)

Jom cuba.. Tak rugi pun.

Thursday, May 3, 2012

Menyampah!

Assalamualaikum & Hye

Nak termuntah tau tak?
Situ cakap gini sini cakap gitu...Errggghhh...Menyampah giler!
Isu itu isu ini...Tak tau la apa nak jadi dengan depa ni.
Itulah manusia kalau dah tak ada kerja sangat kalau tak tamak haloba.
Semua nak kaut kat dia.
Pastu pakat gunakan orang lain untuk capai
matlamat diri sendiri.

Meluat sangat dengan politik kita sekerang ni.
Ada saja serba tak kena.
Dia sajalah yang betul yang tak pernah buat silap.
Orang lain semuanya salah tak betul langsung.
Hang tuduh aku aku tuduh hang.
Macam-macam lah depa ni. Tu yang menyampah giler!

Tak boleh nak bekerja bersama meningkatkan keamanan 
dan kemajuan negara demi kepentingan bersama untuk penghuninya.
Asyik nak berebut saja.
Kalau nak tolong menolong tu tak boleh ye?
Tolong menolong tu jadi satu kesalahan besar ye?
Bekerjasama tu dosa besar ye?

Hais! Sungguh tak faham dengan politik negara kita ni.
Semuanya serba tak kena.

Tapi yang penting sekarang kena tanamkan dalam
diri kita masing-masing...
Buat kerja ikhlas, amanah & bertanggungjawab.
Ingat! Allaah S.W.T sentiasa nampak tau apa yang dibuat 
oleh setiap hambaNYA.
Tak seorang pun terlepas daripada pandanganNYA.

Setiap perbuatan kita dicatit.
So tak payah nak cari salah silap orang.
Cari silap diri sendiri & betulkannya sebelum tuding jari 
kat orang lain.

1 Jari kita tuding kepada orang lain, 4 jari lagi menghala kepada kita.

Fikir-fikirlah yea!

Wednesday, May 2, 2012

Memerlukan Kekuatan

Assalamualaikum & Hye


Hati ini terluka. Terima kasih. Saya terima hati yang redha. Namun saya perlukan kekuatan untuk semua itu. Saya tak kuat untuk menghadapinya begitu saja.


Ya Allaah... Hindarkanlah diri ku daripada dihasut bisikan syaitan yang Kau laknat. Jangan Kau biarkan hati ini penuh sesal dengan semua takdirMu. Janganlah biarkan aku terus-terusan termakan hasutan syaitan. Kuatlah iman ku.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Senarai Nama Peserta "Birthday Give Away By Hana Radzi"

Assalamualaikum & Hye
Senarai nama peserta :-

1. Nida
2. Yumida
3.  Pencinta Pink^^
4. AyuJean
5. Nurshahira Saidatul Hasna
6. are_lin@yu
7. Miss Imakasihdani
8. AkmaDanira
9. aquagugurl
10. Puteri Cahaya
11. nyna amani
12. Rafflesia
13. ♥♥azatiesayang ♥♥
14. Ummi Iman
15. mi$$ch0c0laTe
16. botolairkosong (tapi tak dapat search entri tersebut.tolong tengok ya apa yang tak kena)
17. nur za
18. izan mama mia
19. AkmaFaizal
20. iqawangi
21. Che Rosliza Che Mat
22. Darling Ninie @ Mama Comel
23. Mala Nasohah
24. fieda
25. Nory Zoulkefle
25. ~capital N~
26. CikHoneyBee
27. akeed
28. kiera
29. Princess Shin
30. kekapasberceloteh
31. IntaNBerliaN
32. Cempaka Kuning
33. Cik Rongoks
34.  ^o^...Cek pipah L!fe Story
35. fawwaznuha
36. kakngah
37. imie fatiema ©
38. Nadratul Syazwana
39. Kuzer Miyo
40. ~queraiza cullen~
41. Pink Lavender
42. ummi norseha
43. Eika Nur
44. syiela
45. INA Noorlina
46. ema like you
47. Ann@zanyra
48. haney
49. LoveLicious
50. MissButterfly
51. ummi anum
52. CIK TOM
53. *NurSyahieraDahhari*
54. Miss Adawiyah
55. puRple_CrazZy DizZy
56. eyda
57. mieraa mohamad
58. 9n0L4

You...

Nak join? Click HERE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...