ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Sunday, December 30, 2012

Duit oh Duit

Assalamualaikum & Hye 

Hari ni dok susah hati sebab belum settle hutang piutang
yang ada..
Maklumlah yang nak diguna tu maybank..
yang duit masuk tu bank rakyat..
Jadi nak bayar tu susah la..
Hati ni tak senang.

Kalau ada online bank in memang senang..
Click saja...Terus settle..
Hehehe...
Sebentar lagi nak keluar settle kan apa yang tak settle.

Memikirkan SOGO buat SALE lagi 4-13 Januari 2013.
Simpan duit la untuk nanti...
Huhuhu...
*giler sale punya orang
Yang Mr. Hubby dok marah la..
Asal ada sale saja nak membeli itu ini....

Camner nak mengira dividen ASB ek..
Hehehe...

Saturday, December 29, 2012

Improvement!

Assalamualaikum & Hye

Satu hal yang Hana rasa ada sikit perubahan since balik dari WEC course awal bulan yang lalu...Rajin Masak!
Actually bukanlah rajin sangat-sangat. Cuma rajin la sikit daripada sebelum pergi kursus tu. Okeylah kan kira ada improvement sikit.

Entah kenapa sejak lepas kursus tu, walau terasa malas, tapi Hana akan masak jugak. Kira okey la tu kan. Ada perubahan sikit. Tak ada lah asyik nak habis duit beli makanan dari luar. Suami pulak makan masakan air tangan isteri. Walau tak sedap, walau hanya perkataan 'boleh la' yang didengar tiap kali ditanya tentang rasa menu yang dimasak... Tapi makannya bertambah-tambah jugak. Hehehe...

Rasa sejuk sikit kan bila tengok si suami makan bertambah. Cuma hari ni rasa kurang sihat sebab MissBulan datang.. Kerja malam pulak tu semalam. Balik dah penat.. Tidur tak sedar diri la jawabnya. Sampai Mr. Hubby balik, barulah Hana bangun.

Esok tak tahu nak masak apa pulak.

Friday, December 21, 2012

Rasa itu datang lagi

Assalamualaikum & Hye
Inilah masalahnya bila perasaan tu datang lagi. Kecewa, terseksa, sebak, terkenang... & seumpamanyalah. Perasaan ni akan hadir bila disebut-sebut tentang baby... Tak kiralah terpandang, terfikir, tertengok post kawan-kawan di FB... & seumpanyalah... Asalkan tentang baby.
Memang tak dapat nak kawal perasaan ni. Memang ia akan hadir seketika & kemudian reda bila fikirkan tentang kuasa Ilahi. Tapi sangat sukar nak melalui saatnya ia hadir.
Baru-baru ni ada kawan-kawan yang merancang untuk menikah dalam masa yang terdekat ni... Jadi yang lain pulak sibuk mengatur siapa akan hamil dulu... Ya.. Hana tahu mereka sekadar bergurau @ memang mereka benar-benar maksudkannya.. Entahlah.. Memang ada sedikit rasa kesal dahulunya kerana merancang kehadiran si kecil. Namun mungkin sudah ditetapkan oleh Allaah SWT begitu kejadiaannya. Sedikit kesal juga semasa nak berhenti ambil pil perancang tak dapatkan nasihat doc. pakar.
Apa pun Hana belajar untuk jadi hambaNya yang redha. Sudah tercatat di Luh Mahfuz jalan kehidupan kita. Hanya kita yang tak tahu. Yang pasti, kita kena usaha, doa & akhirnya tawakal. Allaah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita.

Lunch!

Assalamualaikum & Hye
Disebabkan lewat masak... Lewatlah makan pun. Jom kita...

The Muncit Belly

Assalamualaikum & Hye

Sementara menunggu ayam dibakar dalam pemanggang ajaib tu... Meh kita berblog dulu... Hehehe... Sekarang badan Hana dah tak cikeding lagi... Sekarang dah gemok. Alamak! Tak dapat terima kenyataan ni... Baju & seluar yang lama semua dah tak dapat dipakai. Semua dah jadi seksi...

Badan naik tak pe lagi... Asalkan seimbang. Tapi tak mahulah sampai kelihatan debab.. Huhu... Sekarang Hana risaukan perut yang membuncit ni... Kalau buncit ada baby okey la.. Acceptable. Tapi... Buncit dek kerana lemak-lemak degil yang tak diperlukan tu yang tak mahu. Ada la beli slimming suit. Tapi tak tahu lah allergic dengan material kain tu atau kenapa. Sebab bila pakai lama-lama terasa gatal di tempat tertentu. Contoh di paha,perut...

Then risau pulak kalau pakai akan mengganggu proses pernpsenyawaan ovum & sperma. *ketawa malu... ««« sila lempang segera...
Sebab kebanyakkan slimming suit ni ada FIR lah... Dan segala bagai yang seangkatannya yang berfungsi menghilangkan masalah lemak berlebihan tu kan...Now Hana decide tak mahu pakai lagi buat sementara waktu. Nanti dah beranak-pinak baru boleh pakai. Teringin jugak nak pakai Premium Beautiful.. Tapi nantilah dulu kot...

*Betol-betol risau perut buncit*

Ikan Bakar + Air Asam?

Assalamualaikum & Hye
Mulanya janji dengan Kakak nak lunch bersama. Last minit dia sms cakap tak dapat lunch bersama as promised sebab ada kerja belum selesai.
Makanya... Kena masaklah jawabnya ni... Terasa rajin sikit nak masak sebab rasa malas nak keluar membeli. Hehehe...
Tengok dekat FB wall member sekolah dulu... Terliur pulak tengok dia post "ikan bakar+air asam+sayur campur".... Fuhhh! Terliur ooo... Ikan bakar cicah air asam... Fulamak... Disebabkan ada ikan...Hana pun nak buat jugak la guna pemanggang ajaib tu... Nak tengok apa hasilnya. Isnin lepas buat daging kambing bakar. Okey la not bad...
Jom masak!

Tuesday, December 18, 2012

Down.... Up

Assalamualaikum & Hye

Pagi ni mood kurang baik la. Bukan sebab 'bendera jepun' nak naik.. Tapi... Sebab berdukacita.

Buka FB tengok ada member komen kat group KPTM. They talked about result interview bulan lepas. Berkobar-kobar & berdebar-debar dibuatnya.

Semangat la surf website SPA... Klik sana klik sini... Masuk id no. dengan password. Jeng....jeng...jeng........

Gagal!

Dukacita dimaklumkan anda tidak berjaya dalam urusan ini.

Alahai.... Patah semangat... Hilang rasa berdebar & berkobar tadi.. Waa.... Kecewa rasanya. Tak apalah. Tak ada rezeki. Nak buat macam mana kan...

That mean Allaah SWT give you another chance to stay with your husband & child. A chance to be a good wife & mother. To learn more about marriage & sacrifies and many more...

-think positive-

Then another one may be Allaah SWT want you to show the best wherever you are. Wherever you are, you still could show the best & help others. You still needs to fullfil their needs.. To give cares for them.

Sabar sajalah... Tak ada rezeki lagi nak berkhidmat dengan goverment. Berkhidmat dengan orang-orang kaya dulu. Kalau ada, ada lah nanti. Lambat dengan cepat. Now time to stay with husband and learn more about marriage.

Tadi sangat kecewa. Sekarang masih kecewa tapi dah ada semangat sikit lepas think positive.

Monday, December 17, 2012

WEC 77/2012

Assalamualaikum & Hye

Hari ni Hana dah ready nak cerita pasal course yang
Hana pergi 3-7 Dec 2012..
*cerita dah nak basi baru nak cerita...
Hehehe...
Hana kan memang suka simpan lelama baru nak cerita..
Kikikiki....
Jangan marah yea...

Ahad @ 02/12/2012
Lepas maghrib barulah bertolak ke Penang.
Lebih kurang pukul 12 tengah malam baru kami sampai di Penang.
So check in di Copthorn Orchid Hotel.
Dapat bilik 'hujung dunia'...Hehehe...
But still facing the sea...Still sea view.
Tapi dah malam buta..Tak nampak apa la sangat.
Mr. Hubby terus balik ke school dia dengan his friends lepas hantar Hana kat hotel.
Tidur sendirian la that night.
Tidur memang tak lena mana lah sampai termimpikan kelas yang akan start esok.

Isnin @ 03/12/2012
Memang dup dap dup dap la jantung ni dok takut course yang akan
start sebentar lagi tu.
Tak kenal sesiapa. Tak tahu apa-apa.
Sementara nak kenal kawan-kawan baru la katakan.
Perasaan takut tu macam nak pergi latihan ketenteraan.
Hehehe...
Sebelum start kelas sempat la berkenalan dengan beberapa orang kawan.
Dua daripadanya K. Zura & K.Ainul.
Diorang bawak anak-anak bersama. Yang K.Ainul tu ada baby. Cute baby dia..

Bila start kelas tu yang bertanggungjawab handle the course briefing la.
Then yang paling takut tu setiap orang kena jadi mrs ceremony.
Semua dapat text yang kena dibaca tu.
Setiap topic akan ada yang kena jd mrs ceremony. Kenalkan serba sedikit pasal
guest lecturer..
Dah start kelas tu..Semua kena introduce diri in english.
Lepas tu ada pulak kena public speaking.
Setiap seorang kena buat speech.
Informative & Persuasive Speech.
Just nak train we all untuk berani bercakap dihadapan khalayak ramai.

Selasa @ 04/12/2012
Hari ni topik islamik memang best la ustazah tu. Tak mengantuk.
Macam-macam maklumat & ilmu yang kami dapat.
Sebelum ni tak pernah tahu ada nafkah tertunggak..
Lepas tu pasal isteri kalau tak 'layan' suami tak kena laknat semalaman (ada terma & syarat).
Macam-macam lagi yang kami dapat maklumat & ilmu.
Petang lepas habis kelas diorang bawak pergi Gurney.
Tapi...Yang tak bestnya bukan boleh shopping pun sebab belum gaji.
Gerai makan area Gurney tu mostly memang chinease punya.
*pic. will upload later
Ada sekangkang kera je gerai melayu.
Kami berdua decided untuk makan di Soul Garden dalam Gurney Plaza tu.
Boleh tahan la. Tapi tak sedap sangat pun.
Balik jalan-jalan.. Berhempas pulas la buat text untuk speech esoknya.

Rabu @ 05/12/2012
Apa lagi lepas dah undi seorang demi seorang dah tahu no. giliran masing-masing & jenis speech.
Punya lah gementar. Rasa macam serabut perut.
Macam ada benda dok dalam perut.
Semua ada la bila dah gementar tu datangkan.
So lepas dah habis present tu barulah rasa okey.
Then lepas tu rasa nak bercakap tak nak berhenti pulak. hehehe...
So malam tu pergi dinner di Hard Rock Cafe.
*pic.will upload later

Satu saja yang Hana suka tentang Hard Rock Cafe ni...
Waiter & Waiteress dia yang peramah.
Yang lain Hana tak berapa nak berkenan.
- bar (minuman keras) terang-terang nampak
- sos cili yang diletak bersama atas meja (semasa hidangan yang dipesan sampai) dari jenis Heinz.
(tak ada logo halal langsung)
- makanan / hidangan diragui halalnya
dan seangkatan dengannya.
For me biarlah itu yang pertama & terakhir.
Hana tak ambil pun sos cili tu.

Khamis @ 06/12/201
Belajar tatacara yang betul tentang pakaian majlis formal & seumpamanya jugak tentang cara makan yang betul semasa makan beradat.
Susah rupanya nak menjaga formality tu.
Selama ni suami pun tak pernah cerita details tentang semua ni.
Nasib baik datang course ni.
Kalau tidak, buat malu saja. Sebab pakaian & cara makan tak betul.

Jumaat @ 07/12/2012
Last day. Hari ni pun gementar jugak sebab nak kena naik stage & terima sijil
daripada Panglima Tentera Udara.
*tak sure betul ke panglima @ timbalan panglima..heheee..
Beramah mesra dulu dengan Datin Seri Noraini (ahli jemaah tertinggi BAKAT)
Ni pun sama rasa takut jugak.
Maklumlah beliau DATIN..Saya tak datin.
Tapi what we found....Datin Seri memang ramah & humble.
Muka ja nampak serious & sombong...But actually she's not.
Lepas dah beramah mesra & bersoal jawab dengan Datin Seri..
Tibalah masa untuk naik stage bersama-sama suami untuk terima sijil.
(Wife - sijil hadir kursus) ( Husband - sijil tamat kursus)
Lepas selesai majlis ni...
Barulah sangat lega rasanya.

Tamatlah sudah berkursus selama 5 hari. Singkat tapi cukup bermakna & penuh bermamfaat.
Selain dapat ilmu, kawan baru pun dapat. Best sangat.

Monday, December 10, 2012

Story-Mory

Assalamualaikum & Hye

Banyak cerita nak dikeluarkan.. Ada suka & ada duka.. (^_^)

Sunday, December 2, 2012

Akhirnya...

Assalamualaikum & Hye

Setelah sekian lama mencari.. Akhirnya jumpa di SOGO... Ekceli Hana dah lama cari kasut yang tapaknya begitu. Sebelum ni cari punya cari... Mostly yang jumpa tapak begitu tapi permukaan atasnya terbuka. So tak dapat la nak pakai time formal macam majlis makan beradat ke atau pergi interview ke..

Ni dah jumpa.. Alhamdulillah.

Seluar tu sebenarnya motif utama pergi ke SOGO tu.. Sebab dah tak ada seluar yang muat. Yang muat dipakai tertinggal di kampung pulak. Dibelanja oleh En. Suami.. Ngeee.... TQ my dear...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...