ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Saturday, January 22, 2011

~BAKAT~

Assalamualaikum & hye.. :))

Petang semalam buat pertama kalinya 
Hanna kena gi meeting BAKAT...

U'ouls tau tak apa tu??
Sesape yang wife to army dia tau la..
Huhuhu...

Okeh,let me tell u..

BAKAT stand for 
Badan Amal & Kebajikan Angkatan Tentera..

Ni group untuk wife kepada anggota tentera la.
Disebabkan Hanna baru jer join that group,
so tak ada gambar aktiviti tu..

Yang Hanna gi semalam kira untuk 
isteri-isteri pegawai saja.

Kalau betul-betul arrange group tu, & ahli pulak sporting,
memang akan jadi best & happening..

Okeh, semalam sesi berkenalan.
So setiap ahli kena kenalkan diri kepada ahli lain.
Siap kena naik pentas lagi...
Ermm...So we all kena bagitau nama,
wife to sesapa kan....
then bagitau nak panggil apa, anak berapa..

Ermm...Hanna pun lupa nak tanya husband,
Apa diorang panggil kat dia.
Biasanya Hanna dengar dia berbual kat phone,
bahasakan diri Kapt. Megat.

Tapi Hanna bagitau Megat Taufique.
Takut nanti ada lagi husband diorang yang nama Megat kan..

So ada dua orang yang baru kawen 
including myself.

Tengok aturcara program sepanjang tahun,
macam best jugak.
Tapi macam segan la.diorang mostly macam orang keje-keje,
pastu macam high edu. gitu..
Hanna nieh apa lah sangat kan..

Then tak tahu lah pasni Hanna dapat join 
dengan that group lagi or tak.
Sebab rasa macam nak kena balik dok Kedah,
cari keje......

So camner erk???
Nak balik dok Kedah ker or stay kat Kelantan jer??
Sesape tolong bagi pendapat boleh?? 

BAKAT

Thursday, January 20, 2011

Tahniah Kpd pu3eyra91..!!!

Jom ucap TAHNIAH...

 kpd pu3eyra91..!!!

Tahniah...Tahniah...!!!

Huhuhu...

Sebab sudah jadi followers Hanna
yang KE-20...!!!


Wo0o0o.....
Baru 20orang..Tak per..Asalkan seikhlas hati..
Huhuhuhu...

Semoga kita dapat bertukar pendapat 
& nasihat sesama bloggers..

Harap enjoy berblogging..

Wednesday, January 19, 2011

JOBSTREET

"Merupakan portal pencarian pekerjaan, ditemui pada tahun 1997. 
Di Malaysia, jobstreet.com dah perluaskan operasi 
& perkhidmatan ke negara-negara luar.
Contohnya Singapura, Thailand, India, Filipina, Bangladesh & Jepun."

Hurmm...Nape Hanna buat entry dengan 
tajuk yang tersebut yea..???

Sebabnyer....Tadi Hanna jenguk tanya perkhabaran
my jobstreet account..

Tengok-tengok ada jobs alert lagi..So, Hanna pun check one by one..
Tengok jobs alert yang 1st tu..Aduhhhh....Rasa nak melompat..

Nak tau tak kenapa..???
Sebab...Dekat dengan tempat Hanna..at KEDAH la..

Hanna pun dengan excitednya...Baca syarat-syaratnya..
Dah habis baca......Kecewa lah pulak.......... :((
Sebab that company cuma nak yang berpengalaman saja...
Kechiwa hati ni tau................ :((

Dan Hanna pun teruskan penelitian....
Yang 2nd ni Clinical Assistant..
Kena assist doc. kasi injection gitu..
Yang ni kat PENANG. 
Ermm....Masih dalam pertimbangan..
Sebab dia nak fulltime punya staff

Yang 3rd nieh..Dah lama ada dalam jobs alert,
Hanna yang baru tergerak hati nak view malam nieh..
Lalu Hanna pun view..
Job Vacancy for NURSE & PHYSIOTHERAPIST..
Ada 20 Vacancy..

Dan Hanna rasa nak apply untuk this job in this company..
Semoga Hanna terpilih untuk interview & terpilih sebagai staff diorang..
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.....
KEKAWAN.....Tolong doakan Hanna yea..

“tangan bertuah cik nico!"

Assalamualaikum & hye... :)

Okeh...Kali ni Hanna telah ditag oleh
sakinah88 untuk join satu contest..

Nak tau contest apa???
Ni dia..


Term & condition yang mudah..
So Hanna faham apa yang disyaratkan tu..
Klik sini kalau nak tau term & condition..

Sekarang Hanna nak tag kawan-kawan lak..


& sesiapa yang berminat :))

Semoga bertuah... (^_^)

Homesick & ...

Assalamualakum & Hye... :))

Hanna sebenarnyer tengah rindu 
sangat-sangat kat my hometown...
Huhuhu...

Bunyinyer dah macam bertahun 
tak jengah kampung
kan..???
Waaalllllaaaa...
Macamlah tak pernah pisah dengan family..

Yang selama ni dok hostel Tunku Anum, Khir Johari 
dengan KPTM tu..
Tak ke lama dok hostel tu...

Ermm...Padahal baru jer sebulan tak balik..
 Apedaaaa....

Pejam celik pejam celik.......
Dah sebulan rupanya Hanna ni jadi 
isteri orang.....

Isteri kepada Megat Taufique...
Ermm...Tak sangka erk...
Kenal orang lain,
Kawan dengan orang lain,
Last-last kawennyer dengan orang lain...

Hidup oh hidup...
Kekadang banyak benda yang 
kita tak sangka,
yang berlaku dalam hidup kita..

So.....
Moral of the story...

1. Kita kena ready untuk hadapi apa pun 
yang muncul depan kita..

2. Sentiasa kena think positive, pasti
 ada hikmah disebalik kejadian..

3. Jangan pertikai kejadianNYA..

(Google)

4. Syukur dengan segala pemberianNYA..

5. Redha & belajar terima apa yang
 telah dikurniakan..

Eh......Terceramah agama lak dah..
Sorry yea..

Sekadar ingin berkongsi & saling memperingati kita 
sesama manusia..

Tuesday, January 18, 2011

Join Contest Jom..

Assalamualaikum.. :))

Hahh...Kali ni Hanna nak join contest lak..
Hanna tengok syarat dia 
& Hanna faham..
So Hanna nak join lah..


Syaratnya tersangatlah mudah...
Nak tau..? Klik sini

Kalau bertuah, dapat lah...
Kalau tidak,
boleh try contest lain pulak..
Huhuhu...

Note:first time join contest

Movie Movie & Movie

Assalamualaikum readers.. 

Ermm...Malam ni Hanna dilema,
nak watching these movie or not..

And.....kalau Hanna nak tengok,
mana satu erk yang patut Hanna tengok..??

Yang nieh.....


atau pun

Yang nieh.....


Tapi layan citer seram sesorang tak best arrr....

Husband Hanna tak der,
keluar ada event dengan ahli lembaga pengarah..
Ececeh...Hehehe...
Bukanlah....
My hubby ada event 
Anugerah kecemerlangan katanya..

Tak tahulah husband Hanna 
just sampaikan hadiah pada penerima 
or tercalon sekali..

Eh, eh...Dah terlencong nieh..
Balik,balik cepat...

So mana citer mana satu Hanna 
nak tengok dulu ni yea..???

Dah Follow Mereka

Assalamualaikum sume.. :))

Hari ni Hanna berblogwalking..


Kat mana???
Hanna jenguk website Blogger Baru
Ramainyer blogger kat sana..
Diorang pun ada ramai followers..

Hanna dah follow blog-blog 
yang di list kan kat situ..
bestnyer nengok blog diorang..
Happening gitu u...
Huhuhu...

Hanna pun teringin nak create blog 
yang happening macam diorang
punya blog..
Nak juge, nak juge...
Macam diorang....  :))
Huhuhu... 

Nak join contest,
tapi ada yang Hanna tak faham,
Nak buat contest,
Pun sama jugak...
Tak tahu macam mana...



Ada sesapa yang boleh tolong Hanna ke...????

Need help.... :(


Monday, January 17, 2011

Telatah Si Kecil

Assalamualaikum sume.. :))

Hari ni Hanna nak tunjukkan telatah si kecil nieh..
Umo baru jer 2 tahun. 
Tapi macam budak umo 4 tahun. 
Comel.. 
lurve u lah sayang.. (^_^)

video

Gelagat Hafidz ^^

Lagi gelagat si kecil
video

Err...Sorry yea sengat lak..


Si kecik nieh suka makanan ala-ala western gitu...
Hehehehe...

Contoh..???

Ikan goreng (ala-ala fish & chips)
(closetcooking.blogspot.com)

(Google)

Ayam goreng (ala-ala chicken chop)
(Google)

Kecik-kecik dulu makan
jer nasi...
Ni dah besar sikit, tak makan nasi pulak...
Sayang....
Kamu kene makan nasi jugak tau...

Sunday, January 16, 2011

Jengah Lagi..Huhu.. :))

Assalamualaikum sume.. :))

Hurmm..Rajin betol Hanna berblogging sekarang ni yea..
Maklumlah fulltime housewife lahkatakan..
Sempatlah ngadap laptop nieh haa...
Nanti bila dah keje,kenalah pepandai bahagi masa nak buat semua benda. 

Jengah lagi hari ni..


Ermm... Tapi entah bila nak dapat keje tu yang tak tahunya..
Jelez jugak tengok orang lain dah keje, ada duit poket sendiri, kasi mak ayah lagi. 
Hanna ni jugak yang tak ada. 
Sayu sangat bila kenangkan diri 
yang masih belum hulur sesen duit 
pun untuk mak abah & adik-adik. 

Sedih sangat...!!!! 
Uwaaaaa....Nak nangis rasa..
Tak terbalas lagi penat lelah mak abah..
Maafkan anakmu ini, wahai mak & abah ku yang tercinta..

Friday, January 14, 2011

Banjir Oh Banjir

Assalamualaikum semua..!!!

Ahhaa...Kali ni Hana nak story-morey pasal banjir..Baru-baru ni kan kat Kelantan tu baru nak banjir..Waahh...Bukan main lagi cetek airnyer..Mujurlah tak tutup jalan nak ke rumah my mother in law tau..
Macam lautan dah Hana tak tengok air yang naik dalam kawasan bendang area rumah my mother in law tuh.....Ermm...Tulis panjang-panjang, nanti readers boring lak kan..So jom kita tengok picca. nieh...

 Haa..Tengok dua orang tu tengah mengharung air


sampai tak nampak jalan nak ke rumah orang kampung


Yang ni adalah separas lutut kot


Ni dalam jugak nieh..


Ni dalam agaknya separas pinggang orang dewasa


Ni lah fenomena bila dilanda banjir


Mula-mula tengok dulu kan...Hana ingat ada event apa kan...
Sebab tengok banyak kereta..Macam ramai jer orang kat situ kan..
Excited jer kan nak tau ada amende lah kat sini
banyak-banyak kereta nieh kan..
Rupanya orang kampung parking kereta kat tepi jalan
di kawasan yang tak banjir...
Rumah dia orang dah tenggelam dek air banjir..


Lepas tu kan...Lembu, kambing, bebiri....
Pun penduduk kampung suka akan letak kat tepi jalan 
nak keluar masuk ke rumah dia orang...Erm...Cenggitu rupanya... ^ ^

Thursday, January 13, 2011

Mata Lalat @ Mata Lebah..???

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...& Salam Sejahtera...

Ermm..Entry kali ni macam usrah la..Hana nak cerita berkaitan dengan tajuk entry yang Hana tulis tu.

Semalam Hana dengar ceramah dalam radio masa on the way nak keluar makan dengan husband Hana.
So....Hana teringin nak SHARE dengan readers semua tentang apa yang Hana dengar tu. Ilmu kan kena kongsi.. (^_^)
SHARING IS CARING... :))

Ermm...Sebelum Hana ber pot pet lebih banyak 
& melencong ke tempat lain.....Jom kita balik kepada tajuk entry kali ni.

Mata LALAT atau Mata LEBAH.....
Apa yang u'ouls faham tentang statement tu???
Kurang faham???
Okey....Lets Hana told u...

-MATA LALAT-

Mata Lalat ni....Pandangan yang BURUK pada sesuatu perkara. 
Tak kiralah pada individu, pekerjaan & hal-hal lain.
Contohnya pandangan terhadap bos kita.
Kita akan nampak dia buruk dari segala hal, 
contohnya macam perangai dia, apa yang dia buat. 
Semua tentang bos kita, kita akan nampak keburukan.
Walhal kita masih boleh memandang kebaikan yang dilakukannya.


Macam mata si lalat lah.
Dia akan nampak najis, sampah sarap & segala.....kekotoran lain.
Terbang merayap kat tempat-tempat kotor, hinggap ke najis contohnya.
Lepas tu nampak pulak makanan kita, hinggap pulak kat makanan kita.
Kita pulak makan, masuk hospital.
Kenapa masuk hospital???
Sebab.....makan makanan tercemar dengan pelbagai kuman & bakteria.



Macam tu lah pandangan kita terhadap sesuatu hal yang kita hanya nampak keburukan,
Kita tak pedulikan kebaikan yang masih ada.
Itu yang dikatakan MATA LALAT.

-MATA LEBAH-

Mata Lebah ni...berlawanan pulak dengan sifat Mata Lalat tadi.
Segala pandangan BAIK terhadap seseorang, persekitaran atau hal-hal lain.


Contohnya..Pandangan kita terhadap pasangan kita..
Dia tidaklah punya rupa yang cantik bak SUPERMODEL..
Tapi...Kita tak pandang pada rupanya..
Kita pandang pada HATI BUDI yang luhur,
KEBIJAKSAAN yang memikat hati,
HANDAL menguruskan rumah tangga,
Dan....Seumpamanyalah......
Walau dia punya kekurangan atau keburukan yang lain,
Tapi kita tak memandang kepada itu semua.
Hanya kebaikannya yang kita lihat.


Mata si lebah yang mencari bunga yang cantik,
Dihisapnya MADU bunga yang cantik tu..
MADU tu disimpan ditempat yang tinggi.
Manusia pulak kena bersusah payah lagi untuk dapatkan HONEY tu.
HONEY tu pulak banyak khasiatnya,
boleh ubati banyak penyakit.
MasyaALLAH..
HEBAT nya si lebah ni.
Bagi kebaikan kepada manusia.
Tu lah yang dikatakan MATA LEBAH.


So....Jom lah sama-sama kita jadi MATA LEBAH.
Pandanglah kepada kebaikan walaupun masih ada keburukan lain.
Jangan jadi MATA LALAT,
Nanti timbul dendam pulak dalam hati kita.

Okeylah, setakat ni dulu yang dapat Hana share dengan readers semua.
Hope entry kali ni dapat jadi panduan dalam hidup kita semua.  

Wednesday, January 12, 2011

Facebook will end on 15th March!

Assalamualaikum & salam sejahtera...(Uit...dah macam starting berita kat TV lak..huhu)

Ermm..Hana pun ta nak ketinggalanlah nak buat entry ni untuk post kali ni..Mark Zuckerberg cakap, dia nak tutup FACEBOOK. klik sini..
PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Sebab dah terkawal lagi. FACEBOOK ta digunakan dengan sebaik-baiknya. Tu lah u'ouls..Salah gunakan kemudahan yang dia buat.Ada yang ta setuju FB ditutup.Ada jugak yang suka. Ada jugak yang ta kesah.. (^_^)...

Hurm..Bagi Hana, ada baik & buruknya bila FB ni ditutup.Bebudak sekolah yang baru Standard 4 pun dah ada FB...U'ouls bayangkanlah camner pengaruh FB pada masyarakat.. Kekadang FB diguna sebagai medium untuk luah perasaan. Contoh...Rasa marah, happy, sedih & macam-macam lagi...

Kalau FB tutup....Banyak lagi social website yang u'ouls boleh join...kan,kan,kan...... Ermm...Twitter, Friendster, Myspace, Tagged & macam-macam lagi lah ada..Join jer...Ajak kekawan semua join apa yang u'ouls join tu...huhu..Lagipun, handphone kan masih ada, e-mel pun ada...Alah...banyak lagilah cara u'ouls boleh keep contact...Don't worry lah erk...

Okeylah...Jumpa lagi pada entry yang akan datang..Wassalam...

Tuesday, January 11, 2011

Bloglist Untuk Blogger Baru


Anda tak ramai followers??
Nak followers ramai macam blogger-blogger lain??
Nak menaikkan trafik dan meningkatkan follower mereka. Mahu sertai? Ikuti syarat yang berikut::-
  1. Blog anda mestilah mempunyai follower kurang daripada 300 orang;
  2. Buat satu entry yang bertajuk "Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru" dan linkkan ke entry ini;
  3. Tinggalkan Link entry yang telah siap anda di ruangan komen;
  4. Tidak wajib untuk menjadi follower ahfantasy24, namun beliau berbesar hati jika ada yang sudi;
  5. Tag 3 orang rakan seperjuangan anda;
  6. Meminati dunia blogger dan tidak sombong.
kawan yang di tag:
Fikri
fisya_radzi
Cik Dira




Monday, January 10, 2011

Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah..Syukran Ya Allah...

Terima kasih sangat-sangat to my dear hubby..
Thank Q so much for gave me the GIFT..
I really appreciate it..
My dearest HUBBY gave me an android phone..
Which is I admire lots..
My new handphone..

 XPERIA X10 MINI PRO

Thank Q so much my dear..
~MEGAT AL MOHAMAD TAUFIQUE~

Saturday, January 8, 2011

i Miss My Mum

Tetiba rasa rindu sangat-sangat dekat Mak. 
Sebak rasa di hati ni teringatkan Mak di kedah..
Dah la handphone rosak. Kenalah pinjam handphone Hafidz. 
Tak best lah melainkan dapat guna handphone sendiri. 
Uwwaaaa....Mak....Rindu Mak sangat-sangat....Huhuhu....
Sedihnyer...Sebaknyer...Nak Mak saya.......  :(


LURVE U MUM..
&
 MISS U SO MUCH..!!!

Thursday, January 6, 2011

Cemburu~~~

Assalamualaikum & hye

Ermm...Jelez lah bila dapat tau 
ramai dah kekawan Hanna yang dah dapat kerja. 
Hanna? Tak tahulah bila Hanna akan dapat kerja. 
Nak bekerja pun susah sekarang ni.. 
Tak tahulah apa nak kata..

Tak best jugak dok jadi 
penganggur terhormat kat rumah. 
Poket bulan-bulan tak masyuk owh.....

(Google)


Jelez kat diorang yang dah ada 
baby yang comey-comey..
Hanna ni selagi tak dapat kerja, 
selagi tu lah tak boleh planning untuk ada baby... 
Nasiblah kan.. 

Setiap orang rezekinya tak sama. 
Rezeki Hanna susah sikit macam ni. 
Banyak dugaan & cabaran yang Hanna kena hadapi.

Tak apa, redhalah kamu menempuhi 
segala yang hadir ya wahai Suhana..

Sony Ericsson XPERIA

Sekarang nieh, Hanna tengah survey
mende alah nieh..

XPERIA X10

XPERIA X10 mini

XPERIA X10 mini pro


Rasa nak sangat-sangat XPERIA X10/ XPERIA X10 MINI/ XPERIA X10 MINI PRO ni..

Untuk spesifikasi keseluruhan,check kat URL ni:-
http://www.gsmarena.com/sony_ericsson_xperia_x10-2964.php
http://www.gsmarena.com/sony_ericsson_xperia_x10_mini-3125.php
http://www.gsmarena.com/sony_ericsson_xperia_x10_mini_pro-3147.php

Jom Cuba

Ermm...Dah lama tak memasak. Dah kekok rasa bila nak memasak & tak tahu dah nak masak apa. Rasa nak masak gulai something lah weekend ni. Gulai ikan ke, ayam ke, sotong ke.. Ermm...Lagi nak masak apa yea? Husband suka makan ketam dgn kambing, nasib baik MAK pernah ajar macam mana nak siangkan ketam..uhuhu..Baru ni buat sup ketam sajalah,itu yang terlintas difikiran.

Nak kena beli buku masakan ni. Belajar masak yang special sikit. Bagi suami suka makan masakan kita saja. Biar ada bonding antara suami isteri..hehehe..Ada banyak buku masakan yang dijual di pasaran, tinggal pergi cari saja. Rasa nak cari buku-buku ni:-
 


Oh,banyak lagi ni kalau nak cari. So kena cari yang mana sempat sajalah dulu. Cuba yang mana patut saja dulu, then nanti upgrade kan lagi...hehehe...Buku-buku di bawah keluaran Buku Prima..Nanti kita cari yea. Dah jumpa kita try lah. Kalau menjadi try yang lain pulak.Kalau tak jadi, kita try lagi.. :)

Jom Cuba Pakat Try.......  :D

Wednesday, January 5, 2011

~Story of 2010~

Tahun 2010 penuh dengan kisah suka & duka kehidupan duniawi. Macam-macam kisah yang aku lalui..Perit getir kehidupan..

23 Jun 2010
Aku menduduki exam Lembaga Jururawat Malaysia untuk mendapatkan lesen & lencana jururawat di dewan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Aku sangat takut kalau tak lulus exam tu.

21 Julai 2010
Aku disahkan lulus exam tu. Betapa gembiranya perasaan aku sebab dapat bagi hadiah yang istimewa dengan menghadiahkan kejayaan tu pada MAK & ABAH.

24 Julai 2010
Megat Taufique hantar rombongan merisik.

11 September 2010
Aku ditunangkan dengan Megat Taufique. Sungguh aku tak sangka begitu cepat diikat & terikat.

17 Disember 2010
Aku dinikahkan dengan Megat Taufique. Lagilah  aku tak sangka yang sebegitu cepat Abah & Mak mengizinkan aku menikah. Terasa macam baru semalam aku menduduki peperiksaan SPM...Cepat benar masa berlalu.

Sekarang aku seorang isteri & jugak ibu. Besar & berat tanggungjawab yang diamanahkan kepada aku. Namun akan ku usahakan untuk menjadi yang terbaik buat kalian.

Yang masih aku tunggu......untuk bergelar JURURAWAT U29 di mana-mana hospital. Masih belum ada rezeki aku untuk membalas jasa kedua-dua orang tua aku yang telah banyak berkorban untuk aku selama 21 tahun aku hidup di bawah tanggungan mereka.Pahit getir onak & duri mereka tempuhi demi membesarkan anak-anak..Terima kasih Mak & Abah, jasa mu terlalu aku sanjungi. Aku berhasrat untuk jadi anak yang baik buat mereka.

Mum & Dad.......I LUV U SO MUCH..!!!!!!

Hargailah Ibu & Ayah kita selagi mereka masih bernyawa..Tanpa mereka, siapa lah kita. Jika mereka punya sifat yang buruk sekali pun, mereka masih ibu bapa kita. Kita tak boleh membenci mereka. Berdoalah untuk kesejahteraan mereka di dunia & akhirat.

Megat Taufique,
Kini cinta ku hanya milik mu..
Walau sebesar mana dugaan pun,
Ku harapkan kita akan tetap setia bersama..
Bantulah diriku untuk menjadi yang terbaik buatmu & jugak anak-anak kita..

Ya Allah,
Ku mohon Kau bantulah aku..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Tuesday, January 4, 2011

New Year~~~~~~2011

Aduh....it is already 4th January 2011!!! 4 days in new year..Baru sempat update blog..huhuhu..
Lama jugak la aku tak berblogging nieh..Maklum sajalah busy kan dah kawen..Ermm..Tahun ni banyak cabaran la. Namun, kan ku sahut cabaran itu demi kehidupan yang lebih bererti..
Tengah fikir.....How to tackle him...???

Susah jugak nak tackle dak nieh.....Heyy!!...i'm not running from my responsible..I really,really hope i can do it..

Kerja pun tak dapat lagi..Tak tau la bila aku nak dapat kerja. Takut jugak kerja tak dapat lagi,pastu bila dapat kerja, lagi takut nak buat kerja sebab dah lama sangat tak buat kerja-kerja tu. Mau menggigil aku kalau kena bagi injection....adusssss....!!!!!

Nak dapat kerja kat mana tak tau, bila nak dapat pun tak tau...Otak ni da makin berkarat dah lama tinggal & tak diguna ilmu yang ada tak berapa banyak tu. Adoiii......Nak buat macam mana erk??? Ish...Jelous jer tengok kekawan yang dah lama kerja tu. Poket masyuk....Skill pulak makin dapat diimprovekan...Adoiyaiiiii....Nasib badan belum ada rezeki...

Harap-harap cepat la dapat kerja...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...