ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Sunday, October 31, 2010

Hari Ini

Macam-macam hal yang aku lihat hari ini,
Kerenah & ragam manusia kotaraya ini.
Namun disebalik hari yang aku lalui hari ini,
Menimbulkan keinsafan dalam diri ku.


Bermulanya kisah hari ini.....


Tarikh   : 31 Oktober 2010
Masa     : 11.00 A.M
Tempat : Alor Star


Menjengah Alor Star..
Buat aku terkenangkan kisah lampau..
Tersenyum sendirian bila mengenang 
memori manis itu.
Sudah lama tidak ku jejak kotaraya ini.
Ada juga memori aku di sini..


Hujan renyai-renyai dan kadang kala agak lebat,
Datang dengan tujuan membeli barang-barang 
yang diperlukan nanti.
Sambil berjalan-jalan,
Mata memandang persekitaran,
Terlihatlah perlbagai ragam manusia,
Yang tidur di kaki lima bangunan,
Yang sibuk membeli-belah..


Tersentuh pula hati kecil ku,
Apabila terlihat insan-insan 
Yang kurang upaya,
Turut sama melewati jalan-jalan di situ.


Lelaki itu...
Lalu di hadapan ku..
Dia kurang upaya penglihatan..
Dipimpin anaknya ke destinasi mereka,
Si anak juga insan kurang upaya
anggota badan,


Lelaki tua itu...
Juga insan kurang upaya,
Pada anggota tubuhnya,
Kehilangan kaki kanan 
dan juga tangan kanan,
Meredah hujan melintasi jalan raya 
yang penuh dengan kenderaan yang 
lalu lalang di situ.


Tatkala itu,
Timbul keinsafan dalam hati kecilku,
Baru aku sedar,
Betapa buruk tingkahku selama ini,
Tidak bersyukur dengan nikmat kurniaan Ilahi,
Sering aku persoalkan kurniaan Ilahi 
terhadapku..


Subhanallah..
Berdosanya aku terhadap 'Dia'...


Ya Allah...
Ampunilah hamba Mu ini...

Shopping...Shopping...


Hari ni Hanna shopping dengan mak.

Kami beli barang-barang yang masih belum dibeli.
Lepas survey di semua kedai,
Last-last kami decided untuk beli di Alor Star.
Banyak juga barang yang kami beli.
Habis dalam RM 700.

Kalau plus dengan barang yang dah beli sebelumnya,
RM 1 000 lebih.
Banyak jugak. Kalau Hanna dah bekerja, dapat la Hanna bantu.
Apa boleh buat, tolong tengok sajalah.

Pergi dengan kereta Kancil. Beli barang macam bawak kereta Gen 2.
Nasib baik muat letak barang-barang.
Masih ada lagi yang belum dibeli. Nanti bila ada masa pergi shopping lagi.
Nanti rasanya nak shopping kat Seberang Jaya pula.

Saturday, October 30, 2010

PaNtai iNDah

Ni antara pantai-pantai yang Hanna lawati di Kelantan 
sepanjang 3tahun study di sana.
Pantai Cahaya Bulan
Pantai Sri 7
Pantai Tok Bali
Pantai Irama

Err....tu jer yang sempat dilawati..huhu..

Hanna suka pantai..Hanna suka dengar deruan ombak yang menghempas pantai..
Rasa tenang bila melihat pantai & lautan yang luas.
Ada pepatah melayu mengatakan..

Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai..

Hanna???
Err..Hanna pun tak tahu nak cakap macam mana.
Sebab bila teringatkan peristiwa TSUNAMI pada 2004 yang lalu..
Buat Hanna rasa takut pulak.
Tapi ajal maut itu ketentuan Yang Esa..

Yang pasti...Hanna sangat suka kan pantai..deruan ombak.. (^____^)







Hati Seorang Wanita

1.Sensitif Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.



3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak.Walaupun

seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan
ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Apabila dia sudah menyayangi seseorang,keikhlasannya tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA
masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta :CINTA pertama bagi wanita adalah yang  paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKS bukanlah segala- galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal.      NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

***Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah.
WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA

Actually...Lelaki & Wanita haruslah saling memahami.


MENCARI KEREDHAANNYA

Di sebalik pintu dan jendela,
Tersimpan rahsia.

Di sebalik langit dan bumi,
Rahsia tersembunyi.

Di sebalik siang dan malam,
Tersembunyi makna.

Di sebalik diri dan hati,
Makna peribadi.

Di sebalik senyum dan tangis,
Peribadi terlukis.

Di sebalik bicara dan kata,
Terlukis bahasa.

Di sebalik bahasa,
Terlukis bicara.

Friday, October 29, 2010

Cinta

Apa pendapat u'ouls tentang cinta?
Apa itu cinta?


Kali ini Hanna rasa ingin menulis tentang 'cinta'...


Fahaman Hanna tentang cinta setelah Hanna pelajari dalam subjek 'Psikologi'.....


Cinta bermaksud satu perasaan ganjil & istimewa yang sukar diertikan,
situasi yang penuh kasih sayang & wujud kesan perasaan @ emosi yang tegang.


Cinta ada banyak kategorinya..


Cinta kepada Yang Esa.
Haruslah yang paling utama dalam hidup kita.
Allah S.W.T itu bersama kita setiap detik.
Janganlah leka & lalai melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita.


Cinta kepada Keluarga.
Wujud kesan daripada keintiman dan ikatan kasih sayang
dalam ahli keluarga.
Keluarga adalah segalanya bagi kita.
Tanpa mereka siapa lah kita hari ini.


Cinta kepada Sahabat & Guru.
Wujud kesan daripada keintiman & ikatan kasih sayang 
terhadap mereka.
Sahabat sejati sentiasa bersama kita semasa susah & senang.
Guru insan memberikan ilmu kepada kita,
Yang menjadikan siapa kita hari ini.


Cinta kepada Kekasih.
Wujud kesan daripada perasaan berahi iaitu perasaan terhadap pasangan.
Cinta pada kekasih kadang kala boleh membawa kepada kehidupan 
yang tidak realistik.
Contohnya:- Individu tidak dapat hidup tanpanya, dan lain-lain lagi.
Individu sering berkhayal & memikirkan pasangannya.
Wujud juga perasaan keintiman tapi tiada elemen tanggungjawab & komitmen.


Cinta Monyet.
Hubungan yang terjalin dari jauh.
Tiada elemen keintiman & perasaan berdampingan.
Kadang-kala wujud elemen keintiman,
tetapi tiada elemen tanggungjawab @ komitmen.


Cinta yang Sempurna.
Akan membawa kepada kebahagian hasil interaksi 3 elemen ini:-
-Komitmen -Perasaan penuh tanggungjawab
-Intim        -Perasaan untuk berdamping
-Berahi      -Keinginan ke arah matlamat hubungan seks


Ok..setakat ni dulu cerita tentang cinta.. (^_^)

Kegusaran Ku..

Semakin ramai teman-teman seperjuangan yang berjaya 
Mendapatkan jawatan Jururawat U29 
Di hospital-hospital di seluruh Malaysia.

Macam mana dengan Hanna?
Bila agaknya rezeki Hanna pulak.
Semakin Hanna tahu ramai yang dah dapat jawatan tu,
Semakin lah gusar hati Hanna ni.
Di mana lah rezeki Hanna Ya Allah..

Berjayakah Hanna mendapatkan jawatan itu?
Inikah jalan rezeki ku?

Harapnya Hanna mampu hadapi semua ini dengan tenang.
Mudah-mudahan Hanna tidak berfikiran negatif lagi.

Thursday, October 28, 2010

BeStFrieNd


Your friendship means so much to me,

GOD bless, that way we met,

I hope that we will always be,

As close as friend can get,

Your smile can brigten up my days,

What a special friend I shall befriend,

As month and years will pass us by,

I hope that we can be,

Bestfriend forever you and I could be,

You are joy to me… (' ',)



Wednesday, October 27, 2010

Kau Ku T3Mu

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Ilahi...

Semalam...Hanna temui salah satu,
apa yg aku cari..
Hati ni sedikit tenang 
berbanding sebelumnya..
Hanna dah tau apa 
yg ingin Hanna tahu sebelum nie..

Hanna harap kami akan tetap bersahabat sampai bila2..
Hanna tak mahu lagi kehilangan teman2..
Yang lalu itu jadi sebuah memori 
yg akan tetap terpahat dalam memori..
Biarlah tersimpan dalam 
lipatan sejarah kehidupan..

Ku harapkan persahabatan 
yg ikhlas dari hati sanubari..
Tak ingin lagi aku mencari masalah 
yg tak sepatutnya ditimbulkan..
Yang ku inginkan hanyalah 
ketenangan yg abadi bersama 
kehidupan kini & yg akan aku 
lalui masa akan datang..

Masih ada kemusykilan yg 
membuatkan akal ini serabut,gusar & gelisah..
Namun ku harapkan akan dapat 
diselesaikan dgn sebaiknya..
Ku harapkan mereka sudi 
memaafkan kesilapan lalu ku..
Aku cuma manusia biasa yg tak dapat 
lari dari melakukan kesilapan..

Cuti2...Jalan2...Makan2...

May 2010
(Tarikh & hari x ingat)

Masa ni kami klinikal kat Hosp. Sg. Buloh..
Hanna, Syahrain, Dalila ikut Saadiah balik rumah dia kat Muar..
Saadiah suruh Hanna drive kereta kakak dia..
Hanna pun menurut perintah la..
Kami jejalan kat Melaka...hehehe
Snap sana...snap sini...
sakan bukan main dok snap pcitures...huhu

Dengan Dalila

Dengan Syahrain

Dalila, Syahrain, Saadiah & Hanna

Sampai ja time nak balik...
kereta tak boleh start...mati den...
Rupanya masalah bateri...den dah habiskan bateri tu..
Alamak!!!!

Bukan Hanna makan bateri tu...huhu..
Hanna lupa nak tutup lampu kereta tu...adusss...!!!!
Teruk kan Hanna ni?? dah la kereta orang..
Drive je tau..lain2 hal xtau apa satu...huhu...

Last2....Saadiah call kakak dia bagitau hal sebenar..
Huhuhu....malu den...Takut kena marah pun ada..
Tapi family Saadiah nieh memang sporting habis lah...

Abang ipar dia siap tanya,
"Kenapa tak gi shopping dulu sementara menuggu.."

Kuang...Kuang...Kuang.... ^^

T3M@N

Aku bersyukur sebab Allah kurniakan teman yg baik utk aku.

Sentiasa ada utk aku.Tak kira masa aku susah @ senang.
Aku sayangkan teman aku.Aku hargai apa yg diorang buat pd aku.
Terima kasih pada yg sentiasa mengingatkan aku pd perkara kebaikan.
Aku nak terus ada kawan yg sentiasa 
membimbing aku ke jln yg betul.

Aku harap aku x hilang kawan yg berhati mulia ni.
Aku doakan ALLAH kurniakan rezeki,khdpn yg baik 
& segala rahmatNYA kpd kawan aku. 
Ya Allah,aku nak tengok kawan aku hepi.
Aku tak nak mereka sedih.
Janganlah Kau biarkan mereka merasai kesukaran.
Peliharalah mereka dalam rahmatMu.
Aku sangat gembira ada teman yg baik seperti mereka.

Aku sangat menghargai kehadiran mereka.
Jadikan juga musuh aku sebagai temanku,
agar tiada perbalahan yg berlaku.

Admit tO hOSpitaL

Wednesday
07 Oct. 2009

Hanna kena tahan kat ward Hospital Sultan Abdul Halim.
Suspected H1N1...
Pergghh....Saat yg sgt mengerikan...

Tak pernah Hanna bayangkan saat2 getir mcm nieh..
Mula2 dia letak Hanna kat ward ramai2 tu..
Then dia pindahkan aku ke bilik I.L.I...
Start la Hanna sedih, susah hati, asyik nangis2..
Dia letak kat isolation room..
Aduhai...

Mulalah Hanna menyesal sebab tak pakai face mask masa klinikal
Hanna mula terfikir,
"entah2 kuman2 tu sume dah masuk kat lungs aku"..
Alamak...teruk kalau mcm tu..

Tak ada sape pun yg boleh melawat Hanna..
Huhu...sedih...Nangis jer kerjaanku..
Yang geramnya...bila tanya doc. yg buat round,
dia akan jawab,
'itu ada kuman ar dlm awak punya paru2'
Aiseh....tau la kuman...tapi kuman apa...?????

4 hari kena tahan kat ward..mula2 dok ramai2..
pastu dok isolation room(for two patient)..
then tukar ke isolation room(for one patient)..
2nd last day baru la aku dipindah ke bilik utk 4org..

Pengalaman yg tak akan aku lupakan...


Do & Don't

Berhentilah mengejar apa yang diingini @ disayangi,

Belajarlah menyayangi apa yang dimiliki.

Berhentilah merungut tentang masalah yang dihadapi,

Belajarlah bersabar, terima hakikat & baiki kelemahan diri.

Jika lakukan kesilapan, janganlah diulangi semula,

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Dia

Ya Allah,
Peliharalah dia, 
di kala penjagaanku tak sampai kepadanya,
Sayangi dia,
Di kala rsa sayangku tak mampu
merengkuh nya dalam dakapan yang nyata,
Muliakan dia,
Di kala penghargaanku tak terangkum,
Dlm kata yang sahaja,
Kerana Kau punya segalanya yg diri ku tak punya,
Amin....

Clinical Experiences

Sepanjang menjalani klinikal kat hospital...
macam2 hal yg Hanna tengok & lalui..
tapi yg paling Hanna terkilan....
Hanna Tak penah langsung ada peluang
untuk lalui pengalaman tengok mayat accident...@ mayat kes lain pun..
Kawan2 ramai jugak yg dapat pengalaman camtu..
Bukan maksud Hanna, suka tengok orang mati..tapi hanya nak gain experience jer..

Masa sem.1 kan, elok2 jer aku habis syif...
mayat pun sampai...ish3...telopeh peluang den..

Ada 1 kes ibu yang bersalin...anak selamat, tapi ibu meninggal..
(meninggal masa nak masuk O.T hosp. lain)
kesian anak & suami arwah..
Waktu la aku terkenangkan MAK yang lahirkan aku.. (-_-)
Bertarung nyawa nak lahirkan si anak..

Yang mental illness lak, bila Hanna tengok diorang, 
Rasa mcm diorang sengaja buat lawak antarabangsa..
Walhal diorang memang betol2 ada masalah jiwa..
Doc. pun ada kerenah diorang yg tersendiri..
Macam2 gelagat yg aku tengok..



RefreSh

Alamak...!!!
Dah banyak yg Hanna lupa nieh..

Aduss...rasa nak kena baca balik sume nota..

Especially pasal paediatric drug formula..
-Young Rule
-BSA....Brt bdn...
-(entah la x ingt)

Aduiiiii....x ingat....kalau kena i/view dia tanya soalan gini...
Gigit jari,aku jawabnya..
Parkland formula ingat..

Best sebenarnya belajar pasal tubuh badan sendiri..
Bila sakit, kita tahu la apa yg kita nak wat..(kdg2 wat,kdg2 idak pun..huhu)
Hanna suruh orang makan ubat..
tapi Hanna xnak makan ubat (^_^)..hehehe

LJM exam

Bila tringat saat nak amik exam LJM nieh..
Menggeletar satu badan..
Takut sungguh nak hadapi exam tu..
Macam nak kena hukum mati..

Dah la masa tu bermacam masalah yang timbul..
Kena la Hanna hadapi dengan sabar..
And...
Alhamdulillah...detik genting tu berjaya
Hanna lalui dengan jayanya..
(Psstt..jayanya tu xtau la sampai tahap mana kan..
sebab result hanya tahu lulus/gagal jer..)

Sekarang Hanna dah ada licence & batch..
Tapi.....
keje TAK DAPAT lagi...
Cane aku nak praktik skill aku nieh..
Lama2 kat umah ley bkarat otak...skill lagi lah kureng..

Miss tHem

Waa....dah lama rupanya Hanna 
dok bertanam anggur kat rumah nieh..

Camner ni...exam dua2 da lulus..
konvo. pun da dekat..
Keje TAK DAPAT lagi...
Gusarnye rasa di hati..
Teringat lak kat bebudak RUMAH 3-27 BATCH JULAI 2007 tu..
Da lama tak gaduh2 dengan diorang..

Semalam Hanna tengok balik video2 yg Dak Ira amik..
Tergelak sesorang Hanna terkenangkan gelagat masing2..
Hanna dulu-dulu,kalau ada prob. 
suka tarik muka..marah2..
Sume org dalam umah tu kena marah..huhu...
cian diorang..
Sekarang tak mcm tu dah..huhu..dah nak umo 21 kan..
Kena la dewasa kan diri..

Azira, si kaki buli..habis sume org dalam umah tu dia buli..
Noor Azura & Nor Aifa Idayu mangsa yg selalu kena buli..hehehe
Nur Ain lak kalau time exam dia lah yg akan bkurung x keluar2..
& aku, Siti Suhana lah yg paling malas nak study...huhu
Nurul Husna, Siti Aishah & Rozita relax & cool jer..


Inilah Kami...!!!!
Dak Pink...!!!!!

Ni hari habis exam LJM
Hangout buat kali terakhir..

RINDU KO RANG WEH...!!!

Important Date This Year

23 June 2010    - My LJM examination
21 July 2010     - Pass in LJM examination
24 July 2010     - Merisik
11 Sept. 2010   - Engaged
17 Oct.  2010   - Got Dean Award
06 Nov. 2010   - My Graduation Day
17 Dec. 2010   - Akad Nikah



hmm... (^_^)

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

I'm new here..i'm trying to share anything..
About some of event in my life or any usefull
info huhu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...