ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Thursday, August 30, 2012

Pabila Maut Menjemput

Assalamualaikum & Hye

Terkedu & rasa tak percaya bila dengar berita seorang teman (bekas teman sekuliah) telah pergi menghadap Ilahi dua hari yang lalu. Hingga ke hari ni pun Hana rasa macam tak percaya... Betul ke ni? Tapi itulah hakikatnya. Arwah meninggal dunia sebab kemalangan semasa menuju ke tempat kerja.

Walaupun kami bukan teman rapat, tapi rasa terkejut & tak percaya tu masih terasa. Teringat diri sendiri... Bagaiamana kalau Hana juga begitu.. Dah lah dosa ni terlampau banyak... Banyak jugak buat silap dengan ramai orang. Dosa dengan suami, dengan mak, dengan abah & semua yang berkenaan... Terus rasa takut. Terbayang cerita-cerita seksaan di alam kubur, api neraka...

Kita muda jangan kita ingat....> oh aku muda lagi, lambat lagi nak mati...
Jangan ingat yang tua akan pergi dulu. Allaah S.W.T boleh mengambil nyawa kita bila-bila masa yang DIA nak...DIA pemilik segala isi alam... Dunia hanya pinjaman, akhirat jua kekal abadi. Sementara masih diberi peluang olehnya untuk menikmati segala nikmat yang diberiNYA, ingat-ingat juga yang kita perlu beramal soleh. Bertaubat sementara sempat.

Al-fatihah...
Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...Ameen..

Monday, August 27, 2012

'Gatal Tangan'

Assalamulaikum & Hye

Entah kenapa sejak seminggu dua ni tangan asyik terasa gatal nak lakukan sesuatu iaitu....... MENJAHIT!

Entah apa-apa ja lah Hana ni. Terasa nak buat benda-benda yang diri sendiri tak pandai.... Haaaa.... Tu la kecik-kecik dulu mak suruh belajar menjahit engkau tak mau.... Haaa... Sekarang padanlah muka kau... Dulu-dulu cikgu suruh kau menjahit di kelas ERT kau suruh mak kau yang tolong jahitkan... Kalau tidak dah boleh hasilkan baju kau sendiri....
Dah tua bangka baru terhegeh-hegeh nak belajar yea.... Tangan pun dah keras la wei....

Tangan ni gatal je rasa nak menjahit. Jahit manik, jahit sulam tangan tu, jahit baju... Sebenarnya kalau nak diikutkan tu tak adalah terlambat sangatkan... Boleh je nak menjahit asalkan hendak. Masalahnya awak dah bekerja tetap. Dah tu masa pulak terhad. Cuti tak tentu hari. Bila masanya nak dapat belajar kan? Nak pulak kerja-kerja menjahit ni bukannya boleh buat cincai boncai... Tak cantik nanti. Kerja tangan macam tu kena buat dengan penuh ketelitian.

Nanti Hana ingat nak jugak belajar sikit-sikit... Kalau ada masa belajar sajalah mana yang sempat. Asalkan ada kemahuan... Semua jadi kenyataan... Eceh... Rasanya anda pernah tak dengar ayat tu...? Hehehe...

Apa-apa pun satu kemahiran dah ada.... Jahitan sulaman tangan. (*.*) Lain-lain kemahiran kita study kemudian... Tu dia.... Bukannya dok plan nak pi ambik degree nursing ka pos basik apa ka... Dia dok kira nak buat benda lain. Ish...ish...ish...

Please prays for me ya... Thank Q (",)....

Sunday, August 26, 2012

Ibu Kandung, Ibu Angkat, Ibu Tiri, Ibu Saudara.......IBU!

Assalamualaikum & Hye

Nak tanya la... Ada sesiapa yang tahu tak pasal hukum kita derhaka kepada ibu tiri, ibu angkat, ibu susuan, ibu saudara? Persoaannya, apa hukumnya bila kita tak dengar cakap mereka? Samakah hukum berdosanya kita bila kita derhaka kepada ibu kandung?

Bukan apa... Untuk tidak membuatkan orang lain berdosa kepada kita & kita jugak tak berdosa kepada orang lain... Hana rasa kita patut tahu hukum macam ni... Tak semestinya kita kena hormat kepada ibu kandung saja kan? Sama jugak macam kita hormat ibu mertua walaupun dia bukan ibu kandung kita... Selagi orang tu bergelar ibu, jaga kita sejak kecil (tak kisahlah ibu angkat, ibu tiri, ibu saudara dll), kita kena hormat & tak boleh derhaka kepada beliau kan?

Semoga kita sentiasa mendengar, menghormati & menyayangi mereka sehingga ke hujung nyawa. Semoga Allaah S.W.T memelihara, menyayangi & melindungi mereka selamanya.

Psssttt....Sesapa yang ada jawapan mengenai persoalan penting di atas... Tolong bagi feedback yea... TQ.. 

Friday, August 24, 2012

'Baju Adik'

Assalamualaikum & Hye

Macam mana ni... Baju semua dah kecik... Tu baju adik tu... adik manakah? Hehehe... Jangan terus buat telahan dulu... Masih menunggu & berusaha lagi ni...

Baju adik yang Hana maksudkan tu baju-baju-baju Hana la. Dan bukan jugak Hana beli baju untuk adik... But my cloths... All the cloths has became small & not suitable for me...

*boleh pulak buat alasan baju kecik...padahal tak nak mengaku diri tu dah gemokkkk!!!!

Nak beli baju time sekarang ni... Maklum sajalah belum gaji lagi... Gaji bulan ni pulak dapat basic je. Locum ke apa tu forward ke bulan depan. Beli belah karang tak cukup duit belanja pulak. Tergagau belum sempat gaji bulan depan. Huhuhu...

Thursday, August 23, 2012

Lagi 3 Hari Nak Cuti...

Assalamualaikum & Hye

Start lepas cuti masa bulan puasa hari tu sampai ke esok & lusa Hana tak ada cuti. Just dapat sleep day saja tiap kali lepas keja malam. Start 26/8/2012 barulah cuti sampai 31/8/2012. Mementang kata turn kami kena kerja... Kerja tanpa cuti jadinya. Huhuhu...

Bertugas demi negara. Eceh.... Negara lah sangat kan... Tak apa lah... Nak buat macam mana. Next year turn kami yang bekerja tahun ni pulak yang bercuti. Nak lagi next year turn raya kat kampung Hana... Bestnya tak sabar nak beraya sakan & meriah dengan sanak-saudara macam tahun dedulu... Huhuhu...

Sabar sajalah kan... Kalau dah namanya kerja nurse macam ni memang la ada turn cuti turn kena keja. Lain la kalau keja office hour kan...Time cuti kita cuti time keja kena keja la. So, hari sabtu ni last day keja. Then petang lepas habis keja boleh dah la bertolak balik kampung. Yeyyyyy!!!!

Wednesday, August 22, 2012

Menguji Kesabaran!

Assalamualaikum & Hye

(entri bengang)
Tarikh Kejadian : 22/8/2012
Tempat Kejadian : WARD
Masa Kejadian : 12 AM

Terima panggilan daripada salah seorang staff hospital yang turut bertugas pada waktu itu. Panggilan dibuat kerana tak puas hati relative patient marah diorang sebab staff di ward tak jawab call daripada relative patient tu then pass the call to them.

Bukannya nak tanya baik-baik... Terus je nak maki hamun orang. He said kami dengan mudah lepas tangan.

Ni yang haku hangin ni!!!! Lepas tangan kepala otak hang! Kami tak ada dapat apa-apa call daripada relative sesapa pun before that. Dah hang kena marah hang nak lepas kat kami pulak? Bajet baguih arr hang tu! Tau nak serang melulu ja. Check la betoi-betoi dulu. Hang fitnah la kami... Allaah S.W.T Maha Mengetahui.

Dah patient dok dekat kami, tak kami dengan bodohnya nak pass that call kat orang yang tak jaga patient tu? Bangang punya orang. Kami tak bodo macam hang la wei!

Selalu sangat jadi mangsa dengki & iri hati manusia lain yan busuk hati. Tak apa kami cuba sabaq. Biaqlah Allaah S.W.T ja yang balas setiap perbuatan depa aniaya orang lain.

Nota kaki : sorry kalau sapa yang tak suka baca entri ni. sorry penggunaan 'aku' untuk readers yang lebih tua dari saya.

Monday, August 20, 2012

Cerita Raya Kita

Assalamualaikum & Hye

Semua orang dok sibuk cerita pasal raya masing-masing. Hana tak ada cerita raya yang menarik sangat. 
Biasa-biasa saja.
Fisrt raya bekerja. Jaga pesakit yang tiga orang tu.
Balik kerja pulak Mr. Hubby ajak pergi beraya rumah mak saudaranya di Subang Jaya.

Boleh la makan sedap-sedap jugak daripada tak ada apa kan.
Cuma tak ada serunding saja. Lain-lain mostly ada.
Ketupat, rendang, nasi impit, kuah kacang, lontong...
Masa kat rumah mak sedara dia ni, yang datang-datang tu semua speaking london...
Aiseh....I just dengar je... Tak terror lah speaking london ni...
Malu rasa. Semua dari yang kecik sampai ke makcik-makcik speaking london.
Including his aunty la...

Lepas rumah mak sedara tu baru lah meleret-leret pulak ke rumah mak sedara dia
yanglain-lain... Pun mostly speaking london jugak.
Nasiblah kan... Diorang tinggal dalam bandar. Sekolah semua speaking punya... Mak pulak cikgu B.I...
Malulah kalau tak speaking/tak pandai speaking. Kan?
Yang jenis ramah tu best la nak berbual bersama...

Makan pun seda-sedap sampai Hana terlampau kenyang & last rumah yang kami pergi tu memang
dah tak dapat masuk lagi dah. 
Tengok je lah orang lain makan. Daripada pemerhatian Hana...
Orang KL ni beraya sakanhari pertama saja...Betul ke?

Hari ni kerja malam. Tak best rayanya. Sebab bukan ada Day Off pun. 
Sleep Day saja sister bagi.
Minggu lepas punya sleep day tak ada. 
Terus dibaginya Day Off saja. Kalau kerja pagi, boleh la pergi jalan-jalan lagi.
Okeylah...Apa pun Hana ucapkan...... 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MOHON MAAF ANDAI ADA PERKATAAN YANG MENGGURIS PERASAAN SESIAPA YANG MEMBACA ENTRI-ENTRI DI BLOG NI. SEMOGA AIDILFITRI NI MEMBAWA KEBERKATAN & RAHMAT BUAT SEMUA.

Nota Kaki : Sangat berharap agar diberikan rezeki untuk kami di bulan SYAWAL yang mulia ni.

mata menahan terik mentari...huhuhu...

Sunday, August 19, 2012

Kenangan Hari Raya

Assalamualaikum & Hye

Hurmm....Bila hari raya ni terkenang pulak zaman dulu-dulu. Masa bulan ramadhan tu, bila dekat nak raya, tolong mak buat kuih raya. Pagi raya pulak....Mak marah kalau lambat bangun... Sapu sampah sikit. Susun kuih dalam balang kuih letak atas meja.

Pastu lepas solat sunat aidilfitri, sediakan juadah untuk orang surau datang makan kat rumah lepas tahlil di kubur (seberang jalan depan rumah). Biasanya mak masak mee kuah... Sedap sangat mak masak... Huhuhu....

Lepas orang surau balik, baru Hana dengan adik-adik pergi beraya rumah kawan-kawan yang dekat dengan rumah. Dah balik tu solat zohor then barulah kami sekeluarga atur rumah sedara mara...

Seronoknye raya zaman dulu-dulu...

Hari ni... Buat pertama kalinya beraya.di perantauan.. Kena bertugas menjaga pesakit-pesakit yang masih belum sihat & perlukan rawatan. Tahun lepas tak dapat beraya dengan family jugak sebab beraya di rumah mertua. Rasa la pengalaman raya dengan suami & keluarga mertua.

Terkenang zaman dulu...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Alhamdulillah... Okeylah Tu...

Assalamualaikum & Hye

Alhamdulillah... Err... Sebelum tu... Hana nak ucapkan Salam Aidilfitri, maaf zahir batin. Diharapkan semoga aidilfitri ini membawa rahmat & keberkatan daripada Ilahi. Maaflah ye kalau ada kata-kata @ perbuatan Hana yang buat readers blog ni tersinggung. Sesungguhnya kita manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan.

Okey okey back to our topic. Hehehe...

Syukurlah di pagi aidilfitri ni pesakit banyak tu saja. Boleh la relax sikit kan. Tak.adalah nak terkejar-kejar sangat. So dapatlah bekerja dengan hati yang tenang sambil terkenang suasana raya di kampung...

Masih.ada rezeki kami yang bertugas di aidilfitri ni... Ada relative patient bagi makanan... Nasi Beriani, rendang ayam, kuih raya... Ada jugak staff yang masak, bawa ke sini.

*ye ye je buat entri... entah ada ke tidak yang baca...huhuhu*

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 18, 2012

Sebaknya.....

Assalamualaikum & Hye

Menanges!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sebaknya tak dapat pulang beraya di desa bersama 
keluarga tercinta....
Apa kan terdaya aku punya tugas yang harus 
dilaksanakan...
Pesakit-pesakit yang berapa kerat tu memerlukan khidmat
ku di hari raya...
Malah di minggu aidilfitri yang mulia ni...

Terkenang-kenang suasana malam raya di kampung...
Adik-adik, sepupu-sepupu sibuk main
bunga api...
Mak, maksu, dengan tok sibuk memasak di dapur...
Waaaa.......Sedihnya.........!!!!!!

Esok bertugas buat pertama kalinya di ward pada
HARI RAYA AIDILFITRI...
Mesti sayu sebab tak dapat bersalam, cium tangan orang tua tercinta.
Tak dapat hulur sendiri duit raya kepada
adik-adik & sepupu...
Dan......
Tak dapat pakai baju raya........
Paling tak seronok....Tak dapat solat hari raya.......

Dan
Di rumah ni pun langsung tak ada persiapan raya...
Langsir baru pun tersepok di tepi pintu saja..
Tak ada feeling nak raya....
(-_-)

Tak tahulah ni ada ke tidak yang baca entri 
sedih-sedih malam raya ni...
Mesti semuanya sibuk di dapur tolong mak masak...
Sibuk pasang langsir raya...
Sibuk iron baju raya yang berpasang-pasang tu...
Sibuk bakar lemang...
Sibuk main mercun...
Pendek kata semuanya sibuk dengan persiapan raya la...

Alahai...Ni rupanya perasaan orang yang tak dapat balik kampung 
pada hari raya...
Dengan ini Hana pilih lagu raya seperti di bawah ni...
Rasanya yang ni memang sesuai untuk 
perantau macam Hana...


video

Bertambah sayu hati bila dengar takbir raya...

Friday, August 17, 2012

Popeyes Luoisiana Kitchen

Assalamualaikum & Hye

Malam ni pergi lagi Wangsa Walk Mall tu. Ada hal sikit. Lepas tu pujuk la Mr. Hubby makan kat Popeyes tu. Sedap jugak. Mahal sikit la. Tapi tak.la.mahal sangat. Huhuhu.... Menu pilihan macam biasa la... Shrimp... Harga RM 14.00+ macam tu la. Ayam goreng pun boleh tahan jugak. Rasa lagi sedap daripada KFC kot. Harga pun lagi lebih la daripada KFC. Tapi kalau anda peminat tegar ayam KFC @ MCD, try lah rasa ayam goreng popeyes ni.

Dalam set yang kami pilih ni ada berapa ekor shrimp entah (lupa & tak kira pun), mash potato (sedap sangat), 1 bun biskut. Sedap la. Kalau boleh nak makan setiap minggu. Hehehe...

Published with Blogger-droid v2.0.6

"Blackberry" + Back To Basic

Assalamualaikum & Hye

Semalam pergi makan kat Restoran Ayam Penyet di Wangsa Walk. Entah sejak dua tiga hari ni tekak terasa nak makan ayam penyet. Tu yang ajak Mr. Hubby pergi makan tu.

Lepas makan tu ronda-ronda kat floor yang jual-jual gadjet tu... Hajat nak kena beli la jugak handphone satu lagi. Yang lain semua mula menunjukkan protes. Tinggal yang terbaru tu saja. Nak kena beli jugak sebab handphone terbaru tu no. bil punya. So kalau banyak guna nanti bil pun banyak la. Bising pulak bos tu.

Round-round tu nampak la samsung seketul ni, RM58 saja. Memang basic sangat la. Boleh call & SMS saja. Apa lagi, rembat la. Mr. Hubby pulak support la separuh... Huhuhu...

Kenapa tajuknya "Blackberry"? Hehehe... Di tempat kerja kawan-kawan panggil handphone tu "blackberry". Ngeee~~~Pakai sajalah sementara ni. Nanti dah ada duit cari yang lain. So now back to the basic..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 16, 2012

Terasa Sungguh Rugi!

Assalamulaikum & Hye

Baru-baru ni adalah belikan tudung sulaman untuk mak dan maksu.
Tadi dok tengok-tengok galeri perdana dalam handphone..
Ada gambar tudung sulam tu.
Teringat pulak dulu-dulu masa belum bekerja..
Duduk sesaja di rumah mertua..
Buat benda tu la.

Terasa rugi tu bukan apa...
Rasa rugi sebab tak belajar sulaman benang betul-betul
 & sulaman manik.
Kalau tidak dah boleh buat duit tu...
Aisehhh....Rugi kan?

Sulaman benang pun dah lama Hana tak buat
sejak dah bekerja ni.
Masalah masa & penat tu yang malas nak buat.
Ni dah rasa teringin pulak. 
Nanti ingat nak pergi carilah barang-barang untuk buat sulaman
benang & manik tu...

Tadi google pasal sulaman...
Jumpa blog ni...
Subhanallah...Sungguh cantik...

cantik kan? nak ke blog beliau klik pada pict.

tuan blog butterfly beads tu ada buat kelas jahitan manik tau..
Teringin betul Hana nak pergi belajar..
Teruja tengok pict. kat blog beliau.
Semua sangat cantik!!!

teringin nak buat sendiri...
nak ke blog beliau, klik pict.

Tak tahulah bila akan dapat hasilkan sesuatu yang cantik macam ni...


Beringat Sebelum Kena. AMARAN Keras Kepada Yang Bertudung Tapi Pakaian Ketat!

Assalamualaikum & Hye

Sedang Hana 'melilau' dalam laman sesawang ni.....
Terbaca satu tajuk & beserta gambar yang menarik perhatian....
Apa lagi?
Jari jemari pun terus klik pada link yang diberi....

Bila baca artikel tu...
Pergh!!!!
Terus rasa nak pakai tudung labuh beserta jubah besar.
Ini bukan lawak @ memainkan hukum agama.
Tapi terus tersedar dari dalam hati nurani
sanubari ku ini....
Lepas ni tak nak dah pakai baju ketat.
*memandangkan baju di rumah semua dah kecik. ceit! padahal kau yang gemok*
Nak beli baju besar-besar @ longgar saja lepas ni.

Dalam kita sibuk bergaya sebenarnya ada
yang ambil kesempatan.
Ada yang berpendapat si penulis blog mahu tegur 
mereka-mereka yang bertudung tapi berpakaian yang tidak kena
dengan syariat Islam.
Tapi ayat-ayatnya tu tak sesuai lah untuk digunakan.
Tu Hana rasa lah. Orang lain yang membaca tu tak tahulah anda rasa sesuai @ tidak.

Kalau pun kita nak berfesyen, pilihlah fesyen yang sesuai dan mengikut syariat Islam.
Bukan main bantai saja apa yang kita suka.
Kalau yang kita suka tu ikut tuntutan Islam, tak ada masalah pun.
Kita dok seronok kemain bergambar sana sini atas bawah kiri kanan...
Dalam kita dok seronok bergambar & bangga dengan fesyen kita tu, 
ada orang lain dok tumpang seronok sekali snap gambar kita.
Pastu upload kat blog kutuk-kutuk kita..
Nak ke macam tu? Di papar dengan jelas pulak tu. 
Tak ada dah nak blur kan muka ke apa..

Sumpah lepas ni tak nak pakai baju ketat dah.
Biarlah labuh besar...Asalkan tak menjadi bahan kutukan orang dan 
paling penting tak dilaknat Allaah S.W.T.
Eeeiii...Seram rasanya bila baca artikel tu dan jugak entri di blog tu.
Kepada anda yang rasa dirinya seorang yang berjantina perempuan
atau wanita yang bertudung......
Ini AMARAN keras-sekeras-kerasnya untuk anda!
Bertudung & berpakaianlah dengan sempurna supaya tak jadi bahan perhatian 
individu seperti itu.

Lagi satu...Rata-rata kita kalau bertudung mesti nak singkatkan bahagian depan,
bahagian belakang dilabuhkan.
Tu pun cara dah salah.
Perhatikanlah gambar-gambar dalam
blog tu. Tudung/selendang bahagian depan mesti singkat, belakang labuh kemain.

Hana bukan nak kata Hana baik.
Hana pun dok takut jugak ni.
Silap-silap pict. Hana pun ada sekali.
Sebab tu Hana nak kita semua berubah...
Jangan lagi pakai pakaian yang tak menepati syariat Islam.

Seriuosly Hana sangat takut!
Berhati-hatilah kalau nak buat @ pakai apa-apa...

Pesanan Penaja : Berubahlah sekarang sebelum gambar anda juga turut terpapar!


Sumber artikel : my news hub
Blog asal : awek tudung candid

Nota Kaki : 
Dan sekarang Hana juga faham kenapa kita dilarang sama sekali 
letak gambar di laman sosial. 
Mereka yang tak bertanggungjawab boleh ambil gambar kita & buat macam-macam.
Sorry kepada tuan punya gambar...

Tuesday, August 14, 2012

Kenapa Orang Lain Boleh, Tapi Kita Tak Boleh?

Assalamualaikum & Hye

Lately kita dapat tengok ramai individu biasa yang menjadi luar biasa. Beralih dari kehidupan yang biasa-biasa kepada kehidupan yang lebih dari biasa serta mengecapi impian yang telah lama dihajatkan.

Hurmm....Apa benda pulak yang si Hana ni merepek ni...

Apa yang Hana cakap ni pasal segelintir daripada kita yang kini dah berjaya mencapai impian mereka. Mampu hidup mewah & memiliki apa yang diinginkan. Seriously Hana jugak cemburu bila dengar & lihat kejayaan orang lain. Mereka mampu miliki apa yang diidamkan selama ni.

Okey, tahukah anda kenapa orang lain boleh kecapi impian mereka dan berjaya dalam kehidupan sedangkan kita tak boleh?

Sebenarnya untuk mencapai sesuatu kejayaan bukanlah semudah ABC... Mereka yang berjaya hari ini adalah kerana mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh, berusaha dengan tekun tanpa rasa jemu & tidak mudah mengalah serta tidak mudah berputus asa.Sekali gagal tidak bermakna kita akan gagal selamanya. Bila gagal, kita kena cari & kaji di mana & apa kesilapan kita yang menyebabkan kita gagal.

Bila dah jumpa di mana & apa kesilapan kita, kita kena bangun semula & usaha lagi. Kita yang belum berjaya ni disebabkan kita main-main dan tak berusaha dengan tekun. Kita buat sesuatu perkara tu sekadar ala kadar. Hana bukan saja cakap berkenaan perniagaan tapi keseluruhan termasuk berkenaan pelajaran & lain-lain.

Kita selalu cemburu lihat & dengar tentang kejayaan orang lain. Tapi kita tak pernah mahu cuba & usaha seperti mana mereka lakukan. Kalau nak berjaya macam orang lain, kita pun kenalah usaha macam mereka berusaha.

So moral of the value, jangan kita ingat mereka berjaya dengan mudah tanpa berusaha. Mereka juga pernah gagal berkali-kali. Jangan lupa pula untuk memohon kepada Allaah S.W.T agar permudahkan urusan kita. Usaha, Doa & Tawakal. Jom kita berusaha dengan tekun agar dapat mencapai kejayaan seperti mana mereka yang berjaya hari ni. Berani mencuba okey!

Allaah S.W.T tidak akan mengecewakan hambaNya yang tekun berusaha, berdoa & bertawakal kepadaNya.
Published with Blogger-droid v2.0.6

VCO (Virgin Coconut Oil) Catalyst Product

VCO (VIRGIN COCONUT OIL)

Antara khasiat-khasiat Minyak Kelapa Dara adalah:-

-Menyokong fungsi imunisasi dan fungsi metabolic yang sihat
-Mengurangkan berat badan-Menyediakan satu sumber tenaga yang segera
-Mengandungi kalori yang sedikit berbanding lain-lain lemak dan nutrien penting untuk kesihatan yang baik
-Memudahkan penghadaman dan penyerapan zat makanan (Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil)
-Membantu untuk mengawal kencing manis, Osteoporosis dan penuaan pramatang dan pengerutan kulit
-Melembutkan dan melicinkan kulit, mengatasi kulit berminyak, sangat bagus untuk masalah jerawat & jeragat serta parut2 lama juga mencegah jangkitan bakteria, virus dan kulat (termasuk yis)
-Mengurangkan risiko kanser, aterosklerosis dan tanda-tanda penyakit yang lain-Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
-Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri

Cara Penggunaan:

Makan
Ambil 2 kali sehari (2 biji kapsul setiap hari – 1 biji pagi, 1 biji petang) boleh dimakan selepas makan. Seeloknya diambil bersama air suam/ air kosong.


Sapu dimuka
Caranya : 
Lubangkan sedikit softgel dengan menggunakan jarum, kemudian sapu di keseluruhan muka sebelum tido.
Sapu ditempat yang terdapat jerawat untuk mempercepatkan pengecutan jerawat yang baru tumbuh.


Any inquiries? Email to beautygallery00@gmail.com

Collagen (Catalyst Product)

Collagen

Collagen merupakan satu produk yang telah diformulasikan berasaskan teknologi farmaseutikal untuk memberikan manfaat yang tidak terhingga kepada tubuh badan pengamalnya dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Collagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai :
-perekat dalam badan
-memberikan struktur kepada badan, melindungi, dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungnya kepada tulang
-ketika usia remaja dan awal 20-an, terdapat pertumbuhan hormon yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur dan menggalakkan perkembangan otot, tendon & ligamen. 

Collagen digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel-sel baru.

Hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka panjang collagen meningkatkan kestabilan & ketahanan struktur protein. Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh & menghalang keguguran rambut. Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh collagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot. Apabila badan mendapat khasiat daripada protein collagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu bentuk badan & otot yang kukuh, jelas & menarik.

Apa pula kelebihan Collagen?
Kajian klinikal menunjukkan keberkesannya dalam :
1. mengurangkan bilangan, kepadatan & kejelasan kedutan
2. memastikan keanjalan & kesegaran kulit

Tahukah anda? Collagen merupakan 1/3 protein yang terdapat dalam badan kita mengalami penyusutan  apabila umur kita meningkat.

Khasiat menggunakan Catalyst Collagen
* membantu proses pemulihan osteoperosis & osteoarthritis
* mengembalikan kesegaran & keremajaan kulit
* mengatasi masalah kulit kusam, kering & berkedut
* membantu melicikan tumit merekah & kuku malap
* menyuburkan rambut agar kelihatan lebat & berkilau
* membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ke tahap maksima

Kesan mengamalkan Catalyst Collagen
* kulit tidak berminyak 
* dapat mengurangkan masalah jerawat & jerawat akan hilang
* dapat mengurangkan parut-parut yang ada pada kulit
* badan akan rasa lebih cergas & bertenaga
* Minda lebih cergas & pergerakan anggota badan menjadi lebih lancar

Kesan-kesan penyusutan kadar Collagen menyebabkan :
> kulit mula hilang keanjalan semulajadinya & tanda-tanda kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an
> pengurangan collagen akan mengganggu bahagian badan terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut
> collagen dalam tisu lembut semakin berkurangan, ini mengakibatkan kesukaran mengangkut toksin dari sistem limfa
> menghalang pergerakan nutrisi & hidrasi yang mempunyai kesan kepada kesihatan keseluruhan langsung mempengaruhi keadaan kulit & sel lain. Pada masa yang sama, keadaan tulang, kuku & ambut akan turut menunjukkan tanda awal penuaan.

JANGAN RISAU!
Kesan ini ada penyelesaiannya iaitu melalui TERAPI SINTESIS COLLAGEN.
Terapi ini merupakan kaedah penggantian collagen dengan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi collagen. Sudah tentu ianya Catalyst Collagen. Catalyst Collagen mampu menggantikan collagen yang hilang dalam badan serta merangsang penjanaan collagen baru. 

Ini terbukti mampu mengembalikan kesegaran & keremajaan kulit anda dalam tempoh dua hingga empat minggu pengambilannya. Kulit yang sihat adalah benteng utama tubuh dari penembusan mikroorganisma, bakteria, kulat dan virus selain dapat menyerlahkan kecantikan seseorang.


Any inquiries? Email to beautygallery00@gmail.com

Night Duty

Assalamualaikum & Hye

Heeeuuuuu....Malam ni kerja malam...
Agaknya berapa ramailah pesakit di wad tu ye?
Takut pun ada. Entah pesakit yang berpenyakit apa kat wad
ada malam ni.

Errr.....actually i just came back from hometown pagi tadi...
Sampai KL around 4 am...
Seawal sesubuh shapiey....Hehehe.....
Dua hari di Kedah dua hari di Kelantan.
Semalam bertolak dari Kelantan around 9 pm.
Penat yang teramat lah...

Macam malas pulak nak pergi kerja malam ni.
Maklum sajalah dekat seminggu cuti kan...
Huhuhu...

Hei....Hana!
Don't be lazy okey!
No,no,no...Tak baik macam tu...
Mereka memerlukan khidmat kamu malam ni....
Sila bersemangat tau!

Readers out there...
Apa cerita pulak hari ni?
Hana rasa mesti mostly jiwa dah berada di kampung tu...
Jasad je yang ada di sini...
Kan?
Jangan tipulah......

Seronoknya mereka yang dapat beraya tahun ni ye...
Hana tak dapat cuti.
Tahun ni turn Hana kena kerja la...

Sunday, August 12, 2012

Berbaur Rasa

Assalamualaikum & Hye

Hari ni hari kedua terakhir berada di kampung suami selepas dua hari berada di kampung sendiri. Tak tahu nak describe macam mana perasaan hati ni. Boleh dikatakan macam-macam rasa ada. Ada rasa sedih, happy dan lain-lain...

Hajat hati mintak cuti balik kampung untuk happy dengan family sebab raya pertama tak dapat bersama family. Tapi takdir menentukan... Dalam gembira ada sedih. Pak Teh Hana ditimpa penyakit yang berat. Sedih & pilu bila terkenangkan dia & keluarganya. Pasti sukar untuk mereka sekeluarga terima kenyataan tersebut. Tapi apakan daya, sudah takdir Ilahi.

Walaupun kami balik ni untuk berjumpa ahli keluarga, tapi tak dapat pun berjumpa dengan semua. Ya lah sekolah pun belum cuti lagi. Ada sepupu sepapat yang belum bercuti. Tahun depan harapnya dapatlah beraya dengan semua ahli keluarga...Next year turn Hana dapat cuti...

Doakanlah supaya DIA meringankan beban penyakit yang ditanggung oleh Pak Teh Hana....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 10, 2012

Dugaan...

Assalamualaikum & Hye

Hari ni i was in Kedah. Mujur apply cuti. Mulanya ingat nak balik sebab nak berbuka dengan family dah nanti tak dapat balik beraya.

Tapi Allaah S.W.T takdirkan Hana balik melawat ayah saudara yang sedang sakit. Dan hari telah jelas masalah yang Pak Teh alami.

Sedih & pilu bila dengar apa yang keluar dari mulut Doc.  tu. Dia dapat dua penyakit yang amat berat. Oh Allaah, Kau ringankanlah bebannya. Kau berikannya kesabaran & ketabahan kepadanya.

Dia kena raya kat sini tahun ni dan paling sedih raya di hospital jugak tak ada sesiapa dibenarkan melawat.

I know how it feel when nobody could met us. He had to be isolate. Nak menangis pun ada... :(

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 8, 2012

Sungguh Aku Hiba!

Assalamualaikum & Hye

Hana rasa teramat-amat sedih...
Sorry la yea kalau korang yang selalu baca @ terbaca 
entri-entri di blog Hana ni yang selalu & kebanyakkannya adalah
kisah duka berbanding suka, ilmu, info dan selainnya..

Tak tertanggung rasa hati bila tengok orang lain 
yang baru pregnant, tengah pregnant
dan tak kurang yang dah bersalin ada baby yang sangat comel...
Dan jugak mereka-mereka yang sedang membesarkan,
menyusukan sendiri bayi mereka...

Sungguh hiba rasanya....
Mesti akan terkenangkan detik waktu bila tahu
dalam rahim ni ada baby....
Dan bila detik waktunya Hana terpaksa merelakan
dia 'pergi' sebab tak dapat servive...
Hanya sekali dapat dengar degup jantungnya...
Tu pun macam dengar tak dengar...

Ya Allaah....
Tersangatlah hiba....
Sedih sangat bile tengok orang lain...
Mengalir air mata...

Sorry la kalau korang bosan baca entri yang lebih kurang sama
saja ni...
(-.-)

_____________________________________________________________

Tadi ada patient tu admit sebab hyperem...
Kena insert branula pulak kat dia..
Dalam hati rasa cemburu pulak sebab dia tengah pregnant...
Disabarkan hati ni...

Monday, August 6, 2012

Terkenangkan Desa Nan Permai

Assalamualaikum & Hye

Bila dengar lagu raya je,melayang-layang la fikiran ni terkenangkan kampung halaman & keluarga.

Dulu masa kecik-kecik mak abah selalu bawak pergi berhari raya di rumah mak tam, mak lang, tok lang, tok teh & sanak saudara yang lain... Kutip duit raya...Hehehe...

Tapi paling penting tujuan utama mak abah bawak kami 3 beradik pergi beraya rumah sanak saudara adalah untuk kami saling mengenali & mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kami tak boleg kata 'tak nak pergi'...Wajib pergi walau camne pun.

Kecik-kecik dulu bila beraya tu, raya pertama lepas zohor bertolak la pergi rumah sedara mara. Paling lama 3 hari 3 malam baru habis ziarah. Tapi sekarang dah tak selama tu dah. Sebabnya ramai peringkat yang lebih tua tu yang dah meninggal dunia. Yang ada sekarang ni lapis-lapis anak dan sepupu sepapat.

Dah merata duduknya. Sekarang pulak Hana dah kawen, dah bekerja... So, dah tak dapat merasa suasana berhari raya macam dulu-dulu. Sedih sangat tau.. Pilu je bila dengar lagu raya.. Nak lagi lagu untuk orang merantau cam i ni.. Huhu..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 4, 2012

Review : Dejavu Di Kinabalu

Assalamualaikum & Hye

Sape ada tengok drama yang baru je tamat episodnya khamis baru-baru ni?
Ala drama kat TV3 tu la...
Setiap isnin-khamis pukul 7 malam tu....
Rasanya 99.9% confirm tahu nieh pasal drama tu...
Hana pun akceli tak ketinggalan...
Hehehe...

Korang setuju tak ending dia macam tu?
Best tak ending dia bagi korang?
Hurmmm...

Pada Hana lah....
Ending dia kurenglah....Tak umph....Hehehe...
*ingat teh lipton ke nak umph,umph...*
Bukan apa...Ending dia okey sebab dia pilih Si Bazli tu....
Sebab lelaki tu yang banyak bersama dia waktu susah senang sakit & sihat...
Tapi...
Entah...Rasa ada yang kurang menarik la...

Perasan tak?
Apa pulak penerimaan ibu Bazli?
Macam mana dengan Tyra pulak?
Apa jadi dekat Tyra?
Betul ke jantung dalam badan Nadira tu milik Innara?
Then jantung milik Innara tu ke yang menyebabkan Nadira berubah hati?
Secara realitinya....Betul ke akan jadi macam tu ek?

Then...
Lepas Bazli & Nadira nikah,
Si Nadira jatuh sakit. Doctor cakap kena buat lagi sekali transplan...
Transplan tu tukar jantung lain kan?
Pastu kenapa masa '3 tahun kemudian' tu...
Masa diorang terlanggar di airport tu, 
Tiba-tiba Nadira rasa degup jantung dia?
Memang perasaan dia ke macam mana tu....?

Korang pulak macam mana?


Sedih Sayu & Pilu

Assalamualaikum & Hye

Sedih bila dengar lagu raya yang berkumandang di radio...
Tahun ni tak dapat beraya bersama mak & abah..
Turn Hana kena bertugas di aidilfitri..

Sayu sungguh terkenangkan keluarga di kampung...
Bertambah pilu bila tengok orang lain
sibuk buat persiapan raya..

Sabar sajalah ye...
Nak buat camna...Kenalah sabar...Tuntutan kerja....


Thursday, August 2, 2012

VIRGIN COCONUT OIL (VCO CATALYST)

VIRGIN COCONUT OIL (VCO CATALYST)

KECANTIKAN LUARAN
- membantu megurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
- menghasilkan tenaga segera
jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus
- mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dematitis
- melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet

KESIHATAN DALAMAN
- meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
- memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin2 dan asid amino
- melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis
- mengurangkan stress pada pankreas dan sistem2 enzim dlm tubuh
- meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium utk tulang dan gigi yg kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis
- mencegah risiko sakit jantung
- mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi

MENINGKATKAN DAYA TUBUH BADAN
- membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim
- berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis
- melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif
- meredakan gejala2 yg dihubungkan dgn pembesaran prostate
- mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing
- membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yg lebih rendah berbanding lemak2 yg lain

MEMBUNUH VIRUS, BAKTERIA & KULAT
- membunuh virus yg menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis c, cacar air & herpes
- membunuh bakteria yg menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis & gonorrhea
- membunuh kulat yg menyebabkan candida, jock itch, kadas & infeksi yg lain
- membunuh cacing pita, lice, giarda & parasit

KESAN SEGERA PENGAMBILAN VCO:

melegakan pernafasan
-mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong

pembuangan air besar dan kecil
- menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis

meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh
-minyak kelapa dara diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan-badan akan terasa lebih bertenaga

memusnah organisma perosak
-seperti virus, bakteria, kulat dan ptotozoa(cacing) yang terdapat dlm usus kecil dan besar. jadi penghadaman mencapai tahap maksima

mengurangkan keadaan mudah lapar
-bila penghadaman mencapai tahap maksima, tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. oleh itu berat badan terkawal-tidak perlu makan banyak dan kerap

mengurangkan kandungan lemak badan
-berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang

mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
-mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung

mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru
-mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit

Banyakkan minum air masak semasa mengamalkan VCO Softgel, membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Amalkanlah VCO Softgel secara konsisten, in sya Allaah...

Wednesday, August 1, 2012

VCO & Collagen (Catalyst Product)

Assalamualaikum &  Hye

Hari ni saja nak ceritakan tentang kebaikan & kelebihan
VCO & Collagen daripada 
Catalyst Product.

Hana pasti, ramai yang dah tahu sangat pasal VCO & Collagen ni.
Untuk pengetahuan semua yang belum tahu...
Hana dah jadi agen catalyst yang sah okey.
So sesapa yang nak dapatkan product catalyst,
boleh jugak dapatkan daripada Hana ye.
Special price untuk followers blog ni tau!!!
Dengan syarat kena bagitaulah ID Follower blog ni tau.

Okeylah jom baca sikit pasal VCO & Collagen.

Siapa yang boleh ambil VCO Softgel?
Semua peringkat umur boleh ambil VCO Softgel. Dari baby sampai orang tua.Lelaki dan perempuan boleh makan VCO Softgel.

Berapa harga VCO Softgel? Ada berapa biji dalam sebotol?
Harga sebotol VCO Softgel adalah RM 39.90 (S/M) & RM 43.90 (S/S). Sebotol ada 60 biji. Boleh tahan selama sebulan.

Macam mana nak gunakan VCO Softgel?
Untuk makan : 1 Biji Pagi & 1 Biji Petang/ Malam (selepas makan). Ambil bersama air suam/kosong.
Sapu di muka : Lubangkan sikit pada softgel tu, picit sikit-sikit, sapukan pada wajah sebelum tidur.

Tak bertambah berminyak ke muka bila disapu ke muka?
Tidak. Kita hanya akan rasa berminyak ketika disapu ke muka. Namun setelah lama disapukan, kesan tersebut akan menyerap ke dalam kulit & boleh mencuci muka seperti biasa. Akan terasa kelembutan pada kulit anda.

Kalau dah kurus, bila ambil VCO Softgel macam mana?
Jangan bimbang ye. Kalau dah kurus, bila ambil VCO Softgel anda tidak jadi lebih kurus. Sebab VCO akan membantu menaikkan berat badan. Bagi yang nak kurangkan berat badan, VCO akan membantu meningkatkan kadar metabolisme.

Berapa lama boleh dapat kesannya?
Jika diamalkan secara konsisten, in sya Allaah anda akan nampak kesannya dalam masa yang singkat. Juga bergantung kepada hormon individu.

Halal ke VCO ni?
VCO Softgel daripada Catalyst adalah HALAL. Produk keluaran Catalyst Neutraceutical (M) Sdn. Bhd di MALAYSIA. It based from nature dan 100% bumiputra.

VCO Softgel boleh diambil oleh ibu mengandung?
Boleh, ia akan membantu memberikan tenaga sepanjang hari.

VCO Softgel boleh diambil oleh ibu yang menyusukan bayi?
Boleh, ia bertindak sebagai milk booster.

Orang yang baru lepas buat pembedahan boleh amalkan VCO SOftgel?
Boleh, tiada masalah/side effect.

VCO Softgel boleh diambil bersama ubat lain?
Boleh. VCO bukan ubat yang mengandungi bahan kimia seperti kandungan ubatan. Ia adalah supplement kesihatan 100% daripada minyak kelapa dara asli.

COLLAGEN

Berapa harga sekotak Collagen? Dalam bentuk kapsul/serbuk? Berapa paket?
Harga sekotak Collagen RM 59.90(S/M) & RM 65.90 (S/S). Collagen dalam bentuk serbuk. Ada 15 sachet/box, 3gm/sachet.

Cara pengambilan collagen macam mana?
Catalyst collagen sangat mudah diambil. Cara pengambilan : koyak satu sachet collagen, tuang/letakatas lidah & hisap. Kemudian baru minum air kosong / air suam. Lebih baik lagi jika minum air buah. Suggestion : collagen diambil waktu pagi.

Catalyst Collagen ni apa rasanya? Sedap tak?
Rasanya sedap dan rasanya macam masam manis buah.

Catalyst Collagen ni diperbuat daripada apa? Halal tak?
Catalyst Collagen diperbuat daripada ekstrak buah-buahan macam buah tomato, delima, blueberry, aloe vera dan lain-lain lagi.
Dan semestinya Halal. Di kotakada cop Halal.

Collagen ni boleh diambil semasa period tak?
Boleh. Tapi semasa period hormon kita berubah. Terpulang kepada individu, jangan risau sebab tiada side effect.

Kadang-kadang akan terasa lenguh badan. Jangan risau kerana collagen sedang bertindak dalam badan. 

Berminat untuk cuba VCO & Collagen ni? Atau ada sebarang pertanyaan?

 Hana 
013-9793421
(kalau boleh call saja.sebab sekarang ada problem dengan SMS)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...