ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Sunday, June 23, 2013

Semakin Meruncing

Assalamualaikum & Hye

Bila tengok keadaan cuaca dan persekitaran luar hari ni..
Rasa terkejut.
Makin menebal nampaknya..
Bimbang kesihatan diri.
Dah la hidung tengah tak clear.
Batuk pun dah ada sikit-sikit.
Kalau banyak beraktiviti luar rumah, Bakal mengundang yang lebih teruk.

Semoga jerebu ni cepat-cepat reda. Take care yourself okey guys and girls..

Thursday, June 6, 2013

Bawa Anak Mama Naik Monorail Lagi..

Assalamualaikum & Hye


Hari ni ingat abahnya dapat la kerja halfday saja..
Alih-alih tak dapat sebab ada kerja yang perlu diselesaikan segera.
Tak boleh tinggal..

Makanya mama lah yang bawak anaknya jalan-jalan..
Tak tahu nak bawak ke mana sebenarnya..
Bila tanya nak naik kereta api ke..
Jawabnya nak...
So bawaklah pergi ke monorail..
Naik monorail ke Berjaya Times Square tu.
Ingatkan mama dapat shopping barang mama..
Tapi tak sampai hati pulak bawak dia pusing-pusing..
BTS kan luas..

Lepas beli satu dua barang,
Beli la satu puzzle untuk dia.. Hope it's could help him
to use his brain..
Dia nak sebab puzzle tu pict. ultraman...
Kalau tidak... Jangan haraplah.
Nak belikan baju... Tapi.... Tak ada yang cantik and sesuai dengan saiz dia...



Friday, May 31, 2013

After A Few Visit..I Knew Why..

Assalamualaikum & Hye

Setelah sekian lama... Dan selepas beberapa kali visit.. 
Barulah Hana tahu keadaan diri Hana ni.
Kenapa? Hurmm.. Begini ceritanya........

Pagi tadi pergi jumpa doctor O&G lagi sebab dah masih tak ada apa-apa lagi kan.
So doc. tanya.. Mensus cycle masih regular ke tidak, ada apa-apa perubahan yang dirasai ke,
dan seumpamanyalah..
So then Hana cerita la apa yang patut.
Doc. cakap nak scan sekali takut ovari bengkak.
After USG (ultrasound gyne.) doc tanya,

Doc. : tahu kan rahim ke belakang?
Saya : err...ye ke doc., tak tahu pun.
Doc. : kalau tengok ni tak ada cyst/fibroid. ni rahim ke belakang ni. tapi tak pe. awak boleh mengandung. tapi lambat sikit. kebiasaannya lambat sikitlah. saya tak risau sebab awak pernah mengandung.
Saya : ooo..ok. then?
Doc. : kene tido meniarap ni. saya bagi clomid makan 2 biji, boleh?
Saya : ermm..boleh doc.
Doc. : okey, saya bagi untuk dua bulan. then kalau masih tak ada, kita buat test tengok kot tiub falopio sumbat ke..
Saya : thank Q doc.

Hurmm... Rupanya rahim tidak pada kedudukan normal. Patutlah susah, tak lekat-lekat. 
Tapi semuanya kerja Allaah. Kalau bukan dengan kehendakNya, tidaklah berlaku apa-apa keajaiban.
Tapi kita tidak pulak boleh hanya berdiam diri dan menunggu begitu saja.
Mesti diusahakan apa yang patut dan jugak diikuti doa dan tawakal..

Kepada yang senasib dengan Hana, dah lama menikah tapi belum dapat zuriat, 
pergilah check dengan pakar sakit puan.
Mungkin punya masalah yang sama macam Hana.
Mungkin jugak masalah lain-lain.


(google)

Lebih kurang macam tu lah rahim yang doc. scan tunjuk kepada Hana tadi.

Thursday, May 23, 2013

Nak Marah Biar Bertempat

Assalamualaikum & Hye

Hari ni hari yang menggelikan hati. Kesian orang tu... Nak marah-marah kesalahan orang. Diri sendiri salah tak pulak nampak. Bak kata pepatah... Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak pulak.

Macam ni ceritanya... Pagi tadi masa tengah tidur, tiba-tiba dengar bell bunyi tung tang tung tang... Siapa pulak datang rumah kita pagi buta ni. Ingatkan posmen datang hantar barang. Hish...!!! Kacau orang nak tidur.

Tengok-tengok seorang lelaki ber'uniform' hijau berdiri dekat dinding. Terdetik dalam hati... Pe hal ni?

"Kete sape d** **** tu?"
"Suami saya, kenapa ye?"
"Dia ada?"
"Tak ada, dah pegi keje,"
"Naik apa?"
"Naik motor,"
"Oh, ok tak pe. Nanti tolong ubah ye, tempat saya tu."
"Ok, nanti saya ubah,"

Puihhh! Ingatkan hal apa sampai cari ke rumah. Rupanya nak suruh ubah kereta yang kononnya kami dah parking dekat tempat dia.

You all mesti ada yang akan cakap...

"Dah tempat parking dia, mesti la dia marah. Korang yang letak merata. Nak marah orang lain pulak."

Haaa..... Jangan terus buat kesimpulan. Baca sampai habis baru buat kesimpulan okey!

Then lepas dia turun, Hana masuk rumah siap-siap turun bawah alih kereta. Okey then... Will see what kind of vehicle which is he park at the parking lot. Actually I cakap macam tu sebab tu tempat parking untuk motorsikal. Kami parking kat situ semalam pun dengan niat sekejap saja. Hari ni memang nak alih pun. Lagipun tempat parking motorsikal tu selalunya memang tak ada orang nak letak motorsikal. Selalunya kosong. Itu yang kami tumpang sekejap.

Semalam memang other outside parking penuh. Yang ada cuma di kawasan blok lain. Tu yang tumpang sekejap. Kami memang tak pernah parking di tempat yang bukan dikhaskan untuk letak kenderaan/kereta. Kami selalunya letak kereta ditempat yang sesuai. Tak pernah nak parking tak tentu hala. Orang lain yang selalunya tak ada akal. Walaupun berpangkat tinggi. Diorang suka parking sesuka hati.

You all tahu, siap letak kertas amaran and tulis,
"SILA UBAH SEGERA!!! INI PARKING SAYA PUNYA!!! 019*******"

Haa... Tengok la tu... Ayat cenggitu... Huh! Ade aku kesah ke? Tak malu mengaku tempat parking motor tu sebagai tempat parking kereta dia..
Dia tak rasa macam bo*** ke nak marah orang macam tu sedangkan diri dia pun tak betul? Yes we admit kami pun salah jugak sebab letak tempat yang salah. Tapi tak ada la selalu buat. Tu la first time tau.

Lagi satu...Ingat tak hari tu Hana ada post entry pasal ada orang letak kereta tempat parking kami? Yang terang-terang ditulis no.rumah tu pun ada yang buat tak nampak.. letak jugak kat situ. Ingat tak? Kalau tak ingat klik SINI.

Entahlah. Tak faham la dengan manusia zaman sekarang. Selalu nampak salah orang saja. Diri sendiri salah tak nampak pulak. Lepas selalu buat tak nampak walhal nampak je terang-terangan.

Dari situ kita dah boleh agak... Bagaimana sikapnya... Ada akal kan? Fikir sendiri.

Wednesday, May 22, 2013

Kesayangan Hamba!

Assalamualaikum & Hye

21/5/2013 merupakan hari lahir abah Hana. 13/5/2013 yang lepas pulak hari lahir emak Hana. Kami adik beradik merancang untuk bagi hadiah hari lahir untuk mereka. Tapi masih tercari-cari hadiah yang sesuai.

Pagi tadi Hana sms abah Hana ucapkan selamat hari lahir serta ucapan-ucapan lain. Bukan Hana tak nak call dan bercakap dengan abah. Tapi.... Setiap kali call mak atau abah mesti rasa macam sebak sangat. Macam nak menitis air mata. Sebak sebab mengenangkan jasa dan pengorbanan mereka membesarkan dan mendidik Hana hinggalah tanggungjawab yang dipikul oleh mereka berpindah kepada suami Hana.

Rasa macam nak mereka sentiasa di depan mata. Sentiasa nak lihat wajah mereka. Betapa besarnya pengorbanan mereka selama ni. Bila balik kampung rasa macam anak manja mereka lah pulak. Rasa nak berkepit ja dengan mak abah. Rasa macam semua permintaan Hana tak dikecewakan oleh mereka.

Merekalah kesayangan Hana.

Tadi ada call abah Hana sekejap. Tapi adik yang jawab. Bila adik bagi semula handphone dekat abah, abah macam tak mahu cakap. Rasanya bukan apa tu... Dia pun rasa sebak jugak bila nak cakap dengan anak dia yang dipetantauan ni. Huhuu...

I love u mom and dad!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...