ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Thursday, May 23, 2013

Nak Marah Biar Bertempat

Assalamualaikum & Hye

Hari ni hari yang menggelikan hati. Kesian orang tu... Nak marah-marah kesalahan orang. Diri sendiri salah tak pulak nampak. Bak kata pepatah... Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak pulak.

Macam ni ceritanya... Pagi tadi masa tengah tidur, tiba-tiba dengar bell bunyi tung tang tung tang... Siapa pulak datang rumah kita pagi buta ni. Ingatkan posmen datang hantar barang. Hish...!!! Kacau orang nak tidur.

Tengok-tengok seorang lelaki ber'uniform' hijau berdiri dekat dinding. Terdetik dalam hati... Pe hal ni?

"Kete sape d** **** tu?"
"Suami saya, kenapa ye?"
"Dia ada?"
"Tak ada, dah pegi keje,"
"Naik apa?"
"Naik motor,"
"Oh, ok tak pe. Nanti tolong ubah ye, tempat saya tu."
"Ok, nanti saya ubah,"

Puihhh! Ingatkan hal apa sampai cari ke rumah. Rupanya nak suruh ubah kereta yang kononnya kami dah parking dekat tempat dia.

You all mesti ada yang akan cakap...

"Dah tempat parking dia, mesti la dia marah. Korang yang letak merata. Nak marah orang lain pulak."

Haaa..... Jangan terus buat kesimpulan. Baca sampai habis baru buat kesimpulan okey!

Then lepas dia turun, Hana masuk rumah siap-siap turun bawah alih kereta. Okey then... Will see what kind of vehicle which is he park at the parking lot. Actually I cakap macam tu sebab tu tempat parking untuk motorsikal. Kami parking kat situ semalam pun dengan niat sekejap saja. Hari ni memang nak alih pun. Lagipun tempat parking motorsikal tu selalunya memang tak ada orang nak letak motorsikal. Selalunya kosong. Itu yang kami tumpang sekejap.

Semalam memang other outside parking penuh. Yang ada cuma di kawasan blok lain. Tu yang tumpang sekejap. Kami memang tak pernah parking di tempat yang bukan dikhaskan untuk letak kenderaan/kereta. Kami selalunya letak kereta ditempat yang sesuai. Tak pernah nak parking tak tentu hala. Orang lain yang selalunya tak ada akal. Walaupun berpangkat tinggi. Diorang suka parking sesuka hati.

You all tahu, siap letak kertas amaran and tulis,
"SILA UBAH SEGERA!!! INI PARKING SAYA PUNYA!!! 019*******"

Haa... Tengok la tu... Ayat cenggitu... Huh! Ade aku kesah ke? Tak malu mengaku tempat parking motor tu sebagai tempat parking kereta dia..
Dia tak rasa macam bo*** ke nak marah orang macam tu sedangkan diri dia pun tak betul? Yes we admit kami pun salah jugak sebab letak tempat yang salah. Tapi tak ada la selalu buat. Tu la first time tau.

Lagi satu...Ingat tak hari tu Hana ada post entry pasal ada orang letak kereta tempat parking kami? Yang terang-terang ditulis no.rumah tu pun ada yang buat tak nampak.. letak jugak kat situ. Ingat tak? Kalau tak ingat klik SINI.

Entahlah. Tak faham la dengan manusia zaman sekarang. Selalu nampak salah orang saja. Diri sendiri salah tak nampak pulak. Lepas selalu buat tak nampak walhal nampak je terang-terangan.

Dari situ kita dah boleh agak... Bagaimana sikapnya... Ada akal kan? Fikir sendiri.

0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:

Post a Comment

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...