ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Tuesday, April 30, 2013

Mak Tiri Gatal???

Assalamualaikum & Hye


Wahhh... Tajuk tak boleh blah kan...
Tetiba pulak keluar tajuk Mak Tiri Gatal?
Mengapakah digelar Mak Tiri Gatal?
Siapakah beliau yang bergelar Mak Tiri Gatal?


Okey...Actually Hana memang tak tahu apa sebenarnya 
yang berlaku...
Kenapa & Siapakah Mak Tiri Gatal tersebut...
Huhuhu.....


Eh, Dah tu kenapa tajuk entri macam tu?
Saja nak buat gempak eh?
Mesti ada yang rasa macam nak lempang laju-laju kan?
Okey...Relax lah wei...
Jangan kecoh-kecoh...
Ada la ceritanya ni nak diceritakan....


Tadi GOOGLE pastu pergi ke web NUFFNANG tu..
Jalan-jalan-jalan-jalan.... Klik sana klik sini...
Jumpa la benda di bawah ni haaa...

(clik picture for zoOm)


Haaa... Apa yang awak semua nampak? Ada jugak yang search gitu dalam blog ni ye?
Huhuhu.... Selalu orang serach pasal mak tiri dera anak tiri, mak tiri jahat, mak tiri pandai berlakon/bermuka-muka...


Kali ni memang luar jangkaan. Hehehe... Tak pernah terlintas nak search kat internet macam tu...
Agaknya macam mana dia boleh dapat inspirasi untuk serach begitu yea..Adakah kemungkinannya :-

-ibu tirinya gatal? 
-ibu tiri kawan dia yang begitu? 
-dia sebagai ibu tiri yang gatal?
-ibu tiri yang gatal dengan anak tiri? ibu tiri yang gatal dengan lelaki lain?


Whateverlah! Dunia oh dunia...



happy sekejap tengok blog stat untuk hari ni...
maklumlah... blog ni biasanya bukan ada ramai pengunjung
berjuta-juta lemon macam blog keknis, irine, ben dan blogger-blogger
famous amoss yang lain...
Heeehee....




Monday, April 29, 2013

Bagai Ditusuk Belati Tajam

Assalamualaikum & Hye

Sejak dua tiga hari ni... Dihujani dengan soalan-soalan yang agak sentisitif. *terlihat disitu yang empunya diri perasan macam dirinya artis yang dihujani kontroversi. ---» sila lempang.segera. (:

Dalam dua hari lepas jumpa kawan lama. Dulu dia kerja satu tempat dengan Hana jugak. Tapi dia dah berhijrah ke gov. ... Soalan yang kalau boleh tak nak dengar orang tanya. It could make me sad. (@_@)...

Hari ni 2 orang wife to my hubby's friends... Tanya soalan yang sama... Diorang pulak dah nak tambah lagi... Me? Nothing. Hurmm... Rasa nak menangis bila ada orang tanya soalan macam tu. Bukan tak suka sebab apa... Tapi soalan macam tu membuat imanku goyah... Pastinya mula menyoal dan mempersoalkan sesuatu yang bukan kuasa ku.

Soalan tu jugak buat Hana rasa sebak. Sebak rasa nak menangis biar pun hati ni cuba menyedapkan hati sendiri. Siapa yang tak nak kan... Semua orang yang macam Hana pasti menginginkannya. Ia satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya yang mengalaminya saja yang tahu.

Tak boleh nak salahkan sesiapa atau apa-apa. Hanya DIA yang tahu setiap satunya di atas muka bumi ni.

Ya Allaah,
Berikan ku kekuatan demi menempuhi setiap yang ada di depan ku.
Ameen..

Wednesday, April 24, 2013

Entri Bengang Di Pagi Hari

Assalamualaikum & Hye

Pagi-pagi buta dah menyakitkan hati. Ada saja berita dan cerita yang tak sedap. Meluat betol. Susah sangat ke nak tengok kebaikkan orang daripada hanya pandang keburukkan?

Kata orang tak bekerjasama. Korang pun sama ja lah. Tak mahu langsung bekerjasama. Nak berkira je yang tau. Pastu aniaya orang. Yang tu korang no. 1 la kan... Tak payah diajar tak payah ditunjuk. Mendajalkan orang je kerjanya. Tak paham aku dibuatnya.

Orang tolong jaga pun dah besar rahmat. Haish! Bengang betol ni!

Bagi susu dibalas tuba.
Bagai melepas anjing tersepit.

Tu la peribahasa paling sesuai.

Kita jangan nak pandang buruk je dekat orang. Kita berada bawah 1 bumbung. Jadi semestinya kena kerjasama. Tak boleh la nak bebankan orang lain ja. Lagi satu jangan asyik nak tuduh orang saja.

Menyampah!

Menu Apa Pula Malam Ni?

Assalamualaikum & Hye

Hurmm... Masa on the way balik kerja tadi otak dah memikir nak masak apa pulak malam ni. Semalam buat tom yam. Dua kali buat tom yam... Semalam barulah terasa macam makan tom yam. Hehehe... Biasalah.. Saya budak baru belajar.

*psst... Nama je menu malam.. Tapi di makan pukul 6pm.. ngeee.... (^_^)

Hari ni rasa nak masak kambing black pepper saja kot. Pastu sayur pulak kacang panjang goreng. Cukuplah untuk dua orang kan...
Hurmm... Tak ada idea nak masak menu lain. Selalu tengok kat internet kalau nak cari resepi baru.
Hana susah sikit nak try menu lain. Kena tengok dulu menu apa nak masak.
Kena beli barang betul-betul kalau nak masak menu baru.

Dah sah pemalas nak pergi pasar cari barang. Bukan apa, disebabkan susah nak parking itu yang malas nak pergi pasar. Kalau nak pergi sangat Hana ajak time Mr. Hubby ada.
Sebab boleh pergi naik motor saja.

Resepi Tom Yam Sedap

Bahan
- 1/2 ekor ayam
- 2 batang serai
- 1 biji tomato
- 2 ulas bawang putih
- 1/4 bawang besar
- 3 sudu pes tom yam
- 2-3 cawan air putih @ ikut kesesuaian untu kuah tom yam
- 1/2 biji limau nipis
- 1 inci halia
- 1/4 potong bunga kubis
- 3 sudu minyak masak
- 2 helai daun limau
- 5 batang Cili padi @ ikut citarasa anda
- garam secukup rasa
-2 sudu susu pekat

Cara-cara
1. Ayam dipotong kecil-kecil, basuh dan toskan. Perah limau nipis dalam mangkuk.

2. Masukkan minyak, tumis bawang putih dengan api kecil.

3. Lepas naik bau, masukkan ayam yang dah dipotong tadi. Kacau hingga isi ayam sedikit masak.

4. Jangan biar terlalu lama. Cukup 1-2 minit. Kemudiaan masukkan dua cawan air putih. Biarkan mendidih.

5. Masukkan serai, daun limau, cili padi (yang dah ditumbuk sedikit), pes tom yam dan susu. Kacau sebati. Biarkan mendidih.

6. Masukkan bunga kubis, tomato dan bawang besar yang dipotong. Juga air perahan limau nipis.

7. Selepas naik bau, masukkan garam secukup rasa. (Hana guna Cukup Rasa je). Kalau rasa nak lebih pedas tambahlah cili padi ikut citarasa sendiri.

8. Biar mendidih seketika (2-3 minit). Siap untuk dihidang.

*resepi ni Hana belajar dari en. Suami. Hehehe...

Thursday, April 18, 2013

Air Panas! Air Panas!

Assalamualaikum & Hye

Semalam kan day off. Jadi macam-macam la plab dalam otak ni.
Nak ke sana nak ke sini.
Bangun dengan ceria hendaknya bagi memulakan hari yang indah. Huhu...
Ni hari baru Mak Jemah nak cerita...
Mak Jemah memang suka basikan cerita baru nak dikeluarkan. Huhu...
*mak jemah la pulak dah...

Masa tengah nak bancuh milo untuk suami tercinta...
Entah macam mana air panas yang berada dalam mug tu...
Tertumpah ke arah Hana...
Waaa... Menjerit jugak..
Tapi tak kuat.. Hehehe... Dok kata "panas!" "panas!" tu je..
Otak hantar signal ke tangan bertindak untuk tanggal seluar yang kena air panas tu.
Then alirkan air paip kat tempat yang kena tu.
Tapi terlebih cerdik pulak. Lepas tu pergi letak ais tempat melecur.
5 ke 10 minit kemudian.. Mula naik macam nak menggelembong...
Like a blister..

Mujurlah Mr. Hubby ada. Dia ajak ke klinik.
Terus siap-siap dia bawa ke HATTM.
Lepas bagitau apa sakitnya, dia suruh isi borang sikit.
Then terus dibawa ke bilik rawatan. Student dengan medical student kot...
Tolong sapukan SSD cream. Lega rasa.

Lepas sapu cream barulah diambil vital sign Hana.
Then M.A tu prescribe ubat and bagi MC.
Tapi MC tu bos saya nak terima ke? Entahlah...

Moral of the story.. Fokus bila buat sesuatu, ya.
Next entri Hana akan cuba bagi tips hadapi kelecuran macam air panas.
Hehehe... Insya Allaah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...