ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Wednesday, October 31, 2012

Sayu Hati

Assalamualaikum & Hye

Hari ni habislah sudah MC yang doc. bagi. Walau badan masih terasa lemah.. Tapi kita kena kuatkan jugak badan..Kuatkan semangat. Ada tugas yang harus dilaksanakan. Cuti lama pun badan tak sihat makin lemah kot. Mana la tau bila kita mula bergerak aktif, badan pun akan lebih sihat.

Tapi.... Jauh di sudut hati ni terasa sayu sangat nak berpisah dengan mak dan abah. Dah tak dapat nak bermanja dengan mak dan abah. Maklumlah lepas keluar dari ward, mak abah yang jaga kat rumah. Nak salam dengan mak abah tadi terasa sebak. Tak terucap apa2 hatta ucapan 'terima kasih'... Sebak!

Sayunya rasa... Mak Abah... Ketahuilah anakmu ini amat menyintaimu...


Tuesday, October 30, 2012

Keselesaan...Hargai Kehidupan..

Assalamualaikum & Hye

Selesakah anda dengan kehidupan anda kini? Adakah anda masih mencari sesuatu yang lebih selesa daripada apa yang anda miliki hari ni?

Okey, ini bukanlah iklan peluang perniagaan atau peluang merubah kehidupan kepada keadaan yang lebih selesa. Apa yang Hana nak cakap ni tentang kehidupan masa kini. Kepada mereka yang mengintai peluang perniagaan untuk merubah kehidupan kepada keadaan yang lebih selesa tu... Silakanlah... Pastikan anda pilih jalan yang betul.

Keselesaan yang Hana maksudkan adalah kesihatan tubuh bdan kita. Bila mana tubuh badan kita sedang sihat itulah keselesaan yang terbaik dalam kehidupan kita. Percayalah! Ia satu nikmat & rahmat yang tidak terhingga dalam kehidupan kita. Bila tubuh alami kesakitan, rasanya sangat perit. Saat itu barulah kita akan rasa tubuh yang sihat itu sangatlah berharga. Kepada anda yang masih sihat tubuh badan tu jagalah kesihatan dengan sebaiknya. Once your body had pain... segala keselesaan & kekayaan yang ada dah tak berguna lagi.

Tak guna ada duit berjuta kalau badan sakit. Nikmat kesihatan yang Allaah S.W.T berikan kepada semua hambaNYA adalah nikmat yang tidak ternilai harganya. Tidak akan ada nilai gantinya. Bila badan dah sakit-sakit macam ni barulah Hana sedar betapa kita wajib mensyukuri setiap nikmat yang DIA berikan. Nikmat pemberian Allaah S.W.T itu terlalu luas. Tidak terhad kepada harta benda & wang ringgit semata-mata. Selama ni Hana selalu berfikir....'Andainya aku punya banyak wang..'
Tapi hari ni Hana selalu memohon agar dikurniakan nikmat kesihatan tubuh badan akal dan rohani. Tiada yang lebih penting melainkan nikmat kesihatan.

Peliharalah kesihatan anda sebaiknya.. Hana dah merancang, lepas ni bila kesihatan dah kembali stabil, Hana akan cuba amalkan gaya hidup sihat. Tak mahu malas-malas lagi. Bila ada masa, nak bersenam keluarkan peluh. Tak semestinya kena berlari @ ber'jogging' di tanam... Berjalan kaki sampai keluar peluh pun kira senam jugakkan? Apa pun diharapkan anda di luar sana hargailah kesihatan anda sebelum anda jatuh sakit....macam saya...Huhuhu...Bersyukurlah dengan setiap nikmatNYA...

Renung-renungkan...Selamat Beramal!
      

Monday, October 22, 2012

Alone + Pain

Assalamuaaikum & Hye

Ya Allaah...
Sakit sungguh urat perut/abdomen ni.. Tak  tertanggung sakitnya bila terpaksa melepaskan batuk. Perit betul rasanya. Malam ni tak ada orang nak tolong urut perut yang sakit ni. Sedih pulak rasanya. Tapi apa boleh buat... Tugasan penting sedang menantinya.

Petang tadi Mr. Hubby dah bertolak balik ke Penang, meneruskan kursusnya. Tu pun dah rasa bersyukur sebab dia dapat pelepasan untuk sehari..'hari ni la.' Patutnya dah kena balik hari ahad lagi. Adoiyai.... Sakit pinggang jugak ni..Tungku moden tu pun tak bawa bersama. Kalau tidak boleh lah buat bertungku...

Seksa sangat rasanya. Tak batuk tak apa. Tak rasa sakitnya. Bila batuk tu yang tak tertahan. Rasa macam nak cabut urat yang berkaitan tu bila batuk, then letak balik bila tak batuk. Huhuhu.. Kalaulah boleh buat macam tu kan...

Err.... Alang-alang tu nak tanyalah... Sesiapa tahu cara nak kurangkan sakit macam ni selain makan ubat tahan sakit. Dengan angin satu badan lagi.. Tegang ssemacam perut ni. Hurmm... Ya Allaah...Bantulah hambaMu ini. Kena tinggal sorang-sorang ni tak best rasanya. Bosan. Tapi ingat nak rest lagi kat hospital. Esok tengok macam mana...

Tolong ye, anybody yang ada cara tertentu untuk keluarkan angin dalam badan + kurangkan rasa sakit urat perut ni....Pendapat / pandangan anda amatlah dihargai... Huhuhu...

Alhamdulillah.. Better Today

Assalamualaikum & Hye

Dengan penuh kesyukuran ku panjatkan kepada Ilahi.. Hari ni rasa lebih baik daripada semalam. Batuk dah kurang. Cuma ada sikit-sikit la rasa tak selesa dekat abdomen. Kembung perut sebab angin. Tapi lagi kurang la daripada semalam. Hurmm... Syukur sangat-sangat..

Mujur Mr. Hubby ada. Boleh la dia tolong beli makanan bila terasa lapar. Yang tak best menu breakfast, lunch dgn dinner je yang tak best. Asyik menu sama je tiap hari. Memang bosan. Tapi syukur la jugak sebab ada makanan daripada tak ada langsung tu.

Semalam makan cheese cake sebab teringin. Hari ni ingat nak makan ayam penyet la pulak. Hehe..
Selera nasib baik tak kurang. Ngeeee~~~

Hari ni Mr. Hubby dah kena balik ke Penang. Semalam dia minta kebenaran ketuanya di tempat kursus untuk balik hari ni because of i was admitted. Petang nanti tinggal sorang la. Sabar sajalah..

Sunday, October 21, 2012

Nebulizer Reduce!

Assalamualaikum & Hye

Hari ni doc. datang and she said pernafasan better. Nebulizer dia reduce to 8 hourly semula. That mean petanda baik. IV Zinacef dah change to Tab. Zinnat. So dia add on symbicort. Huhu.. Selalu ajar pesakit pakai/guna symbicort tu.. Lepas ni pakai sendiri la pulak. Biasanya kalau nebulizer dah reduce to 12 hourly barulah doc. akan ada plan untuk discharge.

Ya Allaah,
Berikanlah kesembuhan kepada hambaMu ini. Namun aku syukur kerana Kau berikan kesakitan ini agar menjadi penghapus dosa-dosa kecilku.

Emm.. Tapi tak tahulah kan bila akan discharge tu. Mungkin jugak before raya qurban.. May be jugak raya qurban di sini.. Huhu.. Nasiblah kan. Terima saja seadanya. Ni lah time nak berehat lepas menahan sakit yang dah lama tu. Apa pun kita doakan semua baik-baik belaka. Ameen...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...