ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Monday, April 8, 2013

Ibu... Engkau Ratu Hati Selamanya..

Assalamualaikum & Hye


Semakin menghampiri tarikh keramat itu... *sesuai dengan nama tempat tinggal kg. Dato Keramat...
»» statement yang tiada kaitan. Sila lempang si penulis laju-laju... Huhu...


Okey serious... Semakin dekat dengan tarikh keramat tu... Yang mana menukar status Hana serta kegembiraan dan keterujaan itu diragut pergi... Semakin hati ni terasa pedihnya, sayunya, pilunya... Seolah-olah macam baru semalam berlaku. Ya... Tika mendapat tahu ada insan lain yang hidup dalam rahim ni, betapa teruja dan gembira rasanya. Rasa nak menjerit dan beritahu satu dunia.


Tapi.... Semua itu hanya sementara. Tak dapat bertahan lama. Allah mengambil kembali apa yang DIA berikan kepada Hana. Peristiwa yang sentiasa segar diingatan. Dan insan yang paling banyak memberi kata semangat... Tentulah emak Hana. Dia lah yang memberi kata-kata perangsang supaya Hana terus kuat demi menghadapi dugaan ni. Hampir tiap ketika dia menghantar sms kata-kata penguat semangat yang hampir luntur.


Sampai hari ni pun... Emak selalu hantar sms cerita itu dan ini tentang kawan-kawannya yang pernah alami pengalaman macam Hana. Sungguh jasanya tidak terbalaskan.


Terima Kasih Mak! I lurve U so Much!
Kau lah ratu hati ku selamanya.

Rindu detik indah itu.
Dalam kenangan...

Sunday, April 7, 2013

Plan For Plan B

Assalamualaikum & Hye

Since pihak gov. dah keluarkan iklan hari tu.. Hana dah ada plan baru. Hehehe... Iye iye je macam confirm dapat kan? Tak apa at least kita ada perancangan masa depan. Betul tak? Comey kan Kak Ton... *err... Tetiba pulak... Hehe.. Semalam Kak Timah. Hari ni Kak Ton pulak....

Kalau kerja dengan gov. kalau nak cuti tanpa gaji boleh kan? Hana ada pernah baca one of the blogger ni (tak ingat berapa lama ambil cuti tanpa gaji) ambil unpaid leave ikut suami pergi oversea. Bestnya... Tapi Hana pulak kalau dapat kerja dengan gov., nak ambil unpaid leave untuk terbang ke timur tengah.. Ngeee... (:  .... *ni pun macam penuh confident je nak dapat kan? Tak apa.. Pencetus semangat.

So bila balik still ada kerja kan. Tak susah dah nak kena cari kerja. Bestnye lah kalau impian tercapai..

Kepada readers yang singgah sini and baca entri ni... Hana harap doa kalian. Hana harap if dipanggil untuk interview... Pastu mestilah berharap jugak semoga urusan berjaya. Huhuu...

Doakan untuk Hana ye. Thank Q bery muchh!

#orakserabutparkingcardhilang

Friday, April 5, 2013

Kerana ICT..

Assalamualaikum & Hye

Petang tadi menonton Al-Kuliyyah di TV3. Tajuk menarik perhatian Hana. Tentang ICT dan kehidupan kita. Memang tak dinafikan ICT mampu membuatkan hidup kita lebih mudah. Nak cari apa-apa, search saja.

Nak masak, search saja resepi apa kita nak. Nak menjahit, cari saja tutorialnya melalui blog, youtube dan lain-lain lagi. Nak baca Al-Quran... download saja aplikasinya. Bagi yang ada smartphone tu... Pasti hampir keseluruhannya mesti ada kemudahan untuk access internet kan?

Walaupun banyak kebaikkan ICT ni.. Tapi masih tetap ada keburukannya. Keburukan yang datang itu adalah dari pengguna itu sendiri. Baik dan buruk ICT ni terpulang kepada si pengguna. 

Kerana ICT yang jauh jadi dekat. Kerana ICT juga, yang dekat jadi jauh.

Kepada yang suka download macam-macam dalam smartphone mesti ada jugak download aplikasi macam Al-Quran dan hadis.. Jangan risau jika anda mahu masuk ke tandas membawa smartphone anda. Selagi mana aplikasi Al-Quran itu tidak dibuka semasa bawa masuk ke tandas ia tidak menjadi msalah. Contohnya kita tengah buka aplikasi tu.. Baca ayat Quran.  Tiba-tiba rasa nak buang air. Tutup aplikasi tu then masuklah ke tandas. Takkan smartphone mahal nak tinggal di luar. Nanti kecurian la kan. Hehehe..

Bagi yang nak dengar/menonton Al-Kuliyyah siri petang tadi, boleh tonton di tonton.  Heeheee...

Manfaatkan kemudahan ICT kini dengan sebaiknya.  Jangan salah gunakan ye...

Target Achived!

Assalamualaikum & Hye

Kak Timah ni memang suka simpan cerita sampai dah basi baru nak diceritakan. Hahahaha... Sabar sajalah ye. Hehehe... Kak Timah la pulak ye. Jangan klik ' X ' untuk close window anda. Ini memang belog buruk ssmr89.blogspot.com ye.

Disebabkan bulan februari yang lalu dah bekerja kuat dan dengan paksa rela. Dapatlah Hana capai impian nak memiliki ini. Dan ditambah lagi dengan rebate rm200 melalui PKB (pakej komunikasi belia) tu dapatlah memiliki ini.

Next target S-Galaxy Note10.1 la pulak. Hehehe... Harap-harap hujung tahun ni dapatlah.

Ada lagi target yang lebih besar. Aku mahu terbang.. Semoga diizinkan.

Alhamdulillah... Syukur..

Thursday, April 4, 2013

One Fine Day....

Assalamualaikum & Hye

Teringin sangat. Tapi sekarang masih baru lagi menceburi kerjaya ni.
Jadi kena kutip pengalaman di sini dulu. 
Syarat minimanya sekurang-kurangnya 2 1/2 - 3 tahun
clinical/hospital base experience..
So Hana just kena kerja di sini dulu hingga ke tahun yang 2 1/2 atau tahun ke 3..
Barulah boleh mendaftar dan memenuhi salah satu
syarat kelayakannya.
Sambil tu diharapkan dapatlah memujuk si dia 
agar mengizinkan Hana mengejar cita-cita Hana yang terpupuk sejak
mula berkecimpung dengan kerjaya ni.

Impian ku... [Aku Mahu Terbang]
Tak apa.. I boleh sabar lagi.
Disamping memohon agar dilembutkan hatinya...


Tadi dikejutkan dengan berita yang dibaca di laman maya ni...
KKM akan buka pengambilan jururawat mulai Jun ini.
Permohonan hingga 30 April 2013.
Sangat-sangat berharap agar kali ni berjaya dalam urusan tersebut..

Yang berkenaan yang nak buat permohonan ----> SINI 
Info berita lihat SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...