ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Monday, August 27, 2018

Dengarlah Keluhan Mereka

Assalamualaikum & Hi

Selamat Hari ISNIN. Korang jangan nak Monday Blues sangat eh. Lama cuti raya kan? Dengan cuti sekolah lagi.. Adik-adik yang sekolah tu, pergi sekolah jangan malas-malas yea.. Seminggu dah rehat kan..

Mak-mak, Ayah-Ayah yang dekat rumah or dekat office tu.. Nak tanya sikit lah.. Korang kan, kalau Pasangan Korang cerita Apa-apa, Korang jenis dengar tak? Tak pun memang jenis malas nak dengar sebab pikir 'aku sendiri pun banyak masalah, nak dengar masalah kau'..

Sebenarnya sangat penting untuk dengar keluhan/luahan perasaan Pasangan Korang. Selalunya yang jenis malas nak dengar ni, orang lelaki lah. Bila dicerita apa-apa, buat tak reti ja. Macam tak dengar. Punya lah yang sorang tu cerita bagai nak rak, yang sorang lagi jangankan pandang & dengar, sahut 'ermm..' pun tidak.

Selalu ya bila orang cerita dekat kita, maksudnya kita pentinglah tu bagi dia. Kita kena tahu cerita dia tu. Kalau tak berminat nak dengar pun, buat-buat lah macam berminat. Dengar aja lah. Paling senang kalau dia cerita ja, tak ada nak mintak pendapat ke apa. Mintak kita dengar je.

Kalau menyahut sekali sekali,
"ooo..."
"gitu eh.."
"ye ke.."
"hurmm.."
Macam ni pun dah OK. Si pencerita pun rasa senang hati, ada org sudi dengar celoteh dia.

Isteri pun sama, kalau Si suami dok cerita perihal office banyak kerja ke apa ke dengar je.. Jangan buat tak tahu. Sahut la sikit kalau pun masa tu tengah sibuk tidur kan anak ke, lipat baju ke..

Sangat penting tau komunikasi ni. Dengan siapa lagi pasangan tu nak bercerita kalau bukan dengan pasangan dia.

Kalau tak suka dengar pun, biar dia habis cerita dulu. Kalau ada yang perlu tegur, cakaplah baik-baik. Jangan tengking-tengking sampai jadi gaduh pulak.

Jangan tak tahu, benda ni pun penting untuk perhubungan dengan anak-anak yea. Dengar apa mereka nak cerita. Lepas tu kalau nak tegur, tegur baik-baik. Kalau nak bagi pendapat mesti mereka pun suka. Mereka pun akan rasa ada orang ambil berat, parents sayang kan mereka, peduli tentang mereka.

Tu je nak cakap. Kalau rasa tak tahu nak berkomunikasi macam mana, pergi Google, tengok YouTube ke.. Belajar. Banyak channel boleh belajar. Cari buku pun OK kalau malas nak Google.

Wassalam..

0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:

Post a Comment

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...