ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Sunday, February 3, 2013

Ambil Iktibar

Assalamualaikum & Hye

Baru berkesempatan nak menonton cerekarama yang ditayangkan semalam. Permulaannya saja dah dapat iktibar. Memang semua golongan patut tengok cerekarama ni. Ini bukan saja berkisarkan ketaatan, syurga seorang isteri... Tapi ni kisah keluarga. Kisah ibu bapa.. Anak-anak dan juga suami isteri.

Ambillah iktibar daripada cerita ni.

Bagi Hana kisah ni memang memberi pengajaran. Sama ada sebagai isteri, suami, anak, ibu atau bapa semua ada pengajaran masing-masing. Nilailah dengan mata hati. Bukan hanya menonton sebagai hiburan semata.

Jom kita tengok apa yang boleh dapat daripada cerita ni..

1. Isteri tidak perlu mengikut setiap kata suami jika apa yang dipinta/dibuat oleh suami jika suami itu sendiri tidak menurut undang-undang islam.

2. Suami wajib menunaikan tanggungjawab terhadap isteri & keluarga. Bila suami menunaikan semua tanggungjawabnya terhadap isteri, barulah dikira berdosa bila melanggar arahan/tidak mengikut perintah suami.

3. Suami juga perlu ada sifat kemanusiaan/prihatin terhadap keluarga mertua. Sama juga seperti isteri. Tidak melarang isteri bertemu ibu bapanya selagi pertemuan itu tidak mendatangkan keburukan/dosa.

3. Anak haruslah mengenang jasa kedua-dua orang tuanya. Tunaikanlah tanggungjawab sebagai anak terhadap orang tuanya walaupun mereka tak minta dibalas jasa mereka.

4. Ibu bapa juga harus faham apabila anak perempuan mereka sudah bernikah, maka anak perempuan mereka itu adalah hak milik suaminya. Apa saja yang dilakukannya mesti mendapat izin suami.

5. Berhutang jangan sampai membebankan orang yang tidak bersalah. Suami berhutang hingga isteri turut terbeban. Bukan lagi atas nama 'membantu' suami.. Tapi jadi 'menyara' melunaskan hutang suami.

6. Ibu bapa jangan bersikap pilih kasih. Melebihkan anak yang pintar, mengabaikan anak yang kurang pintar. Kalau memberi pujian sekadar untuk menaikkan semangat anak yang kurang pintar untuk berusaha lebih kuat, itu tak mengapa. Tapi jangan sampai si anak rasa tersisih.

Rasanya ini yang Hana dapat daripada menonton cerekarama tu. Kalau anda rasa ada nak tambah... Sila komen di bawah. Ilmu kita kongsi bersama agar jadi panduan dalam hidup.

0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:

Post a Comment

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...