Assalamualaikum & Hye
Di kala hati yang gundah gulana ni, sangat indah,tenang & aman kalau dapat berada di tepian pantai sambil mendengar deruan ombak yang tidak putus menghempas pantai merasa lembutnya hembusan angin bayu yang bertiup.
Saya sangat sukakan pantai. Mendengar deru ombak yang menghempas pantai pun sudah cukup mendamaikan. Menenangkan hati yang resah, meredakan kekusutan di hati. Pantai...
Terlalu mahu pergi ke pantai. Tapi di KL ni mana nak ada pantai yang saya mahu. Memang ada pantai... Tapi pantai yang makin mendesakkan fikiran, meresahkan lagi hati yang gundah.. Yang kedengaran bunyi bising kenderaan.. Hon sana sini... Pantai Dalam,Hosp. Pantai... & lain-lain pantai...
Mudah-mudahan dapat merasai ketengan itu dalam masa terdekat.
0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)