ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Saturday, January 26, 2013

Sungguh Insaf...

Assalamualaikum & Hye

Sekali lagi entri malam ini memaparkan tentang rasa syukur dengan semua nikmat yang tidak terkira banyaknya. Allaah SWT yang Maha Kaya. Dia tidak kedekut untuk beri apa saja yang kita minta. Cuma adakalanya Dia hanya beri apa yang kita perlu. Tapi kita selalu lupa dengan semua pemberianNya. Kita tidak mahu mengucapkan syukur dengan semua itu.

Janganlah kita berburuk sangka dengan Allaah SWT. Kita kena selalu bersangka baik denganNya. Allaah tak pernah mengecewakan kita. Kita yang selalu kecewakan Dia.

Okey, Hana tak nak berceloteh panjang tentang semua ni. Sebab Hana dah banyak bercakap tentang hal ni dalam entri sebelumnya. Now Hana nak ajak kawan-kawan baca entri yang menyentuh hati ni... May be ada yang dah baca, may be ada yang belum. Walau apa pun, semoga isi & intipatinya dapat kita jadikan pedoman & panduan dalam kehidupan. Jadi hamba yang tahu bersyukur. Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah....

Bacalah...

Kita Berbeza, Bersyukurlah

Assalamualaikum & Hye

May be ini kali kedua Hana cakap tentang tajuk ni.. Tapi isinya berbeza kot. It's okey.. Jom kita tengok isinya sama ke....

Actually Hana terasa insaf bila baca tentang orang lain. Nasib kita semua tak sama. Masing-masing ada kelebihan & kekurangan. Ada kita lebih kepada harta. Tapi keluarga kucar-kacir. Ada pulak harta tak ada @ tak seberapa, tapi keluarga bahagia. Ada pulak ada anak tak ada suami... Nasib kurang baik suami buat hal. Ada pulak ada suami... Tapi belum rezeki nak ada zuriat.

Allaah SWT dah beri yang terbaik dalam kehidupan kita. Setiap ujian yang DIA berikan pasti ada hikmahnya. Kita perlu bersyukur sebab Allaah berikan ujian kepada kita supaya kita ingat kepadaNya. Bila kita sedih & menangis mesti kita akan ingat DIA kan? Kita akan sebut-sebut & memanggil namaNYA.. Dia uji kita sebab dia sayangkan kita. Kita saja yang selalu lupa padaNya.

Allaah SWT lagi suka bila kita sedih/bermasalah kita bersujud kepadaNya & mengadu kepadaNya.. Sebab itu orang yang selalu diduga itu orang yang disayangi Allaah SWT. Jadi walau apa dugaan yang hadir, yang harus kita hadapi... Sentiasalah mengingati Allaah SWT. Janganlah menyekutukan Allaah SWT.

Semoga pembaca yang tersinggah @ ternampak entri ni dapat faham apa yang Hana cuba sampaikan. Semoga dapat menjadi peringatan & pedoman kepada kita. Ni jugak peringatan untuk diri sendiri. Mari kita sama-sama jadi hambaNya yang tahu erti syukur dengan nikmat yang diberi.

Monday, January 21, 2013

Butter Prawn

Assalamualaikum & Hye

Setelah sekian lama tak masak butter prawn ni.. Semalam beli udang, tadi buat terus la. First time rasa butter prawn ni masa majlis jamuan makan di ward. Kakak senior tu bawak. Resepi sebenar google je. Tak tanya dia pun. Hehehe.. Ni Hana modify sikit. (^_^)

Jom tengok apa yang kita perlu & cara masak..(^_^)

Butter Prawn

Bahan (2 orang makan) -12 ekor udang (dibuang kulit & kepalanya)
-3 batang cili padi dipotong nipis-nipis (tambah kalau suka pedas)
-2 batang kacang panjang (potong kecil-kecil)
-1 biji telur
-2 hingga 4 sudu besar cheese (hana guna parmesan cheese)
-1/4 mentega/planta (hana guna salted  butter)
-Minyak masak
-Garam & kunyit

Cara Penyediaan
1. Goreng udang (yang telah dilumur garam & kunyit) hingga kekuningan/separuh masak. Siap, angkat & ketepikan.
2. Panaskan mentega/planta. Setelah cair, masukkan kacang panjang. Goreng hingga agak separuh masak.
3. Pecahkan telur dalam kuali (yang ada kacang panjang tadi) & kacau hingga telur hancur.
4. Masukkan udang & cili padi tadi dalam kuali yang sama. Taburkan cheese. Gaul sebati.
5. Masukkan garam & perasa secukup rasa...
6. Bila rasa dah okey, tutup api. Siap untuk dihidang.
Yummy.... (^_^)

Sumber asal



Thursday, January 17, 2013

Aku Mahu

Assalamualaikum & Hye

Di kala hati yang gundah gulana ni, sangat indah,tenang & aman kalau dapat berada di tepian pantai sambil mendengar deruan ombak yang tidak putus menghempas pantai merasa lembutnya hembusan angin bayu yang bertiup.

Saya sangat sukakan pantai. Mendengar deru ombak yang menghempas pantai pun sudah cukup mendamaikan. Menenangkan hati yang resah, meredakan kekusutan di hati. Pantai...

Terlalu mahu pergi ke pantai. Tapi di KL ni mana nak ada pantai yang saya mahu. Memang ada pantai... Tapi pantai yang makin mendesakkan fikiran, meresahkan lagi hati yang gundah.. Yang kedengaran bunyi bising kenderaan.. Hon sana sini... Pantai Dalam,Hosp. Pantai... & lain-lain pantai...

Mudah-mudahan dapat merasai ketengan itu dalam masa terdekat.

Pasrah + Redha

Assalamualaikum & Hye

Hari ni... Hati sangat tersentuh.. Terus teringatkan kandungan lalu yang berakhir dengan kegagalan.... Sebak sungguh rasa. Bayangkan dia apa dia rasa dengan usia kandungan 15/52... Dah cukup anggotanya. Dah nampak jantinanya.

Hana pun tersentuh jugak. Terkenang-kenang barang yang lepas. Menitis air mata. Dengan masalah yang bertimpa-timpa sekarang.... Hana dah redha & pasrah. Kalau ada, ada la... Kalau tak ada apa boleh buat.

Hidup kita rahsia DIA... Baik buruk setiap kejadian kita anggaplah pasti ada hikmahnya. Sudah-sudahlah kita berburuk sangka kepadanya. Mesti banyak berdoa supaya hati & minda sentiasa tenang.

Tuesday, January 15, 2013

Ayam Masak Halia

Assalamualaikum & Hye

Jom masak... Masak untuk dinner. Hehe.. Awalnye kau masak untuk dinner.. Jom tengok apa resepi kita petang ni..

Ayam Masak Halia

Bahan
-isi ayam (dipotong kecil-kecil.bergantung kepada berapa orang makan)
-halia (4 inci-dipotong memanjang)
-sos tiram (3 sudu)
-bawang merah (3 ulas-ditumbuk)
-cili api dipotong memanjang (3 batang-nak pedas boleh tambah lagi)
- secawan air
-gula
-garam

Cara Masak
1. Goreng isi ayam sehingga masak (jangan garing-tidak perlu kunyit & garam). Kemudian asingkan.
2. Tumis bawang merah yang telah ditumbuk sehingga kelihatan keperangan.
3. Masukkan halia, tumis bersama bawang sehingga naik bau.
4. Lepas tu masukkan 3 sudu sos tiram & cili api. Masukkan secawan air. (kalau nak kuah lebih,boleh tambah air)
5. Masukkan gula & garam secukup rasa.
6. Masukkan ayam yang telah digoreng. Biarkan menggelak 5-10 minit.
7. Siap untuk dihidang.

Monday, January 14, 2013

Kosong

Assalamualaikum & Hye

Masih terasa kosong dalam kehidupan ni. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi masih terasa kekurangannya. Belum sempurna kehidupan ni. Tapi apa yang termampu hanyalah berdoa & berusaha serta berharap agar Allaah SWT akan memakbulkan doa ku.

Yang sama seperti saya, jom kita sama-sama teruskan berdoa & berusaha agar satu hari nanti DIA memakbulkan semua doa kita.

Friday, January 11, 2013

Don't Judge The Book By It's Cover

Assalamualaikum & Hye

» amaran! ini entri marah «

Ni kisah bengang yang berlaku tadi.

Dengan riang Hana pergi ke sebuah pusat beli belah yang terkenal dalam pusat bandar KL ni.. Hajat hati nak beli baju untuk abah tercinta. Ronda-ronda la bahagian baju lelaki. Hana tak pernah lagi beli baju untuk lelaki. So melilau jugak la nak cari yang sesuai dengan abah.

Singgah satu part ni.. Pilih-pilih.. Ambik satu.. Datang si mangkuk ayun yang berlagak tu. Hana pun tanya la dah nampak dia ada kat situ. Mesti dia yang jaga bahagian tu kan.. Hana tanya yang ni macam mana.. Yang ada kat situ je ke or ada stock lain kan.. Hana pun tak tahu nak tanya apa lagi sebab tak pernah beli baju lelaki.

Si mangkuk ayun bengong ni.... Dengan bangga & sombongnya tanya kat Hana....

"U nak ape?"
"i nak corak cenggini,"
"Haa... Apa u nak ni?"

Hana dah terkulat-kulat kat situ. Muka pun dah merah sebab malu & tahan perasaan geram. Terlintas di fikiran nak saiz "M". Hana pun cakap la kat dia.

"saiz M itu saja tinggal," dengan nada berlagaknya.

Hana mintak warna lain la. Ada. Dia bagi kat Hana. Apa salahnya kalau kau bagitau baik-baik... Pastu bagitau kat mana aku kena buat bayaran... Tak ada la aku terpinga-pinga nak cari kaunter ke apa kan... Memang cukup bengang dengan si mangkuk ayun tua tu... Dah tak padan dengan kerja kat tempat terkenal macam tu. Ingat Hana tak ada duit ke. Kalau tak ada duit, tak ada nya nak pegang lama-lama nak tercari-cari di situ. Tak kan nak kena pakai meqelip-qelap macam mak datin,puan sri baru nak layan baik kot.

Tak boleh layan customer macam tu.. Mementang tengok dia pakai biasa-biasa.. Tak nampak pakai cincin berlian berkilat-kilat... Terus layan acuh tak acuh je. Dah pulak kita kerja di tempat yang sememangnya terkenal di tengah ibu kota macam tu.. Lupa pulak nak tengok apa nama si mangkuk ayun tua tu... Mau nya Hana tulis aduan pelanggan je. Haish... Silap besar!

So sesiapa yang jadi peniaga online @ offline tu... Layanlah customer anda sebaik-baiknya. Jangan cepat menilai mereka hanya daripada luarannya selagi anda belum mengenali dalamannya.

Tuesday, January 8, 2013

Impian Terpendam

Assalamualaikum & Hye

Ini adalah salah satu impian terpendamku sejak menjadi seorang isteri..

Breastfeed for my own baby...

Terlalu banyak kebaikkan susu ibu untuk bayi. Justeru saya terus menyimpan impian itu untuk dilaksanakan kepada bayi sendiri... Tapi impian itu masih belum dapat dilaksanakan kerana belum rezeki.

Setiap kali ada teman sekerja (di ward sama) bersalin, menyusukan & gunakan breast pump untuk pam susu badan demi bayi mereka... Sungguh terdetik dalan hati ni...
"bila masa untuk aku pulak macam tu..?"
Hanya DIA yang tahu rahsia kehidupanku..

Kami hanya mampu berusaha, berdoa & bertawakal..Mudah-mudahan dimakbulkan olehNya.. Ameen..

Barang Baru....! Barang Baik..!

Assalamualaikum & Hye

Weeiii...Orang kampung!
Meh tengok ni.. Ada barang baru i bawak ni...
Barang baik punya tau...!

Ewahh Senah... Macam mami jarum..
Nak heboh sekampung!
Hohoho...Opkos la Tijah oi..
Barang baik mesti nak hebahkan..
Yang baik itu mesti dikongsi.. Supaya sama-sama dapat rasai 
kebaikkannya...Iye dak?

Hehehehe....Sekian kisah Senah & Tijah...

Okey...
Actually memang ada barang baru barang baik punya
nak tunjuk & nak ajak anda yang berminat
untuk dapatkannya.
Hehehe...

Jom tengok apa bendanya tu...
Tapi sekali publish mesti semua dah tau punya..
Apakah kemendanya itu..
Tengah hot sekarang ni.. Rugi sape yang tak dapatkannya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Haaa... Amacam??? Tau kan apakah ia???

Ni lah kawan baru kulit anda + kesihatan dalaman....
namanya.....

Vitamin C + Pure Collagen

RM85.00/box
Postage 
RM6 to Sem.malaysia
RM9 to Sabah&Sarawak

1 box/30 capsules

Ingredient:
- Collagen marine
- Extract gluta
- Vitamin C
- Extract Citrus

Direction:
1 or 2 capsules at night after meal (for saving using 1 capsules at night after meal)

Benefits:
1) Help to prevent skin problems
2) Reduce pimples & dark spot
3) Fairer your skin naturally
4) Reduce wrinkles and more

Nak order? PM/Inbox kami SEKARANG!
SMS / Whatsapp 011-26438515


Boleh klik di ST Online shop page tu...

Yang kedua......Ada lagi satu...
Yang ni untuk mereka yang tengah cari produk untuk kurus
Dah kurus... 
Tapi lemak-lemak berlebihan di perut, peha, lengan
& seangkatannya yang menyebabkan anda rasa
malu nak berdepan dengan orang ramai?
@
Tengah amalkan diet pelangsingan...
WAJIB cuba produk ni tau!

Tarraaaa...............Hehehe....
Pun korang dah tahu apa namanya.......



Felinna Inchloss Lotion

RM75 (SEM.MASIA)
RM80 (SABAH&SARAWAK)

Postage 
RM6 / SM
RM9 / SS

**Kelebihan Inchloss Felinna Beauty**

RAHSIA KENAPA INCHLOSS SANGAT HEBAT!

Since ramai yg pelik kenapa INCHLOSS lotion sangat2 mendapat sambutan hangat..Sebab..

1)Lotion ni sangat wangi dan tak terlalu panas, dingin dan mesra pengguna.

2) Hanya sekali sapuan anda bole lihat perbezaan inch anda(pastikan ukur sebelum guna.)

3)Inchloss diformulasi dari bahan-bahan semulajadi yg selamat utk wanita hamil,menyusu atau gastrik.

4)Kita boleh mengawal bahagian tubuh mana yang hendak dikuruskan jadi kalau yg kurus sekadar nak buang lemak2 sikit2 tu pun beli cuba..pasti puas hati!

5) Yang pasti dengan inchloss pengeluar dah hantar utk dibacakan 30JUZUK ALQURAN di mahad tahfiz bukit mertajam penang.


Jadi kepada yg belum mencuba inchloss anda boleh try now..jika anda sedang makan pil kurus atau dalam rawatan kurus pun boleh apply utk percepatkan proses pembakaran lemak!

>Inchloss sangat selamat dan berkesan!<

>Hanya sapu pada tempat tempat yang penuh lemak yg ingin dilenyapkan!<

>Berdaftar dgn KKM<

>Badan semua yg berlemak akan semakin kecut and kulit makin cantik sebab Inchloss ni sejuk malah lembut, Wangi serta kulit akan jadi lebih cantik & mulus - All in one! <



Inbox FB ST Online Shop SEKARANG!

Wednesday, January 2, 2013

Tanda Tanya..

Assalamualaikum &  Hye
...mengapa...aku yang terakhir...
dibias berita....cintamu padanya....
*eh..nyanyi pulak..
Ayat tersebut tiada kaitan dengan tajuk entri..hehehe..
Okey... Serious!
Hari ni check lagi senarai keputusan temuduga.. Walaupun tahu hati akan kecewa sebab resultnya tetap sama.. Then check email if ada email terbaru. Lepas tu ada email dari SPA. Ingatkan nak diberitahu berjaya dalam temuduga.
Rupanya tidak!
Keputusan sama. Cuma diberitahu secara rasmi. Dan... Akan sampai surat yang lebih rasmi ke rumah. Arggghhh!!! Tension lagi! Tapi yang menjadi tanda tanya & persoalan.... Kenapa... Tarikh temuduga adalah bukan tarikh yang Hana hadiri? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Nak call pun dah habis office hour. Macam mana ni.. Alahai nasib badan.


kenapa tarikh tu? should be 10/11/2012

Tak kisah kalau dah tak dapat... Tapi the date was very confusing...

Tuesday, January 1, 2013

Terus Berharap

Assalamualaikum & Hye

Tiada harapan baru & lebih besar daripada yang sedia ada..
-ingin mendapatkan zuriat dari rahim sendiri
-ingin berkhidmat di sektor kerajaan
-ingin bahagia bersama keluarga
-ingin peroleh rezeki yang halal lagi berkat
-ingin menjadi isteri, ibu, anak yang solehah/mithali
-tak lupa sebagai hambaNya yang lebih beriman & bertaqwa

Semoga semua impian & hajat tercapai & dimakbulkan doa olehNya. Jom eratkan talian persahabatan antara kita juga. Jangan ada dengki & iri hati sesama kita. Semoga kehidupan kita mendapat keberkatanNya. Ameen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...