Assalamualaikum & Hye
Tadi sewaktu Hana nak balik kerja, masa tengah menuju ke kereta.... Ada seorang lelaki (berbangsa cina mungkin, jika dilihat kepada penampilannya) datang kepada Hana minta tolong nak jumper sebab kereta dia tak dapat dihidupkan.
Mulanya Hana berkira jugak nak tolong sebabnya dah nak balik rumah masa tu. Lepas tu ingat tengah sendirian pulak tu. Tapi bila difikir semula, Hana masih dalam kawasan parking kereta dalam tempat kerja masa tu. Kemudian terfikir pulak hari ni hari dia susah. Esok lusa entah hari kita pulak.
So i gave a hand la. Masa dia susah payah tolak kereta dia, ada la datang dua orang lelaki bantu dia tolak kereta dia. Salah seorangnya doktor di hospital. Rasa safe sikit masa tu. Lepas diorang berdua beredar, cepat-cepat lelaki cina tu jumper.
Ermmm... Ada lah dalam 5-10 minit macam tu. Lepas dah hidup enjin kereta dia, dah selesai jumper... Dengan segeranya Hana belah la... Huhu... Takut juge...
Tapi if on that time Hana ditahan oleh orang di tengah jalan minta tolong, Hana tak berhenti. Takut sebab banyak kes sekarang ni. May be Hana akan cari orang-orang macam polis ke sape-sape yang berkenaan la untuk bantu orang tu.
Kalau anda ditempat Hana, apa tindakan anda?
Kalau anda ditahan di tengah jalan raya, adakah anda akan berhenti & beri bantuan?
0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)