Assalamualaikum & Hye
Sedang aku berjalan-jalan di tengah kota London yang dibasahi hujan renyai-renyai..
Tiba-tiba langit bertukar cerah..Hujan yang tadinya renyai dah pun berhenti. Ku sangkankan panas hingga ke petang..[ade kaitan ke?]
Rupanya dalam suasana yang baru bertukar cerah itu, tidak datang bersama ketenangan jiwa..
Yang datang ialah sekumpulan manusia yang bersenjatakan senapang yang gayanya macam komunis..
Senjata diacukan kepada orang ramai.
Masyarakat sekeliling yang jauh daripada kumpulan ni terus
lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Masyarakat tu termasuklah aku..Walaupun sedang lari,
aku cuba hati-hati sebab masih ingat yang aku sedang hamil.
Aku ditarik seorang perempuan melayu berbaju kurung.
Kami bersembunyi di satu perteduhan seperti pondok bertutup yang sangat buruk rupanya.
Disitu ada beberapa orang lelaki melayu.
Perempuan itu sempat cerita bahawa di kota london ni
pengganas memang boleh muncul tanpa diduga.
Suasana bising jadi sunyi seketika..DAN terasa sesuatu dikepala kecilku..
Berderau darah rupanya benda tu adalah muncung senapang.
Kami bangun lepas ditarik. Disuruh duduk bersama kumpulan lain.
Ketika tu dalam hati cuma ingat Allah.
Mulut pulak tak henti-henti menyebut 'Allaah' dan
'selamatkan aku'..[sangat selfish-cuma sebab sebut 'selamatkan aku' & bukan 'selamatkan kami']
Mereka bahagi kami kepada dua kumpulan [macam nak main treasure hunt pulak dah]
Diorang suruh pilih, nyawa atau ISLAM..
Ya...Kali ni iman aku benar-benar teruji..Hati berbelah bahagi..
[walhal mulut dok sebut 'Allaah' je..]
Ada beberapa orang lelaki yang beberapa orang wanita berbaju biru bangun dan
pergi kepada kumpulan satu yang memilih NYAWA..
Tinggallah aku dan perempuan yang menarikku tadi dan beberapa lelaki lain.
Aku masih tak dapat buat keputusan..DAN seolah-olah hanya mengikut apa yang
dibuat oleh perempuan tadi..
Saat perempuan tu bangun dan menarik aku ke dalam satu kumpulan..
Aku hanya mengikut..
Kumpulan itu adalah bagi mereka yang memilih ISLAM..
Yang bermain di otak cuma MATI.
Dalam hati berdoa moga Allaah ampuni segala dosa aku..
Disamping mulut masih sebut 'Allaah'...
Selepas agak lama jadi tahanan..
Tiba-tiba aku ditarik supaya tunduk dan meniarap dilantai.
Bila aku pandang ke depan, ropanya sedang berlaku tembak menembak.
Ya Allaah betapa aku tak tentu arah dan hanya mohon perlindunganNya.
Seketika tembak-menembak reda..Kemudian berlaku lagi.
Begitulah sehingga si perempuan tadi menarik aku ajak lari.
Bila selamat kami masuk ke bilik masing-masing.
Aku pun tak tahu aku di mana.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Aku terjaga...Alhamdulillah..Aku mimpi rupanya..
[tak kisahlah walau apa permainan mimpi itu. Tapi bagiku mimpi ini meneguhkan lagi hati ni
agar bertaut kepadaNYA saja]
Tapi mimpi tu seolah-olah memberi petunjuk yang aku patut memilih ISLAM walau apa
jua syarat dan keadaannya.
Mati kerana mempertahankan ISLAM tu lebih mulia..
MasyaAllaah!
Terima kasih Ya Allaah kerana aku masih bernyawa pagi ini..
Andainya korang kat tempat aku..
Apa perasaan korang, apa yang korang akan buat & apa pilihan korang?
Note: Maaf lah..Kalau ada yang rasa tertipu..Ini bukan reka cerita..Tapi ini memang benar-benar berlaku di dalam mimpi.
0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)