Assalamualaikum & Hye...
Hari ni Hanna nak citer pasal Placenta Previa..
Placenta previa(PP) adalah komplikasi obstetrik yang mana melekat pada dinding uterus berdekatan dengan serviks ataupun menutup keseluruhan serviks. PP boleh berlaku semasa lewat trimester atau pun trimester pertama.Tetapi kebiasaannya berlaku pada trimester kedua atau ketiga. PP boleh menyebabkan antepartum haemorrhage (vaginal bleeding).
Wanita yang alami PP tidak rasa sakit & mempunyai pendarahan dengan warna darah merah cerah. Pendarahan boleh bermula dengan pendarahan ringan & seterusnya menjadi lebih banyak apabila placenta akan terpisah daripada dinding uterus. PP boleh dijangka semasa 24 minggu kandungan. Pemeriksaan abdomen tidak akan merasai kesakitan dan relax saja.
Ada 4 jenis Placenta Previa :-
* Placenta Previa Type I ~ Placenta berada pada bahagian bawah uterus, tidak menutup cervikal os
* Placenta Previa Type II ~ Placenta menyentuh tapi tidak menutup bahagian atas serviks
* Placenta Previa Type III ~ Placenta menutup separuh daripada permukaan atas serviks
* Placenta Previa Type IV ~ Placenta menutup keseluruhan permukaan atas serviks
Ni adalah rupa placenta..
Tak semua orang ada placenta yang sama bentuk & rupa...
Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan placenta previa berlaku :-
* Previous Placenta Previa
* Caeserean Delivery
* Dilation & Curritage (D & C)
* Caeserean Delivery
* Dilation & Curritage (D & C)
* Previous pregnancy yang mempunyai jarak kehamilan yang dekat & jumlah yang banyak
* Wanita berusia kurang 20 tahun & lebih daripada 30 tahun
* Wanita yang mempunyai placenta daripada anak kembar atau erythroblastosis
Sumber : Placenta Previa
0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)