ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Thursday, August 25, 2011

Hari yang Menduga...

Assalamualaikum& Hye...

Grrr...Ini hari punya citer sangat 'best'...!!!!

Hahaha...Nak tau kenapa....?
Camni citernye...
Alkisah...

Lepas bawak patient naik dari buat CTU,
Akak TL suruh buat dressing sorang patient ni...
Hajathati memang nak buat dressing 
patient sorang tu..Yang male patient tu...
Sekali akak tu cakap buat dressing untuk patient female tu dulu...

Maka hamba pun pegi la melihat dressing site tu...
Pergi la pulak sediakan barang-barang
untuk nak buat dressing la ni...
Panggil akak yang buat medication tu...
Tengokkan apa benda lagi yang perlu diguna...

Kakak tu cakap amik yang ni...
Guna yang ni...Kalau tak tau,panggil yea...

Maka hamba pun dengan penuh confident pegi la buat
dressing...
Nak buka hyperfix yang melekat dekat IJC dengan kat leher
patient tu punya la payah...
Mula tengok tu macam dah pelik...
Kenapa panjang sangat menda alah ni...
Tak pikir panjang terus je buka semua yang ada situ...

Sekali cuci asyik melekat je kat glove..
Macam tertarik sikit..
Cuba tolak masuk semula...
Nak cuci lagi, tertarik lagi dek bekas gam hyperfix tu..
Cuba tolak masuk semula...
Pusing nak ambil swab...Bila pusing ke patient semula...
Dia pun cakap, "dik,dah tercabut ni..."
Ya Allaah...Hanna pun cepat-cepat la lap kan tempat yang 
tengah keluar darah tu...

Panggil akak yang buat medication tu..
Dia pun suruh tekan kuat-kuat tempat tu...
Hanna buat je la macam dia suruh...
Habis lencun pillow case dengan cadar tu dengan darah...
Dalam hati gelabah dinosour dah...
Luar buat-buat cool je...

Dalam otak ni macam-macam dah terbayang...
Kene marah semestinya dah...

Akak TL call Dr. yang incharge patient tu...
Dia pun kena marah...
Dah lama tekan dekat bleeding site tu...
Nasib baik la darah berhenti..
Kalau tidak...Dengan Hanna sekali mati...

Pastu memang kerja dah tak tau apa nak buat...
Mood pun down...
Dr. tu call balik, kebetulan Hanna yang angkat..
Takpe la kena marah seround..
Dia suruh Hanna pikirkan camne nak buat dengan patient tu..

Kelam kabut jadinya...
Entahlah tunggu je lah esok...
Apa nak jadi pun tak tau lah...
Jangan kene hukum teruk sampai menjejaskan prestasi sudah la..
Jangan sampai kene buang keje,lesen kene tarik sudah la...

Yang nyata...Hari ni memang menggerunkan...
Ya Allaah selamatkan hambaMu ini..
Ameen..   

Ni contoh IJC
google

*pict. tu bukan menunjukkan patient sebenar yang hanna buat tadi yea..
pict, diambil dari google..

Biar Susah Asal Bahagia, Jangan Senang Tapi Derita

Assalamualaikum & Hye...

Hari ni tak tau nak menaip tentang apa...
Sementara menunggu masa
nak bersiap-siap pergi keje, teringat pulak nak menaip
kat sini barang sepatah dua kata..
Huhuhu...
Sebab dah tak tau nak citer  pasal apa...

Terus ke motif asal penulisan hari ni lah yea..
Malas nak berbasa-basi bagai...

Apa yang nak Hanna kata kat sini...

Hidup biar susah, asalkan bahagia...
*tapi jangan susah yang melampau pulak...huhu...
Jangan senang, tapi derita...

Contoh kat sini orang yang suka berhutang 
keliling pinggang...
Dia tak fikir hutang-hutang dia tu bila 
terlampau banyak akan membebankan kehidupan 
dia & keluarga pada masa akan datang.

Bila dah rasa terbeban,
Mula nak jadi perkara-perkara negatif dalam hidup..
Contohnya tekanan, pergaduhan, & macam-macam lagi lah kan...
Yang lagi teruk kalau berhutang dengan Ah Long..
Hidup sah-sah memang terancam la
bila tak dapat selesaikan hutang dengan dia...

Susah sedikit tak mengapa..
Asalkan hati senang..
Hidup dengan keluarga pun bahagia kan...
Tak terancam..
Nak ke mana pun tak risau tak takut...

Ni nampak je mewah...
Tapi hidup tunggang langgang macam tak arah tuju 
kehidupan je...
Tak nak la macam tu kan...
Kalau boleh elak tu, elak lah...
Kalau rasa nak berhutang,
Tengok keperluan & kemampuan la jugak..
Jangan la semua pendapatan tu habis sebab bayar hutang..
Nak hidup pun tak senang kan...?

Rancang kewangan sebaik-baiknya...
Jangan menyusahkan diri sendiri & keluarga...


Tuesday, August 23, 2011

Persoalan Terjawab Akhirnya

Assalamualaikum & Hye...

Hari ni terjawab la sudah persoalan ku...
Tahun ni dapat beraya...
Tapi....Yang tak syoknya tak dapat beraya dengan 
family kat Kedah,..

Miss them much!!!!

Dah la tahun depan semestinya tak dapat beraya 
dengan family...
Ye la, mana nak dapatnya...Dah tahun ni
orang bagi cuti...
Tahun depan sila bekerja lah yea Staff Nurse Suhana...
Tiada cuti bagi mu...

Tahun lagi satu lah pulak....
Tu pun kalau dapat cuti...Kalau tak dapat....
Hampa lagi kecewa lah saya...
Huhuhu
Sedihnyer...Baru plan nak beraya dengan family 
sementelah baru dapat keje ni kan...
Hurmmm...
Nasib kurang baik... :(

Sabo aje lah...

Sunday, August 21, 2011

Samsung Galaxy Tab or Netbook

Assalamualaikum & Hye...

Err...Hanna nak mintak pendapat 
kawan-kawan semua ni...
Hanna ingat nanti...Kalau ada rezeki lebih,
Hanna nak beli benda alah ni la..
tapi tak tau la ni antara dua..

Sama ada Samsung Galaxy Tab atau pun Netbook...
Dua-dua saiz sederhana & mudah di bawa 
ke mana-mana pun...

Sape-sape yang terer bab-bab ni...
Tolong bagitau Hanna boleh?
Mana yang lebih baik...

Jasa anda amatlah dihargai (",)



google mari

Rasa hati ni macam more to samsung galaxy tab jer..
huhuhu...

Puasa Ke Tak Puasa??

Assalamualaikum & Hye...

Tadi kan Hanna ada citer pasal pegi shopping 
untuk raya...
Penatnye rasa macam nak teguk air masa tu jugak..
Nak-nak lagi kalau dapat air sejuk...
Fuhh...Mamang terangkat la kan..
Dengan cuaca panas...Letih lagi...Dapat air sejuk tu sodap 
jugak...Huhuhu...

Nak cerita ni...Mesti orang tertanya-tanya...
Puasa ke tak puasa diorang ni...

Kalau Hanna pun Hanna pelik 
Tertanya-tanya...

Lepas siap shopping, nak balik la..
Naik LRT kat Stesen Bandaraya tu...
Sebelum naik escalator tu,
ada restoren SUBWAY..
Tetiba Hubby tarik Hanna pegi masuk resoren u..
Eh...Biar betul mamat ni...

Ingatkan dia ajak berbuka dah sebab penat berjalan...
Dah lepas beli tu...
Naik LRT balik ke tempat paking kete..
Nak parking dekat-dekat dengan tempat shopping tu..
Memang tak boleh berharap la...
Almost full lah...

Dah masuk kete, Hanna tunggu kot-kot 
Hubby nak cakap pape...
Sampai rumah pun tak de cakap pape...
Huhuhu...
Ingatkan nak berbuka dah tadi...
Nasib baik ler idak...

Rupanya Hubby beli untuk makan lepas berbuka...
Tapi yang syoknye...
Dengan muka selamba masuk SUBWAY tu beli roti...
Orang kedai tu mesti tertanya-tanya...
Dorang berdua ni puasa ke idak...
Tak pun dorang kata camni,
"tak malu betul dorang ni..tak puasa tunjuk kat orang"

Entahlah kan...

Shopping...Shopping...Raya!

Assalamualaikum & Hye...

Penat giler jalan-jalan kat jalan TAR tu...
Buat ape?
Beli barang untuk raya la...
Tapi bukan untuk sendiri sangat pun...
Beli untuk family members kat kampung je pun...

Tak la semua ikut budget yang Hanna planned tu...
Sebab ada yang kurang daripada 
budget yang di rancang..
Ada yang lebih daripada budget...

Tak pe lah...Setakat yang mampu jer la...
Tahun depan kalau ada rezeki lebih,
alhamdulillah la...
Setakat ni..Itu jer yang mampu..
Harap-harap tak de la yang kecik hati...
Harap dimaafkan yea semua...

Walaupun sebenarnya hati ni tak de perasaan
sangat pun nak beraya tahun ni...
Tapi demi keluarga di kampung...Korbankan jugak la 
perasaan moody ni...
Harap-harap dorang happy dengan setiap pemberian Hanna..

Saturday, August 20, 2011

Wahai Lelaki ❤ Dengarlah Wanita

~* WAHAI LELAKI.. *~

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :
•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah
•.♥• Nasihatilah dia
•.♥• Perbetulkan kesilapannya
•.♥• Jagalah dia dgn baik
•.♥• Kasihanilah dia
•.♥• Lindungilah dia
•.♥• Berilah kasih syg padanya
•.♥• Hargailah dia
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
•.♥• Bersabar dengannya
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya
•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya

✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..Ameen.


Kekesalan Si Hati

Assalamualaikum & Hye...

Hatinya...

" Kekesalan yang timbul tak kan mampu mengubah keadaan kini kembali kepada keadaan masa lalu. Janganlah kesal dengan apa yang telah berlaku dalam kehidupanmu. Tiada siapa yang tahu akan kisah kehidupannya untuk masa akan datang hatta sesaat pun. Hanya Allaah S.W.T yang mengetahui setiap perjalanan hidup hamba-hambaNya. Kini hati hanya perlu redha menempuhi kehidupan. Jangan sesekali menyesali kehidupan yang ditempuhi kini. Pasti ada hikmah disebalik semua yang diberi olehNya. Berhenti merungut yea. "

Friday, August 19, 2011

Placenta Previa

Assalamualaikum & Hye...

Hari ni Hanna nak citer pasal Placenta Previa..

Placenta previa(PP) adalah komplikasi obstetrik yang mana melekat pada dinding uterus berdekatan dengan serviks ataupun menutup keseluruhan serviks. PP boleh berlaku semasa lewat trimester atau pun trimester pertama.Tetapi kebiasaannya berlaku pada trimester kedua atau ketiga. PP boleh menyebabkan antepartum haemorrhage (vaginal bleeding). 

Wanita yang alami PP tidak rasa sakit & mempunyai pendarahan dengan warna darah merah cerah. Pendarahan boleh bermula dengan pendarahan ringan & seterusnya menjadi lebih banyak apabila placenta akan terpisah daripada dinding uterus. PP boleh dijangka semasa 24 minggu kandungan. Pemeriksaan abdomen tidak akan merasai kesakitan dan relax saja. 

Ada 4 jenis Placenta Previa :-
* Placenta Previa Type I     ~ Placenta berada pada bahagian bawah uterus, tidak menutup cervikal os
* Placenta Previa Type II    ~ Placenta menyentuh tapi tidak menutup bahagian atas serviks
* Placenta Previa Type III   ~ Placenta menutup separuh daripada permukaan atas serviks
* Placenta Previa Type IV   ~ Placenta menutup keseluruhan permukaan atas serviks

Ni adalah rupa placenta..

Tak semua orang ada placenta yang sama bentuk & rupa...

Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan placenta previa berlaku :-
* Previous Placenta Previa
* Caeserean Delivery
* Dilation & Curritage (D & C)
* Previous pregnancy yang mempunyai jarak kehamilan yang dekat & jumlah yang banyak
* Wanita berusia kurang 20 tahun & lebih daripada 30 tahun
* Wanita yang mempunyai placenta daripada anak kembar atau erythroblastosis




Thursday, August 18, 2011

Raya Oh Raya

Assalamualaikum & Hye...

Hurmmm...Sedih la...
Semua orang happy & tak sabar nak tunggu tibanya 
Hari Raya Aidilfitri..
Semua dah tukar ringtone lagu raya...

Hanna macam tak ada feel lah nak raya 
tahun ni...
Tak tau lah kenapa..Kalau dulu memang excited 
tunggu hari raya...
Tapi tahun ni rasa sangat-sangat berbeza...
Sedih sangat...
Hati ni nak sangat beraya dengan family kat Kedah..
Petang raya pertama pegi beraya 
kat rumah sedara mara....

Rasanya kalau tak dapat balik raya kat Kedah
macam nak request keje je hari raya ni...
Ermmm...Camne ni...
(-_-)

Nyawa Dihujung Tanduk

Assalamualaikum & Hye...

Hari ni nak cerita pasal nyawa..
Nyawa sape pulak dah si Hanna ni yea...

Ni kisah cemas seorang ibu yang terpaksa
dilakukan Caeserean untuk 
lahirkan baby dia...

Beliau alami masalah Placenta Previa Type 4..
Teruk la..sebab placentanya menutup keseluruhan serviks..
Nak tau lebih lanjut boleh baca di SINI
Beliau melahirkan bayi semalam..
Tapi semasa Ceaserean dilakukan, keadaan beliau
sangatlah lemah..
Kehilangan banyak darah...

Bayangkan berapa banyak darah yang di transfuse 
kepada beliau..
Lebih kurang 20 pack darah yang di transfuse kan..
Umpama nyawa dihujung tanduk..
Pasti suaminya resah gelisah menanti di luar dewan bedah..
Anak sulung beliau sangat comel..
Umur dalam setahun lebih..Sekarang dah ada adik baru..
Hanna tak sempat pun lagi tengok 
ibu & anak tu...

Lepas keadaan stabil...Beliau dipindahkan ke ICU untuk 
pemerhatian lanjut...
Sekarang beliau dah stabil..Alhamdulillah...
Mudah-mudahan beliau selamat & cepat sembuh...

Macam tu lah ibu-ibu yang akan melahirkan anak...
Nyawa mereka umpama telur dihujung tanduk saja.....
Hanna nanti tak tau lah...
Para SUAMI...Sila beri perhatian terhadap ISTERI anda..
&
Hargai mereka ketika mereka masih bernyawa..
Jangan pula timbul kekesalan bila anda kehilangan mereka..

~ni kali kedua Hanna berdepan
&
dengar tentang keadaan cemas semasa melahirkan~

Wednesday, August 17, 2011

Back Pain Pulak Dah!

Assalamualaikum & Hye...

Aduhai...
Semalam sakit kaki sampai tak boleh jalan,
Tak boleh bangun...
Dah hari ni back pain la pulak...
Penat jugak la...

Hari ni kene bagi ubat...
Huhuhu..
Lambat la siap..Maklum la..
Saya ni kalau bab bagi ubat ke bab ubat ke..
Memang lembab la sikit..

Tak jaga mekanik badan ni...
Tu yang dapat sakit belakang ni...
Padan muka...Orang ajar suruh jaga mekanik badan..
Tak nak jaga...

Tuesday, August 16, 2011

Tercalar ~ Penat !

Assalamualaikum & Hye..

Setelah sekian lama tak update...
Hari ni baru sempat nak update my lurvely blog nieh..

Nak tau tak apa citer hari ni???

Hari ni merimaskan & menyampahkan...
Pagi-pagi hari dah calar kete..
Ada dua kete antara laluan nak keluar dari parking..
Budget lepas la nak lalu..
Tengok-tengok tak lepas la pulak...

Dah gelabah dinasour dah ni..
Ah!Lantak la..
Dah lewat nak gi keje...
Mujurlah kete Mr. Hubby tak calar teruk
&
Tak nampak sangat calarnya tu..

Kat ward pulak....Penat giler rasa..
Naik turun naik turun...
Hantar patient ambik patient...
Hantar ubat ambik ubat..
Merata ceruk la jugak pegi..Huhuhu...

Keje punye keje punya keje....
Pukul 1530 H baru la finger print untuk check out...

Penat sangat-sangat...ikutkan hati malas je nak 
memasak untuk berbuka nanti..
Nak aje rasanya ajak 
Mr. Hubby beli kat luar je....
Agaknye nak ke dia..

Tuesday, August 9, 2011

I'm Not Feeling Well

Assalamualaikum & Hye...

Alamak...Rasa macam nak demam pulak...
Asyik nak demam je..
Jangan la demam...Nanti nak kerja susah..
Nanti orang ingat Hanna malas
or
Fikir negatif pasal Hanna..

Malas nak MC..
Sebab baru keje dah MC pulak...
(-_-)

Monday, August 8, 2011

Antenatal Ward

Assalamualaikum & Hye...

Waaa..Hari ni betul mendebarkan jiwa raga..
Matron Shahedan announce kan result 
yang kami exam hari tu..
Yang sedih tu..I am not excellent as my friend...
Teruk la result even Matron Shahedan cakap lulus...
Tapi satu ke dua stesen entah yang 
Hanna failed..
Sedih la sebab tak mampu / tak dapat buat yang terbaik..

Yang paling mendebarkan kat sini....
Matron announce kan kami ditempatkan di ward mana..
Alkisahnya...
Lepas ditimbang kira...
Hanna diletak dekat ward antenatal...
Udah le kite ni dok teringin nak pregnant...
Dah dia pergi letak kite kat ward orang mengandung..
Alahai...

Tak mengapa lah kan...
Hanna cuba dulu lah kat situ...
Kalau tak dapat fall in love dengan unit tu..
Buat surat hantar kat matron..
Discuss semua kalau boleh tukar...
Dorang akan tukarkanlah...

Hari ni pergi keje drive kete Mr. Hubby...
Alhamdulillah selamat pergi selamat 
kembali jugak...

Tak sabar nak beli kete sendiri..
Takut pulak nak drive kete Mr. Hubby..
Bukan apa...Kalau kete sendiri..
Calar pun tak ade yang nak marah...
Rosak ke jadi pape ke kan..
Sendiri je tanggung..
Huhuhu...

So dah dapat tahu penempatan ni...
Kene lah study sedikit sebanyak pasal ward & ubatan yang
diguna kat situ..
& jugak pasal penyakit yang biasa diterima di ward tu..

Go go chaiyok!!!
Aja aja fighting!!!

Hehehe...

Meh Baca Dulu!

Assalamualaikum & Hye...

Fuhhh!
Haaa...Mari-mari dengar ini cerita...

Errmm...
Seram kot first time drive dalam Kolumpo ni...
Eeeeiii...Dah la drive kete besar..
Kalau takat kancil ke viva ke myvi ok lagi kot..
Aduhai..
Cane nak drive gi keje jap lagi ni...
Semua nak cepat je..
Tak boleh lambat sikit..Penunggang motor tu satu hal..
Sesuka suki je dorang nak marah kita..

Tapi risau gak ni...Mr. Hubby dah beli motor..
Tadi dia pegi keje naik motor..
Harap-harap selamat pergi selamat pulang la..
Risau la sebab Mr. Hubby tu bukan
pernah pun pergi keje naik motor..
Apatah lagi jauh-jauh camni..

Tapi Hanna lagi lah takut nak naik motor..
Bagi superbike pun Hanna tak nak..
Tak berani la..
Bahaya rasanya sebab tak biasa kan..

Ni kejap lagi Hanna kene drive sendiri..
Takut bebenor rasanya..
Harap-harap selamat la sampai kat tempat keje nanti...

Sunday, August 7, 2011

Nak Makan Apa Berbuka Nanti?

Assalamualaikum & Hye...

Tak suka la duk sorang camni..
Nak pergi beli barang susah la..Yang Mr. Hubby pun..
Cepat la beli motor..

Nak naik teksi jauh, bas pun sama jugak...
Makanan, bahan mentah langsung tak de simpan..
Roti kering je ada...

Dah la masa 1st day Ramadhan sahur
makan sushi...
Ni nak berbuka nak makan apa hari ni...
Adohai...Nasib badan la Hanna..

Entah-entah kena order pizza...
Hantar kat rumah..
Nak call Paya Serai, tel. no. pulak tak ada..
Alamak...Nyesal betul...

Rasanya petang ni berbuka dengan pizza la kot..
Sedihnye...
Teringin nak makan serunding daging Mak...
(-_-)

Manhattan!

Assalamualaikum & Hye...

Hurmm...Sebelum puasa hari tu kan..
Hanna belanja Mr. Hubby makan at Manhattan..
Eh, bukan Manhattan oversea tu..
Huhuhu...

Ala kat Sogo Shopping Complex tu je..
Ingatkan mahal giler harga kat situ..
Rupanya boleh la diterima harga dengan rasa makanannya..
Hanna belanja Mr. Hubby la sebab my first salary..
Hehehe..

Nanti Hanna nak bawak family Hanna
(Mak Abah Adik-adik Maksu Paksu Sepupu-sepupu)
Makan kat situ..
Hanna nak dorang datang sini end of this year..
Sebab adik Hanna yang gurl tu
Nak SPM tak lama lagi.
So camtu la..
Lepas yang tu habis SPM Hanna nak suruh 
Family datang..
Nak bawak dorang makan kat situ..

Jom layan picchas.. :)


 Memang best la..

 Ni menu pilihan..

 Dilema nak pilih yang mana..





 Nanti boleh try yang ni pulak..

Nyum..Nyum..Nyum...!

Thursday, August 4, 2011

Susah La (-_-)

Assalamualaikum & Hye...

Hurm...Sejak pindah kat keramat ni,
Susah nak pegi keje..
Kalau dulu, naik bas je sampai terus kat tempat keje..
Tambang seringgit je...

Ni bas mana ada masuk dalam kuarters..
Pastu nak turun jalan keluar kawasan kuarters tunggu bas 
pun susah jugak..
Sebabnya jarak kuarters ke tempat tunggu bas tu
agak jauh..
Pastu tak tau pulak bas tu lalu mana...
Selalu nampak bas B114 tu je lalu pegi balik depan 
Hospital Pusrawi / IJN tu...

Mr. Hubby kata nak beli motor...
Tapi tak beli lagi pun..
Dia dah la start keje dah..Balik pukul5..
Time Hanna keje pagi jenuh la nak menunggu sampai pukul5 tu..
Tadi pun mintak tolong member hantar balik..

Nak beli kete...Almaklum je lah...
Mana nak ada duit buat bayar down payment...
Nak buat skim graduate tu pulak..
Mak macam tak kasi..
Aduhai...

Kalau Mr. Hubby suruh bawak motor pun
masalah jugak...
Hanna mana biasa bawak motor dalam pekan..
Apatah lagi dalam bandar raya Kolumpo ni..
Tengok aje lah penunggang motosikal 
kat Kolumpo ni..
Mana ada timbang rasa...Dengan kereta pun
dia tak heran..
Boleh pulak dia marah kereta walaupun dia sendiri
yang agak bersalah..
Apatah lagi dengan sesama motor..
Tak de nya dia nak heran..

Dilema betul sekarang ni...Nak beli kete terus guna
skim graduate ke or naik motor je...

Macam-macam masalah sekarang ni..
Tak suka la keadaan camni
time bulan-bulan ramadhan yang mulia ni..

Sedih sangat,...
(-_-) 

Mencabar Tak?

Assalamualaikum & Hye...

Nak tau apa kes apa yang mencabar ke tidak tu???
Ape?
Tak nak tau???
Tak pe..Sape yang nak tau...
Sila baca jangan malu jangan segan yea..
(^_^)

Hari ni Hanna kena masuk Ar-Raihaan...
Nak tau tu ward apa?
Ward kanak-kanak..Wooowwww!
Memang syok habis!

Hahaha...
Nak tau apa yang syok habis tu???
Syok sebab kena pujuk kanak-kanak age around 8 y/o
kalau tak salah Hanna lah...
Apa-apa pun itu adalah rahsia..Hehehe..

Yang nak citer ni...
Bukan pasal penyakit dia ke sape nama dia ke..
Tapi ni nak citer betapa susah nak 
pujuk kanak-kanak makan ubat..
Diorang kan dah set mind..
" ubat pahit!"
So payah la nak bagi diorang makan ubat..
Bebudak kecik yang tak pandai
bercakap tu boleh la 
suapkan camtu je..Nangis kejap je..
Ni budak besar...Nak disuruh makan ubat...
Macam-macam la alasannya..
Dah tu memacam kerenahnya..Puas chek pujuk..
Payah sungguh nak telan ubat..
Ish...Ish...Ish...
Dugaan...

Lama jugak la nak pujuk supaya dia
nak makan ubat..
Tu pun nasib kakak dia ada sekali tolong pujuk..
Kalau tidak...
Jenuh chek nak menunngu kat situ pujuk dia
supaya nak makan ubat...
Hais...Sabo aje la joyah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...