Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...& Salam Sejahtera...
Ermm..Entry kali ni macam usrah la..Hana nak cerita berkaitan dengan tajuk entry yang Hana tulis tu.
Semalam Hana dengar ceramah dalam radio masa on the way nak keluar makan dengan husband Hana.
So....Hana teringin nak SHARE dengan readers semua tentang apa yang Hana dengar tu. Ilmu kan kena kongsi.. (^_^)
SHARING IS CARING... :))
Ermm...Sebelum Hana ber pot pet lebih banyak
& melencong ke tempat lain.....Jom kita balik kepada tajuk entry kali ni.
Mata LALAT atau Mata LEBAH.....
Apa yang u'ouls faham tentang statement tu???
Kurang faham???
Okey....Lets Hana told u...
-MATA LALAT-
Mata Lalat ni....Pandangan yang BURUK pada sesuatu perkara.
Tak kiralah pada individu, pekerjaan & hal-hal lain.
Contohnya pandangan terhadap bos kita.
Kita akan nampak dia buruk dari segala hal,
contohnya macam perangai dia, apa yang dia buat.
Semua tentang bos kita, kita akan nampak keburukan.
Walhal kita masih boleh memandang kebaikan yang dilakukannya.
Macam mata si lalat lah.
Dia akan nampak najis, sampah sarap & segala.....kekotoran lain.
Terbang merayap kat tempat-tempat kotor, hinggap ke najis contohnya.
Lepas tu nampak pulak makanan kita, hinggap pulak kat makanan kita.
Kita pulak makan, masuk hospital.
Kenapa masuk hospital???
Sebab.....makan makanan tercemar dengan pelbagai kuman & bakteria.
Macam tu lah pandangan kita terhadap sesuatu hal yang kita hanya nampak keburukan,
Kita tak pedulikan kebaikan yang masih ada.
Itu yang dikatakan MATA LALAT.
-MATA LEBAH-
Mata Lebah ni...berlawanan pulak dengan sifat Mata Lalat tadi.
Contohnya..Pandangan kita terhadap pasangan kita..
Dia tidaklah punya rupa yang cantik bak SUPERMODEL..
Tapi...Kita tak pandang pada rupanya..
Kita pandang pada HATI BUDI yang luhur,
KEBIJAKSAAN yang memikat hati,
HANDAL menguruskan rumah tangga,
Dan....Seumpamanyalah......
Walau dia punya kekurangan atau keburukan yang lain,
Tapi kita tak memandang kepada itu semua.
Hanya kebaikannya yang kita lihat.
Mata si lebah yang mencari bunga yang cantik,
Dihisapnya MADU bunga yang cantik tu..
MADU tu disimpan ditempat yang tinggi.
Manusia pulak kena bersusah payah lagi untuk dapatkan HONEY tu.
HONEY tu pulak banyak khasiatnya,
boleh ubati banyak penyakit.
MasyaALLAH..
HEBAT nya si lebah ni.
HEBAT nya si lebah ni.
Bagi kebaikan kepada manusia.
Tu lah yang dikatakan MATA LEBAH.
So....Jom lah sama-sama kita jadi MATA LEBAH.
Pandanglah kepada kebaikan walaupun masih ada keburukan lain.
Jangan jadi MATA LALAT,
Nanti timbul dendam pulak dalam hati kita.
Okeylah, setakat ni dulu yang dapat Hana share dengan readers semua.
Hope entry kali ni dapat jadi panduan dalam hidup kita semua.
0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)