ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Tuesday, November 30, 2010

Ermm...Tak tau la apa nak kata. 
Boring sangat rasanya sekarang ni.. 
Aduhai.. Asyik tunggu handphone kesayangan tu berbunyi saja...
Tak kisah lah bunyi sms atau bunyi incoming call... 

Ermm..Banyak la benda nak kena buat 
sampai jadi malas pulak rasanya nak buat semua tu. 
Esok nak kena pergi ke hospital, lepas tu nak kena pos kad jemputan. 
Petang sikit nak jumpa kekawan pun nak bagi kad jemputan. 


Dekat kekawan yang duduk dekat  rumah ni 
entah bila Hanna nak bagi kad jemputan. 
Rasa nak start bagi weekend ni kot. 
Bunga telur pun tak beli lagi, cenderahati 
untuk geng sword barrel pun tak tau nak bagi apa. 
Rasanya nak bagi cawan kot, 
yang boleh guna untuk minum air la. 
Lepas tu print gambar atau nama.

Aku excited tak? Hanna pun tak tahu lah. 
Cepat sangat la semua ni. 
Err... Bukannya tak happy, 
tapi tetiba jadi malas.. 

Kekadang tu ada jugak rasa excited, 
kekadang.....aduhhh....malasnya... 
Lepas akad nikah nanti dengan rasminya 
Hanna akan naik pangkat. 
Bukan pangkat kerja lah...Pangkat lain ni...

Maka Hanna akan jadi seorang isteri dan jugak ibu. 
Oh....Besarnya tanggungjawab Hanna...
Waktu kekawan Hanna yang masih single tu bersuka ria dengan geng-geng....
Hanna pulak dah pun jadi seorang isteri dan jugak ibu...Huhu...
Maka berubahlah kehidupanku. 
 Akan ku usahakan yang terbaik buat mereka. 
Amin...Mudah-mudahan Allah S.W.T makbulkan hajat aku....

Monday, November 29, 2010

Alkisah........

Akhirnya Hanna dapat jugak memiliki sekeping Diploma in Nursing. 
Tapi kerjanya saja belum dapat. 
Erm..Bila agaknya Hanna akan dapat kerja...
Entahlah....Rezeki masing-masing.. 
27/11/10 baru ni Hanna gi Kelantan untuk amik diploma ni la. 
Hanna tak tau la kenapa pemergian kali ni banyak betol dugaannya. 
Perjalanan pergi sangat lama Hanna rasa. 
Dah tu bas tu lak lambat jer rasa dia bergerak. 
Biasanya dalam 4.30 pm @ 5 pm sampai dah kat KB.. 
Tapi kali ni 6 pm baru sampai. Sakit jiwa betol la. 

Dah tu bagitau nak turunkan penumpang kat Tesco Lembah Sireh tu.. 
Tengok-tengok dia gi turunkan penumpang kat Giant KBTC tu... 
Aduii....Sakit nau le ati nieh..
Mana idaknye..Hanna dah bagitau kat tunang, 
tunggu kat Tesco. Alih-alih kena turun tempat lain la. 
Mau tak angin Hanna dibuatnyer. 
Dah tu..berkisahlah pulak Hanna nak amik diploma Hanna tu kat kolej..
Dah gi kat kolej tengok sunyi sepi jer..Macam tak ada orang langsung. 
Kaunter kewangan lak tutup. 


Rupanya.....
Diorang ada pendaftaran untuk sem. 6 kat Pink 1. 
Adoi...Bengang betol. Otak dah serabut nieh, tak tau nak buat apa. 
Ingatkan nak call kolej after lunch..
Dok kejap si ira call, tanya ada kat mana, 
nak mintak tolong amik kan diploma dia sekali.

Alkisahnya, lepas citcat dengan ira 
& meluahkan kebengangan kami.... 
My fiancee & i pun gi lah ke Mydin tu nak beli Surah Yasin 
nak kasi kat tetamu yang datang hari knduri nanti. 
Sementara tengah cari tu Hanna sms kat mak, 
bagitau yang diploma tu boleh dikirim 
mintak tolong kawan amik kan. 
Mak pulak tak kasi. Mak cakap nanti hilang susah pulak. 
Kena jugak mintak nak amik hari ni. 
Dah tu otak tengah mikir benda lain.. 
Mengong kejap sampai kira duit pun dah tak betol. 
Harga RM242.60...
Yang Hanna lak terlebih kasi kat that cashier tu. 
Dia lak kira-kira macam betol jer jumlah yang Hanna kasi tu, 
padahal terlebih RM50. 
Sebelum bayar tu Hanna kira cukup tak cukup 
duit yang Hanna pegang tu RM300. 
Dah tu terus jer kasi kat dia, 
tak perasan yang harga cuma RM242..
Adoii....Suhana...Suhana...Terok betol lah.

Lepas beli belah, Hanna terus mintak 
tunang Hanna call kolej, tapi Hanna cakap la. 
Lastly, dia cakap boleh amik. 
Cepat-cepat la Hanna gi amik sebab masa tu dah 12.30 noon. 
Lambat-lambat nanti tak ada orang pulak sume gi lunch. 
Dah sampai kolej Hanna gi pejabat akademik. 
Nasib baik lah dapat. 
Tak ada lah susah-susah Hanna nak tukarkan tiket lak. 
Nasib baik la ada tunang Hanna,
~Megat Taufique~
Kalau tidak, jenuhlah.

28/11/10 jam 2200 Hanna pun bertolak balik Kedah. 
Tunang Hanna tolong hantarkan ke stesen bas. 
Nasib baik lah jugak tak hujan. 
Kalau tidak mau lencun kami dibuatnya. 
Ermm...dah naik bas Hanna pun tidur sampai terlentok-lentok kiri kanan. 
Tak tau lah orang kiri kanan Hanna nampak ke idak. 
Ahh...Lantak lah...Ada aku kesah??? Huhuhu...
 Dah ngantuk, penat lagi, stress lagi.. 
Tak peduli dah apa nak jadi. 
Sampai di Grik dah pukul2.30 am. 
Patotlah rasa lengang semacam. 
Lepas gerak dari Grik, tetiba bas berhenti lak.

Pe hal la pulak nieh!!!!

Yang budak kecik belakang seat Hanna nieh sikit punya bising...
Asyik tanya mak dia 'kenapa bas berhentilah' 
'kenapa bas matikan enjin lah...'
'nak balik kampung lah....'
Macam-macam...

Argggghhh!!!!tension dibuatnya...
Bukan apa, kita dah la mengantuk...
Tak dapat nak tidur..
Last-last sampai rumah dah Subuh dah..
Aduiii.....Sempat tidur 1 jam...
Bangun lak kena gi hantar adik tuisyen...

Tu lah alkisahnya kali ini.. Sabar aje lah....

Thursday, November 25, 2010

Kata SeMaNGat

Hanna ada kata-kata yang sangat bermakna & boleh dijadikan sebagai kata-kata semangat buat Hanna. Baru Hanna tahu begitu rupanya kehidupan ini. Kata-kata ini Hanna petik dari Facebook seorang kenalan. Namanya ada di bawah jika sesiapa yang membaca ingin melihat Facebook nya..

‎"orang yang kurang ditimpa kesulitan, jiwanya akan lemah,sebagaimana orang yang kurang bekerja,badannya lemah.Bersyukur apabila diuji dengan kesulitan,kerana dengan itu kita mempunyai jiwa yang kuat dan tabah" (",)

Baizatul Akma

kita kena percaya setiap masalah yang mendatang bukan beban tapi HIKMAH.

Wednesday, November 24, 2010

Abah rindu kami rindu abah

Masuk hari ni dah 4 hari kami bertiga dok bertapa 
kat rumah maksu jadi pengasuh bebudak nieh..

Huhuhu...Nampaknya abah rindukan kami bertiga...
Ngeee3~~~~ :))
Tadi kul 5 pm abah call tanya kami buat apa 
& kami makan apa..hehehe...
Rindu kat kami la tu..
Sayang jugak abah kat kami yea...

KAMI PUN SAYANG ABAH JUGAK SANGAT2...!!!!!!!!!!


i luv u dad (Md Radzi B. Hj. Ali )

Tuesday, November 23, 2010

Ocean Glow

Semalam Hanna dengan mak & abah gi majlis resepsi 
Milah & Mahadzir di Kuala Perlis. 

Dah lama sangat kami tak ke Perlis. 
Gi semalam pun sebab Milah ajak. 

Zaman Hanna kecik dulu, kami sekeluarga 
(family Hanna & maksu Hanna) selalu gi Wang Kelian. 
Tempat tu ala macam Pengkalan Kubur 
& Rantau Panjang la jugak. 

Gua Kelam pun memang dah lama Hanna tak jejak. 
Sekarang ni mesti dah renovate lagi cantik kot... 
Ada la snap pictures dengan dengan mak, 
dengan abah tak sempat la sebab abah dok dengan geng lelaki. 
Kami dok dengan geng perempuan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...