ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Friday, June 1, 2012

Macam-Macam Cerita

Assalamualaikum & Hye

AMARAN : ENTRY INI PANJANG!

Today dah ready nak cerita semua benda yang berlaku selepas balik dari kampung minggu lepas. Huhu..Cerita dah basi baru nak cerita...Ah! Pedulikkan! Ehehehe...

Camni alkisahnya...Jumaat yang baru lepas baru ni, Hana balik kampung dengan Mr. Hubby dengan kereta. Balik jenguk abah yang baru lepas di operate akibat ruptured appendicitis. Balik kampung still kena serve ubat..Huhuhu...Tak pe untuk beloved dad jugak. Tak pernah-pernah sebelum abah mintak tolong serve kan ubat dia. Abah Hana ada Diabetes Mellitus with Hypertension. So, ubat dia memang sebakul la..

Esoknya dah kena balik KL semula sebab Ahad kena keja dah. Hana tak apply cuti lama pun. Kira balik emergency la. Balik ke KL naik flight. Kelakar sikit la masa nak check in.. Konon nak check in via mobile la web la bagai... Last-last sampai kat airport dah lambat....Terkial-kial la tanya nak check in camne kan.. So, kena check in kat kaunter la. Huhuhu... Pastu bila dah boleh pergi naik flight, masa berjalan nak naik tangga masuk dalam perut kapal terbang, ternampak la kapten yang akan conduct penerbangan tu...Boleh tahan la...Hehehe...
Kalau lah Kapten Megat Al Mohamad Taufique i tu pilot....Hehehe...

Bila dah ambik tempat duduk (tepi tingkap), sebelah ni minah & mat saleh yang duduk. Nasib baik la dia tak ajak berbual. Kalau tidak jenuh la nak berspeaking bagai...Kikiki...

Dari mula naik sampai dah gelap pandangan kat luar (dah malam menjelma), mata asyik tengok ke luar je... -----> punya lah peqak jakun. Anak cina yang duduk depan seat Hana tu pulak entah kenapa asyik pandang-pandang Hana... Pe hal ko? nak gado ke? Hehehe...

Episod malang bermula masa nak naik ERL kat Salak Tinggi...

Masa duduk atas bas, dekat nak sampai at stesen ERL Salak Tinggi tu baru teringat nak tengok kunci rumah kat mana. Masa dok berjalan turun dari bas ke stesen ERL, teringat macam letak kunci rumah dalam beg lagi satu. Beg tu tak bawak balik bersama. Aduh! Mati aku... Nak masuk rumah camna? Nak pergi kerja esok pakai uniform mana? Then bagitau la Mr. Hubby. Disuruhnya Hana cari & tengok betol-betol dalam beg.

Hana dengan pasrah, cari kunci dalam beg baju. Selak sini selak sana.....JUMPA. Alhamdulillah syukur! Kalau tidak, tak tahu la macam mana nasib Hana. Tu la, gedik sangat dok berangan kan Kapten Hasan si pilot air ais asia tu.

Dah selamat sampai di LRT Kg. Dato Keramat pulak....

Tahan teksi...Satu pun tak nak berhenti. Bukan takat nak berhenti tanya ke apa ke...Malah langsung tak berhenti. Pilu hati sebab dah tahu, ni mesti kena menapak balik ke rumah. Maka berjalan la wanita kecil & comel ni (<-------- sila muntah banyak-banyak) seorang diri dari LRT Kg. Dato Keramat ke Desa Wangsa Keramat. 1/2 jam jugak la berjalan balik. Yang paling sedih, kena menapak panjat Jalan Bukit Keramat tu la. Yang ada Kondo Gurney Height tu...... Tinggi tau...Masa lalu situ, ada dua orang lelaki india yang turut sama lalu di kawasan tu. Dalam hati berdoa, berzikir, beristigfar, selawat semua lah yang mana ingat, mohon diselamatkan perjalanan yang masih belum dekat tu. Sampai dekat simpang nak masuk ke kawasan kuarters, ditahan pulak dua lelaki melayu mungkin (dalam hati mohon perlindunganNYA). Ditanyakan macam mana & di mana nak pergi transit. Ingatkan diorang naik kereta, beria la Hana terangkan jalan yang perlu dilalui. Rupanya diorang pun menapak jugak. Huhuhu... Mujurlah tak kena culik budak comel ni....Kikikiki...

Sampai kat rumah, punyalah penat. Berpeluh macam atlit baru lepas bersukan. Tukar tudung, naik kereta keluar makan kat tempat biasa. Balik mandi, tido.


0 ___Orang Doakan MTHANNA Bahagia Selamanya❤:

Post a Comment

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...